Station #6 : Kyoryu Line, Sanjou!













Previous Station : Musuh
We are departing on: Station #6 : Kyoryu Line, Sanjou!




______________________


"KYORYUZINHA!"

Itulah 'jampi' yang disebut oleh aku, Isyraf, Wahyu, serta beberapa Driver kepada lagenda lima keretapi fantasi dinosaur yang dikenali sebagai 'Kyoryu Line' untuk 'memanggil' Zamrud Imaginasi yang terakhir dari tempatnya. Selepas kami menyebut jampi tersebut, tiba-tiba timbunan ais yang tebal tersebut bertukar warna, dari putih ke hijau zamrud, kemudian, timbunan tersebut terus pecah, lalu menunjukkan sebuah peti lutsinar yang mengandungi Zamrud Imaginasi di dalamnya.

"Tengok, semua! Zamrud Imaginasi!" jerit Lili. Kami terus bersorak kegembiraan, kemudian aku terus ambil peti yang mengandungi zamrud tersebut. Kemudian, tiba-tiba, kedua-dua tanganku hilang begitu sahaja, sama dengan apa yang berlaku semasa aku berada di Stesen 4-3. Isyraf dan Wahyu terus tercengang apabila melihat apa yang berlaku kepadaku sebentar tadi.

"A-apa yang dah berlaku tadi?" tanya Wahyu kepadaku. Aku hanya diam, tidak mahu memberitahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Sebenarnya, bila dia memanggil kami semua, dia perlukan imaginasi yang begitu tinggi.. dan Adib Akram akan mula hilang dari dunia ni." Akhirnya, Fikri terus menjawab soalan Wahyu mewakili aku. Sekali lagi, Wahyu dan Isyraf 'blurr', mungkin jawapan Fikri terlalu kompleks untuk difahami bagi mereka.

"Apa maksud awak, dia 'hilang'?," tanya Wahyu lagi. Kali ini, Fikri terus menarik kedua-dua tanganku dari poket. "Sekarang, dia akan mula menghilang. Tengok, sekarang kedua-dua tangannya dah jadi 'halimunan'. Selepas imaginasi distabilkan, dia akan mula hilang dari dunia ni."

"Sekarang kita tak ada masa lagi. Kita kena halang rancangan Darkness Station untuk selama-lamanya. Kita kena cari Hasnawi dan yang lain, kemudian tentang keadaan saya ni, kita akan bincang kemudian. Setuju?" ujarku pula. Semua orang saling memandang ke atas, mungkin sedang berfikir.

"Baiklah. Saya akan selalu sokong awak, Adib." balas Isyraf.

"Betul cakap dia. Tak kira sama ada awak tiada di sisi kami atau tidak, kami tetap akan sokong awak." kata Wahyu pula. Aduh, siapa pula yang letak bawang dihadapan aku ni? Tak pasal-pasal air mata aku tiba-tiba mengalir. Maaf, itu hanya sebuah kiasan yang merepek dari aku sendiri.

"Bukan mereka sahaja, Adib. Kami semua, Driver kepada Lima Kyoryu Line. Awak yang panggil kami, jadi kami kena sokong awak sebagai Red Station Driver yang keempat, ataupun yang terakhir." kata Aslan. Aku hanya mengangguk, kemudian terus memberikan Zamrud tersebut kepada Isyraf.

"Isyraf dan Wahyu, awak kena cari Hasnawi dan yang lain. Tentang Darkness Station tu, saya yang akan urus sendiri. Boleh tak awak semua buka jalan ke Ressha Line tu?" tanyaku, sambil menunjukkan muka yang penuh dengan harapan.

"Boleh, tapi... kuasa imaginasi kami dah habis. Di mana lagi kami nak cari kuasa tu?" ujar Lili. Pada masa itu juga, satu aura dapat dirasai oleh kami semua. Nanti, tak syak lagi. Kami semua memang kenal akan aura yang kami rasakan. Ini adalah, Aura IMAGINASI! "Tapi, macam mana?" tanyaku.

Kemudian, Rainbow Station dan Red Station terus muncul entah dari mana. Kelihatan Syafiz Qayyum dan Zahira terus melompat keluar dari kedua-dua keretapi tersebut. 

"Semua ini adalah imaginasi yang dihasilkan oleh semua orang di seluruh dunia. Nampaknya Darkness Station dah mulakan rancangan terakhir mereka, dan hasilnya mereka berjaya. Apa-apapun, Ressha Line bukan jalan untuk ke Darkness Station, tetapi satu jalan untuk merentas masa." kata Qayyum dengan panjang lebar.

"Nanti, jadi awak nak saya ke masa sebelum rancangan Shadow Line berjaya ke?" tanyaku pula. Syafiz Qayyum terus mengangguk, sambil kereta, "Ya. Lagipun, saya nak Isyraf dan Wahyu ikut sekali, kerana Red Station, Violet Station, dan Snow Station sahaja yang dapat menggunakan Ressha Line. Ingat, harapan imaginasi Bumi bergantung kepada kamu bertiga. Faham?" 

Kami bertiga mengangguk. Kemudian, "Awak boleh gunakan Kyoryu Line kami. Pilihlah mana satu yang awak suka." kata Syam pula. Dengar sahaja, kami terus melonjak gembira seperti orang yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

"Awak pasti ke, Syam? Lagipun, Kyoryu Line ni dah lama. Mungkin boleh rosak semasa memasuki portal masa Ressha Line tu." kata Fikri.

"Jangan risau, semua. Ingat, kuasa imaginasi yang akan menentukan nasib mereka semasa memasuki Ressha Line tu nanti. Lagipun, kita dah terlalu 'tua' untuk menjadi Driver, betul tak?" balas Syam. Mereka semua hanya akur, kemudian aku memilih Tyranno Station, Isyraf pula memilih Parasasauro Station, dan Wahyu, mungkin dia sukakan merah jambu, iaitu Dricera Station.

Kemudian, kami pun terus memandu keretapi fantasi tersebut dan pada masa itu juga, satu landasan berwarna pelangi terbentuk. Landasan tersebut berakhir di sebuah portal masa yang berwarna ungu dan gelap bagi pendapat aku. Kelihatan Qayyum dan yang lain tabik dengan kami, mungkin kerana kami sahaja harapan yang ada.

"Sedia, semua? Dalam kiraan tiga, dua....." kataku.

"SATU!" jerit Wahyu. Kemudian, keretapi Kyoryu Line yang kami pinjam terus bergerak memasuki portal masa. Masuk sahaja, kepala kami mula pening, dada kami mula rasa sakit sedikit. Mungkin kerana kami tidak biasa apabila kami bertiga berada di antara dimensi yang lain.

"Baiklah, saya nampak cahaya. Mungkin itu jalan akhirnya." balasku.

Kemudian, kami pun berjaya 'merentas masa' ke beberapa bulan sebelum rancangan Darkness Station dimulakan.



****


"Nampaknya kita berada dalam masa yang lampau, agaknya." ujar Isyraf, sambil ketawa. Walaupun kami sekarang dalam keadaan yang serius, tetapi dia masih boleh ketawa. Kami bertiga dapat melihat pangkalan kepunyaan Darkness Station, atau Shadow Line disebalik awan hitam.

"Itu ke, pangkalan mereka?" tanya Wahyu. Aku hanya mengangkat bahu, mana tidaknya, aku manalah arif sangat tentang rupa 'pangkalan' mereka. Aku, Isyraf, dan Wahyu hanya menarik kemudian menghembuskan nafas, lalu masuk semula ke dalam keretapi Kyoryu Line.

Semasa kami sedang melakukan pencarian pangkalan Darkness Station, tiba-tiba satu keretapi fantasi terus meluru ke arah kami, lalu melepaskan satu tembakan 'plasma'. Wahyu dan Isyraf sempat mengelak, kecuali aku. Tembakan plasma tersebut terus terkena dadaku. Yang peliknya, aku memang rasa sakit, tetapi aku tak rasa nak mati. Mungkin ajal aku bukan di sini, atau kesan akibat memanggil Kyoryu Line, iaitu terus hilang dari muka bumi?


Ah, aku malas hendak fikir semua tu!! Sekarang masa untuk selamatkan kuasa imaginasi dari dibolot oleh Shadow Line yang durjana. Tetapi, aku dapat rasa bahawa aku akan buat sendiri apabila satu portal masa yang digunakan oleh kami terus menyedut aku sahaja kedalamnya. Aku cuba memegang tanduk yang ada di Stego Station untuk mengelak dari masuk ke dalamnya.


"Apa yang dah berlaku pula ni?" tanyaku.


"Maaf sebab tak beritahu benda ni, Adib, tapi ini merupakan sebahagian ujian yang telah disediakan oleh Red Station untuk kamu." ujar Wahyu, sambil memandang ke bawah, diikuti oleh Isyraf. Aku kehairanan. Ujian dari Red Station? Maksudnya aku bukan Driver kepada Red Station dengan rasminya? Patutlah Ticket melarangku mengikuti Azeem dan yang lain. Rupa-rupanya, Red Station akan memberikan ujian kepada Drivernya secara mengejut.


"Jadi, ini ujian terakhir saya ke?" jeritku, sebelum cengkamanku terlepas.


"Tak tahu. Kami juga pernah alami situasi yang awak alami sebelum ini. Tapi, kami dapat lepasinya dengan cemerlang, tapi kami tak tahu sangat mengenai ujian dari Red Station." balas Isyraf. Pada masa itu juga, aku berjaya ditarik masuk sekali lagi ke dalam portal masa yang dihasilkan oleh Ressha Line.


"KENAPA AKU KENA HADAPAI SEMUA NI!" jeritku. Kemudian, aku ternampak sesuatu yang aku kenali. Tak syak lagi, itu Red Station dengan Tyranno Station, tetapi mereka bergabung, menjadi Red Navy Station! Maksudnya saya dah lepasi ujian gila ni ke? Entahlah. Mana aku dapat nama tu? Aku cipta saja. Bukan itu kod nama keretapi yang aku nampak sekarang ni. Hahahaha.


"Masuk ke dalam cepat, Adib! Ingat kamu seorang saja ke yang akan duduki ujian ni? Kita bertiga, tak.. bukan. Semua rakan-rakan kamu akan sama-sama sokong awak dari belakang tau." kata Wahyu. Aku terus mencapai tangan Isyraf, kemudian terus memasuki Red Navy Station dari atas bumbung.


"Tapi, kita akan ke masa yang mana satu?" tanyaku.


"Entah. Apa-apapun, gabungan antara Kyoryu Line dengan Rainbow Line ni memang SUGOI! Tak tahu macam mana nak cakap dalam bahasa Melayu." ujar Wahyu. Aku hanya mampu tersenyum. Kemudian, kali ini giliran kakiku pula yang bercahaya, tetapi taklah hilang, kalau tidak bagaimana aku hendak berjalan nanti, betul tak?


"Kita tak ada masa lagi. Red Navy, laju sikit, boleh?" tanya Isyraf.


Red Navy Station hanya patuh kemudian bergerak lebih laju dari sebelumnya. Selepas itu, aku ternampak satu lagi lubang yang akan membawa kami ke mana-mana masa yang telah berlaku. Kami terus memasuki lubang tersebut. 


Masuk sahaja, kami bukan berada diluar kawasan pangkalan Darkness Station, kami sekarang berada di luar pangkalannya!




****

"Satu...."

Aku terus bangun dan rasa sakit pada bahagian dada dapat dirasai. Apabila aku cuba bangun, aku dapati aku bukan berada dalam Red Station bersama Hasnawi dan Azeem, tetapi di sebuah 'tempat' yang begitu penuh dengan kegelapan di sekitarnya. Kemudian, aku ternampak sebuah keretapi fantasi yang berwarna kelabu memasuki tempat tersebut.

"Dua...."

Aku menyebut nama nombor secara menaik, sambil bergerak mendekati tempat tersebut. Sampai sahaja, seorang lelaki menuruni keretapi tersebut, sambil membawa kayu yang besar, tidak sesuai dengan saiznya apabila kayu tersebut diangkat dan menyapa salah satu pengawal yang mengawal masuk pintu masuk untuk keretapi fantasi.

"Tiga...."

Dadaku semakin sakit. Aku terus cuba bergerak ke bahagian belakang tempat tersebut. Tempat tersebut sama dengan tempat di mana Red Station, Blue Station, Violet Station, Crystal Station dan Snow Station diletakkan. Apabila aku berada di belakang, tiba-tiba aku terus terjatuh ke dalam sebuah lubang.

"Empat...."

Aku sudah mengira sehingga nombor empat. Tetapi, kesakitan pada dadaku masih dapat dirasai. Selepas aku terjatuh di lubang tersebut, aku ternampak beberapa orang sedang duduk di atas sebuah meja bulat. Kesemua mereka memakai seragam Driver keretapi fantasi, sama seperti aku dengan Wahyu.

Selepas sahaja sampai nombor lima, kesakitan semakin berkurangan. Aku terus menumpukan kepada operasi 'curi-curi dengar' apa yang ada dalam tempat tersebut. Kemudian, aku ternampak sebuah keretapi yang memang aku kenal. 

DARKNESS STATION. Itulah keretapi yang aku nampak memasuki tempat letak keretapi tersebut. Aku cuba memasuki kawasan itu, tetapi aku terhenti apabila aku sedar bahawa keseluruhan tempat aku terkurung penuh dengan caj elektrik. Sekali aku pegang, aku akan mati. Aku hanya meletakkan kedua-dua tanganku di atas lutut, sambil mendengar apa yang 'mereka' cuba katakan

"Awak ada barang tu tak?" tanya salah seorang pengawal yang menjaga pintu masuk keretapi. Driver kepada Darkness Station yang baru sahaja keluar dari keretapinya mengangguk, sambil mengambil sebuah beg yang berisi penuh dengan Zamrud Imaginasi Apabila pengawal tersebut mengira zamrud yang ada, mukanya berkerut.

"Ini sahaja yang awak ada, Darkness Station Driver? Saya ingatkan awak ni pakar sangat." tanya salah seorang ahli meja bulat yang ada.

"Maaflah, Ely. Tapi, satu lagi pasukan Rainbow Station dah ambilnya dahulu sebelum kita." kata seorang lagi ahli Meja Bulat. Apabila lelaki tersebut katakan begitu, semua ahli Meja Bulat terus menghentak meja. Adui, merajuk seperti budak-budak yang tak dapat makanan lah tu!

"Kalau sebanyak ni pun, belum cukup untuk jalankan rancangan utama Shadow Line. Faham tak?" kata perempuan tersebut, ataupun namanya Ely. Berdasarkan pakaian, aku tahu dia merupakan Driver kepada Pink Station yang aku nampak sebentar tadi.

"Nurul Syamimi, ada ke lagi lokasi Zamrud Imaginasi?" tanya Ely lagi.

"Ada. Di Antartika. Setakat ini saya tidak tahu di mana ZAMRUD itu diletakkan dan saya juga tidak dapat mendapat apa-apa petunjuk." balas Syamimi. (Nota : Bukan Nurul Syamimi yang nama lain dia Ticket. Ini Syamimi lain.)

"Apa-apapun, kita kena tangkap Driver Red Station tu." kata salah seorang lelaki yang duduk di Meja Bulat.

"Nampaknya macam tu lah. Shafiee. Ritchell, Ameera, Anis, dan yang lain, jalankan tugas sekarang. Mesyuarat Meja Bulat untuk Darkness Station, ditamatkan." ujar Syamimi. Selepas itu, mereka semua menaiki Station masing-masing. Kemudian, aku terambil sesuatu, iaitu sebuah kertas yang mengandungi data-data mereka. 



Unknown Driver - Storm Station Driver
Elyana Yazmie - Pink Station Driver
Shafiee Yusop - Green Station Driver
Ritchell Lee - Sakura Station Driver
Ameera Nazirah - Sky Station Driver
Anis Mohtadzhar - Darkness Station Driver 
Nursyam Adnan - Infinity Station Driver 

Aku mula sedar, bahawa perempuan yang aku jumpa semasa aku berada dalam Darkness Station untuk kali pertama adalah Anis Mohtadzhar. Dia juga yang mengugutku supaya tidak mencari Zamrud Imaginasi semasa berada di Greenland. Sekarang, mereka cuba untuk membunuhku, tetapi dengan apa? Darkness Station tidak mempunyai apa-apa peralatan untuk membunuh. Arghh.. pening nak fikir semua tu.

"Dah, sampai bila awak nak kira satu, dua, tiga tu? Kita tak ada masa. Nampaknya kita sekarang berada dalam masa dimana mereka merancang untuk menghalang kita dari ke Antartika." kata Wahyu.

"Nampaknya macam tu lah." balasku.Isyraf terus membuka pintu 'tempat' kami menyorok sejurus selepas semua ahli Shadow Line berlalu pergi. Lalu, kami menyelinap masuk ke dalam Darkness Station untuk mengambil semula Zamrud Imaginasi yang diambil oleh mereka selama ini.

"Akhirnya, kita berjaya!" ujarku.

"Sekarang, kita kena balik semula ke portal masa yang masih terbuka sementara ni." balasku.

Baru sahaja kami rasa rancangan kami telah berjaya, tiba-tiba Ritchell terus nampak kami sambil menjerit, "KITA ADA PENCEROBOH DARI RAINBOW LINE!" Jerit sahaja, kami bertiga terus berlari bersama beg yang penuh dengan Zamrud Imaginasi. Selepas kami keluar, kami terus menutup pintu tempat kami masuk sebentar tadi, kemudian berlari ke arah Red Navy Station, lalu masuk ke dalam.

"Baiklah, kita kena berlepas cepat! Ayuh, Red Navy!" jeritku. Kemudian, keretapi fantasi tersebut terus bergerak ke dalam portal masa secepat yang mungkin untuk kembali semula ke masa selepas aku memanggil Kyoryu Line.

Semasa dalam portal masa, Wahyu tanya satu soalan kepadaku, iaitu:

"Kalau awak tak ada nanti, siapa yang akan jadi ketua kami?" tanyanya.

"Senang saja. Awak lantik sahaja Hasnawi. Senang sedikit kerja, kan?" balasku dengan selamba.

"Baiklah. Apa-apapun, kita dah nampak lubang ke masa sekarang. Kita kena cepat atau--" Tiba-tiba sahaja kata-kata Wahyu tersekat seperti orang yang tercekik tulang ikan. Aku pun hairan, apa pula yang dilihat oleh mereka berdua.

"ATAU DARKNESS STATION DAPAT TANGKAP KITA!" jerit Isyraf. Nasib baik kami sempat keluar dan Darkness Station pun terus terperangkap dalam portal masa tersebut.

"Jadi, macam mana dengan ujian dari Red Station tu. Ok?" tanya Fikri selepas kami selamat tiba di masa yang 'betul' bagi mereka. Aku hanya dapat mengangguk, mungkin disebabkan terlalu cemas. Agaknyalah~~ Qayyum hanya tersenyum memandangku, sambil menyokongku dari belakang.

"Mana Zamrud Imaginasi tu?" tanya Qayyum.

"Ini dia! Sekarang, ambil dan kita boleh kembalikan semula Hasnawi dan yang lain." ujar Wahyu. Lalu, Qayyum terus mengambil Zamrud tersebut lalu melontar kesemuanya ke udara. Lalu, semua Zamrud tersebut mula terapung, membentuk bulatan yang besar dan menyerap kuasa imaginasi dari kami semua.

Aku ternampak Shadow Line mula berundur sedikit demi sedikit. Kami semua dapat rasa bahawa imaginasi semakin stabil di sekelilng kami.

"IMAGINATION!" jerit kami semua.

Tanpa aku sedari, aku mula menghilang.


****




- FINAL STATION : SAYONARA, RED STATION -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan