Station #3 : Petunjuk











Previous Station = Greenland
Next Station = Petunjuk




_________________________________



"Satu...."

Aku terus bangun dan rasa sakit pada bahagian dada dapat dirasai. Apabila aku cuba bangun, aku dapati aku bukan berada dalam Red Station bersama Hasnawi dan Azeem, tetapi di sebuah 'tempat' yang begitu penuh dengan kegelapan di sekitarnya. Kemudian, aku ternampak sebuah keretapi fantasi yang berwarna kelabu memasuki tempat tersebut.

"Dua...."

Aku menyebut nama nombor secara menaik, sambil bergerak mendekati tempat tersebut. Sampai sahaja, seorang lelaki menuruni keretapi tersebut, sambil membawa kayu yang besar, tidak sesuai dengan saiznya apabila kayu tersebut diangkat dan menyapa salah satu pengawal yang mengawal masuk pintu masuk untuk keretapi fantasi.

"Tiga...."

Dadaku semakin sakit. Aku terus cuba bergerak ke bahagian belakang tempat tersebut. Tempat tersebut sama dengan tempat di mana Red Station, Blue Station, Violet Station, Crystal Station dan Snow Station diletakkan. Apabila aku berada di belakang, tiba-tiba aku terus terjatuh ke dalam sebuah lubang.

"Empat...."

Aku sudah mengira sehingga nombor empat. Tetapi, kesakitan pada dadaku masih dapat dirasai. Selepas aku terjatuh di lubang tersebut, aku ternampak beberapa orang sedang duduk di atas sebuah meja bulat. Kesemua mereka memakai seragam Driver keretapi fantasi, sama seperti aku dengan Wahyu.

Selepas sahaja sampai nombor lima, kesakitan semakin berkurangan. Aku terus menumpukan kepada operasi 'curi-curi dengar' apa yang ada dalam tempat tersebut. Kemudian, aku ternampak sebuah keretapi yang memang aku kenal. 

DARKNESS STATION. Itulah keretapi yang aku nampak memasuki tempat letak keretapi tersebut. Aku cuba memasuki kawasan itu, tetapi aku terhenti apabila aku sedar bahawa keseluruhan tempat aku terkurung penuh dengan caj elektrik. Sekali aku pegang, aku akan mati. Aku hanya meletakkan kedua-dua tanganku di atas lutut, sambil mendengar apa yang 'mereka' cuba katakan

"Awak ada barang tu tak?" tanya salah seorang pengawal yang menjaga pintu masuk keretapi. Driver kepada Darkness Station yang baru sahaja keluar dari keretapinya mengangguk, sambil mengambil sebuah beg yang berisi penuh dengan Zamrud Imaginasi Apabila pengawal tersebut mengira zamrud yang ada, mukanya berkerut.

"Ini sahaja yang awak ada, Darkness Station Driver? Saya ingatkan awak ni pakar sangat." tanya salah seorang ahli meja bulat yang ada.

"Maaflah, Ely. Tapi, satu lagi pasukan Rainbow Station dah ambilnya dahulu sebelum kita." kata seorang lagi ahli Meja Bulat. Apabila lelaki tersebut katakan begitu, semua ahli Meja Bulat terus menghentak meja. Adui, merajuk seperti budak-budak yang tak dapat makanan lah tu!

"Kalau sebanyak ni pun, belum cukup untuk jalankan rancangan utama Shadow Line. Faham tak?" kata perempuan tersebut, ataupun namanya Ely. Berdasarkan pakaian, aku tahu dia merupakan Driver kepada Pink Station yang aku nampak sebentar tadi.

"Nurul Syamimi, ada ke lagi lokasi Zamrud Imaginasi?" tanya Ely lagi.

"Ada. Di Antartika. Setakat ini saya tidak tahu di mana ZAMRUD itu diletakkan dan saya juga tidak dapat mendapat apa-apa petunjuk." balas Syamimi.

"Apa-apapun, kita kena tangkap Driver Red Station tu." kata salah seorang lelaki yang duduk di Meja Bulat.

"Nampaknya macam tu lah. Shafiee. Ritchell, Ameera, Anis, dan yang lain, jalankan tugas sekarang. Mesyuarat Meja Bulat untuk Darkness Station, ditamatkan." ujar Syamimi. Selepas itu, mereka semua menaiki Station masing-masing. Kemudian, aku terambil sesuatu, iaitu sebuah kertas yang mengandungi data-data mereka.


Nurul Syamimi - Storm Station Driver
Elyana Yazmie - Pink Station Driver
Shafiee Yusop - Green Station Driver
Ritchell Lee - Sakura Station Driver
Ameera Nazirah - Sky Station Driver
Anis Mohtadzhar - Darkness Station Driver 
Nursyam Adnan - Infinity Station Driver 

Aku mula sedar, bahawa perempuan yang aku jumpa semasa aku berada dalam Darkness Station untuk kali pertama adalah Anis Mohtadzhar. Dia juga yang mengugutku supaya tidak mencari Zamrud Imaginasi semasa berada di Greenland. Sekarang, mereka cuba untuk membunuhku, tetapi dengan apa? Darkness Station tidak mempunyai apa-apa peralatan untuk membunuh. Arghh.. pening nak fikir semua tu.

Hah? Macam mana aku berada di pangkalan utama Shadow Line? Baiklah, aku akan ceritakan balik.

****

Beberapa hari sebelum pencarian Zamrud di Antartika.

"Apa kata awak berdua berehat di rumah saya dahulu." kata Wahyu, sambil mempelawa aku dengan Isyraf untuk berehat di rumahnya. Kami berdua memandang mukanya dengan serius, sambil menerima pelawaan Wahyu. Terima sahaja, dia berasa gembira dengan pipinya yang kemerahan sedikit.

Kami terus cemas seperti gelagat orang yang pemalu. Maklumlah kali pertama pergi ke rumah seorang perempuan. Nanti orang buruk sangka pula.

"Di mana rumah awak? Jauh sangat ke?" tanya Isyraf.

"Taklah. Tapi sebagai cadangan, kita akan ke sana menaiki Violet Station saya. Buat masa ni, Red dengan Snow Station ni tinggalkan dahulu di sini." balas Wahyu. Kami hanya mengangguk, seperti seorang hamba menurut kata-kata majikannya. Selepas itu, kami terus menaiki Violet Station kemudian terus bergerak ke 'rumah' Wahyu. 

Sepanjang perjalanan, aku, Isyraf, dan Wahyu ketawa, mungkin kerana cerita yang kami selalu ceritakan dari tadi terlalu lawak bagi kami. Mujurlah Ticket tiada di Violet Station ketika ini. Kalau tidak, mungkin sudah ditengkingnya kami, kerana terlalu bising. Tanpa kami sedari, kami telah tiba di rumah Wahyu. Macam mana aku tahu? Wahyu yang beritahu, siapa lagi?

Rupa rumah Wahyu, fuh, memang hebat. Rumahnya seperti rumah agam kepunyaan seorang jutawan yang berjaya. Dua tingkat, bertingkap kaca yang mahal, dan ada dua 'bodyguard' yang mengawal pintu masuk rumah. Bertuahnya badan si Wahyu ni. Sudahlah cantik, keluarganya kaya pula tu.

"Tu 'rumah' awak?" tanya Isyraf, diiringi dengan mulutnya yang terlopong.

"Ya. Mengapa? Terkejut ke?  Hohohoho." balas Wahyu, sambil ketawa ala-ala jutawan fakir.

"Agak.... terkejut sikit. Hehehe." ujarku pula. Isyraf dan Wahyu terus ketawa terbahak-bahak.

"Besar juga rumah kamu, Wahyu. Kenapa orang lain tak perasan akan rumah ni?" tanya Isyraf lagi. Wahyu hanya senyap, sambil tersenyum melihat rumahnya. Mana tidaknya, menurut Wahyu, dia sudah lama tidak menjejakkan kaki ke rumahnya. Agaknya mungkin rumah Wahyu ni dah usang, agaknya.

"Hanya kanak-kanak dan orang yang berimaginasi sahaja yang dapat lihat rumah saya." balas Wahyu, selamba. Aku dan Isyraf hanya mengangguk faham, berulang-ulang kali seperti lagu 'angguk-angguk geleng-geleng'. Aku tak sangka pula bahawa kuasa imaginasi ni memang hebat.

"Apa-apapun, selamat datang ke rumah saya." kata Wahyu pula. Sampai sahaja, kami terus turun dari Violet Station selepas keretapi tersebut mendarat di atas landasan yang sudah tersedia. Turun sahaja, kami terus terpegun apabila Wahyu mengajak kami untuk melangkah masuk ke dalam rumahnya. 

"Selamat pulang, Cik Muda. Makanan sudah tersedia." kata salah satu pengawal pintu masuk rumahnya, sambil membuka pintu. Aku dapat lihat banyak kanak-kanak sedang berlari sekitar rumah tersebut.

"Banyak juga adik beradik awak, Wahyu." ujarku.

"Semua tu bukan adik saya. Mereka kanak-kanak yang berjaya melihat dan memasuki rumah saya. Awak tahulah kan, kuasa imaginasi mereka memang begitu kuat." balas Wahyu, sambil membuka tudung saji. Setahu aku, orang kaya tak perlukan tudung saji untuk tutup makanan, terlalu havoc orang kata.

"Saya takkan faham kuasa imaginasi." ujar Isyraf.

"Apa-apapun, mari kita makan. Kita perlukan tenaga untuk malam nanti." balas Wahyu. Lalu, selepas kami duduk di tempat makan malah tudung saji dibuka pula serta dalamnya mengandungi pelbagai makanan yang enak, kami terus apa lagi, BANZAI bak kata orang Jepun kalau nak mulakan sesuatu. Hehehe.

"Ada apa dengan malam nanti, Wahyu?" tanyaku.

"Eh? Awak tak tahu ke? Maaflah, awak masih baru. Baiklah, saya akan beritahu awak. Malam nanti, akan ada mesyuarat yang akan diketuai oleh Driver Rainbow Station. Itu sahaja." balas Isyraf, kemudian memakan ayam dengan lahapnya. Aku hanya mengangguk faham, kemudian memandang ayam yang dari tadi merayu supaya aku makannya. Wahyu pula, terus mengunyah sate sambil membuang lidinya ke ruang tamu, sambil diambil oleh beberapa pembantu di rumah tersebut.

"Bapa awak kerja apa sampai dapat rumah sebesar ni?" tanyaku.

Wahyu hanya senyap, sambil memandang foto keluarganya yang digantung di dinding. Kemudian, dia memandang aku dengan senyuman simpul. Lalu dia berkata, "Keluarga saya menjaga Violet Station dari generasi ke generasi. Rupanya juga sentiasa berubah mengikut zaman. Kalau awak nak tanya bapa saya kerja apa, itulah kerja dia. Seimbangkan kuasa imaginasi di dunia ni." ujarnya.

"Jadi yang kaya ni, siapa?" tanyaku lagi.

"Mak saya. Ayah saya berjumpa dengan mak saya semasa dia menaiki Violet Station untuk kali pertama. Masa tu, emak saya pun boleh melihat keretapi tu, sebab dia seorang penulis, jadi dia tu selalu berimaginasi. Pada masa itu emak dan ayah saya mula suka antara satu sama lain, kemudian berkahwin dan ada dua anak. Saya anak bongsu." ujar Wahyu lagi.

"Jadi siapa anak pertama?" tanya Isyraf pula.

"Abang saya. Oh, ya! Kalau kamu berdua nak tahu, Hasnawi tu sebenarnya abang saya." kata Wahyu untuk kali ketiga. Ceh, aku sampai kira lagi, hehehe. 

Aku dan Isyraf terkejut. Tak tahu pula Hasnawi Nawi tu abang kepada Wahyu. Dahlah adik beradik, kedua-dua mereka merupakan Driver untuk keretapi fantasi kepunyaan Rainbow Station. Hasnawi mengawal Crystal Station, manakala adiknya Violet Station. Fuh, memang rare!

"Tapi, abang saya tak selalu balik. Kadang-kadang sahaja. Dia selalu dengan Azeem." ujar Wahyu lagi. Aku hanya mengangguk, kemudian melahap ayam goreng dengan lahapnya.

"Mereka macam sahabat sejati pula." ujarku.

"Memang pun." balas Wahyu, sambil berdiri dari kerusi. Kemudian, dia terus menyuruh kedua-dua pembantunya supaya menutup makanan tersebut dengan tudung saji. Fuh, pemalas sungguh! Selepas itu, kami berdua pula yang mengangkat punggung dari kerusi putih yang selesa itu.

"Jangan lupa malam nanti." kata Isyraf.

"Kami ingatlah, Isyraf. Awak yang patut diingatkan." ujar Wahyu. Kemudian, kami bertiga ketawa terbahak-bahak.


****

Malam yang aku tidak tunggu-tunggu telahpun tiba. Sepatutnya pada pukul 10:00 malam sekarang ni, aku berada di dalam bilik, berbaring atas katil yang selesa, dan mimpi yang indah-indah seperti berkahwin dengan Demi Lovato. Tetapi, aku terpaksa menghadiri satu mesyuarat yang membosankan bagi aku, padahal aku belum menghadirinya lagi.

Kelihatan Azeem, Hasnawi, dan Ticket sudah lama menunggu kami di luar rumah Wahyu, dengan beberapa Driver yang aku langsung tidak kenal. Angin di luar rumahnya begitu sejuk seperti baru sahaja hujan. Sejuknya dapat dirasai hingga tulang sum-sum aku. Macam mana aku tahu? Itu hanya kiasan.

Wahyu dan Isyraf terus menaiki Violet Station, terus diikuti oleh aku.


Aku sendiri tidak tahu di mana akan adakan 'mesyuarat' ini.


****


-Next Station: Antartika-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan