#3 : Amaran












(Sumber Lirik : Lagu I'll Believe oleh Altima)

I must be dreaming tonight, 
We erase it from our memories,
You can't escape,
I only know this secret with you,

How can I protect you forever? 
Close your eyes,
I'll be anything for you, 
I can't live this life,
Without you by my side.. 

Itulah bait-bait lagu yang pernah ibu nyanyikan kepadaku semasa aku sekolah rendah. Menurut ibuku, lagu tersebut adalah lagu kegemarannya semasa masih bersekolah dan masih menjadi rakan dengan bapaku, Nazri Belpois. Entah mengapa ibu nyanyikan bait lagu tersebut kepadaku, seperti ada maksud yang mendalam di sebalik lirik tersebut.

                       Sekarang, semasa aku terserempak dengan Iffa yang telah direplikakan oleh Professor Azad Izz, bait lagu ini terus bermain-main dalam kotak fikiranku. Adakah lagu tersebut ada kaitan dengan hubungan persahabatan antara aku, Fadzlih, dan Iffa yang telah terjalin sejak berada di Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat? Entahlah. Fikiranku seperti sarang labah-labah yang tidak dibersihkan selama bertahun-tahun. 

                 Bait lagu tersebut juga bermain di fikiranku semasa aku dan yang lain terserempak dengan Bob.

                  "Hazwan, Hazwan, awak tak apa-apa ke ni? Atika, tolong saya. Nampaknya dia ni tengah berangan-angan hingga ke langit dah ni."  kata Fadzlih, sambil melambai-lambai tangan kirinya di hadapanku. Aku hanya kaku, sehinggalah Atika berjaya sedarkan aku dengan tendang aku dari belakang, menyebabkan aku terjatuh.

                 "Kenapa, Atika? Sakit tahu tak." balasku sambil cuba bangun kemudian membersihkan debu-debu tanah yang melekat di bajuku semasa aku jatuh beberapa saat yang lalu. Bob hanya melihat kami dengan pandangan yang tajam, seperti di hadapannya tiada ada sesiapapun di situ. Ainul dan Fazirah kehairanan kerana melihat Bob yang hanya kaku seperti sebuah robot.

                  "Mengapa Bob ni ada di hadapan kita?" tanya Atika.

                  "Awak tanya saya ke, Puteri Zon Sembilan? Manalah saya tahu." balas Fadzlih.

                  "Tak. Saya tak rasa seseorang yang telah dicuci otaknya hanya berdiri sahaja di hadapan kita. Dia mungkin membawa pesanan, ataupun amaran dari Datuk Isyraf  Caltes." kataku, sambil cuba menghampiri Bob dengan meletakkan tangan yang telah diletakkan B.O.M.B di belakangku, kemudian memandang Bob dengan degupan jantung yang semakin kencang.

                  "Macam mana awak tahu otaknya dicuci, Hazwan?" tanya Ainul.

                  "Mata dia. Saya nampak banyak nombor yang bertukar-tukar dari jarak jauh dalam matanya. Kesemua nombor tu adalah kawalan utama dalam otak yang telah dicuci. Tiada cara untuk sedarkan dia semula, melainkan kalau dia sendiri cuba rosakkan kod yang ada dalam diri dia." balasku. Tiba-tiba, Bob mengacukan pistol dikepalaku, sambil mengatakan sesuatu yang pelik bagi aku, iaitu :


1-13-1-18-1-14 _ 4-1-18-9 _ 9-19-25-18-1-6


              Sesiapa sahaja yang mendengar apa yang Bob katakan tersebut memang akan pelik, kerana dia sebut nombor, bukan bahasa yang normal seperti apa yang kami gunakan pada masa kini, iaitu Bahasa Malaysia. Aku serta rakan-rakan yang lain hanya dapat menggaru kepala, terfikir apa yang cuba Bob cuba sebutkan. Mana tidaknya, cakap pun dalam bahasa nombor, memanglah susah orang nak faham.

             "Hei kawan, cakap bahasa yang kami boleh fahami." kata Ainul, selamba. Aku hanya diam, sambil terfikir apa yang Bob cuba katakan. Bob pula, selepas dia katakan 'kod-kod' tersebut, dia terus rebah. Mungkin otak dia dah mati, agaknya.

              "Kita bawa Bob ke dalam kapal untuk proses diagnosis. Tentang kod tu, saya akan tanya Presiden Rasmah." balasku, sambil mengangkat Bob ke dalam kapal terbang, diikuti oleh rakan-rakan yang lain.

****

"Kod? Apa maksud kamu?" Pengetua Yveish hairan apabila aku cakap mengenai kod yang disebut oleh Bob sebentar tadi. Presiden Rasmah turut memberikan reaksi yang sama manakala Atika dan Fadzlih hanya senyap, tidak kata apa-apa dari mulut mereka, mungkin apa yang berlaku sebentar tadi tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

            "Entahlah. Tapi saya rasa kod yang dia cakapkan tu ada maksud di sebalik dia. Sebab tu saya tanya Presiden." balasku. Pengetua hanya menggaru kepala, sambil melihat pemandangan pusat bandar Zon Duabelas melalui tingkap. Presiden pula, dia terus meninggalkan kawasan tempat kami berada. Agaknya memang semua tak tahu cara nak tukarkan nombor kepada abjad.

           "Baik kita tanya Professor Azad Izz saja." kata Atika. Aku hanya mengangguk, lalu terus begerak ke makmal Professor. Jika makmal Professor Azad Izz dahulu terletak di luar kawasan Zon Duabelas, kini, selepas virus Xeroc Amphere berjaya dipulihkan, professor diberikan penghormatan yang tinggi dan kini makmalnya semakin canggih berbanding sebelumnya dan terletak di bawah bangunan Presiden Zon Duabelas.

                Selepas kami tiba di makmal tersebut, kami ternampak Professor Azad Izz sedang melihat sesuatu di atas skrin hologram gergasi yang berada di hadapannya. Kami terus memasuki makmalnya lalu terus menyapanya dari belakang. "Apa yang Professor tengah tengok tu? Ada kaitan dengan rancangan sebenar rancangan Lembaga Rahsia ke?" tanyaku.

                  "Tak. Itu adalah drama kegemaran saya." balas Professor. Kemudian, Fadzlih terus ketawa terbahak-bahak.

                 "Seorang Professor yang genius melihat drama yang menyentuh hati? Buat saya ketawa saja." kata Fadzlih. Habis muka Professor Azad Izz merah seperti sos cili yang boleh didapati di mana-mana restoran yang menyediakan hidangan pizza yang menyelerakan lagi menjilat jari tangan dan kaki, agaknya.

                "Hei, saya ni tengok je tegas, tapi dalam hati ada taman tau!" balas Professor Azad Izz.

                "Dah, cukup dengan perbualan yang lawak ni. Hehehe. Apa-apapun, Professor dah analisis video yang Ainul dah hantar tu?" tanyaku. Professor Azad Izz hanya senyap, mengangguk lalu menaip sesuatu di komputernya dengan laju. Kemudian, video yang telah aku dan Fadzlih tengok diperlihatkan semula dengan lebih jelas berbanding video yang asal. Kami akhirnya dapat lihat kandungan fail dalam video tersebut dengan jelas.

                 "Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan, fail tersebut mengandungi satu rahsia terbesar Pulau Bandar Kuala Lumpur. Itu sahaja." kata Professor Azad Izz. Kami bertiga kehairanan. Apa pula rahsia terbesar tempat kelahiran kami? Setahu kami, semua rahsia yang ada telah Presiden beritahu kepada kami, sebelum pertukaran kuasa kepada Ashoka bermula serta merta.

                  "Apa rahsia dia?" tanyaku. Professor Azad Izz hanya senyap.

                    "Saya tak boleh beritahu. Ia terlalu susah untuk difahami bagi kamu." balas Professor. Kami hanya terdiam. Takkan kami paksa Professor Azad Izz untuk memberitahu rahsia terbesar tersebut. Takut hati Professor tersinggung pula nanti. Disebabkan itu, aku menyuruh Fadzlih dan Atika meninggalkan makmal tersebut.

                  Aku pula, terus cuba memujuk Professor Azad Izz supaya memberitahu rahsia terbesar yang dia cakapkan sebentar tadi.

                  "Professor, sebenarnya saya telah mendapat kod pelik yang dikatakan oleh Bob yang telah dicuci otaknya. Saya akan berikan kod tu nanti dan saya pasti kod tersebut ada kaitan dengan rahsia terbesar Pulau Bandar Kuala Lumpur. Esok, saya nak tengok hasilnya, ya?" Aku berkata begitu sebelum keluar dari makmal tersebut bersama Fadzlih dan Atika yang hanya menunggu di luar makmal. 

                     "Err.. Hazwan. Saya akan berada di Eropah selama dua bulan. Mungkin saya lambat sikit periksa kod tu." balas Professor Azad Izz sebelum dia menutup komputernya lalu memasuki lif makmalnya untuk ke bilik bawah tanah pula. Selepas itu, aku terus keluar dari makmalnya bersama dengan Fadzlih dan Atika. 

                    Selepas kami bertiga keluar dari kawasan makmal tersebut, kami terus bergegas menaiki lif untuk pergi ke Dek Pemerhatian Zon Duabelas kepunyaan bapaku dengan Pengetua Yveish. Masuk sahaja, kami terkejut apabila ternampak bapaku terbaring di atas sofa, dalam keadaan kepalanya yang berdarah dengan sebuah kertas kecil di atas belakangnya.

                    Aku terus mengambil kertas tersebut lalu melihat apa yang tertulis di atasnya. Kod yang dikatakan oleh Bob tertulis di atas kertas tersebut, sekali dengan maksudnya di atas kertas tersebut! Kertas itu tertulis:

1-13-1-18-1-14 _ 4-1-18-9 _ 9-19-25-18-1-6 = A-M-A-R-A-N_ D-A-R-I _I-S-Y-R-A-F


                       "Amaran dari Isyraf? Maksud kod ni amaran dari Datuk Isyraf ke?" Tanya Fadzlih.  Aku dan Atika angkat bahu. Memang kami tidak tahu, itu ke yang kod tersebut cuba maksudkan? Kalau ya, apa maksud disebalik amaran itu pula?

                      "Kejap. Mungkin amaran tersebut ada kaitan dengan rahsia terbesar Pulau Bandar Kuala Lumpur?" kataku. Pada masa itu juga, satu das tembakan terus meluru ke arah tingkap Dek Pemerhatian, menyebabkan tingkap tersebut pecah dan terus tepat terkena mata kiriku. Aku terus terbaring, sebelum semua pandanganku mula menjadi gelap.

****

"Jadi, macam mana dengan keadaan Hazwan sekarang ni? Dan Pengetua dah tangkap ke siapa yang buat benda gila ni?" Aku terdengar Fadzlih sedang bercakap dengan Pengetua Yveish didalam wad tempat aku berada. Aku sendiri pun tidak tahu bagaimana aku mengetahui bahawa sekarang aku di wad hospital. Mungkin melalui tempat aku ni tidak selesa dan begitu sunyi, seperti gambaran dalam kubur. Aku tidak dapat melihat kerana kedua-dua mataku ditutup.

                     "Entahlah, Fadzlih. Kami masih memburu orang yang cuba bunuh Hazwan dan keadaannya sekarang ni, entahlah. Buat masa ini. doktor tidak dapat pulihkan matanya dan dia perlukan seorang penderma dari keluarganya. Tapi, malangnya, bapa dia, Nazri Belpois pun mengalami kecedraan yang teruk, jadi kita tak boleh mata kirinya sebagai ganti mata Hazwan." Pengetua Yveish membalas pertanyaan Fadzlih dengan perasaan yang kecewa.

                   Selepas itu, aku tidak mendengar lagi suara Pengetua Yveish serta Fadzlih. Kemudian, aku terdengar pintu wadku dibuka, seperti ada orang lain yang masuk. Melalui cara bunyi jalannya, aku dapat mengagak orang tersebut adalah Atika. Atika terus menarik kerusi, membawanya ke hadapanku lalu duduk diatasnya. Lalu, dia katakan sesuatu kepadaku.

                "Maafkan saya, Hazwan. Sebab saya, awak kena hilang salah satu dari kedua-dua mata awak. Sepatutnya, saya yang kena tembakan tu." Itulah yang Atika katakan kepadaku. Aku hanya dengar, tidak mampu untuk berkata-kata kerana topeng oksigen melekat di hidung dan mulutku.
                "Tapi.." sambung Atika lagi, kemudian diiringi dengan katil wadku dihentak dengan kuat oleh tangannya dan beberapa titisan air mata terpercik di tangan kiriku.

               "Siapa yang awak lebih kisah sebenarnya? Saya ke, Iffa Natasya? Awak sanggup sampai sejauh ni semata-mata untuk Iffa sahaja ke? Dah lama saya pendam semua ni, awak langsung tak kisah akan perasaan saya!" kata Atika lalu tiba-tiba dia terus keluar kemudian menghentam pintu. Aku hanya senyap, sambil mengerakkan kepala ke arah dinding.

                   Kini, otakku mula keliru seperti permainan roller coaster di taman hiburan. Aku mula terfikir. Siapa yang aku lebih kisah selama ini. Iffa Natasya atau Atika Nobisuke keempat? Kedua-dua mereka kisah terhadap aku. Tiba-tiba, aku terasa seperti kepala seseorang di atas tangan kananku.

                  Siapa dia? Entahlah. 


-bersambung-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan