Station #2 : Greenland










- Previous Station = Imaginasi
- Next Station = Greenland





______________________________________________




Violet Station bergerak dengan lajunya menuju ke Greenland, tetapi masuk sahaja kawasan negara tersebut, tiba-tiba keretapi tersebut bergerak dengan perlahan, seperti kucing yang dalam keadaan yang tenang dengan berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi,

"Kenapa dengan Violet Station tu, Ticket?" tanya Wahyu kepada Ticket.

"Tak tahu. Rasanya keadaan yang terlalu sejuk di sini menyebabkan Violet Station tidak dapat bergerak dengan lancar." balas Ticket. Aku hanya tenang, sambil melihat pemandangan melalui tingkap. Aku hanya dapat lihat beberapa 'bukit' yang diperbuat dengan ais.

"Apa-apapun, ada ke petunjuk dari peta tu , Ticket?" tanyaku pula.

"Petunjuk? Kejap, ya. Ya, memang ada. Petunjuk mengatakan bahawa 'Lihat ke atas dan anda dapat lihat Aurora Borealis. Kemudian, Zamrud Imaginasi akan tunjukkan dirinya.' Itu sahaja." balas Ticket. Aku dan Wahyu kehairanan. 'Kenapa kena lihat Aurora Borealis pula' Aku tertanya sendiri dalam hatiku yang paling dalam.

"Ticket, apa kata kita 'mendarat' di mana-mana kawasan dahulu. Nanti orang nampak keretapi ni nampak janggal pula." kata Wahyu. Aku juga bersetuju akan apa yang Wahyu katakan. Tetapi, Ticket tidak memberikan apa-apa respons terhadap cadangannya.

"Jangan risau, orang dewasa tak akan nampak keretapi fantasi ni. Hanya kanak-kanak sahaja yang boleh lihat. Hehehe." balas Ticket. Lalu, Violet Station pun bergerak ke sebuah 'bukit ais', mungkin untuk mendarat di atasnya.


****

Selepas kami berhenti sebentar di atas sebuah bukit ais, aku, Wahyu, dan Ticket segera keluar dari keretapi. Keluar sahaja, kami bertiga terkejut. Sekitar bukit ais tempat kami mendarat dipenuhi dengan ais. Pada masa itu juga, runtuhan ais atau avalanche baru sahaja berlaku.

"Brrr... sejuklah di sini. Apa kata kita masuk sahaja?" ujar Wahyu. Aku dan Ticket terus bersetuju lalu kami semua terus masuk ke dalam Violet Station. Selepas itu, kami terus bergerak dari situ.

Pada masa yang sama juga...

Aku, Wahyu, dan Ticket mengesan sesuatu di atas keretapi kami. Apabila aku mengambil keputusan untuk lihat apakah benda yang ada di atas keretapi, aku terus berlari ke arah pintu kecemasan yang diletakkan di atas keretapi kemudian terus membukanya. Buka sahaja, aku ternampak sebuah keretapi yang berwarna hitam yang diikuti oleh aura kegelapan di sekelilingnya.

"Ticket, itu... itu..." Aku cuba cakap sesuatu kepada Ticket tetapi aku tidak boleh, mungkin sebab terlalu takut.

"Apa dia?" jerit Ticket.

"Di atas kita.. benda tu adalah... DARKNESS STATION!" balasku, kemudian aku cuba menutup pintu kecemasan, tetapi tidak sempat kerana satu tali yang diikat dengan cangkuk yang besar terus 'mengikat' kerusi yang ada dalam Red Station, menyebabkan Violet Station tidak dapat memecut.

Tiba-tiba, Ticket yang memandu Violet Station terus memutuskan 'hubungan keretapi', menyebabkan hanya Violet Station sahaja yang dapat melepaskan diri, sementara Red Station pula, tersangkut seperti metronom yang bergerak dari kiri ke kanan secara berulang-ulang.

Aku cuba keluar, tetapi Red Station berada beberapa kaki dari udara Greenland yang sejuk. Kemudian, aku ternampak sebuah gas dilepaskan dari Darkness Station yang cuba dimasukkan dalam keretapi yang sedang aku berada sekarang ini. Kemudian, apabila aku terhidu gas tersebut, tiba-tiba mataku tertutup dengan sendiri, dan terus terjatuh.

Selepas itu, aku terlihat dua orang memasuki Red Station lalu mengangkatku ke dalam keretapi yang penuh kegelapan tersebut.

****

Aku terus membuka mata selepas itu, dan aku sedar bahawa aku berada dalam Darkness Station dan aku ternampak beberapa kanak-kanak yang masih pengsan serta tangan dan kaki mereka diikat dengan asap hitam yang begitu misteri bagi aku.

"Jadi, awak dah sedar rupanya, Red Station Driver." Seseorang sedang memasuki kawasan dalam keretapi tersebut tempat aku dan kanak-kanak lain berada. Aku cuba nampak muka orang tersebut, tetapi entahlah, mungkin dalam Darkness Station ini memang gelap, serupa dengan namanya. Aku dapat lihat kanak-kanak pun sebab ada cahaya sedikit yang memancar ke dalam keretapi tersebut.

"Siapa awak?" tanyaku pula.

"Baik awak tak payah tahu siapa saya, Driver. Sekarang dengar sini, saya tahu awak merupakan ketua kepada Rainbow Station dan yang lain. Jadi, saya mewakili semua ahli Darkness Station beri awak satu amaran, biarkan kami sahaja yang mencari Zamrud Imaginasi tu, faham?" Berdasarkan suaranya, aku tahu orang tersebut ialah perempuan.

"Tak. Saya tahu apa yang awak nak buat dengan zamrud tu. Awak ingat kami semua, termasuk siapa tu.. err... Rainbow Station? Ah, aku pun tak tahu! Baiklah. Ehem, awak ingat kami akan mengaku kalah begitu sahaja."

"Apa-apapun, tidak lama lagi Aurora Borealis akan muncul di langit. Selepas tu, kami akan temui Zamrud Imaginasi tu dan bawa kemusnahan dunia ni." balas perempuan tersebut, kemudian tiba-tiba aku terjatuh dari Darkness Station, seperti mereka menggunakan kuasa magik atau ada pintu di bawahku selama ini. Entahlah.

Mujurlah Violet Station serta Crystal Station tiba lalu terus mendapatkanku. Kemudian, Hasnawi dan Wahyu terus menaiki bahagian atas keretapi mereka masing-masing lalu Hasnawi terus mengangkatku memasuki Red Station yang telah disambungkan dengan Blue Station kepunyaan Azeem.

"Jadi, macam mana rupa dalam Darkness Station tu?" perli Azeem.

"Dah, jangan usik dia pula. Dia baru sahaja diculik oleh keretapi tu untuk kali pertama." kata Hasnawi. Kemudian, dia bergerak semula memasuki keretapi fantasinya. Ticket yang dari tadi menunggu dari situ terus menyekat pergerakan Hasnawi.

"Sebelum kamu semua pergi, saya nak cakap sikit. Lain kali, BOLEH TAK JANGAN PANDAI-PANDAI CARI ZAMRUD TU SENDIRI? Kamu semua buat kami semua risau, mujurlah Red Station tak sertai kamu semua juga masa tu, kalau tidak, ah, entahlah." Aku serta yang lain kecuali Wahyu hanya tertunduk seperti kami sedang dipijak oleh seseorang yang kerdil di leher.

"Apa-apapun, kira dah selamatkan Adib. Sekarang, kita kena cari lokasi fenomena Aurora Borealis tu akan berlaku sebelum Darkness Station dapat temuinya." kata Wahyu. Semua termasuk Ticket dan aku bersetuju lalu kami terus menaiki keretapi fantasi kepunyaan kami sendiri.

Semasa aku cuba bergerak, aku perasan sesuatu sedang disorokkan oleh Ticket. Mengapa dia risaukan Red Station berbanding mana-mana Station yang lain? Siapa pula pemandu kepada Rainbow Station? Bila tiba masanya nanti, aku akan cuba tanya kepada Ticket akan benda tersebut.

Lalu, aku mengambil keputusan untuk ikut Ticket ke Violet Station kepunyaan Wahyu.


****

Sudah beberapa jam kami berada di atas langit Greenland. Tetapi, dia fenomena Aurora Borealis pun yang berlaku, sehingga membuatkan aku, Ticket, dna Wahyu tertidur. Kemudian, kami mendapat panggilan dari alat komunikasi keretapi tersebut. Rasanya itu dari Hasnawi, berdasarkan kod yang muncul dari skrin.

"Ada apa, Hasnawi?" tanyaku.

"Au..Aurora Borealis tu, dah muncul!" balas Hasnawi.

Kata-kata Hasnawi tersebut membuatkan aku serta yang lain dalam Violet Station tersebut bangun. Begitu juga dengan Azeem dan Isyraf, selepas mereka keluar dari Snow Station dengan Blue Station. Hasnawi pula terus berlari ke Violet Station lalu memandunya mendekati Aurora Borealis.

Aurora Borealis yang kami nampak sekarang ini bukan seperti pelangi yang akan muncul selepas hujan, tetapi warna hijau sahaja yang dapat kami lihat. Kemudian, tiba-tiba keempat-empat keretapi kami tiba-tiba bersinar, kemudian bergerak sendiri tanpa dikawal oleh sesiapa. Mujurlah semua keretapi masih bersambung dengan Violet Station.

Keretapi fantasi Wahyu terus bergerak ke arah Aurora Borealis tersebut. Aku kehairan, mengapa pula keretapi ini hendak ke sana sedangkan ini hanya sebuah fenomena yang berpunca dari magnet semulajadi yang ada di Bumi, bukannya satu terowong ke dunia lain? Entahlah.

Baiklah, balik kepada cerita. Kemudian, tiba-tiba Violet Station terus bergerak dengan semakin laju ke arah aurora tersebut, menyebabkan kami terpaksa masuk ke dalam keretapi kerana tidak tahan akan kelajuan tersebut.

"Baiklah, nampaknya Violet Station dan keretapi lain dah menjadi gila." kata Hasnawi
 
"Saya tak rasa semua benda ni gila, Hasnawi. Saya pasti Violet Station nak tunjukkan sesuatu kepada kita." kata Ticket. Aku dan Azeem mengangguk, tanda setuju akan apa yang Ticket katakan. Lagipun, kami semakin tinggi, anggarannya beberapa kaki dari paras laut, agaknya.

Violet Station terus bergerak, sehinggalah keretapi tersebut terus berhenti secara mengejut. Apabila aku dan Hasnawi keluar untuk lihat apa yang sebabkan Violet Station berhenti, kami terkejut bahawa keretapi fantasi itu menjumpai Zamrud Imaginasi yang kami cari selama ini, kecuali aku sebab aku masih baru dalam pencarian ini.

Zamrud tersebut berwarna hijau gelap, dan Aurora Borealis dapat dilihat dalam zamrud tersebut. Kemudian, aku terus memanggil Ticket, Wahyu, dan yang lain untuk memastikan benda tersebut asli ataupun sekadar ilusi. Apabila aku tunjukkan zamrud tersebut kepada Ticket, mukanya tiba-tiba tersenyum.

"Asli ke, Ticket? Jangan senyum saja." ujarku.

"Ya. Kita memang dah jumpa Zamrud Imaginasi yang asli." kata Ticket. Dengar sahaja, aku dan Hasnawi melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, walaupun aku masih 'noob' tetapi aku berjaya menemui Zamrud Imaginasi yang PERTAMA! Tetapi, selepas itu, muka Ticket tiba-tiba berkerut.

"Aik, tadi gembira. Mengapa kerut muka pula?" tanya Wahyu.

"Kita memang dah jumpa Zamrud Imaginasi, tetapi, ini yang pertama yang kita berjaya cari. Selebihnya, Darkness Station dah ambil." ujar Ticket. 

"EH? JADI INI YANG TERAKHIR KE MAKSUD KAMU?" Kami semua menjerit serentak di hadapan Ticket.

Ticket mengangguk.

"Jadi, kesemua tanda hijau yang ada di peta dunia tu?" tanya Azeem pula.

"Itu semua dah diambil oleh Darkness Station." balas Ticket.

"Tak. Saya rasa belum terlambat lagi. Kita ada satu lagi tempat yang ada Zamrud Imaginasi tu. Antartika. Tetapi, hanya Snow Station dan Storm Station yang dapat lalui Antartika tu. Yang lain, boleh, tapi akan tersangkut." ujar Wahyu pula.

"Saya boleh ke sana dengan Adib." kata Isyraf.

"Kalau macam tu, dalam masa seminggu ini kamu berehatlah dulu. Kami pula akan jejak kedudukan Darkness Station." kata Ticket. Selepas itu, kami meninggalkan Greenland dan patah balik semula ke tempat di mana aku kali pertama berjumpa dengan Ticket.



-Station Ends-

Next Station : Petunjuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan