Episod Satu : Mencari K / Begins Night
31 Ogos. Hari kemerdekaan untuk negara Malaysia daripada penjajah yang durjana. Tarikh ini telah disambut dengan meriah, sekaligus diikuti dengan semangat patriotik yang membara dalam diri. Di bandar Tawau sekarang ini, sambutan kemerdekaan masih lagi diadakan.
Pada masa yang sama, sebuah bangunan kepunyaan organisasi penyiasatan yang dikenali sebagai Tawau City Investigation Department atau singkatannya TCID hampir hendak meletup yang berpunca daripada bom yang diletakkan berhampiran tingkat tengah bangunan tersebut, menyebabkan sambutan kemerdekaan sebentar tadi terhenti seketika untuk melihat apa yang berlaku.
Kelihatan Isyraf Ismail, presiden utama TCID sedang berlari ke bilik rehat untuk mendapatkan pembantunya, iaitu Haruto Souma yang sibuk menjaga kedua-dua anak perempuan kembarnya, iaitu Siti Hajar dan Siti Hawa. Hanya mereka sahaja yang belum keluar daripada bangunan tersebut.
“Tuan, bangunan ni nak meletup. Bagaimana kita nak keluar dari sini?” tanya Haruto kepada ketuanya itu yang dari tadi tercungap kepenatan.
“Keluar dari pintu kecemasan. Bawa Siti Hajar dengan Siti Hawa sekali dengan awak.” balas Isyraf. Kata-katanya menyebabkan Isyraf mula ragu-ragu.
“Tapi tuan macam mana?”
“Saya akan ok. Pergi sahaja, tinggalkan saya di sini. Saya nak cari ahli yang lain.” kata ketuanya lagi, sambil menunggu Isyraf untuk pergi dari situ.
“Tapi..”
“Pergi je la!”
Mahu tak mahu, Haruto Souma terpaksa mengangguk. Lalu, dia terus mengambil Siti Hajar dan Siti Hawa yang masih lagi bayi itu dan terus ke pintu kecemasan yang kebetulan berdekatan bilik rehat bangunan TCID.
Selepas beberapa saat, akhirnya dia berjaya menemui pintu kecemasan. Apabila dia cuba hendak membukanya, dia dapat rasa sebutir peluru dari pistol jenis Desert Eagle dapat dirasai di sebelahnya. Mujurlah dia berjaya mengelak.
Orang yang cuba bunuh Haruto dengan dua kembar perempuan itu memakai kaca mata hitam dan topeng yang dibalut seperti mumia.
“Awak takkan berjaya keluar dari sini, Haruto.” kata Shadow kepada Haruto.
“Siapa awak ni?”
“'Orang' panggil saya Shadow. Saya ditugaskan oleh Armageddon Foundation untuk meletupkan bangunan tak guna ni.”
“Bangunan tak guna? Itu ke bos awak gelarkan bangunan ni? Hoi, jangan lari!”
Shadow langsung tidak menjawab pertanyaan Haruto Souma sebentar tadi, kerana dia sudahpun terjun daripada tingkat tempat Haruto berada, iaitu tingkat 4, dengan menggunakan parachute. Kemudian, Haruto terus mengambil semula Siti Hajar dan Siti Hawa, lalu turun melalui tangga kecemasan.
Selepas beberapa saat, akhirnya dia berjaya keluar daripada bangunan TCID tanpa kesan cedera, tetapi dengan perasaan yang tertanya-tanya.
“Siapa pula Shadow tu? Saya sumpah, saya akan cari dia, tak kira apapun!” kata Haruto sendiri.
Tanpa dia sedari, seorang lelaki berpakaian putih berada di belakangnya, sambil membisikkan sesuatu di mikrofon kecil di lehernya.
*****
Sudah beberapa tahun berlalu selepas kejadian pada 31 Ogos tersebut, iaitu meletupnya bangunan TCID dan ‘pembunuhan’ ketua kumpulan tersebut.
Organisasi penyiasatan itu kini telah terbubar sepenuhnya, tetapi Haruto Souma masih lagi ahli aktif organisasi tersebut. Kini, dia akhirnya putus asa dan bekerja untuk kali pertama sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau.
Kelihatan banyak pelajar berjalan kaki ke sekolah, sambil memegang buku rujukan Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima kepunyaan mereka, sementara dia pula memandu kereta sambil membawa dua anak ketuanya, iaitu Siti Hajar dan Siti Hawa.
Selepas dia meletakkan kereta di tempat yang disediakan pihak sekolah, Siti Hajar dan Siti Hawa terus turun dari kereta, sambil memikirkan sesuatu yang menjadi busut di fikiran mereka.
“Pakcik, bagaimana kalau syarikat gila tu datang dan kejar saya lagi?” Siti Hawa memulakan perbualannya dengan Haruto, sambil memandang tanah dengan perasaan yang malu. Sebenarnya, Siti Hawa ni pemalu orangnya.
“Kalau ada apa-apa masalah, panggil je pakcik guna Stag, ok?” balas Haruto, sambil memberikan robot menyerupai kumbang kepada Siti Hawa.
Siti Hawa terus mengangguk, lalu terus bergerak ke kelas 4 Efektif bersama kembarnya itu.
*****
Di bilik guru, selepas Haruto meletakkan begnya di atas meja guru yang disediakan untukknya, kelihatan seorang lelaki tiba dan terus menegurnya.
“Yo, Haruto. Lama tak nampak batang hidung.” Lelaki yang bernama Fadzil itu terus menegur Haruto, diikuti dengan nada yang cemas apabila dia melihat ke luar tingkap.
“Lama tak jumpa juga, Fadzil. Kenapa muka awak cemas tu?”
