Episod Satu : Mencari K / Begins Night




Episod Satu : Mencari K / Begins Night





31 Ogos. Hari kemerdekaan untuk negara Malaysia daripada penjajah yang durjana. Tarikh ini telah disambut dengan meriah, sekaligus diikuti dengan semangat patriotik yang membara dalam diri. Di bandar Tawau sekarang ini, sambutan kemerdekaan masih lagi diadakan.

Pada masa yang sama, sebuah bangunan kepunyaan organisasi penyiasatan yang dikenali sebagai Tawau City Investigation Department atau singkatannya TCID hampir hendak meletup yang berpunca daripada bom yang diletakkan berhampiran tingkat tengah bangunan tersebut, menyebabkan sambutan kemerdekaan sebentar tadi terhenti seketika untuk melihat apa yang berlaku.

Kelihatan Isyraf Ismail, presiden utama TCID sedang berlari ke bilik rehat untuk mendapatkan pembantunya, iaitu Haruto Souma yang sibuk menjaga kedua-dua anak perempuan kembarnya, iaitu Siti Hajar dan Siti Hawa. Hanya mereka sahaja yang belum keluar daripada bangunan tersebut.

“Tuan, bangunan ni nak meletup. Bagaimana kita nak keluar dari sini?” tanya Haruto kepada ketuanya itu yang dari tadi tercungap kepenatan.

“Keluar dari pintu kecemasan. Bawa Siti Hajar dengan Siti Hawa sekali dengan awak.” balas Isyraf. Kata-katanya menyebabkan Isyraf mula ragu-ragu.

“Tapi tuan macam mana?”

“Saya akan ok. Pergi sahaja, tinggalkan saya di sini. Saya nak cari ahli yang lain.” kata ketuanya lagi, sambil menunggu Isyraf untuk pergi dari situ.

“Tapi..”

“Pergi je la!”

Mahu tak mahu, Haruto Souma terpaksa mengangguk. Lalu, dia terus mengambil Siti Hajar dan Siti Hawa yang masih lagi bayi itu dan terus ke pintu kecemasan yang kebetulan berdekatan bilik rehat bangunan TCID.

Selepas beberapa saat, akhirnya dia berjaya menemui pintu kecemasan. Apabila dia cuba hendak membukanya, dia dapat rasa sebutir peluru dari pistol jenis Desert Eagle dapat dirasai di sebelahnya. Mujurlah dia berjaya mengelak.

Orang yang cuba bunuh Haruto dengan dua kembar perempuan itu memakai kaca mata hitam dan topeng yang dibalut seperti mumia.

“Awak takkan berjaya keluar dari sini, Haruto.” kata Shadow kepada Haruto.

“Siapa awak ni?”

“'Orang' panggil saya Shadow. Saya ditugaskan oleh Armageddon Foundation untuk meletupkan bangunan tak guna ni.”

“Bangunan tak guna? Itu ke bos awak gelarkan bangunan ni? Hoi, jangan lari!”

Shadow langsung tidak menjawab pertanyaan Haruto Souma sebentar tadi, kerana dia sudahpun terjun daripada tingkat tempat Haruto berada, iaitu tingkat 4, dengan menggunakan parachute. Kemudian, Haruto terus mengambil semula Siti Hajar dan Siti Hawa, lalu turun melalui tangga kecemasan. 

Selepas beberapa saat, akhirnya dia berjaya keluar daripada bangunan TCID tanpa kesan cedera, tetapi dengan perasaan yang tertanya-tanya.

“Siapa pula Shadow tu? Saya sumpah, saya akan cari dia, tak kira apapun!” kata Haruto sendiri.

Tanpa dia sedari, seorang lelaki berpakaian putih berada di belakangnya, sambil membisikkan sesuatu di mikrofon kecil di lehernya.

*****

Sudah beberapa tahun berlalu selepas kejadian pada 31 Ogos tersebut, iaitu meletupnya bangunan TCID dan ‘pembunuhan’ ketua kumpulan tersebut.

Organisasi penyiasatan itu kini telah terbubar sepenuhnya, tetapi Haruto Souma masih lagi ahli aktif organisasi tersebut. Kini, dia akhirnya putus asa dan bekerja untuk kali pertama sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau.

Kelihatan banyak pelajar berjalan kaki ke sekolah, sambil memegang buku rujukan Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima kepunyaan mereka, sementara dia pula memandu kereta sambil membawa dua anak ketuanya, iaitu Siti Hajar dan Siti Hawa.

Selepas dia meletakkan kereta di tempat yang disediakan pihak sekolah, Siti Hajar dan Siti Hawa terus turun dari kereta, sambil memikirkan sesuatu yang menjadi busut di fikiran mereka.

“Pakcik, bagaimana kalau syarikat gila tu datang dan kejar saya lagi?” Siti Hawa memulakan perbualannya dengan Haruto, sambil memandang tanah dengan perasaan yang malu. Sebenarnya, Siti Hawa ni pemalu orangnya.

“Kalau ada apa-apa masalah, panggil je pakcik guna Stag, ok?” balas Haruto, sambil memberikan robot menyerupai kumbang kepada Siti Hawa.

Siti Hawa terus mengangguk, lalu terus bergerak ke kelas 4 Efektif bersama kembarnya itu.

*****

Di bilik guru, selepas Haruto meletakkan begnya di atas meja guru yang disediakan untukknya, kelihatan seorang lelaki tiba dan terus menegurnya.

“Yo, Haruto. Lama tak nampak batang hidung.” Lelaki yang bernama Fadzil itu terus menegur Haruto, diikuti dengan nada yang cemas apabila dia melihat ke luar tingkap.

“Lama tak jumpa juga, Fadzil. Kenapa muka awak cemas tu?”

“Armageddon Foundation. Mereka dah sampai.” balas Fadzil, sambil menunjuk ke arah seorang lelaki berpakaian putih seperti saintis.

“Apa? Saya ingatkan mereka lewat.”

“Mungkin awak salah masa agaknya.”

“Kita kena lindungi Siti Hawa.”

“Kita? Saya ingatkan tu tugas awak.”

“Arghh.. lupa pula. Fadzil, bawa murid-murid dan pelajar keluar ke padang sekolah.”

“Eh? Kenapa?”

“Sebab ‘Begins Night’ akan bermula kejap je lagi.”

*****

Di kelas 4 Efektif, Cikgu Sains Sukan kelas tersebut, iaitu Cikgu Aniq baru sahaja tiba dan mengajar semua pelajar.

Semasa mereka mendengar kata-kata dari guru mereka yang agak sederhana suaranya, kelihatan dua lelaki berpakaian putih muncul di astaka tersebut. “Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” tanya Cikgu Aniq.

“Kami berdua dari Armageddon Foundation. Kami nak berjumpa dengan Siti Hajar dan Siti Hawa.” kata salah satu lelaki itu. Pada masa itu juga, tiba-tiba kedua-dua kembar itu terus berlari meninggalkan kawasan kelas 4 Efektif.

“Hei, jangan lari!” kata lelaki yang satu lagi kepada kedua-dua kembar tersebut, sambil melepaskan tembakan. Pada masa itu juga, keadaan di SMK Tawau mula kecoh dengan bunyi tembakan tersebut.

“Panggil Haru Kurosawa dan jalankan Operasi Tiga sekarang!” kata lelaki itu lagi. Pembantunya yang bernama Wolfgang itu hanya mengangguk, sambil menelefon seseorang, ataupun Haru.

Sementara itu, Siti Hajar dan Siti Hawa menyorok di bawah blok kelas mereka, iaitu projek kilat, sambil mengeluarkan ‘pembantu’ mereka, iaitu Stag yang diberikan oleh Haruto.

“Tolong panggil pakcik Haruto cepat, ya Stag?” Baru sahaja Siti Hawa hendak lepaskan Stag, Haruto dah muncul dan terus bawa mereka ke padang.

“Cepat. Pelajar lain semua di sana padang sekarang.”

Mereka hanya akur. Lalu, mereka terus berlari ke padang, sehinggalah seseorang menarik tangan kiri Siti Hawa. “Pakcik Haruto! Tolong!” jerit Siti Hawa. Haruto cuba mendapatkan Siti Hawa yang ditangkap oleh salah satu ahli Armageddon Foundation, tetapi gagal apabila Siti Hajar cuba biarkan sahaja kembarnya itu.

“Tapi..”

“Dia boleh lepaskan diri. Mari pergi dari sini.”

“O..k.”

Haruto terus meninggalkan Siti Hawa di belakang. Selepas mereka tiba di padang sekolah, pada masa itu juga semua bangunan yang ada di SMK Tawau mula meletup, mungkin hasil daripada bom yang diletakkan oleh ahli-ahli Armageddon Foundation.

“Tergamak mereka hancurkan sekolah ni, macam mereka hancurkan TCID dan bangunannya.” kata Fadzil, sambil menggengam buku lima di tangan kanannya.

“Begins Night.” ujar Siti Hajar dengan ringkas dan selamba.

“Begins Night?”

“Merujuk kepada kejadian yang mengubah emosi seseorang. Tengok semua pelajar, masing-masing terkejut melihat sekolah ni meletup. Ada yang menangis lagi.”

“Awak rasa ni ada kaitan dengan Xtreme VoltMemory ke?”

“Mungkin.”


Mereka melihat sekolah yang terbakar itu, sambil memujuk semua orang supaya bertenang.


*****


Di sebuah rumah agam yang terletak di tengah-tengah bandar Tawau, kelihatan sekeluarga sedang menikmati selera yang agak enak dilihat.

“Siapa pattisier minggu ni?” tanya ketua keluarga tersebut, iaitu Lazim Zainal.

“Nurasana, tuan.” balas pembantu itu dengan ringkas. Lazim hanya mengangguk, sambil menyuruh pembantunya yang dari tadi berdiri di belakangnya keluar.

Dua anak perempuannya, iaitu Irmah dan Fauziah Zainal sedang menikmati kek yang disediakan dengan disediakan.

“Lupa nak tanya, macam mana dengan rancangan kita dengan Armageddon Foundation tu?” Encik Lazim memulakan perbualannya dengan dua anak perempuannya itu. Fauziah bekerja sebagai kerani syarikat, manakala Irmah pula sebagai deejay radio Tawau FM.

“Setakat ni dah berjaya, ayah, sampailah TCID tu dah mula kacau kerja kita.” balas Irmah, sambil melakukan 'tch' tanpa disedari.

“TCID? Maksud awak Tawau City Investigation Deparment? Saya ingatkan organisasi tu dah hilang.” Kata-kata Irmah sebentar tadi menyebabkan Lazim mula tertarik akan apa yang Irmah katakan.

“Betul tu.” kata Fauziah pula.

“Kami pun fikirkan benda yang sama, sehinggalah kami dapat laporan yang salah satu ahli TCID jadi ahli Armageddon Foundation.” kata Fauziah lagi, sambil menghirup tehnya sebelum dia bergerak keluar.

“Menarik. Apa-apapun, kita kena cepat kalau kita nak Cosmic Memory dilepaskan.” kata Lazim, sebelum dia menyuruh pembantu rumah agam itu membersihkan meja makan. Fauziah mengangguk, sambil diperli oleh Irmah dari belakang.



-K merujuk kepada ‘Kebenaran’ , ‘Kunci’, dan ‘Kebakaran’-

Final Station : Sayonara, Red Station.









- Notis -

Sebenarnya Cerita Stesen 2-1 dihasilkan semasa saya berada dalam sekolah rendah, sebab itulah perbendaharaan kata dia agak 'berterabur' sedikit. Apa-apapun, saya berterima kasih kerana sudi membaca hingga bab akhir, saya harap anda seronok membaca. Jumpa lagi~~





PREVIOUS STATION = Kyoryu Line, Sanjou!
FINAL STATION = Sayonara, Red Station



________________________________



- Beberapa hari sebelum Ticket mengambil Adib -


"Baik awak mati sahajalah, budak tak guna!" Kelihatan seorang wanita lingkungan 30-an sedang menengking seseorang semasa tamatnya waktu persekolahan. Pada masa itu, aku sedang menunggu bapaku mengambil aku dari sekolah untuk pulang ke rumah, kerana bak kata orang tua-tua, 'rumahku syurgaku.'

Bukan sahaja wanita tersebut tengking budak itu, malah menamparnya tanpa rasa segan jika ada orang lihat apa yang dilihatnya. Beberapa cikgu yang kebetulan berada di situ cuba memujuknya, tetapi mereka pula yang menjadi mangsa keadaan, dalam erti kata lain, semuanya saling menunding jari antara satu masa lain.

"Adib, apa yang berlaku di sana tu? Boleh awak tengokkan untuk kami? Kami sibuk buat kerja sekolah ni.", ujar Azad Izz kepadaku, sambil mengambil pen merah dan correction tape dalam kotak penselnya. Aku terus mengangguk, kemudian terus keluar dari kawasan sekolah dan terus mendekati salah satu cikgu yang berada dalam 'kejadian' tersebut.

"Cikgu, ada apa ni?" tanyaku.

Tiba-tiba, semasa aku cuba mendapatkan Cikgu Tahir, salah satu guru yang ada bersama budak yang ditengking itu, tiba-tiba satu kereta Pajero berwarna hitam terus melanggarku, mungkin sengaja sengaja atau tidak.

Aku hanya lihat badanku terbang di atas udara seperti seekor burung, kemudian tercampak betul-betul di atas bahagian tajam pagar sekolah. Sesiapa sahaja yang melihatnya memang menyeramkan, terutamanya rakanku yang terkejut dari tadi, terutamanya Ismula, Juliano, Fareez, dan yang lain.



****

"Adib, Adib, awak dah makin menghilang. Qayyum, boleh tak jelaskan apa yang dah berlaku sekarang ni?" tanya Isyraf kepada Qayyum, selepas sahaja imaginasi berjaya distabilkan. Kesemua Zamrud Imaginasi terus menghilang entah ke mana selepas itu. Driver kepada kesemua ahli Kyoryu Line masih lagi bersama kini.

"Sebenarnya, kami dah lama nak memberitahu benda ni kepada Adib, tapi saya tak nak dia bersedih. Adib bukan Driver sebenar kepada Red Station, dia hanya seorang Spirit Driver." ujar Qayyum. Aku, Wahyu, dan Isyraf kehairanan, apa pula yang Qayyum ni merepek. Spirit Driver? Oh, tolonglah! 

"Spirit Driver? Apa pula maksudnya tu?" tanya Wahyu pula.

"Spirit Driver merupakan Driver yang mati sama ada akibat ditikam, dilanggar, atau sebagainya. Kebanyakan Spirit Driver dibunuh oleh orang yang membenci mereka. Itu sahaja maklumat yang Rainbow Line dapat setakat ini, sebenarnya benda seperti Spirit Driver ni begitu luas dan susah nak dikaji."

"Jadi siapa pula Driver Red Station yang sebenar-benarnya?" 

"Aidil Izzudin, cicit kepada Adib Akram 100 tahun kemudian. Tetapi, pada masa ini dia belum dilahirkan lagi. Disebabkan itu, saya dan Ticket ataupun sebenarnya Nurul Syamimi mengambil keputusan untuk ambil Adib yang terlibat dalam kemalangan beberapa minggu yang lalu sebagai Spirit Driver."

