#5 : Selalu Di Sisiku

















Ralat : Bab ini akan cerita mengenai masa lalu Datuk Isyraf Caltes.




Isyraf Caltes merupakan pelajar yang paling digeruni di Kolej Perubatan Kompleks Zon Empat. Hampir setiap hari dia dipanggil oleh Pengetua Qayyum disebabkan kesalahan yang sama, iaitu bergaduh dengan pelajar dari kelas jurusan yang lain. Isyraf merupakan pelajar jurusan Pembinaan Ubat.

          Akhirnya, selepas diberi amaran enam kali, Isyraf telah dibuang dari Kolej Perubatan Kompleks Zon Empat. Semasa dia keluar dari pintu pagar kolej tersebut, dengan membawa beg dan perasaan yang geram, tiba-tiba dia terlanggar seseorang, menyebabkan dia terjatuh.

                "Hei, tak ada mata ke apa?" tanya Isyraf dengan geram.

             "M..maafkan saya. Awak tak apa-apa? Saya lewat sampai, jadi saya berlari sampai tak perasan awak di situ. Maaf. Mari saya bantu kamu." kata perempuan yang Isyraf terlanggar, sambil menghulurkan tangannya. Isyraf terus memegang tangannya, tetapi terus melepaskannya diiringi dengan mukanya yang merah tiba-tiba.

               "Perasaan apa pula ni? Saya tak pernah rasa macam ni." kata Isyraf dalam hati.

               "Awak lapar ke? Kalau ya, mari, kita ke kedai kek berdekatan sini. Saya dengar, kedai tu ada banyak kek yang sedap. Marilah, saya belanja." kata perempuan itu lagi, sambil menawarkan Isyraf untuk makan kek bersamanya, mungkin sebagai tanda rasa bersalah sebab terlanggar dia.

               Isyraf hanya tercengang. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

             "Apa ni? Marilah!" kata perempuan itu lagi lalu terus menarik tangan Isyraf."Hei, lepaslah. Saya boleh jalan sendiri." balas Isyraf, sambil menyorokkan mukanya.


****

Isyraf dan perempuan tersebut akhirnya tiba di hadapan pintu kedai kek tersebut. Lalu, mereka memasuki kedai tersebut dan memesan dua sepotong kek keju dan teh ais limau, kemudian duduk di atas tempat yang berada di hadapan tingkap.

            Sambil mereka makan, mereka berbual. Isyraf hanya senyap dengan muka yang merah. Sebenarnya, walaupun Isyraf seorang yang digeruni, tetapi dia cepat malu apabila dia berhadapan dengan perempuan yang dia langsung tidak kenal.

               "Jadi, a..apa nama awak?" tanya Isyraf.

               "Oh. Saya ke?" tanya perempuan tersebut pula. Isyraf mengangguk perlahan.

             "Chihaya. Chihaya Norizuki. Saya baru sahaja berpindah ke Pulau Bandar Kuala Lumpur ni, sebab bapa saya dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke sini, selepas beberapa tahun di Jepun. Kamu pula, apa nama kamu?" balas perempuan tersebut, ataupun namanya Chihaya.

              "Isyraf. Isyraf Caltes." balas Isyraf.

         "Oh. Jadi kamulah Isyraf yang ditakuti oleh semua pelajar di Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat tu ya?" tanya Chihaya lagi. Isyraf mengangguk kepala, sambil makan kek menggunakan sudu. Mungkin kek tersebut diperbuat dari aiskrim. Entahlah.

         "Tapi, saya nampak awak ni taklah menakutkan sangat. Sebab, dari tadi awak tunduk setiap kali kita saling berbual. Malulah tu." kata Chihaya. Isyraf hanya senyap. Lalu, dia terus berdiri, sambil menghentak meja dengan kedua-dua tangannya.

            "Saya tak malulah! Saya hanya, jadi macam ni bila saya dekat dengan perempuan. Itu saja." balas Isyraf, lalu terus bergerak keluar dari kedai tersebut. Chihaya hanya melihat sahaja.

      "Oh, ya! Kek tu, awaklah yang bayar ya, Chihaya." kata Isyraf, lalu terus meninggalkan kedai tersebut.

             Chihaya hanya tersenyum, sambil mengangguk.


****

Waktu malam, hari ketiga selepas Isyraf dan Chihaya berjumpa. Kelihatan Chihaya sedang menunggu di tempat duduk berdekatan sebuah taman tema, entah siapa yang ditunggunya. Tidak lama kemudian, Isyraf terus tiba di hadapannya.

          "Hah, sampai pun. Ada apa ni, Isyraf?" tanya Chihaya, sambil tersenyum mesra. Isyraf hanya diam, dia mengeluarkan sesuatu di poketnya dengan mukanya yang merah, sekali lagi. Chihaya kehairanan dengan perangai Isyraf yang pelik tersebut.