“Armageddon Foundation. Mereka dah sampai.” balas Fadzil, sambil menunjuk ke arah seorang lelaki berpakaian putih seperti saintis.
“Apa? Saya ingatkan mereka lewat.”
“Mungkin awak salah masa agaknya.”
“Kita kena lindungi Siti Hawa.”
“Kita? Saya ingatkan tu tugas awak.”
“Arghh.. lupa pula. Fadzil, bawa murid-murid dan pelajar keluar ke padang sekolah.”
“Eh? Kenapa?”
“Sebab ‘Begins Night’ akan bermula kejap je lagi.”
*****
Di kelas 4 Efektif, Cikgu Sains Sukan kelas tersebut, iaitu Cikgu Aniq baru sahaja tiba dan mengajar semua pelajar.
Semasa mereka mendengar kata-kata dari guru mereka yang agak sederhana suaranya, kelihatan dua lelaki berpakaian putih muncul di astaka tersebut. “Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” tanya Cikgu Aniq.
“Kami berdua dari Armageddon Foundation. Kami nak berjumpa dengan Siti Hajar dan Siti Hawa.” kata salah satu lelaki itu. Pada masa itu juga, tiba-tiba kedua-dua kembar itu terus berlari meninggalkan kawasan kelas 4 Efektif.
“Hei, jangan lari!” kata lelaki yang satu lagi kepada kedua-dua kembar tersebut, sambil melepaskan tembakan. Pada masa itu juga, keadaan di SMK Tawau mula kecoh dengan bunyi tembakan tersebut.
“Panggil Haru Kurosawa dan jalankan Operasi Tiga sekarang!” kata lelaki itu lagi. Pembantunya yang bernama Wolfgang itu hanya mengangguk, sambil menelefon seseorang, ataupun Haru.
Sementara itu, Siti Hajar dan Siti Hawa menyorok di bawah blok kelas mereka, iaitu projek kilat, sambil mengeluarkan ‘pembantu’ mereka, iaitu Stag yang diberikan oleh Haruto.
“Tolong panggil pakcik Haruto cepat, ya Stag?” Baru sahaja Siti Hawa hendak lepaskan Stag, Haruto dah muncul dan terus bawa mereka ke padang.
“Cepat. Pelajar lain semua di sana padang sekarang.”
Mereka hanya akur. Lalu, mereka terus berlari ke padang, sehinggalah seseorang menarik tangan kiri Siti Hawa. “Pakcik Haruto! Tolong!” jerit Siti Hawa. Haruto cuba mendapatkan Siti Hawa yang ditangkap oleh salah satu ahli Armageddon Foundation, tetapi gagal apabila Siti Hajar cuba biarkan sahaja kembarnya itu.
“Tapi..”
“Dia boleh lepaskan diri. Mari pergi dari sini.”
“O..k.”
Haruto terus meninggalkan Siti Hawa di belakang. Selepas mereka tiba di padang sekolah, pada masa itu juga semua bangunan yang ada di SMK Tawau mula meletup, mungkin hasil daripada bom yang diletakkan oleh ahli-ahli Armageddon Foundation.
“Tergamak mereka hancurkan sekolah ni, macam mereka hancurkan TCID dan bangunannya.” kata Fadzil, sambil menggengam buku lima di tangan kanannya.
“Begins Night.” ujar Siti Hajar dengan ringkas dan selamba.
“Begins Night?”
“Merujuk kepada kejadian yang mengubah emosi seseorang. Tengok semua pelajar, masing-masing terkejut melihat sekolah ni meletup. Ada yang menangis lagi.”
“Awak rasa ni ada kaitan dengan Xtreme VoltMemory ke?”
“Mungkin.”
Mereka melihat sekolah yang terbakar itu, sambil memujuk semua orang supaya bertenang.
*****
Di sebuah rumah agam yang terletak di tengah-tengah bandar Tawau, kelihatan sekeluarga sedang menikmati selera yang agak enak dilihat.
“Siapa pattisier minggu ni?” tanya ketua keluarga tersebut, iaitu Lazim Zainal.
“Nurasana, tuan.” balas pembantu itu dengan ringkas. Lazim hanya mengangguk, sambil menyuruh pembantunya yang dari tadi berdiri di belakangnya keluar.
Dua anak perempuannya, iaitu Irmah dan Fauziah Zainal sedang menikmati kek yang disediakan dengan disediakan.
“Lupa nak tanya, macam mana dengan rancangan kita dengan Armageddon Foundation tu?” Encik Lazim memulakan perbualannya dengan dua anak perempuannya itu. Fauziah bekerja sebagai kerani syarikat, manakala Irmah pula sebagai deejay radio Tawau FM.
“Setakat ni dah berjaya, ayah, sampailah TCID tu dah mula kacau kerja kita.” balas Irmah, sambil melakukan 'tch' tanpa disedari.
“TCID? Maksud awak Tawau City Investigation Deparment? Saya ingatkan organisasi tu dah hilang.” Kata-kata Irmah sebentar tadi menyebabkan Lazim mula tertarik akan apa yang Irmah katakan.
“Betul tu.” kata Fauziah pula.
“Kami pun fikirkan benda yang sama, sehinggalah kami dapat laporan yang salah satu ahli TCID jadi ahli Armageddon Foundation.” kata Fauziah lagi, sambil menghirup tehnya sebelum dia bergerak keluar.
“Menarik. Apa-apapun, kita kena cepat kalau kita nak Cosmic Memory dilepaskan.” kata Lazim, sebelum dia menyuruh pembantu rumah agam itu membersihkan meja makan. Fauziah mengangguk, sambil diperli oleh Irmah dari belakang.
-K merujuk kepada ‘Kebenaran’ , ‘Kunci’, dan ‘Kebakaran’-