"Awak tahu ke siapa yang langgar saya?"

"Ya. Orang yang langgar awak adalah Hasnawi Nawi, Driver kepada Crystal Station." ujar Qayyum. Dengar sahaja, aku dan Wahyu terus terkejut tahap beruk. "Abang saya? Tapi, macam mana? Sebelum Adib ada Hasnawi dah menjadi ahli Rainbow Line dahulu, kan?" tanya Wahyu pula.

"Saya yang suruh dia supaya langgar Adib." ujar Qayyum. Dengar sahaja apa yang Qayyum katakan sebentar tadi, aku terus geram lalu buat apa yang pembuli normal biasanya akan lakukan.

Aku terus menarik baju Qayyum.

"Jadi, selama ni, kereta yang melanggar saya tu adalah Hasnawi, yang diupah oleh awak? Baik awak mengaku atau saya suruh Red Station langgar awak nanti." tanyaku dengan perasaan yang marah. Qayyum hanya mengangguk perlahan, kemudian aku terus campakkan dia ke bawah.

"Mari Isyraf, Wahyu, kita kena pergi dari sini." kataku, kemudian bergerak memasuki Red Station. Kemudian, tiba-tiba aku dapat rasa kesakitan dibelakangku, begitu juga dengan Wahyu dengan Isyraf. Apabila aku mengalihkan perhatian kepada Qayyum dengan yang lain, mereka tidak tolong, malah tersenyum.

"Awak takkan dapat lari dari semua ni, Adib Akram. Lagipun, aku dah tandatangan ;perjanjian; dengan keretapi fantasi kepunyaan Rainbow Line ni. Sekali awak cuba ingkar arahan kami, kami juga akan balasnya seperti apa yang sedang berlaku dengan kamu sekarang ni." ujar Qayyum.

"Apa semua ni? Awak kata Rainbow Line bukan seperti Shadow Line tu. Sekarang, situasi dah makin sama tahu tak?" kata Wahyu. Qayyum hanya tersenyum, sambil meletakkan alat yang membuat kami kesakitan ke dalam poketnya.

"Ya. Sebenarnya Rainbow Line pun sebahagian dari Shadow Line. Memanglah situasi yang awak hadapi ni sama dengan Shadow Line tu." ujar Syam, sambil memijak belakang Wahyu. Isyraf cuba menyerangnya, tetapi kesakitan dibelakangnya dapat dirasai sehingga membuatkan dia tidak dapat buat tindakan langsung.

Aku semakin menghilang. Mana pula Hasnawi dengan yang lain? Saat kami sekarang ini memang perlukan pertolongan, tetapi mereka tiada pula. Apa yang patut aku buat? Kemudian, aku mula terfikir. Aku ada sempat memegang Zamrud Imaginasi yang digunakan dalam menstabilkan imaginasi.

Tetapi, aku tidak sempat mengambilnya, kerana kepala kami bertiga diketuk oleh sesuatu.


****

Aku diletakkan dalam sesuatu kawasan dalam sebuah keretapi fantasi, selepas aku sedar dari pengsan. Aku terlihat Isyraf dan Wahyu masih lagi rebah, malah aku dapat lihat dua pengawal dari Shadow Line sedang mengawal aku sekarang ni.

Kemudian, "Selamat datang dan terima kasih kerana menaiki Storm Station. Sekarang kita berada di sebuah kawasan yang dikenali sebagai 'Lost Area'." Itulah yang aku dapat dengar setakat ni. Tiba-tiba, kepalaku rasa pening seperti seseorang yang mengalami pitam, kemudian aku terus terjatuh ke dalam 'Lost Area', diikuti oleh Isyraf dan Wahyu, tetapi Hasnawi dengan Azeem juga ada bersama kami, kecuali Ticket.

Selepas kami mendarat di suatu kawasan yang misteri, barulah Wahyu dan Isyraf terus sedar. Mereka berdua seakan-akan tahu bahawa kita berada di tempat yang begitu janggal bagi kami. Kemudian, giliran Hasnawi dengan Azeem pula yang bangun dari pengsan.

"Jadi, kita di 'Lost Area', huh? Baiklah, macam mana kita nak keluar dari sini." tanyaku kepada semua orang.

"Entah. Kita tak boleh panggil kesemua keretapi fantasi kita, sebab kita bukan Driver kepada kesemua keretapi tu lagi." kata Azeem. Rupa-rupanya, dia juga mengalami perkara yang sama yang kami hadapi.

"Kita tak ada masa lagi nak berehat. Qayyum akan cuba membuatkan Imaginasi di dunia ni hilang sekali lagi. Kita kena perlukan bantuan juga dan lagipun, Adib Akram dah nak menghilang sekarang ni!" ujar Isyraf. Hasnawi dan Azeem terkejut lalu saling memandang antara satu sama lain.

Baru sahaja kami hendak mula berputus asa, kami ternampak Rainbow Station terus meluru ke arah kami. Adakah Qayyum yang sedang memandu keretapi tersebut? Entahlah, bagaimana aku hendak tahu pula kerana kepalaku mula pening apabila melihat keretapi tersebut.

"Semua, cepat naik sebelum Qayyum nampak kita!" Suara orang yang menjerit tersebut memang aku kenal. Tak syak lagi, itu Ticket, ataupun nama sebenarnya Nurul Syamimi. Lalu, Hasnawi, Azeem, Isyraf, dan Wahyu terus menaiki Rainbow Station, kecuali aku.

"Kenapa awak tak naik, Adib?" tanya Syamimi.

"Saya tak boleh. Saya akan mula hilang tak lama lagi dan biarlah saya hilang di tempat ni sahaja. Lagipun, saya tak nak buat kamu semua sedih." balasku, sambil menunjukkan kakiku yang semakin hilang.

"Shadow Line makin mara ke sini!" jerit Hasnawi.

"Cepat, naik sahajalah. Kita tak ada masa." kata Wahyu pula.

"Saya tak boleh, saya bukan ahli Rainbow Lagi!" balasku lagi, sambil menghembuskan nafas, lalu berkata, "Apa-apapun, selamat tinggal semua. Pastikan Rainbow Line sentiasa menjadi stesen yang penuh dengan imaginasi." Kemudian, aku terus hilang seperti habuk, seperti apa yang akan berlaku kepada semua Spirit Driver, kecuali Hasnawi.

Aku sempat melihat Nurul Syamimi serta yang lain tinggalkan kawasan tersebut. 

****

- 12 tahun kemudian -


"Jadi, mak, betul ke cerita yang mak bacakan ni?" tanya seorang budak lelaki kepada ibunya yang sedang membacakan cerita untuknya sebelum tidur. Nama budak tersebut adalah Hazwan Fauzan.

"Entahlah. Mak dapat cerita ni dari kawan lama mak, iaitu pak cik Hasnawi. Dah, pergilah tidur, ya. Nanti bapa marah, tak pasal-pasal kamu menangis nanti." balas ibunya, ataupun namanya Lili Fazriana Wong. Hazwan hanya mengeluh, kemudian segera melihat ke tingkap. Dia ternampak sesuatu di langit.

"Ada apa di langit tu, Hazwan?" tanya Lili.

"Mak, tengok! Red Station, seperti apa yang mak ceritakan tu!" balas Hazwan, sambil menunding jari ke arah langit malam yang begitu dipenuhi dengan bintang yang menyinari langit yang gelap pada masa itu. Lili hanya menggeleng, sambil membaringkan anaknya di atas katil, kemudian terus meninggalkan Hazwan di biliknya.

Cerita mengenai Stesen 2-1 sebentar tadi bergantung kepada anda, sama ada percayainya ataupun tidak. Entahlah. Adib Akram serta watak-watak lain sahaja yang dapat rasainya.










- Station ENDS-

Station #6 : Kyoryu Line, Sanjou!













Previous Station : Musuh
We are departing on: Station #6 : Kyoryu Line, Sanjou!




______________________


"KYORYUZINHA!"

Itulah 'jampi' yang disebut oleh aku, Isyraf, Wahyu, serta beberapa Driver kepada lagenda lima keretapi fantasi dinosaur yang dikenali sebagai 'Kyoryu Line' untuk 'memanggil' Zamrud Imaginasi yang terakhir dari tempatnya. Selepas kami menyebut jampi tersebut, tiba-tiba timbunan ais yang tebal tersebut bertukar warna, dari putih ke hijau zamrud, kemudian, timbunan tersebut terus pecah, lalu menunjukkan sebuah peti lutsinar yang mengandungi Zamrud Imaginasi di dalamnya.

"Tengok, semua! Zamrud Imaginasi!" jerit Lili. Kami terus bersorak kegembiraan, kemudian aku terus ambil peti yang mengandungi zamrud tersebut. Kemudian, tiba-tiba, kedua-dua tanganku hilang begitu sahaja, sama dengan apa yang berlaku semasa aku berada di Stesen 4-3. Isyraf dan Wahyu terus tercengang apabila melihat apa yang berlaku kepadaku sebentar tadi.

"A-apa yang dah berlaku tadi?" tanya Wahyu kepadaku. Aku hanya diam, tidak mahu memberitahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Sebenarnya, bila dia memanggil kami semua, dia perlukan imaginasi yang begitu tinggi.. dan Adib Akram akan mula hilang dari dunia ni." Akhirnya, Fikri terus menjawab soalan Wahyu mewakili aku. Sekali lagi, Wahyu dan Isyraf 'blurr', mungkin jawapan Fikri terlalu kompleks untuk difahami bagi mereka.

"Apa maksud awak, dia 'hilang'?," tanya Wahyu lagi. Kali ini, Fikri terus menarik kedua-dua tanganku dari poket. "Sekarang, dia akan mula menghilang. Tengok, sekarang kedua-dua tangannya dah jadi 'halimunan'. Selepas imaginasi distabilkan, dia akan mula hilang dari dunia ni."

"Sekarang kita tak ada masa lagi. Kita kena halang rancangan Darkness Station untuk selama-lamanya. Kita kena cari Hasnawi dan yang lain, kemudian tentang keadaan saya ni, kita akan bincang kemudian. Setuju?" ujarku pula. Semua orang saling memandang ke atas, mungkin sedang berfikir.

"Baiklah. Saya akan selalu sokong awak, Adib." balas Isyraf.

"Betul cakap dia. Tak kira sama ada awak tiada di sisi kami atau tidak, kami tetap akan sokong awak." kata Wahyu pula. Aduh, siapa pula yang letak bawang dihadapan aku ni? Tak pasal-pasal air mata aku tiba-tiba mengalir. Maaf, itu hanya sebuah kiasan yang merepek dari aku sendiri.

"Bukan mereka sahaja, Adib. Kami semua, Driver kepada Lima Kyoryu Line. Awak yang panggil kami, jadi kami kena sokong awak sebagai Red Station Driver yang keempat, ataupun yang terakhir." kata Aslan. Aku hanya mengangguk, kemudian terus memberikan Zamrud tersebut kepada Isyraf.

"Isyraf dan Wahyu, awak kena cari Hasnawi dan yang lain. Tentang Darkness Station tu, saya yang akan urus sendiri. Boleh tak awak semua buka jalan ke Ressha Line tu?" tanyaku, sambil menunjukkan muka yang penuh dengan harapan.

"Boleh, tapi... kuasa imaginasi kami dah habis. Di mana lagi kami nak cari kuasa tu?" ujar Lili. Pada masa itu juga, satu aura dapat dirasai oleh kami semua. Nanti, tak syak lagi. Kami semua memang kenal akan aura yang kami rasakan. Ini adalah, Aura IMAGINASI! "Tapi, macam mana?" tanyaku.

Kemudian, Rainbow Station dan Red Station terus muncul entah dari mana. Kelihatan Syafiz Qayyum dan Zahira terus melompat keluar dari kedua-dua keretapi tersebut. 

"Semua ini adalah imaginasi yang dihasilkan oleh semua orang di seluruh dunia. Nampaknya Darkness Station dah mulakan rancangan terakhir mereka, dan hasilnya mereka berjaya. Apa-apapun, Ressha Line bukan jalan untuk ke Darkness Station, tetapi satu jalan untuk merentas masa." kata Qayyum dengan panjang lebar.

"Nanti, jadi awak nak saya ke masa sebelum rancangan Shadow Line berjaya ke?" tanyaku pula. Syafiz Qayyum terus mengangguk, sambil kereta, "Ya. Lagipun, saya nak Isyraf dan Wahyu ikut sekali, kerana Red Station, Violet Station, dan Snow Station sahaja yang dapat menggunakan Ressha Line. Ingat, harapan imaginasi Bumi bergantung kepada kamu bertiga. Faham?" 

Kami bertiga mengangguk. Kemudian, "Awak boleh gunakan Kyoryu Line kami. Pilihlah mana satu yang awak suka." kata Syam pula. Dengar sahaja, kami terus melonjak gembira seperti orang yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

"Awak pasti ke, Syam? Lagipun, Kyoryu Line ni dah lama. Mungkin boleh rosak semasa memasuki portal masa Ressha Line tu." kata Fikri.

"Jangan risau, semua. Ingat, kuasa imaginasi yang akan menentukan nasib mereka semasa memasuki Ressha Line tu nanti. Lagipun, kita dah terlalu 'tua' untuk menjadi Driver, betul tak?" balas Syam. Mereka semua hanya akur, kemudian aku memilih Tyranno Station, Isyraf pula memilih Parasasauro Station, dan Wahyu, mungkin dia sukakan merah jambu, iaitu Dricera Station.

Kemudian, kami pun terus memandu keretapi fantasi tersebut dan pada masa itu juga, satu landasan berwarna pelangi terbentuk. Landasan tersebut berakhir di sebuah portal masa yang berwarna ungu dan gelap bagi pendapat aku. Kelihatan Qayyum dan yang lain tabik dengan kami, mungkin kerana kami sahaja harapan yang ada.

"Sedia, semua? Dalam kiraan tiga, dua....." kataku.

"SATU!" jerit Wahyu. Kemudian, keretapi Kyoryu Line yang kami pinjam terus bergerak memasuki portal masa. Masuk sahaja, kepala kami mula pening, dada kami mula rasa sakit sedikit. Mungkin kerana kami tidak biasa apabila kami bertiga berada di antara dimensi yang lain.

"Baiklah, saya nampak cahaya. Mungkin itu jalan akhirnya." balasku.

Kemudian, kami pun berjaya 'merentas masa' ke beberapa bulan sebelum rancangan Darkness Station dimulakan.



****


"Nampaknya kita berada dalam masa yang lampau, agaknya." ujar Isyraf, sambil ketawa. Walaupun kami sekarang dalam keadaan yang serius, tetapi dia masih boleh ketawa. Kami bertiga dapat melihat pangkalan kepunyaan Darkness Station, atau Shadow Line disebalik awan hitam.

"Itu ke, pangkalan mereka?" tanya Wahyu. Aku hanya mengangkat bahu, mana tidaknya, aku manalah arif sangat tentang rupa 'pangkalan' mereka. Aku, Isyraf, dan Wahyu hanya menarik kemudian menghembuskan nafas, lalu masuk semula ke dalam keretapi Kyoryu Line.

Semasa kami sedang melakukan pencarian pangkalan Darkness Station, tiba-tiba satu keretapi fantasi terus meluru ke arah kami, lalu melepaskan satu tembakan 'plasma'. Wahyu dan Isyraf sempat mengelak, kecuali aku. Tembakan plasma tersebut terus terkena dadaku. Yang peliknya, aku memang rasa sakit, tetapi aku tak rasa nak mati. Mungkin ajal aku bukan di sini, atau kesan akibat memanggil Kyoryu Line, iaitu terus hilang dari muka bumi?


Ah, aku malas hendak fikir semua tu!! Sekarang masa untuk selamatkan kuasa imaginasi dari dibolot oleh Shadow Line yang durjana. Tetapi, aku dapat rasa bahawa aku akan buat sendiri apabila satu portal masa yang digunakan oleh kami terus menyedut aku sahaja kedalamnya. Aku cuba memegang tanduk yang ada di Stego Station untuk mengelak dari masuk ke dalamnya.


"Apa yang dah berlaku pula ni?" tanyaku.


"Maaf sebab tak beritahu benda ni, Adib, tapi ini merupakan sebahagian ujian yang telah disediakan oleh Red Station untuk kamu." ujar Wahyu, sambil memandang ke bawah, diikuti oleh Isyraf. Aku kehairanan. Ujian dari Red Station? Maksudnya aku bukan Driver kepada Red Station dengan rasminya? Patutlah Ticket melarangku mengikuti Azeem dan yang lain. Rupa-rupanya, Red Station akan memberikan ujian kepada Drivernya secara mengejut.


"Jadi, ini ujian terakhir saya ke?" jeritku, sebelum cengkamanku terlepas.


"Tak tahu. Kami juga pernah alami situasi yang awak alami sebelum ini. Tapi, kami dapat lepasinya dengan cemerlang, tapi kami tak tahu sangat mengenai ujian dari Red Station." balas Isyraf. Pada masa itu juga, aku berjaya ditarik masuk sekali lagi ke dalam portal masa yang dihasilkan oleh Ressha Line.


"KENAPA AKU KENA HADAPAI SEMUA NI!" jeritku. Kemudian, aku ternampak sesuatu yang aku kenali. Tak syak lagi, itu Red Station dengan Tyranno Station, tetapi mereka bergabung, menjadi Red Navy Station! Maksudnya saya dah lepasi ujian gila ni ke? Entahlah. Mana aku dapat nama tu? Aku cipta saja. Bukan itu kod nama keretapi yang aku nampak sekarang ni. Hahahaha.


"Masuk ke dalam cepat, Adib! Ingat kamu seorang saja ke yang akan duduki ujian ni? Kita bertiga, tak.. bukan. Semua rakan-rakan kamu akan sama-sama sokong awak dari belakang tau." kata Wahyu. Aku terus mencapai tangan Isyraf, kemudian terus memasuki Red Navy Station dari atas bumbung.


"Tapi, kita akan ke masa yang mana satu?" tanyaku.


"Entah. Apa-apapun, gabungan antara Kyoryu Line dengan Rainbow Line ni memang SUGOI! Tak tahu macam mana nak cakap dalam bahasa Melayu." ujar Wahyu. Aku hanya mampu tersenyum. Kemudian, kali ini giliran kakiku pula yang bercahaya, tetapi taklah hilang, kalau tidak bagaimana aku hendak berjalan nanti, betul tak?


"Kita tak ada masa lagi. Red Navy, laju sikit, boleh?" tanya Isyraf.


Red Navy Station hanya patuh kemudian bergerak lebih laju dari sebelumnya. Selepas itu, aku ternampak satu lagi lubang yang akan membawa kami ke mana-mana masa yang telah berlaku. Kami terus memasuki lubang tersebut. 


Masuk sahaja, kami bukan berada diluar kawasan pangkalan Darkness Station, kami sekarang berada di luar pangkalannya!




****

"Satu...."

Aku terus bangun dan rasa sakit pada bahagian dada dapat dirasai. Apabila aku cuba bangun, aku dapati aku bukan berada dalam Red Station bersama Hasnawi dan Azeem, tetapi di sebuah 'tempat' yang begitu penuh dengan kegelapan di sekitarnya. Kemudian, aku ternampak sebuah keretapi fantasi yang berwarna kelabu memasuki tempat tersebut.

"Dua...."

Aku menyebut nama nombor secara menaik, sambil bergerak mendekati tempat tersebut. Sampai sahaja, seorang lelaki menuruni keretapi tersebut, sambil membawa kayu yang besar, tidak sesuai dengan saiznya apabila kayu tersebut diangkat dan menyapa salah satu pengawal yang mengawal masuk pintu masuk untuk keretapi fantasi.

"Tiga...."

Dadaku semakin sakit. Aku terus cuba bergerak ke bahagian belakang tempat tersebut. Tempat tersebut sama dengan tempat di mana Red Station, Blue Station, Violet Station, Crystal Station dan Snow Station diletakkan. Apabila aku berada di belakang, tiba-tiba aku terus terjatuh ke dalam sebuah lubang.

"Empat...."

Aku sudah mengira sehingga nombor empat. Tetapi, kesakitan pada dadaku masih dapat dirasai. Selepas aku terjatuh di lubang tersebut, aku ternampak beberapa orang sedang duduk di atas sebuah meja bulat. Kesemua mereka memakai seragam Driver keretapi fantasi, sama seperti aku dengan Wahyu.

Selepas sahaja sampai nombor lima, kesakitan semakin berkurangan. Aku terus menumpukan kepada operasi 'curi-curi dengar' apa yang ada dalam tempat tersebut. Kemudian, aku ternampak sebuah keretapi yang memang aku kenal. 

DARKNESS STATION. Itulah keretapi yang aku nampak memasuki tempat letak keretapi tersebut. Aku cuba memasuki kawasan itu, tetapi aku terhenti apabila aku sedar bahawa keseluruhan tempat aku terkurung penuh dengan caj elektrik. Sekali aku pegang, aku akan mati. Aku hanya meletakkan kedua-dua tanganku di atas lutut, sambil mendengar apa yang 'mereka' cuba katakan

"Awak ada barang tu tak?" tanya salah seorang pengawal yang menjaga pintu masuk keretapi. Driver kepada Darkness Station yang baru sahaja keluar dari keretapinya mengangguk, sambil mengambil sebuah beg yang berisi penuh dengan Zamrud Imaginasi Apabila pengawal tersebut mengira zamrud yang ada, mukanya berkerut.

"Ini sahaja yang awak ada, Darkness Station Driver? Saya ingatkan awak ni pakar sangat." tanya salah seorang ahli meja bulat yang ada.

"Maaflah, Ely. Tapi, satu lagi pasukan Rainbow Station dah ambilnya dahulu sebelum kita." kata seorang lagi ahli Meja Bulat. Apabila lelaki tersebut katakan begitu, semua ahli Meja Bulat terus menghentak meja. Adui, merajuk seperti budak-budak yang tak dapat makanan lah tu!

"Kalau sebanyak ni pun, belum cukup untuk jalankan rancangan utama Shadow Line. Faham tak?" kata perempuan tersebut, ataupun namanya Ely. Berdasarkan pakaian, aku tahu dia merupakan Driver kepada Pink Station yang aku nampak sebentar tadi.

"Nurul Syamimi, ada ke lagi lokasi Zamrud Imaginasi?" tanya Ely lagi.

"Ada. Di Antartika. Setakat ini saya tidak tahu di mana ZAMRUD itu diletakkan dan saya juga tidak dapat mendapat apa-apa petunjuk." balas Syamimi. (Nota : Bukan Nurul Syamimi yang nama lain dia Ticket. Ini Syamimi lain.)

"Apa-apapun, kita kena tangkap Driver Red Station tu." kata salah seorang lelaki yang duduk di Meja Bulat.

"Nampaknya macam tu lah. Shafiee. Ritchell, Ameera, Anis, dan yang lain, jalankan tugas sekarang. Mesyuarat Meja Bulat untuk Darkness Station, ditamatkan." ujar Syamimi. Selepas itu, mereka semua menaiki Station masing-masing. Kemudian, aku terambil sesuatu, iaitu sebuah kertas yang mengandungi data-data mereka. 



Unknown Driver - Storm Station Driver
Elyana Yazmie - Pink Station Driver
Shafiee Yusop - Green Station Driver
Ritchell Lee - Sakura Station Driver
Ameera Nazirah - Sky Station Driver
Anis Mohtadzhar - Darkness Station Driver 
Nursyam Adnan - Infinity Station Driver 

Aku mula sedar, bahawa perempuan yang aku jumpa semasa aku berada dalam Darkness Station untuk kali pertama adalah Anis Mohtadzhar. Dia juga yang mengugutku supaya tidak mencari Zamrud Imaginasi semasa berada di Greenland. Sekarang, mereka cuba untuk membunuhku, tetapi dengan apa? Darkness Station tidak mempunyai apa-apa peralatan untuk membunuh. Arghh.. pening nak fikir semua tu.

"Dah, sampai bila awak nak kira satu, dua, tiga tu? Kita tak ada masa. Nampaknya kita sekarang berada dalam masa dimana mereka merancang untuk menghalang kita dari ke Antartika." kata Wahyu.

"Nampaknya macam tu lah." balasku.Isyraf terus membuka pintu 'tempat' kami menyorok sejurus selepas semua ahli Shadow Line berlalu pergi. Lalu, kami menyelinap masuk ke dalam Darkness Station untuk mengambil semula Zamrud Imaginasi yang diambil oleh mereka selama ini.

"Akhirnya, kita berjaya!" ujarku.

"Sekarang, kita kena balik semula ke portal masa yang masih terbuka sementara ni." balasku.

Baru sahaja kami rasa rancangan kami telah berjaya, tiba-tiba Ritchell terus nampak kami sambil menjerit, "KITA ADA PENCEROBOH DARI RAINBOW LINE!" Jerit sahaja, kami bertiga terus berlari bersama beg yang penuh dengan Zamrud Imaginasi. Selepas kami keluar, kami terus menutup pintu tempat kami masuk sebentar tadi, kemudian berlari ke arah Red Navy Station, lalu masuk ke dalam.

"Baiklah, kita kena berlepas cepat! Ayuh, Red Navy!" jeritku. Kemudian, keretapi fantasi tersebut terus bergerak ke dalam portal masa secepat yang mungkin untuk kembali semula ke masa selepas aku memanggil Kyoryu Line.

Semasa dalam portal masa, Wahyu tanya satu soalan kepadaku, iaitu:

"Kalau awak tak ada nanti, siapa yang akan jadi ketua kami?" tanyanya.

"Senang saja. Awak lantik sahaja Hasnawi. Senang sedikit kerja, kan?" balasku dengan selamba.

"Baiklah. Apa-apapun, kita dah nampak lubang ke masa sekarang. Kita kena cepat atau--" Tiba-tiba sahaja kata-kata Wahyu tersekat seperti orang yang tercekik tulang ikan. Aku pun hairan, apa pula yang dilihat oleh mereka berdua.

"ATAU DARKNESS STATION DAPAT TANGKAP KITA!" jerit Isyraf. Nasib baik kami sempat keluar dan Darkness Station pun terus terperangkap dalam portal masa tersebut.

"Jadi, macam mana dengan ujian dari Red Station tu. Ok?" tanya Fikri selepas kami selamat tiba di masa yang 'betul' bagi mereka. Aku hanya dapat mengangguk, mungkin disebabkan terlalu cemas. Agaknyalah~~ Qayyum hanya tersenyum memandangku, sambil menyokongku dari belakang.

"Mana Zamrud Imaginasi tu?" tanya Qayyum.

"Ini dia! Sekarang, ambil dan kita boleh kembalikan semula Hasnawi dan yang lain." ujar Wahyu. Lalu, Qayyum terus mengambil Zamrud tersebut lalu melontar kesemuanya ke udara. Lalu, semua Zamrud tersebut mula terapung, membentuk bulatan yang besar dan menyerap kuasa imaginasi dari kami semua.

Aku ternampak Shadow Line mula berundur sedikit demi sedikit. Kami semua dapat rasa bahawa imaginasi semakin stabil di sekelilng kami.

"IMAGINATION!" jerit kami semua.

Tanpa aku sedari, aku mula menghilang.


****




- FINAL STATION : SAYONARA, RED STATION -

Station #5 : Musuh












Previous Station - Antartika
Now we departing on - Station #5


_________________________________




"Dah sampai ke Antartika tu, Isyraf? Penuhkan sikit meter imaginasi tu supaya keretapi ni laju." kata Nurul Syamimi, sambil melihat pemandangan melalui tingkap Snow Station. Bagi aku, pemandangan apa pula yang dia hendak lihat, sedangkan kita sekarang berada beberapa kaki di atas Lautan Hindi.

"Apa yang awak dari tadi tengok tu, Mimi? Laut sahaja yang ada di bawah tu." kata Hasnawi. Syamimi, ataupun sebenarnya Ticket, hanya tersenyum, sambil menunjukkan kami sesuatu di dalam laut tersebut.

"Sebenarnya, saya tengah tengok Water Station sedang awasi kita dari bawah." balasnya.

"Water apa?" tanyaku.

"Water Station, Adib. W-A-T-E-R S-T-A-T-I-O-N, sebuah keretapi fantasi dari Rainbow Line. Saya suruh Driver keretapi tersebut awasi kita dari bawah, sebab saya tahu mungkin Darkness Station mungkin tengah buru kita sekarang ni." ujar Syamimi. Kemudian, sebuah keretapi berwarna biru laut tiba-tiba terapung dari dalam laut, kemudian bergerak di sebelah kanan Snow Station.

"Yo, Syamimi! Nampaknya setakat ni tak ada tanda-tanda dari Darkness Station." Tiba-tiba sahaja Driver kepada Water Station terus menyapa kami melalui alat komunikasi kepunyaan Isyraf. Melalui alat komunikasi, nampaknya Driver kepada Water Station adalah seorang perempuan.

"Ok. Terima kasih sebab bantu saya, Zahira." balas Syamimi.

"EH? Zahira tu Water Station Driver ke?" tanya Hasnawi.

"Awak kenal ke Zahira tu, Hasnawi?" Syamimi langusung tidak menjawab pertanyaan Hasnawi, malah dia tanya semula Hasnawi. Aku pun tak tahu, sama ada dia ini pekak atau dia buat-buat tak dengar. "Baiklah, balik kepada soalan. Jadi, apa hubungan awak dengan Zahira tu sampai awak terlalu rapat dengan dia?"

"Err..apa? Err...err.. kami hanya kawan sahaja. Kami berjumpa semasa kami berdua mendarat di Stesen 2-0. Itu sahaja. Kami hanya kawan. Tak lebih dari TU!" balas Hasnawi. Oh, nampaknya mukanya merah seperti orang yang baru menghabiskan larian sebanyak 3 pusingan di padang sekolah SMK Tawau!

"Baiklah, balik kepada misi kita. Apa-apapun, kita dah sampai di Antartika. Setakat ni, Isyraf akan memeriksa seluruh kawasan untuk memeriksa lokasi Zamrud Imaginasi tu diletakkan." kata Azeem, mencelah perbualan kami bertiga. Lalu, aku, Hasnawi dan Syamimi terus senyap.

"Ada apa-apa petunjuk untuk Zamrud yang terakhir ni ke?" tanya Hasnawi lagi.

"Rasanya macam ada. Kalau saya tak silap, petunjuk dia.... 'Buka mata kegelapan dan satu cahaya akan membimbing kamu ke tempat yang sepatutnya. Matahari akan muncul untuk kali pertama dan satu pantulan akan muncul, membentuk jambatan ke satu lagi Ressha Line.' Itu sahaja yang saya dapat dari sejarah Rainbow Line." ujar Syamimi. Aduh, petunjuk dia seperti ala-ala filem fantasi. Tak logik betul!

"Matahari akan muncul untuk kali pertama. Satu pantulan akan muncul membentuk jambatan ke satu lagi Ressha Line? Jangan cakap yang, kalau kita dapat Zamrud tu, benda tersebut akan menunjukkan jalan ke arah pangkalan utama Darkness Station." Aku mula memberikan pendapatku sendiri. Kalau betullah Zamrud tu tunjukkan arah ke tempat Darkness Station, maksudnya, Zamrud ni bukan jenis Zamrud Imaginasi yang biasa.

"Nampaknya mungkin macam tu. Isyraf, sudah ke awak scan seluruh kawasan ni?" jerit Syamimi.

"Dah. Saya langsung tak jumpa lokasinya. Rasanya mungkin itu petunjuk palsu." ujar Isyraf lagi. Tiba-tiba sahaja, muka Nurul Syamimi menjadi kerut seperti seorang nenek yang lanjut usianya.

"Sejarah Rainbow Live tak pernah ada yang tidak benar. Rasanya kita kena selesaikan petunjuk tu dulu." kata Hasnawi. Kami semua setuju, lalu duduk di tempat masing-masing, cuba fikirkan cara untuk selesaikan petunjuk tersebut. Baru sahaja hendak duduk,, tiba-tiba Snow Station terlanggar sesuatu. 

"Apa benda pula tu, Isyraf?" tanyaku. Masa tu, semua orang berada di gerabak yang kalis bunyi. Jadi, mereka memang tidak tahu apa benda yang dilanggar oleh keretapi fantasi kepunyaan Isyraf.

"Tak tahu! Tiba-tiba saja saya terlanggar sesuatu." balas Isyraf. Disebabkan aku rasa ingin tahu apa yang Isyraf Ismail baru sahaja langgar, aku terus membuka tingkap, melihat ada apa diluar. Di sini memang sejuk, tetapi aku tetap cuba melihat, meskipun pemandangku kabur, mungkin disebabkan Snow Station yang disekelilingnya dipenuhi dengan ribut salji.

Apabila penglihatanku menjadi semakin jelas seperti cermin, aku terkejut. Memang tak syak, nampaknya kami tak sendiri semasa perjalanan kami ke Antartika. Oh, nampaknya pencarian ni akan jadi lebih mencabar!

Storm Station rupanya yang melanggar Snow Station secara sengaja. Aku mula menjadi cemas, bukan kerana Storm Station ada di hadapan kami semua, tetapi kali ini tangan kiriku mula menghilang pada masa yang sama, selepas semua tapak tanganku bercahaya. Aku tidak tahu macam mana semua benda tu boleh berlaku. Tapi, yang pasti, aku kena fikir sesuatu supaya Snow Station dapat elak dari keretapi gila tersebut!


****

"Isyraf, pesongkan sedikit arah keretapi ni. Cepat." kataku dengan nada yang perlahan. Isyraf masih lagi terpaku, mungkin dia terlalu panik. Dia memang tidak tahu apa yang hendak dibuat. Aku terus mengambil alih kawalan keretapi, meletakkan pemeriksa imaginasi di tangan kananku, kemudian terus menjauhkan keretapi tersebut dari Storm Station.

Tetapi, Storm Station terus mengikuti kami, dan keretapi tersebut kini ada di kiri Snow Station. Nampaknya keretapi fantasi kepunyaan Shadow Line ni memang laju. Kemudian, Storm Station terus melanggar kami, supaya kami terkeluar dari laluan yang telah diset dari awal lagi.

Aku cuba mengelak dengan mengaktifkan perisai ribut salji untuk Snow Station. Memang kami telah 100% dilindungi sepenuhnya oleh perisai tersebut, tetapi entahlah bagaimana Storm Station dapat mematahkan perisai. Akibatnya, aku, Isyraf, Azeem, Hasnawi, dan Nurul Syamimi terpisah, akibat gerabak Snow Station terus terpisah seperti sebuah kaca yang pecah.

Aku dalam Isyraf terjatuh berkali-kali dalam bahagian pengawal utama Snow Station yang terpisah dengan beberapa gerabak keretapi yang lain.  Kemudian, kami ternampak Violet Station kepunyaan Wahyu terus sambungkan kami dengan menggunakan penyambung gerabak keretapi yang memang ada.

"Adib, Isyraf, Azeem, Hasnawi, Syamimi, awak semua tak apa-apa? Jawablah!" kata Wahyu yang mengikuti kami dari tadi dengan alat komunikasi dalam keretapi Isyraf. Aku cuba mengambil alat tersebut, tetapi kami tidak dapat bergerak sedikit, mungkin cedera teruk.

"K-kami OK. Cuma, kami d-dan yang lain--" Aku cuba untuk membalas pertanyaan Wahyu. Tetapi, aku begitu tidak larat, kerana Storm Station sudah menyerap kuasa imaginasi dalam diri aku dan Isyraf. Akibat dari perkara tersebut, aku terus pengsan dalam Snow Station.

"ADIB! ADIB!"


****

"Buka mata kegelapan dan satu cahaya akan membimbing kamu ke tempat yang sepatutnya. Matahari akan muncul untuk kali pertama dan satu pantulan akan muncul, membentuk jambatan ke satu lagi Ressha Line." Aku terus bangun selepas mendengar seseorang mengatakan kata-kata tersebut.

"Saya di mana ni? Siapa awak?" tanyaku kepada salah seorang dari tiga lelaki yang berada dihadapanku.

"Kami bertiga adalah Driver kepada Red Station sebelum kamu, Adib. Kami ke sini untuk bantu kamu mencari Zamrud Imaginasi yang terakhir tu." kata seorang lagi lelaki, yang rupanya sama seperti pakcikku. "Jadi, awak bertiga boleh bantu saya cari Zamrud Imaginasi tu?" 

"Ya. Ambil ni." Lelaki tersebut memberikanku sesuatu. Benda tersebut seperti rupa kepala dinosaur jenis Tyranossaurus dan bagai kunci untuk memasuki mana-mana pintu. "Apa benda pula ni, korang?" tanyaku lagi, sambil memegang kunci tersebut dengan sopannya, takut tercalar pula lagi.

"Ini kunci untuk memanggil Kyoryu Line, iaitu lima keretapi fantasi jenis dinosaur. Kyoryu Line ada kunci untuk mengambil Zamrud yang terakhir tu, sekaligus membuka laluan ke Ressha Line, tempat Darkness Station berada. Tapi, awak perlukan imaginasi yang tinggi, dan, dan...." Lelaki tersebut terus tersekat kata-katanya.

"Dan apa?" sambungku.

"Awak akan hilang selamanya dari dunia ni. Cahaya yang awak sekarang di tangan awak tu, merupakan tanda awak akan mula menghilang. Sekarang ni, awak tak ada masa lagi. Cari Zamrud tu dan seimbangkan imaginasi di Bumi ni."

"Pergi. Moga kuasa imaginasi bersama kamu." kata lelaki yang ketiga. Aku hanya mengangguk, kemudian persekitaranku mula berubah dari cahaya ke gelap seperti angkasa lepas.


****

"Adib, awak dah sedar pun. Anyway, kunci apa pula yang awak pegang ni?" tanya Isyraf kepadaku selepas aku sedar. Aku mula menyedari bahawa mimpi tersebut memang betul, yang aku diberikan kunci Kyoryu Line dari tiga Lagenda Driver kepada Red Station. Lalu, aku menarik nafas kemudian berkata, 

"Kunci untuk memanggil Kyoryu Line." balasku dengan selamba. Bila aku cakap sahaja begitu, muka Wahyu tiba-tiba berubah.

"Kyoryu Line? Lima keretapi dinosaur yang dah hilang sejak dahulu lagi? Mana awak dapat kunci tu?" tanya Wahyu. Aku berpendapat bahawa nampak sangat yang Wahyu ni suka membaca mengenai sejarah Rainbow Line. Dia juga tahu akan Kyoryu Line, tetapi Isyraf tidak faham dengan  menggaru kepalanya berkali-kali.

"Awak tak faham ke Isyraf? Tyrano Station, Parasasauro Station, Stegos Station, Velocira Station, dan Dricera Station adalah lima lagenda Kyoryu Line yang hilang 20 juta tahun dahulu!" balas Wahyu dengan nada yang bersemangat. Aku dan Isyraf terus terpegun.

"Jadi, bila awak nak panggil Kyoryu Line tu?" Kali ini, giliran Isyraf pula yang bertanya. Aku mengangkat tahu, sebab aku tak ada idea bila masa yang agak sesuai untuk memanggil kelima-lima keretapi jenis Kyoryu Line tersebut. Tiga Driver Red Station sebelum aku pun tak beritahu bila masa yang sesuai.

"Apa-apapun, kita tak tahu lagi di mana Zamrud Imagnasi tu. Jadi, buat masa ni kita cari dahulu di mana Hasnawi dan yang lain." ujar Wahyu. Aku dan Isyraf hanya bersetuju, kemudian kami terus bergerak ke kawasan 'paling dalam' Antartika, rasanya kami mungkin di bawah Bumi, agaknyalah, sebab Antartika dikenali juga sebagai Kutub Selatan.

Semasa kami mencari mereka semua, tiba-tiba Storm Station muncul entah dari mana kemudian terus melanggar bahagian kawalan utama Violet Station, erti kata lain tempat kami berkumpul sekarang ini. Kami terus terjatuh, mungkin disebabkan gegaran yang begitu kuat yang dihasilkan.

"Bawa Violet Station ni laju sedikit, Wahyu!" perintah Isyraf kepada Wahyu.

"Awaklah yang buat, Isyraf. Tambahkan sedikit meter imaginasi tu!" balas Wahyu, sambil menggengam alat kawalan. Storm Station masih melanggar kami, menyebabkan kami dalam keadaan yang cemas. Isyraf hanya mengangguk, kemudian meletakkan pemeriksa imaginasi di lengan kirinya, dengan tenang dia melencongkan sedikit laluan Violet Station.

Berbeza dengan apa yang berlaku terhadap Snow Station, akhirnya kami berjaya melepaskan diri dari keretapi fantasi kepunyaan Shadow Line tersebut. Biarpun pada ketika itu agak cemas, tetapi kami berjaya juga.

"Tak sangka pula imaginasi awak tinggi, Isyraf. Apa yang awak fikirkan tu sampai meter imaginasi penuh?" ujarku.

"Saya sedang bayangkan Wahyu memakai pakaian seksi. Itu sahaja." Apabila Isyraf membalas pertanyaanku dengan bangganya, Wahyu terus menendang Isyraf di bahagian 'telur' dia. Ewww! Memang menggelikan apabila seorang perempuan yang lemah berjaya menundukkan seorang lelaki dengan cara tu.

"Gatal gatal gatal gatal gatal gatal gatal!" balas Wahyu sambil menampar muka Isyraf berkali-kali. Kesian, habis hancur kaca mata Isyraf dibuatnya. Aku hanya ketawa di situ, kemudian aku terus memandu Violet Station, dengan membayangkan Isyraf berkahwin dengan Wahyu. Oh, memang hebat sungguh idea tu!

Selepas kami berjaya melarikan diri dari Violet Station, keretapi tersebut mengesan tersebut di bawah timbunan ais yang tebal.

"Mana Zahira?" tanyaku.

"Dia dah pergi ke Rainbow Line selepas dia memeriksa bahagian bawah keretapi saya. Apa-apapun, jom kita periksa ada apa di bawah timbunan ais tebal tu," balas Isyraf. Selepas itu, aku terus pandu sedikit betul-betul di bahagian atas timbunan ais tebal tersebut.

"Saya dapat rasanya. Aura Zamrud Imaginasi ada di bawah timbunan ais tu." ujar Wahyu.

"Tapi, kita tak boleh dapatkannya tanpa memanggil Kyoryu Line." kata Isyraf pula. Aku hanya diam. Aku memang boleh panggil Kyoryu Line bila-bila masa, tetapi aku juga akan hilang dari dunia ni.

"Nampaknya aku terpaksa ambil risiko." kataku. Lalu, aku terus meletakkan Kyoryu Line di atas sebuah lubang yang muat dengan kunci tersebut, yang berada betul-betul di atas timbunan ais tebal tersebut.

Aku terus menghembuskan nafasku selepas aku memusingkan kunci Kyoryu Key tersebut. Kemudian, tiba-tiba aku teringat satu jampi yang sesuai untuk memangil kelima-lima keretapi tersebut.

"Kyoryu Line! Summon!" jeritku. Kemudian, tiba-tiba satu cahaya yang terang seperti matahari terus muncul di atas langit Antartika, lalu lima keretapi fantasi jenis dinosaur terus keluar dari cahaya tersebut.

"TENGOK TU, ISYRAF! KYORYU LINE!" jerit Wahyu pula.

Kelihatan lima keretapi fantasi yang berkepala dinosaur terus menghala dihadapan kami. Kemudian, aku ternampak lima Driver keluar dari keretapi tersebut, lalu terus terjun di hadapan kami bertiga.

"Awak ke yang panggil kami berlima?" tanya seorang Driver kepadaku.

"Ya. Kami nak kamu semua keluarkan Zamrud Imaginasi dari timbunan ais ni." balas Wahyu.

"Baiklah, apa-apapun, saya nak kenalkan diri. Saya Azlan Azis, Driver kepada Tyranno Station."

"Saya Syam Jer. Parasasauro Station Driver."

"Saya Asmirah Jafar. Dricera Station Driver."

"Saya Lili Fazriana Wong. Stegos Station Driver."

"Saya pula, emm... Fikri, ataupun Detektif Juniorshan Sensei. Driver kepada Velocira Station."

"Awak semua ni Driver kepada semua keretapi jenis Kyoryu Line ni ke?" tanya Wahyu lagi.

"Ya. Dan kami hanya muncul apabila dipanggil oleh Adib Akram sahaja." balas Lili Fazriana. Kami semua hanya mengangguk kepala, kemudian semua orang memegang kunci Kyoryu Key.

"Baiklah, sebut perkataan ni bersama-sama saya, ya?" kata Aslan. Kami semua mengangguk.

"Ok. Dalam kiraan TIGA, DUA, SATU DANNNN..........." teriak Syam.

"KyoryuZinHA!" jerit semua orang yang ada pada masa itu.


****




- Mid finale Station: Kyoryu Line, Sanjou! -