             "Isyraf, awak kenapa? Awak sakit ke?" tanya Chihaya.

        "Tak. Err.. Chihaya.." kata Isyraf dalam nada yang gagap. Chihaya mendengus lembut, menandakan dia kata "ada apa?". Muka Isyraf semakin merah dan merah. Apa sebenarnya yang Isyraf cuba katakan kepada Chihaya? Lalu, dia keluarkan sebuah kotak merah lalu membukanya. Sebuah cincin dari jajan ali baba dapat dilihat. Chihaya kehairanan sekali lagi.

          "Chihaya, saya tahu kita baru tiga hari berkenalan. Tapi, saya rasa kita memang ditakdirkan untuk saling bersama. Jadi, emm..... nak tak, awak kahwin dengan saya?" tanya Isyraf. Hei, nampaknya Isyraf cuba melamar Chihaya pula! Apa pula yang dah berlaku sekarang ni?

           "Isyraf, awak demam eh? Mari, kita ke klinik. Malulah semua orang tengok kita di sini." kata Chihaya. Tetapi, semua mata yang ada sedang memerhatikan mereka berdua dengan tajam, sambil menjerit, "Terima! Terima! Terima!" berkali-kali, menandakan bahawa mereka hendak Chihaya menerima lamaran Isyraf, padahal mereka baru sahaja berkenalan dan usia mereka baru 19 tahun.

          "Err.. cepat Isyraf, mari kita pergi dari sini." kata Chihaya lagi, lalu membawa Isyraf jauh dari kawasan tersebut.

          Selepas mereka tiba di hadapan klinik, Chihaya menyuruh Isyraf duduk.

         "Isyraf, saya tahu awak dah jatuh cinta dengan saya, agaknya, tapi waktu untuk kita buat macam ni bukan sekarang. Sekarang, anggaplah saya ini hanya seorang rakan yang rapat bagi kamu, ok? Senyumlah sikit." kata Chihaya, sambil mengusap kepala Isyraf. Isyraf hanya tunduk, sambil mengalirkan air mata. Mungkin dia gagal kerana tidak berjaya melamar Chihaya.

          "C..Chihaya? Boleh tak, awak selalu di sisi saya?" tanya Isyraf, sambil mencium pipi Chihaya. Amboi! Dah mula dah!

      "Sudah tentulah, Isyraf. Kita kan best friend forever, betul tak?" balas Chihaya, sambil tersenyum gembira. Tidak lama kemudian, mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Mujurlah mereka tidak kena marah kerana waktu mereka pulang adalah 7:21 petang, jadi tidaklah terlalu lewat sangat.

     Di rumah Isyraf, Isyraf hanya memandang tingkap, sambil terbayang Chihaya. Mujurlah itu perkara normal bagi orang yang sedang bercinta, bukan perkara normal bagi orang yang pervert. Dia melihat cincin yang dia cuba berikan kepada perempuan tersebut, sambil meletakkannya di laci yang terletak di sebelah kiri katilnya.

        Sementara itu, di rumah Chihaya, Chihaya juga melakukan perkara yang sama. Dia hanya tersenyum sambil melihat gambar keluarganya. Patutlah dia kisah sangat akan Isyraf. Rupa-rupanya, rupa adiknya, Shouji, hampir sama dengan muka Isyraf. Kemudian, dia terus baring di katil sambil berkata,

       "Saya terima lamaran awak tu, Isyraf. Sebab saya tahu kita mungkin ditakdirkan bersama."

****


Cerita diforwardkan sedikit ke 3 tahun kemudian.

Kelihatan Isyraf sedang melihat waktu di jam tangan hologramnya dari tadi. Mukanya merah seperti bunga ros yang dipegang di tangan kanannya dari tadi. Dia juga sedang memperbaiki pemakaiannya apabila dia memakai sut hitam ala-ala jutawan yang sering dibanjiri oleh wang setiap hari.

           "Mana dia ni? Dah lama aku tunggu. Baju ni pun dah buatkan aku tak selesa." kata Isyraf dalam hati. 

          Tidak lama kemudian, beberapa minit selepas itu, seorang perempuan berjalan ke arah tempat Isyraf menunggu. Apabila Isyraf melihat perempuan tersebut, mukanya terus lebih merah berbanding tadi. Perempuan tersebut terus berhenti di hadapan Isyraf, tersenyum lalu memberikan sesuatu kepada Isyraf, iaitu sebuah kotak kecil yang dipenuhi dengan coklat.Nama perempuan tersebut ialah Chihaya Norizuki. 

        Chihaya merupakan rakan rapat Isyraf semasa sekolah rendah dahulu. Chihaya dan Isyraf akan berkahwin esok, tetapi mereka mesti tiba untuk ke rumah Chihaya, ataupun tempat pengantin yang terletak berdekatan dengan pusat bandar Zon Lapan. Nampaknya, akhirnya Chihaya terima juga lamaran Isyraf dan akan berkahwin tidak lama lagi.

        "Isyraf, apa tunggu lagi? Kita tengok siapa sampai dulu, boleh?" kata Chihaya dalam bahasa Melayu yang begitu lancar, walaupun sebenarnya dia keturunan Jepun-Melayu. Isyraf hanya mengangguk, sambil tunduk ke bawah menandakan dia malu apabila dia bersama dengan Chihaya.

       "Ala, janganlah macam tu. Dari sekolah menengah lagi tabiat awak tu tak hilang-hilang tau!" kata Chihaya lagi. Lalu, dia terus berlari meninggalkan Isyraf di belakang. Isyraf terus mengejarnya dari belakang selepas itu. "Chihaya, ingat saya nak kalah dengan awak ke? Kita tengok siapa sampai dulu!"

        "Ok. Marilah!" balas Chihaya. Lalu, mereka terus berlari di atas laluan pejalan kaki untuk penduduk Zon Lapan. Muka mereka begitu gembira, seperti tiada apa-apa yang buruk akan berlaku pada mereka. TIba-tiba, Isyraf terjatuh, mungkin kerana dia berlari terlalu laju. Chihaya terus memberhentikan lariannya untuk mendapatkan Isyraf yang terjatuh seperti nangka busuk.

        "Apalah. Boleh jatuh pula? Dah, bangun cepat." kata Chihaya. Selepas Isyraf bangun, Chihaya terus berlari. "Chihaya, tunggulah saya. Kaki saya terseliuh tahu tak!" kata Isyraf. Chihaya menepuk dahinya, lalu terus mengambil peti kecemasan dalam begnya. Lalu, dia menyuruh Isyraf duduk.

     Selepas itu, Chihaya memegang kaki Isyraf untuk melihat bahagian mana yang terseliuh. Lalu, selepas dia tahu bahagian buku lali yang terseliuh, dia terus mengambil ubat, sapukannya kemudian urut sedikit.

         "Macam mana, Isyraf? Ok tak?" tanya Chihaya.

       "Rasanya, dah baik dah ni. Hehehe." balas Isyraf. Lalu, dia dibawa oleh Chihaya ke rumah perempuan tersebut.

****

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh Isyraf dan Chihaya telahpun tiba. Nampaknya, Isyraf yang bangun dahulu. Tetapi, yang peliknya, rumah Chihaya begitu sunyi, sepatutnya jika ada majlis perkahwinan, suasananya sepatutnya menjadi lebih bising.

        Kemudian, dia ternampak sebuah kertas yang ditulis oleh Chihaya, yang digantung di papan kenyataan bilik tetamu. Lalu, Isyraf terus mengambil kertas tersebut lalu membacanya. Kertas itu tertulis : 

Isyraf, kalau awak baca ni, sebenarnya saya dah pun tinggalkan dunia ni, termasuk awak juga. Mungkin awak anggap kita berdua tidak menyimpan apa-apa rahsia antara kita. Tapi, sebenarnya, saya ada satu lagi rahsia terbesar yang saya langsung tidak beritahu kepada awak, iaitu saya tidak hidup lama. Saya pun tak tahu mengapa, tapi saya tak ingat apa yang doktor cakap kepada saya. Saya harap awak dapat menghadapi hidup yang penuh cabaran ni tanpa saya. Tentang majlis perkahwinan tu, mana ada sebenarnya. Itu hanyalah sebagai satu umpan supaya awak tidak curiga terhadap keadaan saya sekarang ni. 

        Isyraf terus senyap, tidak terkata apa-apa. Dia terus tertunduk seperti orang yang duduk ala-ala orang Jepun. Lalu, dia terus menjerit "Penipu!" sambil melontar pasu ke arah almari bilik tetamu.

        Sejak pada hari tersebut, dia mula tidak lagi ada perasaan cinta dan kisah terhadap orang lain. Beberapa tahun kemudian, Dia menubuhkan Lembaga Rahsia, iaitu organisasi yang menjalankan kegiatan kejam terhadap sesiapa sahaja yang ada pertalian dengan Chihaya Norizuki, kerana dia anggap Chihaya tipu dia selama ini.

     Dia juga bersubahat dengan Faisal Jason, iaitu rakan rapat ibu Fauzan, iaitu Lili Fazriana Wong suatu masa dahulu, untuk tenggelamkan Pulau Bandar Kuala Lumpur untuk selamanya dan menguasai dunia bersamanya. Tanpa disedarinya, unsur pembelotan sudahpun berlaku.

        Dan sejak itu, cerita Xeroc Amphere dan Hazwan pun bermula.

****

-to be continued-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan