Station #1 : Imaginasi







Inspirasi dari Ressha Sentai ToQger

STESEN 2-1 Bahagian Satu : Emerald Of Imagination

Cerita hanya rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia. Kalau ada nama, tempat, ataupun jalan cerita yang sama, itu hanya kebetulan.



____________________________





Seorang budak perempuan sedang melompat-lompat dalam kereta dengan perasaan yang gembira dengan ibunya, kerana dia baru sahaja mendapat aiskrim coklat yang lazat lagi menyelerakan, sehingga aku pun mahu cuba merasai nikmatnya. Ah, cemburulah kalau budak itu sahaja yang dapat makan.

Ibunya hanya ketawa terbahak-bahak melihat gelagat anaknya, sambil memandu kereta Myvi berwarna biru dengan penuh cermat, mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya. Radio Ikim F.M begitu menenangkan suasana dalam kereta tersebut. Sambil melayan ceramah motivasi yang didengarkan oleh saluran radio tersebut, dapat juga melayan seorang budak yang gembira sekali.

Tetapi, sesuatu yang pelik mula berlaku. Budak perempuan itu tiba-tiba berhenti melompat, lalu memandang ke arah langit malam yang disinari dengan bulan. Ibunya begitu pelik dengan perangai anaknya yang berubah secara tiba-tiba. Lalu, dia terus memandang ke langit. Dia ternampak keretapi berwarna merah terbang melintasi langit. Dia kehairanan. Adakah itu apa yang anaknya lihat? Entahlah. Selepas itu, ibunya terus memecut dengan laju, diiringi perasaan yang takut.

****

"Arghh.. saya di mana?" Aku memandang sekeliling. Aku seperti berada di dalam sebuah kereta api, tetapi tiada orang di dalamnya. Aku ternampak tanda "Red Station" di lantai keretapi tersebut. Lalu, aku terus bangun lalu memandang ke luar melalui tingkap. Nampak sahaja, aku terkejut. Aku berada di, atas sebuah bukit? Sedangkan benda terakhir yang aku ingat, aku sedang menunggu bapaku diluar sekolah, kemudian, semasa aku hendak melintas jalan, tiba-tiba sebuah kereta melanggarku. Ah, entahlah. Sepatutnya aku berada di hospital, bukannya dalam keretapi yang begitu sunyi.

Tiba-tiba, satu makhluk muncul di hadapanku. Makhluk tersebut seperti kucing, tetapi bulunya corak seperti kuda belang. Ekornya pula, susah nak cakap, bila masa kucing ada ekor KUDA? Baru sahaja aku sedar, aku seperti mahu pengsan semula, mungkin terkejut tahap beruk. Tetapi, mujurlah aku cuba bertenanang.

"Aik, hendak pengsan pula?" kata 'kucing pelik' itu. Bila dengar sahaja makhluk pelik ini bercakap, makin seram aku dibuatnya. Bulu romaku mula menegak seperti bangunan di mana-mana bandar yang besar. Perasaanku semakin berdebar. Aku mula takut. Adakah aku diculik oleh makhluk asing?

"S...siapa awak ni? tanyaku, sambil memandang kebelakang. Aku malas hendak melihat 'makhluk pelik' itu. Buat aku sakit jantung sahaja. Kemudian, tiba-tiba haiwan tersebut bergerak ke hadapanku. Aku sengaja memanggil dia haiwan berbanding makhluk, kerana nampak janggal dan kurang ajar pula.

"Saya? Saya adalah Ticket, pemandu utama keretapi ini, ataupun namanya Red Station. Mulai sekarang, awak merupakan ketua saya dan salah satu peserta dalam projek 'Stesen 2-1'. Saya memilih awak berdasarkan potensi yang awak ada." balas haiwan tersebut, atau namanya Ticket. Aku kehairanan. Stesen 2-1? Ketua? Potensi? Apa semua ini? Adakah aku sedang bermimpi?

Aku pun menampar diri sendiri. Tiada apa-apa yang berlaku. Ternyata, memang betul, aku tidak bermimpi, ini betul-betul terjadi kepada aku sekarang ini. Ticket memandangku dengan tajam, mungkin perangaiku yang menjadi pelik dari tadi, semasa aku berada di keretapi ni.

"Ticket, apa tu Stesen 2-1?" tanyaku lagi. Kali ini, Ticket tidak memberikan apa-apa jawapan terhadap pertanyaanku tadi. Lalu, dia memberikan isyarat kepadaku untuk masuk semula ke dalam keretapi tersebut. Aku hanya menurut sahaja, lalu aku melangkah masuk ke dalam keretapi. Kemudian, keretapi tersebut mula hendak bergerak lalu terus memecut laju ke udara.



"Awak akan tahu nanti, budak. Sekarang, mari kita jumpa rakan-rakan yang lain." balas Ticket. Aku kehairanan untuk kali kedua. Ticket ada rakan-rakan yang lain yang aku tidak ketahui. Hmm... nampaknya aku kena ambil tahu ni. Aku hanya senyap, menunggu Red Station untuk tiba di tempat 'rakan-rakan' Ticket.



****



Selepas beberapa minit, akhirnya Ticket yang memandu Red Station, serta aku akhirnya tiba di sebuah perhentian keretapi di sebuah tempat yang misteri. Aku terus keluar dari keretapi tersebut, dan aku ternampak ada lagi empat landasan yang kosong atas perhentian keretapi tersebut.


"Ticket, mana rakan-rakan awak tu? Awak nak cuba tipu saya, eh?" tanyaku kepada Ticket. Ticket hanya senyap, sambil memandang jam yang digantung di atas perhentian keretapi tersebut. Apabila jarum minit bergerak ke nombor tiga, ataupun minit kelima belas, aku terdengar bunyi empat keretapi sedang bergerak ke sini.

Selepas itu, aku ternampak keretapi berwarna biru dan ungu, serta keretapi yang pelik bagi aku, iaitu badannya dipenuhi dengan salji dan kristal di sekelilingnya. Kemudian, keempat-empat keretapi tersebut berhenti bergerak apabila mendarat di atas landasan keretapi yang kosong sebentar tadi.

"Bonjour, Ticket. Jadi, mana orang yang awak pilih tu?" Satu suara muncul dari atas keretapi tersebut. Aku ternampak seorang remaja lelaki yang rambutnya menutupi mata kanannya. Kemudian, tiga orang lagi menyusul menaiki atas keretapi yang baru sahaja mendarat sebentar tadi.

"Siapa awak semua?" tanyaku. Lalu, mereka terus melompat dan mendarat dihadapanku. Wow, mereka ni ada kekuatan superhuman, agaknya. Kemudian, mereka buat style ala-ala Power Rangers.

"Saya Azeem. Blue Station Driver."

"Saya Wahyu. Violet Station Driver."

"Saya pula, Hasnawi. Crystal Station Driver."

"Err..s-saya Isyraf, Snow Station Driver."

"Oh. Saya pula Adib, saya seorang insan yang tiba-tiba ditarik oleh seekor haiwan pelik bernama Ticket." balasku, diiringi dengan peril yang begitu pedas seperti sos yang dicampur dengan pelbagai jenis cili yang ada di dunia ini! Ticket pun apa lagi, terus memukul belakangku.

"Bukan macam tu cara nak berkenalan, lembab. Sepatutnya awak kata macam ni. E-ehem, 'Saya Adib. Red Station Driver.' Huh!" Ticket cakap begitu dihadapanku lalu terus bergerak ala-ala perempuan seksi ke dalam Red Station. Aku hanya kaku seperti patung, mana tidaknya, aku tidak pernah ditengking sebegitu.

"Biarkan dia, Adib. Kami dulu pun macam tu, semasa kali pertama kali menjadi pemandu keretapi yang ada sekarang ini." kata Wahyu, sambil bergerak semula ke dalam keretapinya. Azeem, Hasnawi, dan Isyraf pula, duduk di tempat duduk yang ada di stesen tersebut.

"Adib, marilah sini. Tengok ni." Hasnawi terus menyapaku dengan menyuruh aku untuk menyertai mereka sekali untuk melihat sesuatu. Aku terus mendekati lalu sertai mereka, dan aku ternampak Hasnawi dan yang lain sedang melihat peta dunia, yang mempunyai titik besar yang berwarna hijau. Entahlah.

"Kamu nak buat apa dengan peta dunia ni dan kenapa ada titik-titik hijau ni pula?" tanyaku dengan panjang lebar. Azeem dan Isyraf memandang sesama sendiri, samada mahu menjawab soalanku atau tidak pedulikan sahaja. Kemudian, selepas itu, Hasnawi terus menyiku mereka, memberikan isyarat bahawa mereka perlu balas pertanyaanku.

"Peta ni mempunyai beberapa lokasi yang berpotensi di mana Zamrud Imaginasi tu disimpan. Jadi, kami terfikir nak carinya sendiri tanpa pengetahuan Ticket dengan Wahyu. Itu sahaja. Awak hendak sertai kami?" ujar Isyraf. Aku berfikir sejenak. Mungkin aku tidak boleh ikut mereka, kerana yang pandu Red Station bukan aku, tetapi Ticket.

"Saya tak pandailah pandu keretapi saya tu." ujarku pula.

"Tukarkan sahaja kepada mod automatik. Nanti saya hantarkan lokasi tempat kami pergi tu kepada Red Station. Itu sahaja. Mudah, bukan?" kata Hasnawi pula. Aku hanya senyap, lalu terus mengangguk. Lagipun, bosanlah mahu tunggu Ticket sebab dia setiap masa tengking aku seperti aku seorang pengganas.

"Tapi, Ticket ada dalam Red Station tu." kataku lagi.

"Ce n'est pas grave. Kita boleh gunakan ni. Lagipun, Je n'ai aucune idée." balas Azeem, dalam bahasa Perancis. Bila dia menggunakan bahasa tersebut, Fuh! Memang seorang yang pakar, seperti seorang veteran. Kepalaku pening memikir apa yang Azeem katakan kepada aku.

"Apa benda ni?" Azeem terus memberikanku sebuah alat 'pengejut' kuasa elektrik, ataupun senjata yang menggunakan elektrik untuk mempertahankan diri. Azeem hanya menyuruhku mengambilnya lalu cuba renjat sedikit Ticket dengan elektrik. Entahlah. Bagi aku risikonya terlalu tinggi.

"Awak pasti ke ni, Azeem?" tanyaku lagi.

"Sudah tentu, Adib. Sekarang, buat apa yang saya suruh atau semua rancangan akan terganggu nanti." balas Azeem. Aku hanya akur kemudian memanggil Ticket yang dari tadi melihat keseluruhan Red Station dari badan ke enjinnya. Ticket terus bergerak ke hadapanku, lalu aku terus... faham-fahamlah, aku malas nak sebut untuk kali yang kedua.


Selepas itu, Azeem, Hasnawi, dan Isyraf masing-masing menaikkan ibu jari mereka dihadapanku. Lalu, mereka terus menaiki keretapi kepunyaan mereka, iaitu Blue, Snow, dengan Crystal Station. Selepas aku memasuki Red Station, kawalan keretapi tersebut tiba-tiba mendapat peta, entah dari siapa. Aku rasa mungkin dari Azeem.

Kemudian, aku mendapat panggilan 'suara' dari Hasnawi. Aku ternampak Crystal Station kepunyaannya sudah bergerak dari stesen, kemudian diiringi oleh Blue dan Snow Station dan kelihatan Wahyu sedang menjerit ke arah mereka, lalu terus berlari memasuki Red Station. Alamak, aku tertinggal pula.

Wahyu terus memasuki Red Station lalu tengking aku seperti situasi di mana seorang ibu memarahai anaknya.

"Adib, cuba awak jelaskan semua ni lepas kita ikut mereka. Faham?!" kata Wahyu. Aku hanya mengangguk. Lalu, aku terus memandu Red Station. Keretapi fantasi tidak memerlukan banyak butang untuk bergerak. Dengan meter imaginasi sahaja, Red Station serta beberapa 


****

"Eh? Mencari Zamrud Imaginasi tu sendiri tanpa pengetahuan Ticket?" tanya Wahyu kepadaku semasa aku mengawal Red Station untuk mengejar Azeem dan rakan-rakan lain yang hilang dari pandangan sebentar tadi. Tidak lama kemudian, aku ternampak.... Violet Station? Tetapi, siapa yang pandu sedangkan Wahyu ada dengan aku sekarang ni?

"Lain kali kalau awak buat macam tu lagi, saya akan hukum kamu. Apa-apapun, ke mana mereka akan tuju nanti, budak?" tanya Ticket kepadaku melalui alat komunikasi dalam keretapi. Aku hanya terdiam sambil memandang Wahyu. Dia hanya mengangguk, tanda dia setuju akan apa yang aku kata kepada Ticket nanti.


"Err... saya tak tahu, Ticket." balasku. 

"Tak tahu? Awak kata TAK TAHU? Kalau Darkness Station jumpa mereka, habislah kita. HABISLAH KITA TAHU TAK?!" Ticket membalas dengan marah tahap gaban, membuatkan Wahyu tertunduk serta-merta, seperti dia baru sahaja dimarah oleh bapanya. Aku hanya senyap, sambil melihat semula peta dunia yang diberikan oleh Azeem.

"Ticket, rasanya saya tahu ke mana mereka akan pergi." kataku lagi.

"Oh, ya? Di mana, budak baru?" tanya Ticket pula.

"Greenland." balasku.

"Greenland? Baiklah. Kita kena cepat sebelum Darkness Station sampai sana dahulu. Faham semua? Adib, tolong sambungkan Red Station dengan Violet Station. Lagipun, saya lihat Red Station bergerak perlahan. Awak tidak berimaginasi semasa memandu keretapi ni." kata Ticket lagi. Aku hanya akur akan arahannya lalu terus sambungkan Red Station kepad Violet yang sedang dipandu oleh Ticket.

Kemudian, aku terus duduk.

Tiba-tiba, Ticket membawa Violet Station dengan lajunya, seperti kereta Formula 1 di Litar Lumba Sepang. Kelajuan tersebut menyebabkan aku dan Wahyu terjatuh seperti nangka busuk. 

"Ticket, boleh tak bawa baik-baik." jeritku pada alat komunikasi.

"TAK BOLEH. Kalau Darkness Station sampai Greenland dahulu, Azeem, Isyraf, dan Hasnawi akan dalam bahaya nanti." balas Ticket. Dari tadi sebut Darkness Station berulang-ulang kali. Siapa pula Darkness Station ni?

"Apa itu Darkness Station pula, Wahyu?" tanyaku.

"Darkness Station adalah keretapi fantasi, sama seperti Red Station dan yang lain. Tetapi, keretapi tersebut merupakan pesaing utama kami. Mereka cuba mendapatkan Zamrud Imaginasi untuk  mengaktifkan semula semua gunung berapi di seluruh dunia secara serentak. Memang agak mustahil, tetapi dengan kuasa imaginasi, semua benda boleh berlaku." balas Wahyu.

"Kenapa awak takut dengan keretapi tu pula sedangkan dia seorang saja--" Aku terdiam sebentar.  'Jangan cakap yang Darkness Station juga ada pembantunya, seperti kita sekarang ini' kataku dalam hati. Kalau Ticket juga ada geng, tidak mustahil Darkness Station itu juga mungkin ada.

Lalu, aku mula terfikir sesuatu.

"Ticket, kita kena cari dahulu Darkness Station tu." kataku.

"Awak GILA? Pertahanan yang ada pada Red Station tidak cukup untuk lawan keretapi tu." kata Ticket. Wahyu juga setuju akan pendapat Ticket. Red Station memang dilengkapi dengan perisai halimunan dan beberapa penembak dari beberapa sisi, tetapi mungkin tidak terlalu kuat, sebab, kamu tahulah, Red Station termasuk motor dan gearnya juga menggunakan imaginasi Drivernya.

"Kalau betul mereka nak cari zamrud tu, kita kena halang mereka dahulu." balasku.

Ticket dan yang lain senyap seperti tugu negara.

"Kalau macam tu, baiklah. Wahyu, pandu Violet Station ke Greenland. Kita kena sampai dahulu ke sana sebelum Azeem dan yang lain." kata Ticket lagi.

"Kami akan susul nanti, atau tak payah." tambahku.

Wahyu hanya mengangguk, lalu terus menaiki Violet Station, selepas Ticket berhenti sebentar di atas air laut, kemudian memandunya. 


****

- Next Station : Greenland - 

Snack Peek Stesen 2-1's Story







Takut ada yang kempunan. Nah, sedikit snack peek mengenai Bab Satu nanti.

***

Selepas beberapa minit, akhirnya Ticket yang memandu Red Station, serta aku akhirnya tiba di sebuah perhentian keretapi di sebuah tempat yang misteri. Aku terus keluar dari keretapi tersebut, dan aku ternampak ada lagi empat landasan yang kosong atas perhentian keretapi tersebut.

"Ticket, mana rakan-rakan awak tu? Awak nak cuba tipu saya, eh?" tanyaku kepada Ticket. Ticket hanya senyap, sambil memandang jam yang digantung di atas perhentian keretapi tersebut. Apabila jarum minit bergerak ke nombor tiga, ataupun minit kelima belas, aku terdengar bunyi empat keretapi sedang bergerak ke sini.

Selepas itu, aku ternampak keretapi berwarna biru dan ungu, serta keretapi yang pelik bagi aku, iaitu badannya dipenuhi dengan salji dan kristal di sekelilingnya. Kemudian, keempat-empat keretapi tersebut berhenti bergerak apabila mendarat di atas landasan keretapi yang kosong sebentar tadi.

"Bonjour, Ticket. Jadi, mana orang yang awak pilih tu?" Satu suara muncul dari atas keretapi tersebut. Aku ternampak seorang remaja lelaki yang rambutnya menutupi mata kanannya. Kemudian, tiga orang lagi menyusul menaiki atas keretapi yang baru sahaja mendarat sebentar tadi.

"Siapa awak semua?" tanyaku. Lalu, mereka terus melompat dan mendarat dihadapanku. Wow, mereka ni ada kekuatan superhuman, agaknya. Kemudian, mereka buat style ala-ala Power Rangers.

"Saya Azeem. Blue Station Driver."

"Saya Wahyu. Violet Station Driver."

"Saya pula, Hasnawi. Crystal Station Driver."

"Err..s-saya Isyraf, Snow Station Driver."

"Oh. Saya pula Adib, saya seorang insan yang tiba-tiba ditarik oleh seekor haiwan pelik bernama Ticket." balasku, diiringi dengan peril yang begitu pedas seperti sos yang dicampur dengan pelbagai jenis cili yang ada di dunia ini! Ticket pun apa lagi, terus memukul belakangku.

Projek 2015~









Assalamualaikum dan salam sejahtera ( ^ o ^ )
Terima kasih kerana sudi menyokong saya dalam menulis cerita Xeroc Amphere #1 dan #2, walaupun jumlah orang yang membacanya tidaklah begitu memberangsangkan berbanding cerita "Bunga Yang Layu" yang telah disiapkan pada November 2014 yang lalu. Apa-apapun, berikut adalah projek cerita saya untuk tahun 2015 ini. Mungkin projek ni agak mustahil untuk dijayakan, tapi saya akan berusaha sedaya-upaya yang saya ada.



Projek 2015 List~

_______________________________________________________________________

#1 : Fauzan Jefri

Sinopsis = Cerita ini diset dua tahun sebelum "Bunga Yang Layu" pendek kata, cerita si Lili tu lah. Mengisahkan Fauzan yang mendapat percutian ke Eropah dari seorang lelaki misteri, pembaca akan merasai pengalaman Fauzan di sana. Beberapa watak dari Xeroc Amphere juga akan ditambah pada cerita ini.

Genre = Komedi

Jumlah Bab = Empat.

______________________________________________________________________

#2 : Stesen 2-1

Sinopsis = Adib Akram, seorang remaja yang 'kesunyian' telah menemui stesen keretapi fantasi yang dikenali sebagai "2-1". Keretapi tersebut hanya boleh dilihat oleh kanak-kanak yang berimaginasi. Tetapi, Adib kena hadapi satu ujian di mana dia terpaksa hadapi empat Stesen iaitu Biru, Merah, Kuning, dan Hijau untuk mendapatkan semula Zamrud Imaginasi, untuk seimbangkan kuasa imaginasi dalam diri semua manusia.

Genre = Fantasi

Jumlah Bab = Tujuh

_______________________________________________________________________

Buat masa ni, itu sahaja yang saya boleh. Ok, tata!

#6 : Epilog













Tahun 2039


Aku tersenyum sendiri apabila melihat keputusan ujian kelayakan memasuki kelas Pembedahan Kompleks yang ditawarkan di Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat. Keputusan yang aku dapat agak mengejutkan semua orang, terutamanya bapaku, kerana aku diterima di kolej tersebut untuk mempelajari ilmu perubatan di kolej tersebut. Gabenor Zon Empat telah mewajibkan semua pelajar berusia 19 tahun keatas mempelajari ilmu perubatan.

"Baik awak tunjukkannya pada ibu kamu." kata Iffa, rakan baikku, yang juga dapat memasuki kelas yang sama dengan aku. Fadzlih pula, hanya terdiam, kerana dia tidak dapat memasuki kelas yang sama dengan kami berdua, kerana dia memang tidak minat akan Pembedahan Kompleks. Fadzlih juga takut melihat darah, walaupun setitis.

"Betul juga cakap kamu, Iffa. Saya akan ke hospital sekarang juga!"  balasku, lalu segera menahan teksi yang ada di hadapanku untuk ke hospital besar Zon Empat. Sebenarnya aku mahu jalan kaki, tetapi kerana saya jenis cepat penat, jadi aku pun terpaksa mengambil keputusan untuk menaiki teksi.

Sepaniang perjalanan, aku mula terfikir apa perasaan ibuku, iaitu Lili Fazirana Wong terhadap keputusanku yang telah berjaya mengharumkan nama keluarga bapaku selama ini. Mungkinkah ibuku gembira atau menangis kegembiraan. Ah, tidak sabarnya aku untuk ketahuinya!

"Kenapa dengan muka kamu, Hazwan? Nampak macam ceria saja." Pemandu teksi yang membawaku ke hospital sekarang ini memang kenal akan aku kerana aku menaiki teksinya dari kecil lagi. Pendek kata, dah lamalah, sama dengan umurnya.

"Saya dapat masuk Kolej, pakcik." balasku.

"Oh, maksud kamu Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat tu? Alhamdulillah, akhirnya impian kamu dah tertunai juga ya. Anak pakcik pun pernah masuk kolej tu. Tapi, saya tak tahulah sekarang dia di mana." balas pemandu teksi itu.

"Apa nama anak pakcik?" tanyaku lagi.

"Isyraf Caltes, nak. Sejak kehilangan Chihaya, perangai dia agak pelik dan.... oh, nampaknya kita dah tiba di hadapan hospital Zon Empat. Tentang bayaran, jangan risau, pakcik bagi percuma sempena kejayaan kamu. Semoga terus maju jaya, ya?" kata pakcik itu lagi. Aku hanya tersenyum, sambil mengangguk.

"Pakcik pun sama. Semoga perniagaan teksi pakcik terus maju." balasku.

Selepas pemandu teksi tersebut berlalu keluar dari kawasan hospital Zon Empat tersebut, aku terus berlari ke kaunter pertanyaan. Kelihatan seorang jururawat sibuk menaip sesuatu pada komputer pada kaunter tersebut.

"Maafkan saya. Di mana wad untuk pesakit yang bernama.. Lili Fazriana Wong?" tanyaku.

"Lili? Kejap ya, oh, ada di wad 12, tingkat satu." balas jururawat tersebut.

"Ya ke? Terima kasih, makcik! Maksud saya, jururawat." balasku, lalu terus berlari ke arah lif yang berdekatan. Jururawat tersebut hanya tersenyum, ataupun ketawa atas kesilapanku tadi. Semasa dalam lif, aku menjadi tidak sabar untuk memberitahu keputusan ujian kelayakanku kepada ibu.

Selepas itu, akhirnya aku tiba di hadapan wad 12. Buka sahaja, aku ternampak wad tersebut kosong seperti baru sahaja dikemas. Bantal, tilam, dan meja, semuanya bersih. Televisyen dimatikan. Alat komunikasi hologram disekat, selepas pesakit dalam mana-mana wad tersebut keluar dari hospital.

Aku kehairanan. Di mana pula ibuku? Lalu, aku ternampak seorang doktor lelaki sedang berjalan menuju ke lif. Kemudian, aku menahannya untuk sementara waktu.

"Maafkan saya, doktor? Di mana pesakit wad 12 ni ya?" tanyaku.

"Pesakit yang terkena virus Xeroc Amphere? Maaflah, tapi dia baru sahaja hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi. Kami terpaksa membawanya ke bilik mayat, tunggu kalau ada orang yang nak tuntut nanti." balas doktor tersebut. Dengar sahaja, kertas keputusan yang aku pegang dari tadi terus terjatuh. Aku pula, tertunduk di hadapan wad tersebut.



****



 Tahun 2042

"Awak serius? Lawan tembak di bilik kawalan Teras Kecemasan Q?" tanyaku, sambil meletakkan semula pistol elektrik di poket kanan seluarku. Datuk Isyraf Caltes hanya senyap, secara tiba-tiba mengeluarkan pistol elektriknya lalu menembakku, menyebabkan gelanggang yang dibinanya tadi hilang seperti hologram.

 "Hei, saya belum bersedialah, tahu tak?" kataku lagi. Tetapi, Datuk Isyraf tidak mendengar apa yang aku katakan malah dia terus menembak dan menembak. Aku terpaksa tunduk dan lompat, seperti orang yang berlari apabila terkena tembakan rambang dari seseorang. Aku terfikir, aku harus cari pintu keluar dari bilik kawalan ini.

Tetapi, sebelum itu, aku membalas semula tembakan Datuk Isyraf, lalu melontar B.O.M.B jenis gas pemedih mata ke arahnya. B.O.M.B tersebut mengena tepat pada Datuk Isyraf dan aku dapat melihat beliau kini sedang menjerit kesakitan atau kepedihan, ah aku tak tahu mana satu yang betul! Apa-apapun, aku mesti cari jalan keluar dari sini.

 Semasa aku cuba lari, tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Pelanggaran itu menyebabkan aku terjatuh di hadapan benda yang aku langgar tersebut. Apabila aku angkat sahaja muka, aku ternampak seorang lelaki memandangku, sambil membawa Fadzlih dan Atika seperti anjing yang dibawa berjalan-jalan.

"Ça va, Jeneral Hazwan." kata lelaki tersebut kepadaku dalam Bahasa Melayu yang dicampur aduk dengan bahasa Perancis. Aku hanya melihat lelaki tersebut, kemudian melihat Fadzlih dan Atika yang pengsan, sambil ditarik oleh lelaki itu dalam keadaan yang kejam, seakan-akan mereka adalah haiwan peliharaan yang dibawa jalan-jalan sambil dipegang oleh tuannya dengan tali yang diikat di leher mereka.

"Faisal Jason. Saya memang tahu itu awak." kataku. Lelaki tersebut, ataupun namanya Faisal Jason, hanya tersenyum sambil melihat ke arah Datuk Isyraf yang mengerang kesakitan, mungkin kerana matanya pedih kerana gas pemedih mata yang dibebaskan oleh aku melalui B.O.M.B yang aku lontar ke arahnya.

"Jadi, kamu dah kalahkan Datuk Isyraf ni ke, Hazwan?" tanya Faisal. Aku hanya memandangnya dengan tajam, tidak menjawab pertanyaan Faisal kepadaku. Dia pula, tenang sahaja melihatku lalu membiarkan  Fadzlih dan Atika yang pengsan dihadapanku lalu dia segera mencekik Datuk Isyraf, kemudian menikamnya dari belakang dengan pisau? Aku mula hairan. Bukannya dia bekerjasama dengan Datuk Isyraf ke?

Datuk Isyraf Caltes terus rebah. Faisal pula, terus mengambil B.O.M.B yang aku lontarkan sebentar tadi lalu nyahaktifkannya. Kemudian, dia memandangku dengan tajam melontarkan B.O.M.B kepunyaanku kepada kami dan gas pemedih mata terus keluar dari B.O.M.B tersebut. Mataku mula seperti dibakar oleh api. Lalu, aku mengerang kepedihan lalu terus rebah, mungkin tidak larat kerana kesan dari dilema Perang Honolulu dua tahun lalu.

****

Aku terus membuka mata, selepas aku sedar dari kesan gas pemedih mata yang dibebaskan melalui B.O.M.B yang dilontar oleh Faisal Jason. Apabila sedar sahaja, aku sedar bahawa aku masih lagi berada di dalam bilik kawalan Teras Kecemasan Q, tetapi kali Fadzlih berada di sebelah kiri manakala Atika di sebelah kanan.

Aku ternampak Faisal sedang mengaktifkan sesuatu pada pengawal teras kecemasan yang berada berdekatan dengan teras. Rupa teras tersebut begitu kompleks bagi aku. Ada empat tiang yang berdiri teguh dan sebuah bola kecil dapat dilihat di tengah-tengah empat tiang tersebut. Bola kecil itu berputar seperti gasing. Kemudian, apabila Faisal menekan sesuatu pada alat kawalan teras tersebut, tiba-tiba bola kecil yang bercahaya tersebut semakin malap, kemudian terus jatuh ke bawah.


"Apa yang awak dah buat dengan teras tu, Faisal?" tanyaku. Apabila aku tanya soalan sebegitu, Faisal terus mengalihkan perhatian ke arah aku.

"Oh, kamu dah sedar rupanya. Saya ingatkan gas tu dah buatkan awak mati, agaknya. Apa-apapun, saya dah matikan Teras Kecemasan Q ni. Sebentar tadi, semua Pulau Bandar Kuala Lumpur akan ditenggelami lautan, dan virus Xeroc Amphere akan merebak semula. Semoga awak berjaya elak semua benda ni dari berlaku. Bonne chance!" balas Faisal, lalu terus hilang tiba-tiba, seperti watak mana-mana penjahat dalam Power Rangers.

Aku terus cuba sedarkan Fadzlih dan Atika. Kemudian, syukurlah, mereka sedar juga akhirnya. Mereka berdua masing-masing kehairanan mereka di mana sekarang ini. "Di mana kita? Saya ingat, kita sedang berlawan dengan Fauzan dan satu orang lagi, tapi tiba-tiba kami terkena pistol elektrik dari seseorang."

"Mana Datuk Isyraf?" tanya Fadzlih.

"Di sebelah kamu, Fadz. Dia juga seperti kita, tetapi, dia dah.... ditikam oleh rakan subahatnya sendiri." balasku, sambil melihat muka Datuk Isyraf yang lesu, mungkin dah mati, agaknya, aku pun tidak dapat pastikan.

"Apa-apapun, kita kena cepat. Pulau Bandar Kuala Lumpur akan tenggelam sebentar lagi, sebab teras kecemasan tu dah dimatikan. Fadzlih dan Atika, pergi beritahu pasukan Pemberontak yang lain. Mujurlah lokasi bilik kawalan ni hanya di bawah bangunan Gabenor Zon Lapan. Cepat, beritahu mereka." kataku, diiringi dengan arahan terakhir sebagai Jeneral Terhormat.

"Baik! Tapi, awak pula macam mana?" tanya Atika.

"Saya akan cuba hidupkan semula teras tu semula. Kita kena tamatkan rancangan terakhir Lembaga Rahsia ni untuk selamanya. Sekarang, pergi cepat!" balasku, sambil berlari ke arah alat kawalan teras tersebut.

"Tapi, kami tak boleh.."

"Saya kata PERGI SAJA." kataku lagi dengan perasaan yang geram. Kemudian, gegaran seperti gempa bumi mula terasa. Nampaknya Pulau Bandar Kuala Lumpur akan tenggelam kalau aku terlambat untuk aktifkan semula Teras Kecemasan ni. Tapi, fikiranku menjadi buntu apabila teras tersebut memerlukan satu kata laluan untuk teras tersebut aktif semula.

Lalu, aku melihat sekitar kawasan alat kawalan tersebut. Aku ternampak sekeping kertas, berwarna putih dan benda yang tertulis di atasnya ditulis dengan... darah? Kejap, mungkinkah Datuk Isyraf sengaja membawa aku ke bilik kawalan Teras Kecemasan Q, supaya aku dapat aktifkan semula teras ni selepas Faisal, iaitu rakan subahatnya, membelot beliau kemudian nyahaktifkan teras ini?

"Ah, aku tidak masa untuk fikir semua tu. Saya, bukan, semua orang sedang berusaha untuk selamatkan Pulau ni." kataku dalam hati, lalu aku terus membaca kertas tersebut. Di atas kertas itu, tertulis:


Kepercayaan, buat semua benda menjadi kenyataan. Cinta, boleh jadi satu perasaan yang kuat. Persahabatan, benda yang boleh jadikan kehidupan seseorang gembira. 


Aku mula hairan. Ini ke yang Datuk Isyraf tulis? Kertas yang ditulis oleh beliau ini langsung aku tidak fahami. Fikiranku mula buntu memikirkan kod tersebut, sedangkan aku tidak ada masa lagi kerana berdasarkan alat kawalan, aku hanya ada 5 minit lagi sebelum Pulau Bandar Kuala Lumpur tenggelam sepenuhnya.

Kemudian, aku ternampak sesuatu pada kertas tersebut. Tulisan yang aku nampak lebih kecil berbanding kod merepek yang ada. Aku mula memerhatikan tulisan tersebut dengan teliti. Ia tertulis:


Chihaya

"Siapa pula Chihaya ni?" Aku tertanya-tanya sendiri. Adakah nama ini merupakan kata laluan untuk aktifkan semula kod ni? Kejap! Aku pernah dengar nama Chihaya ni, tapi di mana ya? Ah, aku tak ada masa untuk fikir semua tu. Lalu, aku menaip nama Chihaya pada alat kawalan tersebut.

Apabila aku menulisnya, kemudian sahkan, tiba-tiba teras tersebut terus bercahaya seperti lampu yang terlalu terang. Selepas itu, bola kecil yang ada di tengah-tengah teras tersebut timbul semula dan mengeluarkan satu gelombang yang kuat, seperti ombak kuat yang berulang-ulang.

Aku mendapat panggilan dari Fadzlih. "Hazwan, Pulau Bandar Kuala Lumpur dah terapung semula! Awak dah berjaya. Eh, bukan, kita semua dah berjaya. Tentera Guardiont 2.0 pun dah berpihak kepada kita!" kata Fadzlih. Aku hanya tersenyum, lalu rebah sekali lagi.

****

Aku.. berada di hospital? Tapi macam mana. Kali terakhir aku ingat, aku pengsan selepas sahaja mengaktifkan semula Teras Kecemasan Q. Aku ternampak Fadzlih, Atika, dan Pengetua Yveish tersenyum gembira melihatku sedar semula.

"Tahniah Hazwan, awak dah selamatkan Pulau Bandar Kuala Lumpur dan seluruh dunia!" kata Fadzlih, kemudian dia menyuruhku melihat ke arah tingkap. Aku terus melihat apa yang ada di luar dan aku terkejut, semua pelajar Kelas Pembedahan Kompleks yang telah tamatkan pelajaran termasuk Juliano sedang bersorak kepadaku. Kemudian, aku terdengar bunyi ala-ala tarian samba.

"Sekarang, nama pasukan kita adalah.. Kyoryuger!" kata Fadzlih.

"Kyory.. apa? Sejak bila pula awak namakan pasukan kita?" tanyaku.

"Saya yang namakan pasukan kamu. Saya namakan pasukan kamu berdasarkan rancangan kegemaran kamu sehingga sekarang, Hazwan, iaitu Kyoryuger. Jadi, itulah nama pasukan kamu, mulai sekarang." kata Pengetua Yveish pula.

"Dan, Hazwan Fauzan, saya, sebagai ketua tentera Pemberontak yang baharu, saya akan menarik semula pangkat kamu sebagai Jeneral Terhormat, supaya kamu dapat hidup dengan bebas tanpa terlibat dalam mana-mana peperangan lagi. Hehehe." kata Pengetua Yveish lagi.

Aku hanya tersenyum, sambil tabik dihadapan Pengetua. Kemudian, aku terdengar satu lagu dinyanyikan secara serentak.



Ore-tachi wa muteki no superstar
Atsui spirits full juuden
Mune ga sawagu ze

Densetsu wo norikonase wonderful
Brave wo damaraseru na
Itsumo challenger

Honto no tsuyosa wa ittai
Doko ni aru to iu no darou?
Chikyuugi wo mawasu yori mo
Kokoro no naka wo sagase

(Sumber : Lirik Vamola! Kyoryuger)


"Macam mana dengan Faisal Jason?" tanyaku.

"Setakat ini kami tidak tahu dia di mana sekarang. Tapi, kami akan berusaha untuk mencarinya. Saya janji." kata Pengetua Yveish, ataupun gelarannya mulai sekarang Jeneral Terhormat Yveish Lavanir.

"Err... Hazwan. Saya dah lama nak cakapkan ni dan.. sudikah awak berkahwin dengan saya?" tanya Atika tiba-tiba.

"Sepatutnya saya yang cakap macam tu. Apa-apapun, saya akan cakap 'Ya!" Aku berbisik kepada Atika, takut Fadzlih dan Pengetua Yveish dengar apa yang kami cuba katakan.

"Awak kena berterima kasih kepada Isyraf Caltes sebab yang dia mulakan rancangan ni." kata Fadzlih lagi. Aku hairan. Mengapa Datuk Isyraf yang rancang semua ni, untuk aku? Bukannya kami ni bermusuhan?

"Sejak awak sedarkan dia, dia mula membelot kepada Faisal Jason dan bekerjasama dengan kita untuk tamatkan semua rancangan Faisal. Akhirnya, dia berjaya juga dan sekarang ni, dia sedang ditahan di hospital ni. Mungkin empat minggu lagi baru dia boleh keluar." kata Atika pula.

"Tapi saya tak faham, apa maksud kertas yang dia berikan hari tu, dan siapa Chihaya?" tanyaku lagi.

"Semuanya akan terjawab dalam jurnal dia ni." kata Pengetua, lalu memberikanku sebuah jurnal kepunyaan Datuk Isyraf.

Hazwan Fauzan memang seorang yang hebat. Selama ni saya hanya pentingkan diri, hanya kerana saya ditipu oleh Chihaya Norizuki, iaitu kekasih, ataupun isteri saya. Tetapi, Hazwan mula sedarkan saya semasa Perang Honolulu dahulu. Chihaya, maafkan saya sebab buat macam ni. Saya hanya tak boleh lupakan apa yang berlaku. Tolong maafkan saya.

"Maksudnya adalah, dia akan setia dengan Chihaya sampai bila-bila. Itu saja." kata Fadzlih. Aku hanya tersenyum. Situasi yang terkena dia sama dengan situasi semasa ibuku tiada lagi di dunia ni. Aku memandang Juliano dan yang lain melambai ke arahku, lalu aku terus membalas lambaian mereka.

Aku lega segalanya dah berakhir. Akhirnya, aku boleh berehat juga, akhirnya. 

****

Beberapa tahun selepas itu...


"Myra, boleh tolong ayah tak? Tolong ambilkan kalkulator di atas meja tu." kataku kepada Myra, anak perempuanku hasil perkahwinan aku dengan Atika beberapa bulan yang lalu.

"Sudah tentu." balas Myra. Lalu, dia terus mengambil kalkulator di atas meja lalu memberinya kepadaku. Aku sedang bercakap dengan Fadzlih di talian online. Aku dengar cerita bahawa Fadzlih sedang dalam hubungan dengan Fazirah, tapi entahlah, siapa tahu kan. 

"Hazwan, mari sini kejap. Tolong saya urus kucing. Kucing ni, habis Qayyum dicakarnya." Atika sedang menjerit memanggilku dari luar rumah. Aku terus menutup meja komputer lalu berlari ke luar.

- TAMAT -


CREDIT

XEROC AMPHERE #2
PENULIS : IQRAM AKMAL

Takut orang tiru. Jadi hak cipta terpelihara tau!

*****

Main Character List (gambar direka dari chibi maker)

=  Atika Mangaling

= Hazwan Fauzan 


= Iffa Natasya
= Chihaya Norizuki
= Fadzlih Baharuddin

#5 : Selalu Di Sisiku

















Ralat : Bab ini akan cerita mengenai masa lalu Datuk Isyraf Caltes.




Isyraf Caltes merupakan pelajar yang paling digeruni di Kolej Perubatan Kompleks Zon Empat. Hampir setiap hari dia dipanggil oleh Pengetua Qayyum disebabkan kesalahan yang sama, iaitu bergaduh dengan pelajar dari kelas jurusan yang lain. Isyraf merupakan pelajar jurusan Pembinaan Ubat.

          Akhirnya, selepas diberi amaran enam kali, Isyraf telah dibuang dari Kolej Perubatan Kompleks Zon Empat. Semasa dia keluar dari pintu pagar kolej tersebut, dengan membawa beg dan perasaan yang geram, tiba-tiba dia terlanggar seseorang, menyebabkan dia terjatuh.

                "Hei, tak ada mata ke apa?" tanya Isyraf dengan geram.

             "M..maafkan saya. Awak tak apa-apa? Saya lewat sampai, jadi saya berlari sampai tak perasan awak di situ. Maaf. Mari saya bantu kamu." kata perempuan yang Isyraf terlanggar, sambil menghulurkan tangannya. Isyraf terus memegang tangannya, tetapi terus melepaskannya diiringi dengan mukanya yang merah tiba-tiba.

               "Perasaan apa pula ni? Saya tak pernah rasa macam ni." kata Isyraf dalam hati.

               "Awak lapar ke? Kalau ya, mari, kita ke kedai kek berdekatan sini. Saya dengar, kedai tu ada banyak kek yang sedap. Marilah, saya belanja." kata perempuan itu lagi, sambil menawarkan Isyraf untuk makan kek bersamanya, mungkin sebagai tanda rasa bersalah sebab terlanggar dia.

               Isyraf hanya tercengang. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

             "Apa ni? Marilah!" kata perempuan itu lagi lalu terus menarik tangan Isyraf."Hei, lepaslah. Saya boleh jalan sendiri." balas Isyraf, sambil menyorokkan mukanya.


****

Isyraf dan perempuan tersebut akhirnya tiba di hadapan pintu kedai kek tersebut. Lalu, mereka memasuki kedai tersebut dan memesan dua sepotong kek keju dan teh ais limau, kemudian duduk di atas tempat yang berada di hadapan tingkap.

            Sambil mereka makan, mereka berbual. Isyraf hanya senyap dengan muka yang merah. Sebenarnya, walaupun Isyraf seorang yang digeruni, tetapi dia cepat malu apabila dia berhadapan dengan perempuan yang dia langsung tidak kenal.

               "Jadi, a..apa nama awak?" tanya Isyraf.

               "Oh. Saya ke?" tanya perempuan tersebut pula. Isyraf mengangguk perlahan.

             "Chihaya. Chihaya Norizuki. Saya baru sahaja berpindah ke Pulau Bandar Kuala Lumpur ni, sebab bapa saya dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke sini, selepas beberapa tahun di Jepun. Kamu pula, apa nama kamu?" balas perempuan tersebut, ataupun namanya Chihaya.

              "Isyraf. Isyraf Caltes." balas Isyraf.

         "Oh. Jadi kamulah Isyraf yang ditakuti oleh semua pelajar di Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat tu ya?" tanya Chihaya lagi. Isyraf mengangguk kepala, sambil makan kek menggunakan sudu. Mungkin kek tersebut diperbuat dari aiskrim. Entahlah.

         "Tapi, saya nampak awak ni taklah menakutkan sangat. Sebab, dari tadi awak tunduk setiap kali kita saling berbual. Malulah tu." kata Chihaya. Isyraf hanya senyap. Lalu, dia terus berdiri, sambil menghentak meja dengan kedua-dua tangannya.

            "Saya tak malulah! Saya hanya, jadi macam ni bila saya dekat dengan perempuan. Itu saja." balas Isyraf, lalu terus bergerak keluar dari kedai tersebut. Chihaya hanya melihat sahaja.

      "Oh, ya! Kek tu, awaklah yang bayar ya, Chihaya." kata Isyraf, lalu terus meninggalkan kedai tersebut.

             Chihaya hanya tersenyum, sambil mengangguk.


****

Waktu malam, hari ketiga selepas Isyraf dan Chihaya berjumpa. Kelihatan Chihaya sedang menunggu di tempat duduk berdekatan sebuah taman tema, entah siapa yang ditunggunya. Tidak lama kemudian, Isyraf terus tiba di hadapannya.

          "Hah, sampai pun. Ada apa ni, Isyraf?" tanya Chihaya, sambil tersenyum mesra. Isyraf hanya diam, dia mengeluarkan sesuatu di poketnya dengan mukanya yang merah, sekali lagi. Chihaya kehairanan dengan perangai Isyraf yang pelik tersebut.

             "Isyraf, awak kenapa? Awak sakit ke?" tanya Chihaya.

        "Tak. Err.. Chihaya.." kata Isyraf dalam nada yang gagap. Chihaya mendengus lembut, menandakan dia kata "ada apa?". Muka Isyraf semakin merah dan merah. Apa sebenarnya yang Isyraf cuba katakan kepada Chihaya? Lalu, dia keluarkan sebuah kotak merah lalu membukanya. Sebuah cincin dari jajan ali baba dapat dilihat. Chihaya kehairanan sekali lagi.

          "Chihaya, saya tahu kita baru tiga hari berkenalan. Tapi, saya rasa kita memang ditakdirkan untuk saling bersama. Jadi, emm..... nak tak, awak kahwin dengan saya?" tanya Isyraf. Hei, nampaknya Isyraf cuba melamar Chihaya pula! Apa pula yang dah berlaku sekarang ni?

           "Isyraf, awak demam eh? Mari, kita ke klinik. Malulah semua orang tengok kita di sini." kata Chihaya. Tetapi, semua mata yang ada sedang memerhatikan mereka berdua dengan tajam, sambil menjerit, "Terima! Terima! Terima!" berkali-kali, menandakan bahawa mereka hendak Chihaya menerima lamaran Isyraf, padahal mereka baru sahaja berkenalan dan usia mereka baru 19 tahun.

          "Err.. cepat Isyraf, mari kita pergi dari sini." kata Chihaya lagi, lalu membawa Isyraf jauh dari kawasan tersebut.

          Selepas mereka tiba di hadapan klinik, Chihaya menyuruh Isyraf duduk.

         "Isyraf, saya tahu awak dah jatuh cinta dengan saya, agaknya, tapi waktu untuk kita buat macam ni bukan sekarang. Sekarang, anggaplah saya ini hanya seorang rakan yang rapat bagi kamu, ok? Senyumlah sikit." kata Chihaya, sambil mengusap kepala Isyraf. Isyraf hanya tunduk, sambil mengalirkan air mata. Mungkin dia gagal kerana tidak berjaya melamar Chihaya.

          "C..Chihaya? Boleh tak, awak selalu di sisi saya?" tanya Isyraf, sambil mencium pipi Chihaya. Amboi! Dah mula dah!

      "Sudah tentulah, Isyraf. Kita kan best friend forever, betul tak?" balas Chihaya, sambil tersenyum gembira. Tidak lama kemudian, mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Mujurlah mereka tidak kena marah kerana waktu mereka pulang adalah 7:21 petang, jadi tidaklah terlalu lewat sangat.

     Di rumah Isyraf, Isyraf hanya memandang tingkap, sambil terbayang Chihaya. Mujurlah itu perkara normal bagi orang yang sedang bercinta, bukan perkara normal bagi orang yang pervert. Dia melihat cincin yang dia cuba berikan kepada perempuan tersebut, sambil meletakkannya di laci yang terletak di sebelah kiri katilnya.

        Sementara itu, di rumah Chihaya, Chihaya juga melakukan perkara yang sama. Dia hanya tersenyum sambil melihat gambar keluarganya. Patutlah dia kisah sangat akan Isyraf. Rupa-rupanya, rupa adiknya, Shouji, hampir sama dengan muka Isyraf. Kemudian, dia terus baring di katil sambil berkata,

       "Saya terima lamaran awak tu, Isyraf. Sebab saya tahu kita mungkin ditakdirkan bersama."

****


Cerita diforwardkan sedikit ke 3 tahun kemudian.

Kelihatan Isyraf sedang melihat waktu di jam tangan hologramnya dari tadi. Mukanya merah seperti bunga ros yang dipegang di tangan kanannya dari tadi. Dia juga sedang memperbaiki pemakaiannya apabila dia memakai sut hitam ala-ala jutawan yang sering dibanjiri oleh wang setiap hari.

           "Mana dia ni? Dah lama aku tunggu. Baju ni pun dah buatkan aku tak selesa." kata Isyraf dalam hati. 

          Tidak lama kemudian, beberapa minit selepas itu, seorang perempuan berjalan ke arah tempat Isyraf menunggu. Apabila Isyraf melihat perempuan tersebut, mukanya terus lebih merah berbanding tadi. Perempuan tersebut terus berhenti di hadapan Isyraf, tersenyum lalu memberikan sesuatu kepada Isyraf, iaitu sebuah kotak kecil yang dipenuhi dengan coklat.Nama perempuan tersebut ialah Chihaya Norizuki. 

        Chihaya merupakan rakan rapat Isyraf semasa sekolah rendah dahulu. Chihaya dan Isyraf akan berkahwin esok, tetapi mereka mesti tiba untuk ke rumah Chihaya, ataupun tempat pengantin yang terletak berdekatan dengan pusat bandar Zon Lapan. Nampaknya, akhirnya Chihaya terima juga lamaran Isyraf dan akan berkahwin tidak lama lagi.

        "Isyraf, apa tunggu lagi? Kita tengok siapa sampai dulu, boleh?" kata Chihaya dalam bahasa Melayu yang begitu lancar, walaupun sebenarnya dia keturunan Jepun-Melayu. Isyraf hanya mengangguk, sambil tunduk ke bawah menandakan dia malu apabila dia bersama dengan Chihaya.

       "Ala, janganlah macam tu. Dari sekolah menengah lagi tabiat awak tu tak hilang-hilang tau!" kata Chihaya lagi. Lalu, dia terus berlari meninggalkan Isyraf di belakang. Isyraf terus mengejarnya dari belakang selepas itu. "Chihaya, ingat saya nak kalah dengan awak ke? Kita tengok siapa sampai dulu!"

        "Ok. Marilah!" balas Chihaya. Lalu, mereka terus berlari di atas laluan pejalan kaki untuk penduduk Zon Lapan. Muka mereka begitu gembira, seperti tiada apa-apa yang buruk akan berlaku pada mereka. TIba-tiba, Isyraf terjatuh, mungkin kerana dia berlari terlalu laju. Chihaya terus memberhentikan lariannya untuk mendapatkan Isyraf yang terjatuh seperti nangka busuk.

        "Apalah. Boleh jatuh pula? Dah, bangun cepat." kata Chihaya. Selepas Isyraf bangun, Chihaya terus berlari. "Chihaya, tunggulah saya. Kaki saya terseliuh tahu tak!" kata Isyraf. Chihaya menepuk dahinya, lalu terus mengambil peti kecemasan dalam begnya. Lalu, dia menyuruh Isyraf duduk.

     Selepas itu, Chihaya memegang kaki Isyraf untuk melihat bahagian mana yang terseliuh. Lalu, selepas dia tahu bahagian buku lali yang terseliuh, dia terus mengambil ubat, sapukannya kemudian urut sedikit.

         "Macam mana, Isyraf? Ok tak?" tanya Chihaya.

       "Rasanya, dah baik dah ni. Hehehe." balas Isyraf. Lalu, dia dibawa oleh Chihaya ke rumah perempuan tersebut.

****

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh Isyraf dan Chihaya telahpun tiba. Nampaknya, Isyraf yang bangun dahulu. Tetapi, yang peliknya, rumah Chihaya begitu sunyi, sepatutnya jika ada majlis perkahwinan, suasananya sepatutnya menjadi lebih bising.

        Kemudian, dia ternampak sebuah kertas yang ditulis oleh Chihaya, yang digantung di papan kenyataan bilik tetamu. Lalu, Isyraf terus mengambil kertas tersebut lalu membacanya. Kertas itu tertulis : 

Isyraf, kalau awak baca ni, sebenarnya saya dah pun tinggalkan dunia ni, termasuk awak juga. Mungkin awak anggap kita berdua tidak menyimpan apa-apa rahsia antara kita. Tapi, sebenarnya, saya ada satu lagi rahsia terbesar yang saya langsung tidak beritahu kepada awak, iaitu saya tidak hidup lama. Saya pun tak tahu mengapa, tapi saya tak ingat apa yang doktor cakap kepada saya. Saya harap awak dapat menghadapi hidup yang penuh cabaran ni tanpa saya. Tentang majlis perkahwinan tu, mana ada sebenarnya. Itu hanyalah sebagai satu umpan supaya awak tidak curiga terhadap keadaan saya sekarang ni. 

        Isyraf terus senyap, tidak terkata apa-apa. Dia terus tertunduk seperti orang yang duduk ala-ala orang Jepun. Lalu, dia terus menjerit "Penipu!" sambil melontar pasu ke arah almari bilik tetamu.

        Sejak pada hari tersebut, dia mula tidak lagi ada perasaan cinta dan kisah terhadap orang lain. Beberapa tahun kemudian, Dia menubuhkan Lembaga Rahsia, iaitu organisasi yang menjalankan kegiatan kejam terhadap sesiapa sahaja yang ada pertalian dengan Chihaya Norizuki, kerana dia anggap Chihaya tipu dia selama ini.

     Dia juga bersubahat dengan Faisal Jason, iaitu rakan rapat ibu Fauzan, iaitu Lili Fazriana Wong suatu masa dahulu, untuk tenggelamkan Pulau Bandar Kuala Lumpur untuk selamanya dan menguasai dunia bersamanya. Tanpa disedarinya, unsur pembelotan sudahpun berlaku.

        Dan sejak itu, cerita Xeroc Amphere dan Hazwan pun bermula.

****

-to be continued-

#4 : Perang Terakhir














-Tiga bulan kemudian-


Sudah tiga bulan telah berlalu, aku masih terperap dalam Hospital Zon Duabelas. Kedua-dua mataku masih ditutup dengan balutan yang agak menyusahkan bagi aku. Bapaku sendiri pun tidak sanggup mendermakan matanya demi aku. Aku hanya mampu senyap, aku dah larat mengenal seseorang melalui telinga dan deria-deria sentuhan yang ada.

            Lebih-lebih lagi, aku dah bosan fikirkan apa yang Atika katakan kepadaku beberapa bulan yang lalu. "Siapa yang lebih kau kisah? Saya atau Iffa Natasya?" Itulah soalan yang telah bermain-main dalam fikiranku yang paling dalam selama ini. Lagipun, aku pun hairan mengapa aku kisah terhadap Iffa padahal dia dah pun meletup bersama.dengan Pulau Honolulu serta teras Veriatia.

          Kemudian, aku terdengar jururawat memasuki wadku lalu membuka balutan mata yang menyusahkan aku selama ini. Kemudian, jururawat tersebut menghalakan cermin ke arah mukaku. Perghh! Mata kiriku yang terkena tembakan dalam keadaan yang teruk, sehingga sesiapa sahaja yang sedang memakan bertih jagung akan terkeluar balik apa yang mereka makan tadi. Aku mampu kecewa, mana tidaknya, ingat menangis boleh ubah mata kiriku balik ke asal semula ke?

               "Encik Hazwan, boleh pandang sini sekejap? Saya hendak letak semula balutan untuk mata kiri encik tu." Jururawat itu menegurku supaya aku memandang ke atas siling wad tersebut, supaya dia dapat membalut mata kiriku yang agak menggelikan bagi aku. Kemudian, selepas jururawat tersebut membalut mata kiriku, aku dibenarkan keluar dari wad untuk sementara waktu. Akhirnya, ini waktu yang aku tunggu-tunggu selama ini.

              Lalu, aku apa lagi, terus berlari keluar dari wad tersebut, membuka pintu dengan kuatnya, menyebabkan Fadzlih, Atika, Ainul, Fazirah serta yang lain terkejut. Apabila mereka melihat aku keluar dari wad bersama jururawat yang kepenatan, mungkin sebab berlari dengan skirt, agaknya. Mereka apa lagi, terus memelukku kecuali Atika dengan Fazirah. Pengetua Yveish, Bekas Presiden Rasmah serta Presiden Baharu Iffa versi Replika hanya tersenyum memandangku. 

                "Bro, dulu awak kacak seperti Fadzlih, sekarang awak seperti Johnny Depp dalam filem Pirates Of The Carribean." perli Ainul. Aku terus menyiku bahu Ainul, tanda geram. Ada ke patut dia perli sampai tahap sebegitu? Saya lebih kacak dari Kai EXO tahu! Tidak lama kemudian, doktor yang merawatku, iaitu Doktor Fikri muncul dan memberitahu kami bahawa aku boleh keluar dari hospital mulai sekarang. Aku terus melonjak kegembiraan, akhirnya keluar juga setelah tiga bulan terbaring di atas katil wad dengan kedua-dua mata yang tertutup.

                "Tahniah, Hazwan. Walaupun sepatutnya saya tak boleh cakap tahniah. Hahaha." Fazirah mengucapkan tahniah kepadaku sambil ketawa terbahak-bahak. Tetapi, aku masih tertanya-tanya, bagaimana dengan keadaan bapaku sekarang ini. Entahlah.

            "Err.... Pengetua? Mana ayah saya?" tanyaku. Muka mereka terus berubah apabila aku tanya soalan tersebut.

       "Dia dah keluar sehari sebelum kamu. Kecedraan dia tidaklah begitu teruk. Sekarang dia berada di pangkalan pasukan Pemberontak untuk persiapan serangan kedua terhadap Lembaga Rahsia dan Ashoka." balas Presiden Iffa versi Replika. Aku kehairanan. Serangan kedua? Maksudnya serangan pertama telah berlaku ke?

               "Serangan pertama telah kami lakukan lima hari sebelum awak keluar dari hospital. Kami mensasarkan Zon Sembilan dengan Zon Lapan, ataupun pangkalan utama pemerintah utama sistem Ashoka, iaitu Datuk Isyraf Caltes. Hasilnya, serangan tersebut gagal disebabkan pertahanan Zon Lapan yang terlalu kebal bagi kami." kata Ainul. Fazirah mengangguk sebagai tanda setuju terhadap apa yang Ainul katakan.

               "Apa-apapun, mari kita ke pangkalan Pemberontak tu. Saya dah dapat idea untuk serangan kedua. Hehehe." balasku.


****

Selepas beberapa jam perjalanan dari Hospital Zon Duabelas ke Pangkalan Pemberontak yang terletak di Veilmar Road, akhirnya kami tiba. Masuk sahaja, aku dapat lihat banyak jet halimunan dengan Helikopter Infiniti, iaitu helikopter yang boleh menembak satu jenis B.O.M.B gergasi pada satu masa.

                   Fadzlih pun turut terpegun melihat dalam Pangkalan Pemberontak tersebut. Atika hanya senyap dari tadi, mungkin sebab aku belum jawab soalan yang dia tanyakan kepadaku semasa aku ditahan di hospital selama tiga bulan. Selepas itu, kami berhenti di sebuah kawasan kargo yang penuh dengan B.O.M.B yang telah dibina hasil cetakan biru yang dibina oleh Banri, Otoha, dan Medley.

                Aku ternampak bapaku, Nazri Belpois, sedang memeriksa kargo lalu melekat sesuatu pada kargo tersebut. Lalu, aku terus turun dari kenderaan lalu memeluk bapaku, walaupun mata kiriku diletakkan dengan kain hitam yang membolehkan aku mengagak sasaran, hasil ciptaan Pengetua Yveish yang diberikannya kepadaku semasa dalam perjalanan ke Pangkalan Pemberontak.

      "Hazwan? Kamu.. dah keluar dari hospital? Baguslah tu." balas bapaku, kemudian menyambung kerjanya semula. Lalu, Pengetua Yveish terus menepuk bahuku sambil mengatakan sesuatu kepadaku. "Hazwan, apa kata kamu berehat? Esok, serangan kedua terhadap Lembaga Rahsia akan diatur oleh kamu, sebagai Jeneral Terhormat." Itulah yang Pengetua katakan kepadaku.

            Lalu, aku terus bergerak ke kawasan rehat, kemudian diikuti oleh Fadzlih dan Atika. Nasib baik kawasan rehat tersebut dibahagikan kepada dua, iaitu kawasan untuk lelaki dan perempuan.

             "Fadzlih, awak tahu. Nampaknya ini akan jadi perang kedua kita terhadap Lembaga Rahsia tiga tahun selepas Perang Honolulu, di mana perang tersebut terbatal kerana kita terpaksa bergerak ke Zon Duabelas bersama angkatan tentera Zon Sembilan." kataku kepada Fadzlih. Fadzlih hanya tersenyum, sambil mengangguk. Selepas kami tiba di hadapan kawasan rehat untuk lelaki, kami terus terjun di katil persendirian kami masing-masing. Semasa baring, aku termenung sambil memegang mata kiriku. Memang agak sakit, tetapi lama-lama tidaklah nanti, betul tak? Aku terfikir semula akan soalan yang ditanyakan oleh Atika.

          "Siapa yang awak lebih kisah? Iffa Natasya atau saya?" Soalan tersebut masih terngiang-ngiang ditelingaku. Aku masih belum dapat menjawab soalan Atika. Tetapi, pada masa tersebut, akhirnya aku dapat menjawab soalan tersebut. Siapa yang aku pilih? Itu rahsia. Mana boleh beritahu. Nanti tak syok pula.

              "Dah, aku nak tidur. Selamat malam." kataku dalam hati.

****
Keesokan harinya, selepas aku mandi di dalam kawasan mandi untuk kesemua tentera Pemberontak yang terletak berdekatan dengan kawasan rehat, tempat kami tidur, aku terus mencari sesuatu di dalam almari pakaian. Selepas itu, aku terjumpa sesuatu kemudian mengambilnya, iaitu baju untuk Jeneral Terhormat, tali pinggang untuk simpan B.O.M.B, dan pistol eletrik model E-45.

         Selepas aku memakainya, aku terus bergerak ke tempat kargo, tempat Fadzlih dan rakan-rakan yang lain menunggu. Mereka dari tadi menungguku dalam perasaan yang bersemangat, kerana kami akan berlawan dengan Lembaga Rahsia untuk kali kedua, walaupun kali pertama tidaklah begitu hebat bagi kami semua.

       "Baiklah, semua dah berkumpul. Dengar sini, kita tidak tahu bagaimana strategi Lembaga Rahsia terhadap kita nanti. Jadi, kita mesti berhati-hati setiap masa. Faham semua?" Bekas Pengetua Yveish memberikan nasihat kepada kami, sebelum kami diarahkan bergerak ke arah Zon Lapan untuk serangan kedua. Kami semua, termasuk ahli Guide Tour yang baharu, mengangguk sebagai tanda faham akan nasihat Bekas Pengetua Yveish.


          Selepas sesi nasihat tersebut, kesemua ahli Guide Tour, termasuk Ainul dan Fazirah, memasuki jet halimunan masing-masing lalu berlepas keluar dari Pangkalan Pemberontak yang berada di Veilmar Road, Zon Sebelas. Aku, Fadzlih, dan Atika turut menaiki jet halimunan tetapi jet tersebut kepunyaan Presiden Rasmah. 

        "Hei Hazwan, boleh ke awak berperang pakai kain di mata kiri awak tu?" perli Fadzlih. Aku hanya diam, takut kalau membalas perlinya, keadaan semakin tegang dalam jet halimunan itu pula nanti. Baik aku diam sahaja, lebih bagus dari melayan karenah Fadzlih.

        Aku terus mendapatkan alat komunkasi jet halimunan lalu menyambungkan komunikasi kepada jet yang dinaiki oleh Ainul dan Fazirah. "Ainul, Fazirah, arahkan semua tentera ikut awak ke pertahanan Zon Lapan. Strategi dia macam ni, awak berdua serta tentera yang lain akan mengalih perhatian Guardiont yang menjaga pertahanan Zon Lapan, sementara kami bertiga pula akan memasuki bangunan Ashoka. Faham tak?" kataku kepada alat pembesar suara dalam alat komunikasi tersebut.

        "Baiklah Hazwan, kami akan jalankan strategi awak tu. Selamat berjaya, ya?" balas Fazirah, kemudian dia putuskan hubungan komunikasi dalam jet mereka. Aku hanya tersenyum, lalu setkan jet tersebut terbang di atas bangunan Ashoka di Zon Lapan. Selepas beberapa jam, akhirnya kami tiba di zon tersebut.

     Zon Lapan adalah sebuah bandar yang moden berbanding zon-zon yang lain. Kesemua penduduknya memakai baju yang berlampu neon, seperti orang dalam filem "Tron: Legacy". Tetapi, semasa kami tiba di Zon Lapan, zon tersebut menjadi bandar berhantu, mungkin disebabkan prosedur kecemasan jika ada peperangan berlaku di zon tersebut. Kemudian, beberapa jet halimunan terus melontar B.O.M.B ke arah tembok Zon Lapan yang dikawal oleh tentera Guardiont 2.0. Kami pula terus bergerak ke arah bangunan Ashoka yang terletak di tengah-tengah pusat bandar zon tersebut. Selepas kami bertiga turun dari jet halimunan, beberapa tentera Guardiont sedar akan kehadiran kami di situ.

       Kami terus menembak mereka dengan pistol elektrik sambil berlari menuju ke bangunan Ashoka. Akhirnya, kami berjaya juga. Lalu, kami memasuki bangunan Ashoka sambil berlari ke Dek Pemerhatian, tempat di mana Datuk Isyraf Caltes sedang melihat, bagi aku. Tetapi, kami tidak sedar bahawa kehadiran kami memang ditunggu oleh dua pengawalnya.

         Dua pengawal tersebut adalah Fauzan dan Vincent, bekas ahli Guide Tour semasa Perang Honolulu. Tetapi, otak mereka telah dicuci dan hanya menurut arahan dari Datuk Isyraf sahaja. Mereka berdua terus berlari ke arah kami, tetapi pergerakan mereka dihalang oleh Fadzlih dan Atika. Aku juga dapat dengar bunyi tembakan elektrik dan B.O.M.B dilontar di luar bangunan tersebut.

      "Hazwan, cepat mara. Biar kami uruskan mereka berdua ni. Cepat!" kata Atika. Aku memandang mereka untuk sementara waktu, kemudian terus berlari ke Dek Pemerhatian. Selepas beberapa minit, akhirnya aku tiba juga. Kelihatan Datuk Isyraf sedang menungguku dari tadi di dek tersebut.

           "Ah, Jeneral Terhormat Hazwan Fauzan. Selamat datang ke Zon Lapan. Apa kata kita minum teh sekejap, boleh?" Datuk Isyraf memulakan perbualan dengan perasaan yang tenang sambil memegang secawan teh.

        Aku hanya senyap, sambil mengacu pistol elektrik ke arah Datuk Isyraf. "Baik awak hentikan sistem Ashoka ni, datuk. Awak hanya akan menyusahkan semua orang." Lalu, aku terus menembak bola elektrik ke arah Datuk, tetapi beliau berjaya elak dan tembakan tersebut terkena tingkap, mujurlah tingkap tersebut tidak pecah.

         "Nampaknya awak ni memang tak sabar. Baiklah. Komputer, mulakan Fasa 32." balas Datuk Isyraf sambil memberikan arahan Fasa 32. Aku tidak tahu itu fasa apa, tetapi aku tahu fasa tersebut memang berbahaya bagi aku. Tiba-tiba, persekitaranku berubah dari Dek Pemerhatian ke sebuah padang yang dipenuhi dengan lampu neon yang berwarna Oren dan Hijau. Nampaknya, kami berada di dalam bilik kawalan Teras Kecemasan Q. Tapi, macam mana beliau boleh bawa aku ke sini? Entahlah.

         "Selamat datang ke bilik kawalan Teras Kecemasan Q. Kita akan berlawan menembak di sini, boleh?" kata Datuk Isyraf Caltes. Kemudian, satu gelanggang menembak muncul di hadapanku. Nampaknya, terpaksalah menembak di sini, walaupun ianya luar dari rancangan asal.

- to be continued-

pendek bebenor bab ni, kan?
Ehem-ehem, Bab Lima akan menceritakan masa lalu Datuk Isyraf Caltes.