Previous Station - Petunjuk
Next Station - Antartika
______________________________________________
"Eh? Rainbow Line? Di mana tu?" Aku bertanya dengan Wahyu di mana kesemua ahli Rainbow Station akan ber'mesyuarat', sambil diiringi dengan tagline 'Eh' yang biasa digunakan oleh penduduk Jepun mahupun Malaysia apabila permintaan mereka ditolak atau tersalah pesan makanan.
"Awak tak tahu ke Rainbow Line tu? Di situlah semua keretapi fantasi akan berada." ujar Isyraf. Menurut Wahyu pula, Rainbow Line adalah 'Bandar Imaginasi' di mana hanya orang yang tinggi imaginasinya sahaja yang layak kerja di bandar tersebut. Ok, nampaknya kehidupan aku mula jadi gila. KEHIDUPAN AKU DIAMBIL ALIH OLEH IMAGINASI! Kelihatan Hasnawi dan Azeem berada di sebelah kanan Violet Station.
Ticket pula, menurut Wahyu, dia dah sampai dahulu sebelum kami. Tetapi yang peliknya, Ticket naiki kenderaan apa untuk ke Rainbow Line? Nampaknya banyak misteri yang disembunyikan oleh makhluk pelik ni. Perasaan saspens mula mengalir dalam darahku yang mengalir dalam badan ini.
Tanpa aku sedari, kami telahpun tiba di Rainbow Line. Bandar tersebut berwarna-warni, begitu juga dengan penduduknya yang memakai baju ala-ala lampu neon. Bukan itu sahaja, malah keretapi fantasi yang bergerak juga menghasilkan cahaya neon yang begitu terang pada landasan.
"Kita dah sampai, abang. Sekarang di mana kita hendak mendarat?" tanya Wahyu.
"Stesen 2-1." balas Hasnawi.
Wahyu hanya mengangguk, kemudian selaraskan Violet Station kepada auto pilot mode. Aku ternampak papan tanda yang tertulis "STESEN 2-1" pada terowong khas untuk keretapi. Selepas itu, Violet Station mendarat betul-betul di atas landasan.
"Violet Station telah selamat mendarat. Kepada sesiapa yang berada berhampiran keretapi ini, sila berdiri di belakang garisan kuning." Itulah satu 'pengumuman' yang aku selalu dengar sebelum menaiki Transit Aliran Ringan (agaknyalah, maklumlah saya tak pernah ke Kuala Lumpur)
"Di sini, kita akan mesyuarat, Adib. Sekarang, kita kena tunggu Rainbow Station Driver dan yang lain." ujar Isyraf. Aku hanya mengangguk faham, kemudian melihat Crystal Station dan Blue Station mula mendarat di atas landasan yang telah disediakan.
Tidak lama kemudian, aku ternampak sebuah keretapi fantasi yang berwarna-warni sedang mendarat di hadapan kami. Aku terus terpegun apabila melihat keretapi fantasi tersebut. Memang sesuai dengan namanya dengan warna keretapi. Semuanya berwarna warni, hingga buat aku ketawa sendiri. Hahahaha.
"Itulah dia. Driver kepada Rainbow Station." kata Wahyu. Aku dan Isyraf hanya mengangguk terpegun. Mana tidaknya, akhirnya ketua yang terlalu disanjung sangat oleh Hasnawi, Azeem, Wahyu, dan Ticket akhirnya dapat dilihat di hadapan kanta mata sendiri!
Turun sahaja Driver tersebut, aku terkejut. Bukan sebab terpegun, tetapi aku kenal siapa yang pandu Rainbow Station itu. Aku memang kenal dia sejak sekolah rendah lagi. Masa tu, dia seorang yang pemalu. Tak syak lagi, dia adalah...
Syafiz Qayyum!

****
"Adib? Tapi, mustahil. Saya sendiri yang pilih Driver kepada Red Station." ujar Qayyum, diiringi dengan nada yang agak terkejut sedikit, mungkin dah lama kami tidak bersua muka. Maklumlah, dia seorang rafik bagi aku.
"Err... Ticket yang bawa saya sehingga sejauh ni." balasku, sambil menggosok kedua-dua tanganku, mungkin bagi aku di Rainbow Line ni suhunya terlalu sejuk dan tidak sesuai untuk aku kerana terbiasa di atas sebuah negara yang panas dan lembap sepanjang tahun, iaitu Malaysia.
"Oh, ya ke? Ticket, kita ada benda yang dibincangkan." balas Qayyum. Kemudian, satu cahaya biru terus keluar dari poketnya. Mungkin itu Ticket, sedang bersembunyi, takut kena marah lah tu.
"Maaflah, tuan. Tapi Driver yang tuan pilih tu dah tak ada. Terpaksalah saya ambil orang secara rawak." ujar Ticket yang baru sahaja keluar terus dari poket baju Qayyum. Kemudian, tiba-tiba badannya bercahaya, kemudian cahaya tersebut membesar seperti tinggi seorang manusia.
"EH? Ticket manusia ke?" tanyaku.
"Tak tahu ke, Adib? Hai, banyak benda yang awak langsung tidak tahu, ya. Ticket sebenarnya Nurul Syamimi." balas Hasnawi, sambil memasuki terowong yang menghubungkan STESEN 2-1 dengan Rainbow Line. Aku hanya senyap, kemudian menyusul Hasnawi dari belakang, diikuti yang lain.
"Nurul Syamimi? Siapa pula tu?" tanyaku.
"Bekas Driver kepada Rainbow Station dahulu. Sekarang dia merupakan mentor kepada kita semua." balas Azeem. Aku hanya mengangguk faham, kemudian kami pun tiba di 'Meja Bulat' gergasi yang dipenuhi dengan warna pelangi. Nampaknya Syafiz Qayyum sekarang dah obses dengan pelangi.
"Duduklah, walaupun bagi kamu meja ni buruk." kata Azeem dengan nada memerli. Kemudian, kami semua ketawa terbahak-bahak, kemudian berhenti apabila Ticket, atau Nurul Syamimi memandang kami berlima dengan tajam. Selepas itu, kelihatan Qayyum memasuki kawasan Meja Bulat dengan tenang, kemudian duduk di atas kerusi.
"Jadi, apa tunggu lagi? Duduklah." ajak Qayyum.
Kami pun terus duduk, dengan perasaan tertanya-tanya.Syamimi pula, hanya duduk kemudian meja tersebut mengeluarkan beberapa kuasa imaginasi yang dihasilkan oleh Darkness Station, entahlah bagaimana mereka mendapatkannya. Maklumlah, aku masih noob dikalangan mereka.
"Jadi, Ticket, siapa yang awak berikan tugasan untuk mencari Zamrud Imaginasi yang terakhir tu?" tanya Qayyum.
"Saya dah suruh Adib dengan Isyraf untuk jalankan tugasan tu. Tapi bagi saya, itu agak merbahaya kerana di Antartika merupakan pangkalan utama Darkness Station malah Driver kepada Storm Station juga di situ." ujar Syamimi, sambil menunjukkan rupa Storm Station kepada kami semua.
"Rasanya kami belum lagi lihat Storm Station dalam Radar. Nampaknya setakat ni keretapi tu masih mencari Driver yang sesuai. Apa-apapun, dengar sini, Adib dan Isyraf, pangkalan Darkness Station berada di sini. Tugas kamu berdua adalah dapatkan Zamrud Imaginasi yang terakhir serta beberapa yang mereka rampas, tanpa disedari oleh Storm Station." kata Qayyum.
"Storm Station akan menarik sesiapa sahaja Driver yang disukainya secara paksa." kata Hasnawi pula.
"Baiklah, itu sahaja yang saya nak beritahu. Apa-apapun, awak semua diminta berhati-hati. Satu peraturan utama, jangan mempercayai 100 peratus terhadap penduduk di Rainbow Line ni. Mesyuarat ketiga 'Rainbow Station', ditamatkan," kata Qayyum lagi.
"Tapi, kenapa pula?" tanyaku.
"Baik awak tak payah tahu, budak baru. Risikonya terlalu besar." balasnya.
Tanpa kami sedari, aku dapat rasakan sesuatu cuba disembunyikan oleh Syafiz Qayyum dengan Nurul Syamimi. Mengapa mereka perlukan sangat Zamrud Imaginasi tu? Kalau sekadar seimbangkan kuasa imaginasi di Bumi. manusia sendiri pun boleh seimbangkannya. Mengapa Ticket ataupun Syamimi selalu menjaga pergerakkanku dan Red Station?
Kemudian. tiba-tiba aku rasakan sesuatu. Jari manisku mula bercahaya hijau. Aku tidak tahu apa maksud di sebalik cahaya tersebut.
Pada masa itu juga, aku mendapat satu suara, sedang memberikan amaran kepadaku.
"JANGAN KE ANTARTIKA ATAU SALAH SATU RAKAN KAMU TERKORBAN." Itulah amaran yang aku dapat dengar setakat ini. Lalu, aku melihat Qayyum dan Syamimi saling berbisik di telinga mereka masing-masing, sambil melihatku.
Kalau betullah Rainbow Line ni wujud, siapa pemerintahnya?

"Apa? Awak dapat amaran?" tanya Isyraf kepadaku, selepas aku menceritakan apa yang berlaku kepadanya. Aku terus mengangguk. Hasnawi dengan Azeem hanya mendengar sahaja. Hanya Isyraf sahaja yang terkejut seperti beruk.
"Nampaknya pencarian kita ni lebih hebat dari biasa. Kalau macam tu, kali ni biar saya dan Hasnawi yang ikut kamu berdua. Kami akan cuba ajak Ticket sekali, dia kan pakar dalam memandu Snow Station." ujar Azeem. Hasnawi mengangguk setuju akan pendapatnya.
"Bagaimana dengan Wahyu?" tanyaku lagi.
"Jangan beritahu dia. Saya tak nak dia dalam bahaya." balas Hasnawi. Nampaknya Hasnawi memang caring sangat akan adik dia tu. Setahu aku, abang kadang-kadang saja dia caring dengan adiknya. Entahlah, mungkin hubungan antara Hasnawi dengan Wahyu rapat seperti isi dengan kuku.
"Baiklah, mari kita tidur. Esok hari yang besar untuk kita." kata Isyraf.
"LEPAS SEMINGGULAH BARU MULAKAN TUGASAN TU!" jeritku, Kemudian, kami semua ketawa sehingga menganggu Wahyu. Tiba-tiba, tingkap bilik sebelah terus dibukanya, kemudian jerit dengan kuat, mungkin dia terlalu penat, ataupun dia memang stress. Entahlah, buat apa aku kisah tentang hal perempuan.
"Pergi TIDURLAH!" jerit Wahyu pula dari bilik sebelah.
"Baiklah, baiklah." balas Hasnawi.
Kemudian, kami pun memejam mata, selepas lampu dimatikan. Tidur sahaja, aku terpaksa 'cover' jari manisku yang bercahaya tersebut. Warna cahaya tersebut sama dengan Zamrud Imaginasi.
Aku pun cuba memejam mata selepas itu.
Aku pun cuba memejam mata selepas itu.
****
Beberapa minggu kemudian..
Aku ternampak Isyraf sedang memasukkan beberapa bekalan yang patut ke dalam Snow Station, semasa kami berhenti sebentar di Stesen 4-3. Hasnawi dan Azeem pula sedang memakai baju sejuk yang patut semasa di Antartika nanti. Aku sebenarnya tidak suka pakai baju sejuk, sebab itu aku tidak ikut mereka.
"Awak tak pilih apa-apa baju sejuk ke, Adib?" tanya Syamimi.
"Tak. Lagipun, sut untuk Driver Red Station pun dah cukup untuk saya." balasku. Syamimi hanya mengangguk faham, kemudian terus mencari baju sejuk yang patut dalam kawasan pakaian baju sejuk untuk STESEN 4-3. Aku terus melihat jari manisku yang bercahaya semalam. Lihat sahaja, aku terkejut bahawa jari tersebut masih bercahaya, dan jari manisku mula hilang sedikit demi sedikit.
Aku terus memasukkan tangan kiriku yang ada jari manis bercahaya tersebut ke dalam poket sutku, takut kalau sesiapa nampak. Aku tak nak mereka risau akan keadaanku sekarang ini dari segi fizikalku dan juga.. perasaan. Tapi, aku dapat rasa salah satu dari rakanku tahu apa yang sedang berlaku terhadapku.
"Kenapa dengan kamu, Adib?" tanya Hasnawi.
"Eh? Saya ke? Saya ok saja." balasku, kemudian terus masuk ke dalam Snow Station, diikuti oleh Hasnawi, Isyraf, Azeem, dan Nurul Syamimi. Lalu, kami terus bergerak ke Antartika. Semasa perjalanan, Hasnawi memandangku dengan curiga, membuatkan aku rasa berpeluh, mungkin kerana aku terlalu takut.
Mungkin perjalanan ini akan menjadi perjalananku yang terakhir dengan rakan-rakan yang lain. Aku memang dapat rasakan hari tersebut akan tiba.
- Next Station : Musuh -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan