#2 : Replika










"I-Iffa Natasya? Dia adalah presiden baharu untuk Zon Duabelas? Saya ingatkan dia dah mati semasa Pulau Honolulu meletup dua tahun lalu." kata Fadzlih dengan muka yang terkejut. Aku dan Atika memandang sesama sendiri lalu memandang muka Iffa yang hanya tersenyum melihat kami. Aku melihat banyak perubahan yang berlaku kepadanya dari segi fizikal. Mukanya lebih cantik berbanding sebelumnya, kalau Atika dengar aku kata sebegitu, habis hidungku pula yang ditariknya.

               "Jangan risau. Ini bukan Iffa yang kamu kenal selama ni, Fadzlih. Dia adalah Replika model 4-10 yang direka oleh Professor Azad Izz." balas Pengetua Yveish. Presiden Rasmah hanya ketawa dengan perlahan apabila melihat reaksi muka kami. Aku pula, kehairanan. Apa pula yang dimaksudkan dengan Replika?

               "Replika adalah manusia tiruan yang dicipta dengan tujuan sebagai 'pekerja tambahan' dalam mana-mana bidang pekerjaan. Replika juga dikategorikan sebagai ciptaan yang unik kerana hampir 99% dari bentuk fizikal Replika sama dengan manusia kecuali sistem perkumuhan dan sistem pembiakan. Satu peratus pula, ada fikirannya yang diterjemahkan kepada data dalam mindanya melalui sel-sel darah merah kepunyaan seseorang yang hendak direplikakan." kata Atika dengan penjelasan mengenai Replika yang lengkap.

                  "Macam mana awak tahu tentang semua ni?" tanya Fadzlih.

                  "Ada termaktub dalam buku Sejarah. Tak baca ke?" balas Atika.

                  "Awak tahulah, saya ni malas nak belajar semua tu." balas Fadzlih pula.

            "Dah, diam semua. Dengar sini, pada pukul tiga petang nanti ada perjumpaan dengan kesemua bekas Gabenor dari tigabelas zon yang berbeza untuk membincangkan bagaimana hendak mengambil semula hak mereka daripada sistem pemerintahan Ashoka. Lagipun, pemerintahan Ashoka sekarang ni telah melanggar apa yang Banri, Otoha, Medley, dan Bob, iaitu pencipta B.O.M.B, telah ajar kepada kita selama ini." kata Iffa versi Replika kepada kami semua. Kami hanya mengangguk, lalu terus balik semula ke dalam lif yang dari tadi terbuka, menunggu kami untuk masuk ke dalamnya.

             Semasa dalam lif tersebut, aku mula sedar bahawa tanggungjawab sebagai Jeneral Teragung lebih susah dari yang aku sangka. Sejak Pulau Honolulu dan Teras Veritatia meletup dua tahun lalu akibat rancangan Lembaga Rahsia yang gila, kini Pulau Bandar Kuala Lumpur hanya bergantung kepada teras kedua iaitu E.C.Q ataupun Emergency Core Q.

                   Aku pun terus melihat jam tanganku. Semasa kami berbual dengan panjang sewaktu di atas bilik Presiden, rupa-rupanya masa sudah melebihi dari pukul tiga petang. Lalu, selepas lif telah sampai ke tingkat bawah, aku terus berlari ke Bangunan Senat yang terletak di pusat bandar Zon Duabelas. Mujurlah Presiden Rasmah telah menyediakan kenderaan untuk kami semua, oleh itu kami tidaklah terlambat untuk ke sana. Kenderaan kami memecut dengan laju ke Bangunan Senat. Lalu, selepas beberapa minit, kami telah tiba di hadapan Bangunan Senat.

                    "Baiklah, bersedia semua. Tak lama lagi, sesi membebel akan bermula sebentar lagi." kata Pengetua Yveish.

****

Kelihatan banyak orang yang terhormat, maksud aku bekas orang yang terhormat sedang duduk di atas beberapa kerusi yang disediakan dan diletakkan dengan meja komputer. Meja tersebut dikelilingi dengan data-data mengenai status tigabelas zon di Pulau Bandar Kuala Lumpur dan perkembangan mengenai sistem Ashoka yang telah diperkenalkan.

                    Aku memandang seluruh kawasan Perhimpunan tersebut dengan rasa janggal. Lalu, aku diiringi oleh Presiden Rasmah dan Pengetua Yveish ke kerusi yang telah disediakan untuk Jeneral Teragung, ataupun aku. Kemudian, bilik tersebut telah diselaraskan kepada mod bilik zon graviti sifar, menyebabkan semua terapung.

             Aku ternampak ketiga-tiga Pencipta Agung, iaitu Banri, Otoha, dan Medley, ataupun ibubapa Fadzlih dan ibu kepada Iffa sedang duduk dengan tenang sambil melihat sesuatu pada meja komputer di hadapan mereka dan Presiden Iffa Natasya, ataupun Replika Iffa sedang memandang kami semua dengan senyuman manis. Aku pula, menarik nafas lega. Mujurlah kami masih sempat menghadiri perjumpaan tersebut.

                Tidak lama kemudian, perjumpaan itu pun bermula. Ia dimulakan dengan ucapan rasmi dari bekas Gabenor Zon Sembilan, iaitu Azhar, yang kami sangka beliau adalah musuh selama ini kerana mencuri data-data mengenai virus Xeroc Amphere dari Lembaga Rahsia. Kemudian, keadaan mula kecoh selepas Gabenor Azhar menghabiskan ucapannya yang hampir membuatkan aku, Atika, dan Fadzlih tertidur.

             "Baiklah. Semua diam. Kita di sini bukan untuk menghabiskan tenaga bercakap hanya untuk membincangkan benda yang tidak ada kaitan dengan perjumpaan dengan kita sekarang ini. Kita semua duduk di sini untuk membincangkan mengenai taktik mengambil semula pemerintahan kita terhadap Pulau Bandar Kuala Lumpur terhadap sistem Ashoka." Mujurlah Presiden Iffa berjaya menenangkan keadaan yang menjadi semakin bising dalam Perhimpunan tersebut. 

          "Ok. Baiklah. Dengar sini semua. Berdasarkan analisis kumpulan Pemberontak, Zon Sembilan dan Zon Empat telah diletupkan dan kerja-kerja membina janakuasa elektrik untuk Zon Lapan dan beberapa zon yang lain. Janakuasa elektrik tersebut sungguh berbahaya untuk teras ECQ kerana jika ECQ musnah akibat kesan pemanasan tersebut, kita tidak dapat berbuat apa-apa selain teruskan hidup seperti Zon Duabelas sekarang ini." kata Gabenor Zon Tiga. 

        Aku memang tahu akan hal tersebut. Mereka sengaja membina janakuasa elektrik tersebut untuk menyebabkan teras ECQ hancur lalu rosak.

              "Lagipun, pembunuh upahan yang bekerja dengan sistem Ashoka baru sahaja hampir untuk sampai ke pintu masuk Zon Duabelas dan menyerang Jeneral Teragung serta rakan-rakannya. Nasib baik kedua-dua Pemberontak, iaitu Ainul dan Fazirah berjaya menembak pod mini yang dinaiki oleh pembunuhan upahan tersebut. Sekarang, ada apa-apa cadangan mengenai taktik mendapatkan semula kuasa?" kata Gabenor Zon Enam pula.

              Lalu, aku pun terus berdiri sambil memberikan cadangan yang diiringi dengan nada yang kuat. "Saya cadangkan supaya kita lalukan pemberontakan." kataku dengan tegas. Kemudian, kesemua Gabenor saling bercakap sesama mereka. Nampaknya mereka seperti tidak setuju akan cadanganku tersebut.

            "Saya setuju dengan cadangan Jeneral Teragung Hazwan. Jika kita hanya berbincang sahaja tanpa melakukan sebarang tindakan, pemerintahan Ashoka akan semakin luas ke seluruh Asia Tenggara dan kita tak boleh biarkan benda ini berlaku. Oleh itu, saya setuju akan cadangan untuk lakukan pemberontakan terhadap Lembaga Rahsia dan Ashoka. Siapa setuju sila angkat tangan." kata Banri, sambil mengangkat tangannya. Jantungku semakin berdebar. Setakat ini hanya Banri dan Otoha sahaja yang setuju akan cadangannku. Aku mula bersangka buruk bahawa kesemua Gabenor dan orang lain dalam Perhimpunan ini tidak akan setuju akan pendapatku.

           Tetapi, sangkaanku mula meleset apabila kesemua orang di dalam Perhimpunan tersebut setuju akan pendapatku dengan mengangkat tangan mereka. Malah, mereka juga terus menjerit 'Hidup Jeneral!' berulang-ulang kali. Lalu, aku terus memandang Fadzlih, Atika, Presiden Rasmah, dan Pengetua Yveish dengan muka ceria. Mereka turut tersenyum sambil terus memelukku. 

            Nampaknya, Perhimpunan ini telah sebulat suara untuk membuat pemberontakan terhadap Ashoka.


****

"Hazwan, dah lama kita tak jumpa. Selepas Perang Honolulu berakhir, saya terus ke England untuk sambung pelajaran saya. Tak sangka, awak dah makin tinggi berbanding dulu. Dan, ehem, kamu masih still in relationship dengan Atika ke?" kata Ainul, sambil memerli terhadap sikapku terhadap Atika.

           "Err.. janganlah tanya macam tu. Lagipun, kami masih anggap diri kami sendiri sebagai rakan baik." kata Atika, sambil memandang ke arah lain. Ainul dan Fazirah hanya ketawa terkekek-kekek di belakangnya. Fadzlih, entahlah, sikapnya memang tenang sejak kebelakangan ini, mungkin dia baru sahaja melihat ibubapanya, Banri dan Otoha. 

              "Baiklah, balik kepada topik tadi. Apa rancangan awak terhadap pemberontakan ini?" tanya Fazirah. Lalu, aku keluarkan Fail Hologram kepunyaan Pengetua Yveish yang diberinya kepadaku sebelum aku berjaya menghabiskan pelajaran di Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat. Fail tersebut mengeluarkan peta Pulau Bandar Kuala Lumpur.

         "Kita akan serang di Zon Sembilan dahulu kerana zon tersebut paling dekat dengan Zon Duabelas. Kemudian, kita hancurkan janakuasa elektrik menyebabkan Zon Dua hingga Enam mengalami kehabisan bekalan elektrik dan untuk elakkan letupan tu terkena zon yang lain, Banri telah ciptakan saya B.O.M.B jenis Shieldina, iaitu bom jenis baharu yang boleh lindungi Zon Sembilan dari letupan tersebut dalam masa 48 jam. " kataku.

            "Apa? B.O.M.B jenis Shieldina? Saya tak pernah dengar jenis begitu pun." kata Fadzlih pula.

      "Jenis baharu, Fadzlih. Terima kasih kepada ayah awak, kita boleh lakukan rancangan pemberontakan ni dengan senyap, dua hari sebelum Persatuan Pemberontak Zon Duabelas ditubuhkan." balasku dengan tenang, lalu mematikan Fail Hologram kemudian berjalan keluar dari Bangunan Senat.

           "Hazwan, bila kita boleh mulakan rancangan kita? Maksud saya, kita tak boleh mulakannya sekarang sebab banyak tentera Guardiont sedang mengawal zon tu. Kita kena ada strategi." kata Ainul, sambil melontarkan sesuatu ke arahku. Aku terus mengambil benda tersebut, iaitu sebuah USB tambahan untuk Fail Hologramku.

          "Pada waktu pagi kita akan mulakan rancangan ni." balasku lalu terus keluar dari Bangunan Senat. Kemudian, Atika dan Fadzlih pula mengikutku dari belakangku, kerana mereka tidak ada kenderaan untuk ke hotel yang terletak di pusat bandar. Mujurlah aku ada kenderaan sendiri yang diberikan oleh Presiden Rasmah kepadaku.

         Ainul pula, memberikan isyarat kepadaku, iaitu isyarat menyuruhku supaya melihat apa yang ada dalam USB melalui Fail Hologram.


****

Waktu sudah menunjukkan pukul 11:00 malam. Atika sedang tidur berhampiran almari yang disediakan oleh pihak pengurus hotel. Fadzlih pula baru sahaja keluar dari tandas selepas dia mencuci mukanya dengan pencuci khas. Mungkin mukanya berjerawat bagi aku. 

         "Kenapa dengan pipi kanan kamu tu, Fadz? Saya nampak ada parut di situ. Dah lama saya nak tanya soalan tu." tanyaku, sambil memasukkan USB yang diberikan oleh Ainul ke dalam Fail Hologram. Kemudian, aku sambungkan fail tersebut kepada Meja Komputer berhampiran Atika. Fadzlih hanya terdiam, sambil mengelap mukanya dengan tuala.

             "Oh, benda ni ke? Saya pernah dicakar oleh anak harimau semasa aku memasuki kandang mereka di zoo sewaktu saya kecil dulu. Doktor kata, parut ataupun kesan cakaran ni kekal di pipi saya sampai bila-bila. Apa-apapun, apa benda yang awak tengok sekarang tu?" balas Fadzlih kemudian menunding jari ke arah Meja Komputer yang telah aku sambungkan dengan Fail Hologram.

             "Saya sedang melihat benda dalam USB yang Ainul berikan kepada saya." balasku. Kemudian, aku mengaktifkan Meja Komputer, menekan apa-apa sahaja benda yang pada benda tersebut, lalu segera membuka fail yang disimpan dalam USB tersebut. Fadzlih juga turut bersamaku, selepas dia memperbaiki sedikit rupanya.

                Kemudian, satu video mula ditunjukkan. Video tersebut mengandungi perbualan antara Datuk Isyraf Caltes dengan lelaki bertopeng. Berdasarkan analisis, video tersebut diambil dua hari sebelum pertukaran kuasa berlaku. Kelihatan mereka sedang merancang sesuatu.

                    "Awak pasti tentang pertukaran kuasa ni, Isyraf? Saya rasa letupkan Pulau Honolulu pun dah cukup untuk kita." kata lelaki bertopeng dalam video tersebut. Datuk Isyraf hanya senyap, sambil mengeluarkan satu fail coklat dalam laci dihadapannya. Lalu, dia membuka fail tersebut di hadapan lelaki bertopeng itu.

              "Tengok ni. Saya dah rancang satu rancangan yang tidak akan disangka apabila pertukaran kuasa dan kehancuran teras kecemasan ECQ." balas Datuk Isyraf. Aku terus hentikan video tersebut dan cuba zum lagi untuk melihat kandungan fail tersebut, tetapi gagal kerana video ini dirakam menggunakan kamera model lama. 

                    "Dah, kita kena tengok video tu sampai habis. Mana tahu, video ni tinggalkan petunjuk." kata Fadzlih. Lalu, aku memainkan semula video tersebut. Selepas itu, kami melihat lelaki bertopeng tersebut hanya senyap, lalu terus meletakkan fail di bawah meja, kemudian membuka topengnya, mungkin panas. Apabila lelaki tersebut membuka topeng yang dipakainya selama ini, aku terkejut apabila melihat mukanya.

               "Hazwan, kenapa? Awak kenal orang ni ke?" tanya Fadzlih.

           "Ya. Mak saya, Lili Fazriana, pernah ceritakan orang ni. Tak syak lagi. Lelaki tu Faisal Jason! Saya boleh kenalnya melalui parut di pipi kirinya. Tapi, kenapa dia bersubahat dengan Datuk Isyraf pula?" balasku, sambil melihat muka lelaki bertopeng, atau Faisal Jason dengan teliti, takut salah orang pula nanti. Tetapi, itu memang Faisal yang mak aku ceritakan selama ini.

           "Tapi, apa yang mereka rancangkan dalam fail coklat tu? Saya pasti itu bukan benda yang baik." kata Fadzlih lagi, lalu terus baring berhampiran televisyen. Aku hanya mengangkat bahu kemudian, dalam keadaan yang mula tertanya-tanya, terus mematikan Meja Komputer lalu baring di atas katil, kemudian memejamkan mata. 

****

Waktu pagi yang telah ditunggu-tunggu telahpun tiba. Kelihatan Ainul dan Fazirah masing-masing sedang memilih B.O.M.B yang sesuai untuk rancangan pemberontakan kami. Aku, Fadzlih, dan Atika pula memandang sekeliling tapak pembinaan janakuasa elektrik yang dikawal oleh beberapa tentera Guardiont. Kemudian, aku memberikan isyarat kepada Ainul supaya mulakan rancangan tersebut.

        Ainul dan Fazirah terus melontar B.O.M.B jenis stoptimer, iaitu bom yang boleh hentikan pergerakan tentera Guardiont untuk sementara waktu. Kemudian, selepas pergerakan Guardiont terhenti, aku terus berlari ke tapak pembinaan tersebut lalu meletakkan B.O.M.B jenis Shieldina di atas tapak tersebut. 

        "Tunduk!" jeritku. Selepas kami semua tunduk, tiba-tiba janakuasa elektrik yang baru sahaja beroperasi meletup dengan kuat, menyebabkan B.O.M.B jenis shieldina tidak dapat menahan letupan tersebut dan kesan letupan tersebut terus merebak ke seluruh Zon Sembilan. Mujurlah tidak merebak ke zon yang lain. Selepas itu, kami semua terus berdiri kemudian bergerak ke kapal terbang di mana Presiden Rasmah dan Iffa sedang menunggu kami.

       Semasa kami bergerak, kami ternampak dua lembaga berada di hadapan kapal terbang tersebut. Apabila kami semakin dekat, kami terkejut apabila kami mengetahui siapa yang berada di hadapan kami sekarang ini, terutamanya Fadzlih.

            Di hadapan kami sekarang ini adalah seorang tokoh yang paling dihormati dalam sejarah pembinaan senjata utama untuk semua pihak berkuasa di Pulau Bandar Kuala Lumpur Orang tersebut adalah Bob, ataupun bapa kepada rakan kami yang telah mati semasa di Pulau Honolulu, iaitu Iffa.

-bersambung-






               


#1 : Ashoka









Dewan Velilamag, Zon Lapan.

Kelihatan beberapa Gabenor dari sebelas zon sedang duduk di Meja Bulat sambil memandang surat jemputan ke Dewan Velilamag yang dihantar oleh Datuk Isyraf Caltes, pengerusi Lembaga Rahsia. Bukan itu sahaja, Datuk Isyraf juga menjemput kesemua wartawan suratkhabar, rancangan dokumentari, dan Deejay siaran radio.

                Agak pelik, bukan? Tidak lama kemudian, kelihatan Datuk Isyraf tiba dengan seorang lelaki misteri dengan sebuah kapal terbang di zon pendaratan untuk kapal terbang di luar Dewan Velilamag. Semua kamera dan mikrofon yang diterbangkan oleh robot ditujukan kepada Datuk Isyraf yang melambai dari atas Dewan. Kemudian, semula Gabenor dari tigabelas zon yang berbeza yang menunggu di dalam dari tadi terus keluar.

                   Kemudian, Datuk Isyraf mengambil mikrofon yang diberi oleh lelaki misteri yang menaiki kapal terbang bersamanya dengan muka yang gembira. Ketika ini, semua siaran di televisyen seluruh sebelas zon di Pulau Bandar Kuala Lumpur sedang menayangkan ucapan Datuk Isyraf Caltes secara langsung.

              "Apa khabar semua? Mesti kamu semua kenal saya kan? Ya, betul tu. Saya adalah Pengerusi kepada Lembaga Rahsia, Datuk Isyraf Caltes. Saya sangat gembira kerana dapat berucap di atas Dewan Velilamag yang begitu hebat ini, walaupun atas bumbung pun jadilah, betul tak?" Datuk Isyraf memulakan ucapannya dengan lawak. Mujurlah sesiapa yang menontonnya sedang ketawa sekarang ini. Tetapi, mereka tidak tahu disebalik lawaknya, Datuk Isyraf ada niat yang jahat.

                     "Saya ingin memberitahu, dengan sukacitanya mulai hari ini, pemerintahan secara Gabenor di Zon Lapan akan dibubarkan serta merta dan akan diganti dengan cara pemerintahan Lembaga Rahsia, ataupun nama baharunya iaitu Ashoka. Oleh itu, kepada penduduk Zon Sembilan dan Zon Duabelas, saya minta kamu ikut tentera Guardiont yang disayangi ke kenderaan untuk dibawa ke tempat yang selamat." kata Datuk Isyraf. Lalu, siaran dalam televisyen terus tergendala secara tiba-tiba.

                        Sementara itu, di Zon Sembilan dan Empat, kesemua penduduk di kedua-dua zon tersebut dikejutkan dengan pintu dibuka dengan keras dari Guardiont. Mana-mana orang di dalam rumah akan diheret masuk ke dalam kenderaan yang disediakan oleh Lembaga Rahsia, ataupun Ashoka. Kanak-kanak mahupun bayi pun diheret masuk ke dalam.

                           Tetapi, perkara yang berlaku di kedua-dua zon tersebut turut ditayangkan dalam televisyen. Kononnya, ini adalah sebagai tanda amaran kepada sesiapa yang cuba membuat pemberontakan terhadap kerajaan Ashoka pada masa akan datang.

                           Datuk Isyraf pula hanya tersenyum melihat penduduk Zon Sembilan dan Empat diseksa lalu mengikuti lelaki bertopeng menaiki kapal terbang kepunyaannya.


****

Tahun 2041

Namaku Hazwan Fauzan. Sudah dua tahun selepas pertukaran kuasa pemerintahan Pulau Bandar Kuala Lumpur kepada Ashoka, iaitu sistem pemerintahan baharu yang dibentuk oleh Lembaga Rahsia. Selepas aku melihat video mengenai pengunguman tersebut melalui tablet kepunyaan Atika, lalu kami terus berpindah dari Zon Sembilan ke Zon Dua.

                      Jika dahulu penduduk bebas untuk berkata-kata, kini mereka hanya senyap seperti tugu peringatan empat pencipta genius iaitu Banri, Otoha, Medley, dan Bob, yang telah mencipta bom yang boleh diselaraskan kepada beberapa jenis. Penduduk kini hanya senyap kerana banyak tentera Guardiont versi 2.0 yang telah dinaiktaraf sedang mengawal rumah mereka, kawasan jalan raya, dan semuanya yang ada di Pulau Bandar Kuala Lumpur. Sesiapa yang cuba memberontak atau membantah akan dihukum bunuh serta-merta tanpa pengecualian.

                 Selepas empat bulan, aku dan Atika sudah tidak tahan duduk di Pulau Bandar Kuala Lumpur lagi. Lalu, aku terus bergerak secara senyap-senyap ke Zon Duabelas dengan menaiki kapal selam yang pernah digunakan oleh kami semasa Perang Honolulu dua tahun lalu. Fadzlih pun turut ikut sama selepas berada di Zon Satu untuk melawat ibubapanya di sana.

              Aku dan Fadzlih juga telah menghabiskan pelajaran di Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat tepat-tepat selepas pertukaran kuasa itu diumumkan. Atika pula, dia meletakkan takhta sebagai Puteri kepada pembantu setianya, iaitu Syazriana, yang kini sedang berada di tempat yang tidak diketahui di mana hanya Lembaga Rahsia sahaja yang tahu.

                  "Mungkin Presiden Rasmah tengah tunggu kita sekarang ni." kata Atika. Aku dan Fadzlih juga mengangguk setuju akan kata Atika tadi. Kami tidak pasti jika Presiden Rasmah telah diganti oleh orang lain.

                  Kami mengambil keputusan untuk ke Zon Duabelas kerana zon tersebut telah dikeluarkan dari senarai zon di Pulau Bandar Kuala Lumpur. Oleh itu, Zon Duabelas dikategorikan sebagai sebuah pulau yang berkerajaan bebas dan tidak dikawal oleh Kerajaan Ashoka sepenuhnya. Tetapi, Zon Duabelas mengalami masalah makanan kerana Ashoka telah mengeluarkan notis untuk tidak memberikan apa-apa bekalan kepada wakil Zon Duabelas.

               Baru sahaja kami hendak berehat, tiba-tiba kami ternampak sesuatu dalam radar. Kami bertiga memang tahu apakah benda tersebut. Pembunuh senyap yang diupah oleh Datuk Isyraf Caltes sedang mengikut kami! 

                "Fadzlih. Pergi ke zon kawalan di belakang. Atika pula, tukar kapal terbang tu kepada mod manual dan kawalnya, cepat!" kataku. Lalu, aku terus memandang ke tingkap. Pembunuh senyap yang menaiki pod mini masih mengejar kami kemudian melepas tembakan ke arah enjin kapal kami pula. Akibatnya, kapal tersebut bergegar, menyebabkan Atika terjatuh dan terbaring lalu terus secara tidak sengaja terlanggar badanku.

               "M..maaf. Saya akan ke bilik kawalan." kata Atika lalu terus bangun untuk ke bilik kawalan. Aku terus menaiki tangga kecemasan ke bilik kawalan yang kedua yang berada di atas kapal yang kami naiki. Lalu, aku terus duduk kemudian mensasarkan tembakan ke arah pod mini tersebut dan menekan butang tembak.

           Tetapi, sasaranku tidak mengena. "Hei, Atika! Pandulah kapal ni baik-baik. Susah nak tembak tahu tak." jeritku pada alat komunikasi.

          "Saya tahulah. Ingat saya biasa ke pandu kapal ni hah?" balas Atika dengan geram. 

     Kemudian, pod mini yang dinaiki oleh pembunuh senyap tersebut berjaya ditembak oleh seseorang, bukan kami. Aku, Fadzlih, dan Atika kehairanan. Siapa pula yang tembak pod mini tersebut kalau bukan kami? Entahlah. Kemudian, aku ternampak pusat bandar Zon Duabelas yang berkilauan dengan cahaya dari bangunan-bangunan yang ada.

         Aku berpendapat, mungkin pengawal pintu masuk ke Zon Duabelas yang menembak pod mini tersebut. Kemudian, tempat pendaratan untuk kapal terbuka lalu kami pun masuk ke dalamnya, seperti mana kami kali pertama ke sini. Aku ternampak Presiden Rasmah dan Pengetua Yveish sedang melambai ke arah kami.


           Selepas kami turun dari kapal yang kami naiki tersebut, Pengetua Yveish terus memelukku. Mana tidaknya, sudah dua tahun tidak bertentang mata. Presiden Rasmah hanya memandangku dengan tenang, lalu menunduk di hadapanku.

              "Kami gembira Jeneral Terhormat datang ke sini. Ini satu penghormatan." kata Presiden Rasmah. Aku mula pelik. Mengapa pula Presiden Rasmah berkata begitu sedangkan beliau adalah Presiden untuk Zon Duabelas. Disebabkan itu, aku berasa janggal. Begitu juga dengan Fadzlih dan Atika.

             "Kalau Pengetua ada di sini, siapa yang jadi Pengetua di Kolej sekarang?" tanya Fadzlih.

             "Nak tahu siapa? Cikgu Zylia, guru Pembedahan Kompleks yang gantikan saya sebagai Pengetua mulai sekarang. Tapi, kamu masih boleh panggil saya Pengetua." balas Pengetua Yveish. Fadzlih hanya mengangguk lalu memandang ke arah kapal kami yang sedang dibaiki daripada kerosakan akibat tembakan dari pod mini.

              "Kejap, mengapa Presiden Rasmah tunduk hormat pada kami pula? Beliau  ialah Presiden, kan?" tanya Atika. Baru sahaja aku hendak tanya soalan tersebut, nampaknya si Atika ni dah cop dah soalan tu sebelum aku.

              "Saya dah bersara. Lagipun, penatlah kalau asyik jadi Presiden sahaja. Oh, ya, tetapi kamu bertiga masih boleh panggil saya presiden. Oops, nampaknya jawapan saya sama dengan bekas pengetua kamu ni. Hahaha." balas Presiden Rasmah sambil ketawa kecil, kemudiannya diikuti oleh Pengetua Yveish.

               Kami hanya memandang mereka berdua dengan senyuman sinis.

              "Jadi Fadzlih, macam mana dengan ibubapa kamu? Sihat?" tanya Presiden Rasmah.

              "Sihat. Lagipun, mereka masih kuat dalam melakukan pekerjaan." balas Fadzlih.

             "Aik? Presiden tahu siapa ibubapa Fadzlih?" tanyaku.

         "Fadzlih tak beritahu awak ke? Banri dan Otoha, pencipta B.O.M.B yang kita gunakan dua tahun lalu, adalah ibubapa Fadzlih. Kamu tak tahu ke?" kata Atika pula. Aku terkejut. Ibubapa Fadzlih merupakan orang yang paling dihormati dalam sejarah pembuatan senjata dalam Pulau Bandar Kuala Lumpur.

             "Medley dan Bob pula, anak mereka.. macam mana nak cakap." Pengetua Yveish cuba mengatakan siapa anak kepada Medley dan Bob, tetapi tersangkut apabila tiba-tiba dia segan hendak cakap.

             "Tak payahlah Pengetua nak cakap lagi. Saya tahu. Iffa Natasya adalah anak kepada Medley dan Bob, kan?" kata Fadzlih. Aku kehairanan. Selama ini, kedua-dua rakan yang paling rapat denganku merupakan anak kepada pencipta alat letupan yang paling digeruni oleh seluruh dunia?

             "Sekarang awak dah tahu kan, Hazwan? Maaflah sebab kami tak beritahu semua ni kepada awak." kata Fadzlih, sambil mengemaskan keadaan bajunya yang kusut dari tadi. Lalu, kami terus keluar dari kawasan pendaratan tersebut dan bergerak ke pusat bandar.


****

Kelihatan ramai orang sedang berjalan di pusat bandar Zon Duabelas yang sebenarnya terletak di bawah laut, kerana mereka telah dilatih untuk bertindak dengan bijaksana jika pusat bandar dalam masalah terutamanya mengenai tekanan di dalam laut. Aku terus mengikuti Presiden Rasmah sehingga kami berhenti di hadapan sebuah bangunan untuk Menteri.

              "Marilah masuk." kata Presiden Rasmah. Lalu, kami pun memasuki bangunan tersebut. Kami ternampak Pegawai Imad. Selepas Presiden Rasmah bisik di telinga Pegawai tersebut, lalu Pegawai Imad pun terus memberi izin kami untuk masuk ke dalam sebuah lif.

               Apabila kami menaiki lif tersebut, aku terkejut bahawa lif tersebut pintunya lutsinar. Jadi, kami boleh melihat pemandangan pusat bandar Zon Duabelas melalui bangunan tersebut. Aku dan Fadzlih menikmatinya seperti melihat pemandangan melalui atas kapal terbang yang terbang di langit biru.

                  Atika pula, disebabkan dia mengalami aeroacrophobia, iaitu takut kepada tinggi, dia terus menyorok dibelakangku. Tetapi yang peliknya, dia memandang ke atas sahaja, kerana bukan sahaja pintu lif tersebut lutnsinar, malah keseluruhan lif tersebut juga lutsinar. Itulah sebab utama mengapa Atika tengok sahaja di atas.

                  "Marilah tengok pemandangan di sini, Atika. Cantik tau. Rugi tak tengok." perli Fadzlih.
Tetapi, perlinya tersebut berjaya juga. Atika akhirnya cuba berpaling ke arah hadapan lif. Baru sahaja dia hendak tenang, tiba-tiba Fadzlih terus menolaknya dengan Fadzlih. Kemudian, Atika menjerit ketakutan.

                "Janganlah, Fadzlih. Bahayalah, tahu tak?" kata Atika dengan geram diikuti dengan muka yang merah seperti sos cili. 

           "Dah, jangan bergaduh, awak berdua. Fadzlih, lain kali jangan nak cuba cari masalah dengan Atika pula. Ingat, dia tu Puteri. Nanti dia sumpah awak pula. Hahahaha." Aku menegur Fadzlih tetapi aku sengaja iringinya dengan perli yang begitu menusuk hingga ke hati Atika yang paling dalam. Kemudian, semua orang dalam lif tu ketawa, kecuali Atika yang hanya sibuk marah terhadap aku dengan menunjukkan 'taktik merajuknya'.

                  Atika pun terus menarik telingaku. "Aduh, aduh. Atika, berhentilah. Jatuhlah saham saya sebagai Jeneral." kataku sambil menahan kesakitan. Tetapi, tangan Atika masih menarik telinga kananku. Fadzlih dan yang lain pula, tidak bantu pun. Mereka hanya ketawa terbahak-bahak. "Atika, tak malu ke orang di pusat bandar nampak awak buat macam ni dekat saya. Apa yang mereka fikir nanti? Ingat, lif ni lutsinar." kataku lagi.

                  "Saya peduli apa? Baik awak minta maaf cepat." balas Atika.

                  "Iyalah. Saya minta maaf, wahai Puteri yang dihormati." balasku. Tetapi telingaku makin ditarik oleh Atika.

                  "Minta maaf betul-betul." kata Atika lagi.

                 "Saya minta maaf. Please forgive me. Gomennasai. Tolonglah lepaskan tangan kamu dari telinga saya. Sakit, tahu tak?" balasku, sambil melihat keadaan telingaku selepas Atika melepaskannya. Fuh, panasnya dia tarik.

                   "Jadi, apa rasanya apabila ditarik oleh orang yang dicintai?" usik Fadzlih.

                   "Awak diamlah." balasku.
                 Selepas itu, kami telah tiba di tingkat paling atas bangunan tersebut. Pintu lif terbuka dan kami pun keluar dari lif tersebut. Aku ternampak seorang perempuan sedang berdiri memandang tingkap. Siapa pula tu? Anak Presiden Rasmah ke? Aku terus memberikan isyarat hairan kepada Fadzlih dan Atika.

                  "Presiden, siapa tu?" tanya Atika.

                  "Itulah Presiden baharu untuk Zon Duabelas." kata Pengetua Yveish.

                  "Mari, saya perkenalkan kamu dengan dia." kata Presiden Rasmah pula. Lalu, dia terus memanggil presiden baharu tersebut. Apabila presiden baharu itu berpaling muka ke arah kami, aku, Fadzlih, dan Iffa terkejut, kecuali Pengetua Yveish dengan Presiden Rasmah. Mereka hanya ketawa terkekek-kekek melihat gelagat kami.

                  Presiden baharu untuk Zon Duabelas adalah Iffa Natasya?


****

- Bersambung - 

#8 : Ini Belum Berakhir








- maaflah kalau ending dia ni agak buruk sikit -






"Iffa, tolong dengar cakap saya. Saya tahu kamu masih ingat saya, kan?" tanyaku kepada Iffa yang hanya berdiri dari tadi. Tetapi, Iffa hanya senyap, sambil memandangku dengan tajam, entah apa yang dia akan lakukan. Aku tidak boleh meramal pergerakannya kerana, dia hanya berdiri di situ. Pada masa itu juga, aku menyorokkan B.O.M.B kepunyaanku yang telah diselaraskan kepada jenis elektrik.

                         Tiba-tiba, Iffa terus berlari ke arah aku lalu melibas pedang samurai elektriknya, ataupun EKT (Electric Katana Technology) kearahku. Mujur aku sempat mengelak, tetapi aku tidak boleh melontar B.O.M.B kerana kelajuan Iffa sekarang ini lebih laju berbanding semasa dia masih manusia biasa.

                                 "Iffa, tolong hentikan ni. Saya tahu awak boleh." kataku lagi, walaupun mustahil untuk Iffa sedar semula, kerana sekarang dia hanya mengikut arahan Datuk Isyraf sahaja. Tapi, aku yakin aku boleh sedarkan dia. Tapi, macam mana? Aku berkata dalam hati sambil terfikir bagaimana hendak hentikan dia untuk sementara waktu.

                                 Aku pun terus mengambil pedang laser lalu terus menyerang Iffa. Tetapi, dia mengelak dengan katananya, lalu terus cuba menyerang di bahagian bahu kananku lalu aku blocknya dengan B.O.M.B yang belum diselaraskan. Kemudian, aku terus berlari membuat bulatan, setkan B.O.M.B kepada jenis waterjet, kemudian lontarkannya ke arah Iffa yang hanya kaku melihatku berlari.

                                 B.O.M.B jenis waterjet mungkin tidak sesuai untuk perlawanan satu lawan satu. Sebenarnya, waterjet tidak mendatangkan apa-apa kecedraan kepada sesiapa yang terkenanya, kerana B.O.M.B jenis waterjet hanya digunakan oleh tentera untuk mandi jika tiada air di hutan. Tetapi, pada masa ini aku sudah fikir strategi untuk hentikan Iffa.

                                    Disebabkan terkena B.O.M.B waterjet, Iffa dah basah dengan air. Lalu, apa lagi. Aku lontarkan satu lagi B.O.M.B, tetapi jenis elektrik. "Air merupakan konduktor paling baik untuk elektrik, bukan?" kataku dalam hati. Akibatnya, Iffa tiba-tiba berhenti bergerak akibat renjatan elektrik. Mungkin otak dia dah berhenti berfungsi. Katana elektriknya terjatuh dari genggamannya.

                                Lalu, aku terus mengangkat Iffa yang dalam keadaan 'pengsan' bagi aku. Pada masa itu juga, aku terdengar satu pengunguman dari Datuk Isyraf melalui alat pembesar suara yang terletak di atas kepalaku.

                                 "Semua tentera Guardiont yang berada di mana-mana kawasan pemerhatian di Pulau Honolulu, sila menaiki beberapa helikopter Lembaga Rahsia yang telah disediakan, kerana dalam sejam lagi pulau ini akan meletup." Itulah pengunguman yang aku dengar. Gila? Mungkin, kataku sendiri. Nampaknya Datuk Isyraf hendak bunuh kami semua di pulau ni.

                                   "Aku harus cari Fadzlih dan yang lain." kataku sendiri lalu terus berlari ke luar.


****

Akhirnya, aku sudah tiba di luar gua 'rahsia' kepunyaan Lembaga Rahsia. Tetapi, tiada tanda-tanda bahawa Fadzlih, Ainul, Endy, dan yang lain telah ada di situ sebelum aku keluar. Mungkinkah mereka dah keluar dahulu sebelum dulu? Entahlah.

                            Aku ternampak Datuk Isyraf, dua tentera Guardiont, dan satu lelaki yang bertopeng lalu terus menyorok di belakang sebuah batu yang besar. Pada masa yang sama, aku terdengar bunyi kapal terbang betul-betul di atas Pulau Honolulu. Kemudian, aku terus berpindah dari batu besar ke bahagian atas gua dan meniarap. Iffa pula, aku tinggalkan sebentar di tempat pertama aku menyorok tadi.

                                 "Awak pasti ke nak letupkan Pulau Honolulu ni, Isyraf? Kalau pulau ni meletup, teras Veriatia juga akan musnah." Aku ternampak lelaki bertopeng itu mula memulakan perbualannya dengan Datuk Isyraf, apabila kapal terbang yang aku ternampak di atas langit tadi mendarat di hadapan mereka.

                                "Lagipun, ini kan sebahagian dari rancangan kita? Betul tak?" kata Datuk Isyraf, lalu memasuki bahagian belakang kapal terbang yang telahpun terbuka, kemudian diikuti oleh lelaki bertopeng tersebut. Lalu, kapal terbang tersebut terus naik sedikit lalu terus terbang dengan kelajuan yang tinggi.

                                   Selepas itu, banyak kapal terbang kepunyaan Lembaga Rahsia pula mula menjauhkan diri dari Pulau Honolulu, kerana pulau tersebut hendak meletup.

                                "Nampaknya saya kena cari butang nyahaktif letupan ni." kataku sendiri kemudian terus mengangkat Iffa dan masuk semula ke dalam gua.

                         Baru sahaja aku masuk, tiba-tiba pintu gua tersebut tertutup dengan sendiri. Nampaknya Fadzlih dan yang lain terperangkap di dalam!

                       "30 minit sebelum letupan. Sila tinggalkan Pulau ini dengan segera." Aku hanya senyap. Aku tiada masa yang cukup. Aku kena cari Fadzlih dan yang lain secepat yang mungkin. Lalu, aku terus berlari ke hujung pantai. Setelah aku, aku ternampak Fadzlih dan yang lain dibiarkan di situ.

                Kemudian, selepas aku lepaskan ikatan mereka, akhirnya mereka semua pun sedar. "Hazwan, apa yang berlaku? Kami nampak Iffa, Iffa dah..." kata Fazirah dalam keadaan yang kepenatan. Aku hanya tersenyum sambil berkata, "Saya memang dah tahu pun, Fazirah. Sekarang mari kita cuba keluar dari sini. Kita ada 30 minit sebelum pulau ni meletup." 

                        "Apa? Meletup? Tapi, macam mana kita nak keluar dari sini?" tanya Ainul. Aku hanya senyap sambil menggeleng, menandakan bahawa aku memang tidak tahu. Pada masa itu juga, kami ternampak sebuah kapal terbang kepunyaan Zon Duabelas mendarat di hadapan kami. Kemudian, selepas pintu dibuka, kami ternampak Atika sedang berlari ke arah kami lalu memelukku.

                           "Apalah. Awak buat kami risau tahu tak?" kata Atika. Aku ketawa tekekek-kekek. "Mengapa kamu hendak risaukan saya pula?" tanyaku pula. Kelihatan Presiden Rasmah juga keluar dari kapal terbang tersebut.

                    "Sebab kami dapat berita bahawa Pulau Honolulu sekarang dalam fasa untuk meletup."  kata Presiden Rasmah. Lalu, kami terus masuk ke dalam kapal terbang tersebut.

                    "10 saat sebelum letupan." Tiba-tiba masa letupan berubah. Kami cemas lalu terus menaiki kapal terbang, tetapi angin yang kuat dari kapal tersebut membuatkan Iffa terlepas dari genggamanku.

                   "Iffa! Jangan risau, saya akan ambil awak balik!" kataku tetapi tiba-tiba Fadzlih menarik tanganku. "Kita tak ada masa, Hazwan. Tinggalkan sahaja Iffa dipulau ni. Lagipun, dia dah mati." kata Fadzlih.

                       "Tak! Saya yakin dia boleh diselamatkan!"  balasku lalu terus mengangkat Iffa yang terjatuh. Tetapi Fadzlih cuba menolakku semasa kapal terbang hendak berlepas.

                 "Awak dah gila? Otak dia dah dicuci. Awak ingat apa yang kita belajar di Kolej Teknologi Perubatan? Seseorang yang otaknya telah dicuci tidak boleh pulih dan tidak boleh dirawat." kata Fadzlih lagi. Akibatnya, aku mengambil keputusan untuk tumbuk mukanya.

                       "Iffa satu-satunya rakan terbaik yang kita berdua pernah ada! Saya takkan biarkan dia mati dalam keadaan yang sia-sia seperti ibu saya."  balasku. 

                    "Hazwan, Fadzlih, sudahlah tu!" kata Atika. Yang lain hanya senyap sambil memandang kami dengan sedih. Aku secara tertumbuk Atika yang sedang berlari ke arah kami.

               Kapal terbang tersebut sudah berada di atas Pulau Honolulu. Lalu, Fadzlih terus menendangku, menyebabkan aku terlempar ke pintu dan secara tidak sengaja membukanya. Aku hampir terjatuh tetapi berjaya memegang hujung pintu. Sebelah tanganku lagi memegang Iffa.

                      Lalu, Fazirah terus menghulurkan tangannya untuk selamatkan aku dan Iffa. Tetapi, tiba-tiba genggamanku yang memegang tangan Iffa terlepas. Akibatnya, Iffa terjatuh ke pulau tersebut.

                         "Iffa!" jeritku.

                        "Masuklah, Hazwan." kata Fazirah.

                    Pada masa itu juga, pulau tersebut meletup selepas aku masuk semula ke dalam. Aku tertunduk sambil terdiam seketika.

                "Ini semua salah saya. Kalau Iffa tak nak ikut saya ke sini, mesti semua ni takkan berlaku." kataku. Lalu, Atika terus memegang bahuku.

                  "Bertenanglah, Hazwan. Terima hakikat. Harap-harap supaya Iffa tenang nanti, ya." kata Atika. Kemudian, penerbangan kami ke Zon Duabelas semula diiringi dengan titisan air mata dari aku dan yang lain.

****

Di Zon Duabelas, Iffa diberikan penghormatan yang penuh dari semua Presiden di Pulau Bandar Kuala Lumpur, terutamanya Gabenor Azhar yang kami fikir dia jahat tapi sebenarnya tidak. Hampir setiap hari, kami melawat tugu peringatan kepada Iffa kerana berjaya berkorban untuk Zon Duabelas.

                 Aku dan Atika pula, masih dalam keadaan 'masih berusaha dalam perhubungan'. Fadzlih mengambil keputusan untuk ke tempat kelahirannya, iaitu di Zon Tujuh. Yang lain, masing-masing mengikut haluan mereka.

              Virus Xeroc Amphere berjaya dicegah hasil kajian Professor Azad Izz, Pengetua Yviesh, bapaku, dan Cikgu Zylia. Datuk Isyraf pula tidak diketahui apa yang berlaku dengan dia.

                Aku mula fikir semuanya dah berakhir, sehinggalah...

              "Hazwan, awak mesti tengok video siaran langsung dari Zon Lapan ni." kata Atika. Apabila aku melihat video tersebut dengan teliti, aku terkejut.

- Bersambung -


                   

     

#7 : Rahsia Lembaga







Bot yang kami naiki telah tiba di tepi pantai Pulau Honolulu. Semasa kami tiba, kami ternampak dua Guardiont sedang menjaga pintu masuk ke dalam sebuah gua buatan manusia. Mulanya Endy hendak menyerangnya, tetapi aku halang.

              "Kita tak boleh tarik terlalu banyak perhatian. Kita kena guna cara klasik.' kataku, sambil meletakkan pedang laser di sebelah kiri bahuku.

                "Apa maksud kau, klasik?" tanya Fadzlih. Aku hanya tersenyum lalu berkata, "tengok saja apa yang aku buat." Selepas itu, aku terus berjalan ke arah dua tentera Guardiont tersebut sambil menangkat kedua-dua tangan. Apabila mereka melihatku, mereka terus mengacukan B.O.M.B Shooter kearahku.

                 "Apa yang awak buat di sini? Ini kawasan larangan!" kata salah satu Guardiont. Aku hanya senyap, tersenyum, lalu menumbuk kepala mereka. Kemudian, aku membuka kotak suis mereka lalu mematikannya.

             "Oh, jadi itulah cara klasik kau." kata Fazirah. Aku mengangguk lalu menyuruh Fadzlih untuk memasuki gua tersebut dahulu. Dia mengeluh apabila aku suruh dia masuk dahulu.

                  "Mengapa saya pula yang kena masuk dahulu. Huh!" kata Fadzlih dengan geram.

               "Tenanglah, Fadz. Kami hanya suruh kamu tengok apa yang ada dalam gua tu. Bukan suruh tinggal di sana untuk beberapa minggu." balasku dengan lawak yang hambar. Fadzlih hanya senyap lalu memasuki gua itu sambil memegang B.O.M.B di tangannya.

                 "Ehem, Hazwan. Mengapa lencana Puteri Atika pada awak pula?" tanya Endy dengan tiba-tiba, apabila dia melihat lencana kepunyaan Atika di bahu kananku. Aku hanya tergagap pada waktu itu. 

              "A-Atika yang beri kepada saya." balasku dengan lembut. Otak aku buntu hendak jawab apa. Sebenarnya, aku tidak biasa hendak marah dengan orang. Kalau ada pun, bunyi seperti bukan marah, tetapi seperti memberi nasihat kepada kanak-kanak yang baru mengenal erti kehidupan.

           "Hazwan, awak ni terlalu baik sangatlah. Baru tanya soalan macam tu dah kecut perut. Macam mana nak jadi bapa mithali nanti? Anyway, mari saya bagi tips macam mana nak kukuhkan lagi hubungan kamu berdua. Nak?" kata Ainul sambil ketawa terbahak-bahak, sambil melihat sekeliling. Takut jika banyak lagi Guardiont sedang menyorok di mana-mana.

         "Saya tak dengar tips merepek awak tu. Lagipun, sebenarnya saya pernah cium dia dahulu." Aku terus berhenti bercakap kerana ketandusan idea. Nak kata pernah temu janji, kami baru sahaja berjumpa semasa aku terjatuh akibat Syazriana melanggarku semasa Pendaratan Kecemasan ataupun terjun dari kapal terbang kepunyaan Lembaga Rahsia.

          "Sejak bila awak cium Puteri tu padahal si pengawal Syazriana selalu ada di sisi. Tak pernah nampak pun." perli Iffa. Ah! Mengapa semua orang tanya tentang hubungan antara aku dengan Atika pula ni? Baru sahaja Atika cium pipiku sebelum kami ke Pulau Honolulu, tahap kecoh mereka semua seperti paparazzi yang sibuk mengikut artis ke mana-mana sahaja dia pergi, kecuali ke tandas.

            "Saya gurau sahajalah!" balasku.

            "Ok. Jadi, awak memang dah tahu ke tentang Atika, sebelum, awak tahulah." tanya Fazirah.

           "Sebenarnya, saya pernah jumpa Atika masa saya belajar di Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat tiga tahun yang lalu. Masa tu, dia agak cuai dalam semua perkara. Dia selalu dibuli oleh Fadzlih dahulu, sebelum aku tegur dia supaya jangan buli perempuan tersebut. Dan keesokan harinya, aku mendapat tahu bahawa dia sudah berpindah ke Zon Sembilan. Masa tu aku tak kenal siapa dia, sehinggalah aku terjumpa dia sekali lagi sewaktu aku hendak balik ke rumah. Selepas itu, mulalah perkara yang saya ceritakan tersebut berlaku."

              "Apa kata kita tumpukan dahulu terhadap apa yang kita lakukan buat masa ini. Boleh?" kataku lagi. Semua mengangguk lalu cuba memandang kiri dan kanan. Kosong. Tiada sesiapa di sini. Tetapi, kami tahu kami sedang dipermainkan oleh Lembaga Rahsia di Pulau Honolulu. Kali ini, ia bukan perang, tetapi misi untuk selamatkan Pulau Bandar Kuala Lumpur dari Datuk Isyraf dan virus Xeroc Amphere.

                 Tiba-tiba, satu Guardiont muncul di hadapan kami. Kami cuba mengambil B.O.M.B di tempat simpanannya, tetapi tidak sempat apabila Guardiont tersebut terus mengangkat Iffa lalu membawanya pergi.

                   "Iffa! Aduhai, satu orang dah diculik pula." kata Isyraf Ismail.

                  "Dah, macam ni, Fazirah, Endy, dan yang lain, pergi cari Iffa cepat. Kami pula, kami akan tunggu Fadzlih. Peliknya. Saya hanya suruh tengok apa yang ada di dalam sahaja. Bukan bersiar-siar seperti ada perkelahan di dalam," kataku, lalu memberikan isyarat kepada Ainul supaya memasuki gua tersebut.

****

Masuk sahaja gua tersebut, kami terkejut. kami ternampak Fadzlih sedang memandang beberapa wayar yang berbelit sekaligus menjadi bentuk sebuah pokok yang besar.

            "Panjang umur pun. Mana yang lain?" tanya Fadzlih. Aku hanya diam. Aku tidak mahu memberitahu Fadzlih bahawa Iffa sudah diculik sebentar tadi, tetapi aku terpaksa juga. Lalu, aku menepuk bahunya sambil ceritakan apa yang dah berlaku. Dia hanya terkejut. Nasib baik tidak menangis ke atau apa-apa tindakan yang berlaku.

             "Saya tak kisah tentang tu sebab awak dah hantar pasukan pencarian, kan? Baiklah, apa-apapun, apa benda yang macam pokok ni. Keliru saya dibuatnya." tanya Fadzlih. Aku pun hairan melihat benda tersebut. Adakah itu satu seni untuk menunjukkan kreativiti kepada sesiapa yang melihatnya. Tetapi, aku tahu bahawa benda tersebut mempunyai rahsia yang terbesar.

               "Benda tu bukan seni yang kamu berdua fikir. Benda tersebut adalah Veriatia. Teras utama keseimbangan kesemua zon di Pulau Bandar Kuala Lumpur. Kesemua sebelas zon terapung dengan bantuan teras ni." kata Ainul. Dia memandang benda tersebut ataupun Veriatia dengan teliti.

              "Nanti! Saya pernah baca mengenai Veritatia di perpustakaan. Berdasarkan apa yang saya baca, kalau teras ni hancur, kesemua zon akan terpisah kemudian tenggelam seperti Zon Duabelas. Bukan itu sahaja, teras ni perlukan air laut untuk terus aktif dan seluruh Laut China Selatan dan lautan yang berdekatan dengannya akan tercemar jika teras ni musnah. Banyak orang telah melakukan pencarian Veriatia ni, tetapi semuanya gagal dalam misi mereka. Tapi, tak sangka pula rupa-rupanya ia terletak di kawasan larangan untuk orang awam" kata Fadzlih pula.

              "Lagipun, berdasarkan data mengenai Xeroc Amphere di dokumen Lembaga Rahsia, virus tersebut rupa-rupanya merebak melalui air tercemar. Jadi, Lembaga Rahsia cuba mengadakan Perang Honolulu sekali lagi supaya teras tersebut akan musnah akibat B.O.M.B jenis dimensional yang dilaraskan oleh mereka, sekaligus menyebabkan kesemua zon tenggelam serta virus ini bukan sahaja akan merebak ke seluruh Asia Tenggara, tetapi dunia." kataku.

         "Jangan cakap yang Xeroc Amphere bukan virus semulajadi, tetapi...." Tiba-tiba, kami ditembak oleh sesuatu di bahagian leher. Mungkin ubat penenang. Kami mula rebah dan Fadzlih serta Ainul telah pengsan sepenuhnya, kecuali aku.

              Sebelum aku pengsan sepenuhnya melihat dua orang dan 7 Guardiont berjalan ke arah kami, sebelum mataku tertutup.

****

Aku terus membuka mata. Aku kini berada di tempat yang tidak aku ketahui. Semuanya penuh dengan bunga dan arnab. Adakah aku berada di Wonderland seperti apa yang berlaku kepada Alice? Entahlah.

               Aku ternampak ibuku, Lili Fazriana Wong muncul di hadapanku. . Dia tersenyum melihatku lalu tiba-tiba ibu terus berlari jauh dari aku.

             "Ibu hendak ke mana? Tunggulah saya." jeritku lalu terus mengejar ibu. Tetapi, aku dapat rasa bahawa ada seseorang menarik tanganku. Apabila aku memandang ke belakang, rupa-rupanya bapaku serta Atika yang menarik tanganku. Aku terus meronta-ronta hendak melepaskan diri dari pegangan mereka berdua, tetapi gagal.

            Ibu pula sudah hilang dari pandangan. "Lepaskan sayalah, kenapa kamu berdua pegang tangan saya" tanyaku. Lalu, kesemuanya hilang dari pandangan.


****

Aku terus bangun dari pengsan. Rupa-rupanya semua benda yang berlaku sebentar tadi hanya sebuah mimpi. Aku melihat sekeliling dengan perasaan yang tertanya-tanya. "Saya di mana?" tanyaku terhadap diri sendiri. Aku berada dalam sebuah kawasan yang misteri bagi aku.

            Tiba-tiba, aku mendengar satu suara yang memang aku kenal selama ini. Ya, itulah suara Datuk Isyraf! Kelihatan beliau melangkah ke dalam kawasan tempat aku berada sekarang sambil tersenyum sinis kepadaku. Aku pula, memandangannya dengan muka yang geram.

           "Jadi, awak dah sedar rupanya. Jadi, bagaimana dengan tidur kamu? Seronok?" tanyanya dengan nada yang perli.

        "Awak tak guna! Awak cipta virus Xeroc Amphere tu dan menyebabkan banyak orang kehilangan nyawa, termasuk ibu saya! Baik awak mati sahajalah, Datuk kejam. Mengapa Datuk nak buat semua ni?" kataku sambil diiringi dengan air mata. 

             "Awak takkan faham, Hazwan Fauzan bin Mohd Abdul Sidek, ataupun Nazri Belpois. Awak takkan faham apa objektif saya. Saya hanya hendak mencipta sebuah dunia yang baharu. Dunia di mana hanya satu Gabenor. Iaitu saya dan Lembaga Rahsia!" balas Datuk Isyraf.

             "Mana rakan-rakan saya, ayah saya, Pengetua Yveish, Professor Azad Izz? Mana mereka?!" tanyaku.

        "Jangan risau. Mereka selamat. Tetapi rakan kamu yang bernama Iffa tu, saya tak tahu bagaimana keadaan dia sekarang." balas Datuk Isyraf. Kata-katanya tersebut menyebabkan aku bertambah naik angin. 

             "Awak sendiri yang culik dia, takkan tak tahu akan keadaan dia." balasku.

             "Diam." kata Datuk Isyraf.

           "Awak hanya buat penduduk di dunia dan penduduk sebelas zon menderita atas virus tu nanti. Tolonglah, awak masih belum terlambat untuk hentikan semua ni!" balasku.

         "Ayat dari seorang remaja yang naif. Anyway, kesemua rakan kamu masih berada di luar pulau, dikawal oleh tentera Guardiont. Tentang cabaran saya terhadap awak, saya akan lakukannya. Tapi, lawan awak bukan saya. Tetapi DIA." Pada masa itu, Iffa muncul di belakang Datuk Isyraf dengan pedang samurai elektrik.

           "Iffa? Tapi, macam mana? Bukannya awak tak tahu ke akan keadaan dia?" tanyaku.

           "Saya hanya berlakon sahajalah. Lagipun, saya dah culik dia dan cuci semula otaknya dengan memori seorang robot di mana dia hanya akan ikut arahan saya sahaja." Apa? Tak mungkin? Saya tak akan lawan dengan rakan sendiri!

         "Baiklah. Iffa, hapuskan budak tu." kata Datuk Isyraf lalu meninggalkan kami berdua sahaja. Akhirnya, Iffa sudah mati. Tetapi mayatnya tidak dikuburkan, tetapi otaknya diganti dengan otak robot yang hanya ikut akan arahan."

    "Baiklah Iffa, saya memang tak nak berlawan dengan awak, tapi saya terpaksa. Jadi, TUNJUKKAN KEPADA SAYA APA YANG AWAK ADA!" jeritku.

-To be continued-

Bab Lapan nanti mungkin scene lawan je banyak.

#6 : Pencerobohan








"Awak tahu mengenai B.O.M.B tak?" tanya Ainul kepadaku selepas kami memakai sut menyelam khas pengawal pintu masuk Zon Sembilan dan sedang berjaga-jaga di luar kawasan makmal Professor Azad Izz.

                        Aku menggeleng, menandakan aku memang tidak tahu apa maksud di sebalik 'B.O.M.B' tersebut. Ainul dan Endy saling memandang sesama sendiri lalu ketawa terbahak-bahak. Nasib baik sut tu sudah disimpan oksigen dalamnya, kalau sut tu pakai tangki oksigen dah lama dah aku bocorkan tangki kepunyaan mereka berdua ni!

                               "B.O.M.B adalah alat letupan yang boleh diselaraskan, hasil ciptaan empat bekas tentera dari empat negara berbeza, iaitu Bob dari Thailand, Otoha dari Singapura, Medley dari Indonesia, dan Banri dari Malaysia. Mereka berempat mencipta alat letupan ini semasa Perang Honolulu yang pertama dan memberikan kemenangan kepada Zon Sepuluh. Sejak itu, alat letupan tersebut dinamakan 'B.O.M.B' sempena huruf pertama empat orang yang menciptanya serta digunakan oleh pihak berkuasa dan tentera sehingga kini." kata Ainul dengan panjang lebar. Aku hanya terpegun apabila mendengarnya.

                             Rasanya lain kalilah kamu berdua bersembang. Tengok di sana. Tentera Guardiont dah berjaya mara ke sini. Baik kamu bersedia cepat." Endy mencelah lalu terus setkan B.O.M.Bnya kepada jenis normal lalu melontarkannya ke arah salah satu tentera Guardiont yang bergerak ke arah kami dan menyebabkan 6 dari mereka terlempar jauh. Ada juga yang rangka mereka dah patah.

                        "Fuh, nyaris. Baiklah, Ainul, terus mara dan gunakan pedang laser untuk libas sahaja mereka supaya mereka jauh dari kawasan ni. Endy, teruskan kerja mengebom, nah awak ambillah simpanan B.O.M.B saya."  kataku, lalu meletakkan simpanan B.O.M.B kepunyaanku ke pinggang Endy. Lalu, aku pun cuba berenang ke arah Ainul, kemudian mengambil pedang laserku lalu menikam salah satu tentera Guardiont. Selepas itu, aku memasang mod booster pada sut menyelamku lalu terus mengambil beberapa B.O.M.B hasil ciptaanku sendiri yang boleh diselaraskan kepada jenis elektrik.

                          Kemudian, aku terus berenang ke bawah kawasan tentera Guardiont bergerak. Lalu, aku selaraskan B.O.M.B kepada jenis elekrik lalu melontarkannya kepada sekumpulan robot kepunyaan Lembaga Rahsia ataupun Guardiont. Kemudian, "BZZZZTT!" beberapa tentera Guardiont terus berhenti bergerak lalu tenggelam kerana kejutan elektrik dari B.O.M.B tersebut. Tetapi, banyak lagi yang belum disingkirkan.

                  "Hazwan, Hazwan, HAZWAN! Ini saya, Fadzlih. Sekarang pusat bandar mengalami masalah kekurangan oksigen. Tolong beritahu tentang perkara ni kepada Presiden Rasmah. Cepat!" Tiba-tiba Fadzlih mengatakan sesuatu yang akan menyebabkan Zon Duabelas hilang untuk kali kedua melalui alat komunikasi dalam sut menyelam. Ainul pula terus bergerak ke arahku.
      
                     "Jeneral, s..saya tak boleh. Mereka, maksud saya kesemua Guardiont tu terlalu banyak. Saya dah meletakkan B.O.M.B di tempat mereka, t-tapi simpanan saya dah habis. Apa arahan awak yang seterusnya? tanya Ainul yang dalam keadaan yang kepenatan. Aku hanya senyap lalu terus patah balik ke makmal Professor Azad Izz dan terus berlari ke tempat Atika dan Syazriana serta Presiden sedang menunggu.

                   "Hazwan, bukannya awak sepatutnya lindungi di luar kawasan makmal ni ke?"  tanya Syazriana. Aku hanya diam, lalu menaip 'sekarang Zon Duabelas kekurangan oksigen' di komputer makmal dan tunjukkannya pada semua orang melalui skrin. Semua orang terkejut apabila melhat apa yang aku taip di skrin, kecuali Presiden Rasmah.

                 "Jadi Zon Duabelas mengalami kekurangan oksigen? Baiklah, saya faham. Pegawai Imad, jalankan Operasi 78." kata Presiden Rasmah dengan tenang. Kami hairan. Apa maksud di sebalik 'Operasi 78' itu?

              "Presiden pasti tentang ni? Tapi rakyat belum bersedia akan operasi tersebut dan apa rakyat akan kata apabila operasi ni dijalankan nanti?" kata Pegawai Imad pula.

             "Ya, saya tahu. Tapi, kita terpaksa lakukannya juga. Mulakan operasi ti sekarang. Jeneral Hazwan, kalau boleh bantu dia." Lalu, Pegawai Imad terus menaip sesuatu yang terlalu laju dan menekan butang merah besar yang muncul selepas dia menaip dengan lajunya.

               Selepas itu, tiba-tiba gegaran dapat dirasai. Bukan sahaja kami, tapi seluruh Zon Duabelas. Aku terus berlari di hadapan pintu dan aku terkejut apabila melihat apa yang sedang berlaku. Zon Duabelas sedang terapung naik ke atas!

           "Sekarang saya dah faham. Operasi 78 adalah tindakan mengapungkan semula Zon Duabelas jika kekurangan oksigen di pusat bandar, betul tak?" tanya Atika. Presiden Rasmah tersenyum lalu mengangguk.

             Selepas itu, zon tersebut telah terapung semula sepenuhnya dan terapung di sebelah Pulau Honolulu? Jadi lokasi Zon Duabelas adalah di tengah Pulau Honolulu dan Zon Sepuluh? Entahlah.

           "Tengok, itu pulau Honolulu." kata Fazirah, selepas kami menanggalkan sut menyelam. Kelihatan Fadzlih dan Iffa sedang memberitahu  Presiden Rasmah bahawa semua dalam keadaan yang selamat.

          "Baiklah, semua ahli Guide Tour, dengar sini. Sekarang kita bukan lagi berkhidmat untuk Lembaga Rahsia. Mulai sekarang, kita akan cuba halang Datuk Isyraf musnahkan tempat tinggal kita. Kita akan dibantu oleh Zon Sembilan dan Zon Duabelas. Faham?" kataku sebagai jeneral yang berbibawa.

           Lalu, kesemua mereka tabik, menandakan bahawa mereka sudah faham. Tiba-tiba, alat komunikasi kepunyaan Pegawai Imad berbunyi dengan kuatnya lalu mengeluarkan suara yang dalam keadaan yang cemas.

            "Kami dari Pasukan Hijau Zon Duabelas. Sekarang ni kami sedang terperangkap dalam Pulau Honolulu bersama dengan rakan-rakan yang lain, termasuk Professor Azad Izz." Kemudian, komunikasi pun terputus.

         "Baiklah, sekarang masa untuk Perang Honolulu dimulakan dengan rasminya-!" kata Syazriana. Lalu, kami terus menaiki bot khas ke Pulau Honolulu.

                "Nanti, Hazwan. Sebelum awak pergi.." kata Atika dengan tergagap-gagap.

            "Ada apa?"  tanyaku. Selepas itu, tiba-tiba Atika mencium pipi kiriku. Mukaku tiba-tiba merah pada masa yang sama. Fadzlih dan Iffa ketawa terkekek-kekek, diikuti oleh Ainul, Endy, Fazirah, dan yang lain. Kemudian, dia memberikan lencana Puteri kepunyaannya kepadaku, lalu terus berundur ke belakang. 

              "Tolong hati-hati. Sebenarnya, ss..saya suka akan awak sejak kali kita berjumpa." kata Atika lagi. Tidak lama kemudian, bot kami terus bergerak. Aku ternampak Presiden Rasmah dan Atika melambai kami.

              "Hazwan, sejak bila awak berjumpa dengan Puteri Zon Sembilan tu?" tanya Iffa selepas itu.

              "Panjang ceritanya, kalau aku cerita korang ketawa nanti." balasku.

              "Ala, cerita sajalah. Kami janji kami tidak ketawa." kata Fadzlih pula.

              Lalu, aku pun ceritakan segalanya, bagaimana aku bertentang mata dengan Puteri Atika dengan begitu panjang, termasuk babak aku terpegang payudara dia pun aku ceritakan sekali! Apabila aku ceritakan part tu, mereka berdua ketawa besar.

               "Tak sangka awak dah gatal, ya Hazwan." kata Iffa lagi.

               "Hei, mana ada! Saya tak sengajalah!" balasku dengan muka kemerahan.

          "Sekarang saya tahu bagaimana Hazwan dan Atika suka satu sama lain. Hahaha." kata Fadzlih lalu ketawa besar.

                "Jadi, awak rancang apa dengan dia selepas semua ni berakhir?" tanya Ainul. 

           "Entahlah. Mungkin tengok wayang. Ataupun, saya tak ada idealah. Baik saya habiskan pelajaran di Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat dahulu. Baru bercinta." kataku dengan tenang. Tanpa kami sedari, kami makin jauh dari Zon Duabelas. Kami ternampak dua helikopter kepunyaan Lembaga Rahsia sedang mendarat di Pulau Honolulu.

                 Semasa perjalanan, aku hanya diam. Air mataku menitis sendiri dan tanpa aku sedari, aku kata sesuatu yang tidak dijangka, iaitu, "Saya pun suka akan awak, Puteri Atika." Kemudian, aku melihat lencana Puteri yang Atika kepada aku.

#5 : Zon Duabelas







        "Zon Dua Belas? Saya ingatkan zon tu dah tenggelam." kata Fadzlih. Aku dan Iffa mengangguk, setuju terhadap apa yang Fadzlih katakan, tetapi Atika hanya diam, sambil memandang di luar lalu membuka pintu kapal terbang yang kami serta mereka naiki. Buka sahaja, kelihatan seorang wanita 30-an, memakai pakaian seperti seorang Padawan dalam filem kegemaranku, iaitu Star Wars, sedang tunduk di hadapan kami, diikuti oleh dua perempuan di kiri dan kanannya.
                "Selamat datang ke Zon Dua Belas. Saya Rasmah, Presiden untuk bandar di bawah perairan Pulau Bandar Kuala Lumpur ni. Ada apa yang boleh saya bantu?" kata Rasmah, ataupun seorang Presiden untuk 'daerah Zon Dua Belas yang hilang dari radar.'
             "Kami hendak jumpa dengan Professor Azad Izz. Dia ada tak?" tanya Syazriana. Presiden Rasmah mengangguk lalu menyuruh kedua-dua pengawalnya membawa kami ke tempat Professor Azad Izz, seorang genius yang langsung aku tidak kenal. Semasa mereka membawa kami, aku dan Fadzlih terpegun melihat pemandangan Zon Duabelas yang kini berada di dasar laut. Zon Duabelas seperti Zon Lapan, iaitu bandar metropolis serta penuh dengan bangunan-bangunan yang mencakar langit. Maaf, maksud aku, mencakar lautan. Hehehe. Nampak salah  bahasa aku di situ.
            Selepas beberapa minit, kami tiba di hadapan sebuah bangunan seperti sebuah kedai antik yang terdapat di Zon Lapan. Tetapi, ia lebih daripada itu. Apabila Presiden Rasmah menepuk tangan di hadapan bangungan tersebut sebanyak empat kali, tiba-tiba laluan tiub yang kami gunakan terus naik ke atas lalu bertukar menjadi sebuah tiub yang bergerak. Laluan tiub tersebut tersebut terus bergerak sehingga benda tersebut berhenti di sebuah satu lagi bangunan tetapi bangunan tersebut terapung. Lalu, tiub yang kami gunakan tersebut terus bersambung dengan pintu bangunan tersebut.
            "Kita dah sampai di makmal Professor Azad Izz. Silakan masuk dan jangan sentuh apa-apa." kata salah satu pengawal Presiden Rasmah. Lalu , aku, Atika, Fadzlih, Iffa serta yang lain memasuki makmal professor tersebut dengan perlahan-lahan. Keseluruhan makmalnya penuh dengan rangka haiwan zaman prasejarah, terutamanya rangka kepala Tyranosaurus.
         Selepas itu, kami telah tiba di kawasan paling dalam makmal tersebut. Aku terkejut apabila melihat banyak komputer disekitar kawasan paling dalam makmal. Rasanya bukan sahaja Professor Azad Izz sahaja yang menggunakan makmal ini.
         "Seperti yang kamu semua tengok, makmal ni adalah kepunyaan Lembaga Rahsia dua tahun sebelum virus Xeroc Amphere ini merebak. Professor Azad Izz serta pasukannya telah berjaya menemui vaksin untuk virus ini, tetapi kajian mereka dihentikan serta merta oleh kerajaan kerana kajian mereka telah menyebabkan bentuk muka bumi di Zon Duabelas sekarang ni menjadi tidak teratur, menyebabkan zon tersebut tenggelam. Hasil kajian mereka pula telah diambil oleh Lembaga Rahsia."  kata Atika. Nampaknya dia memang tahu mengenai Lembaga berbanding aku.
        "Selepas zon kami tenggelam, mulanya kami tinggal di Veilmar Road yang terletak di perairan pangkalan tentera Zon Sepuluh. Tetapi, hasil kebijaksanaan rakyat kami, kami berjaya membina semula Zon Duabelas di bawah Laut China Selatan." kata Presiden Rasmah pula.
       "Jadi, mana Professor Azad Izz sekarang?" tanyaku. Atika, Syazriana, dan Presiden Rasmah hanya senyap. Aku hairan? Apa sebenarnya yang dah berlaku terhadap professor genius tersebut?
          "D...di..dia dah hilang sebentar tadi, sebelum kamu semua hendak berjumpa dengan dia." kata Presiden Rasmah dengan perlahan.
           "Apa? Di mana pula dia hilang" tanya Endy.
       "Kami tidak pasti. Buat masa ini pasukan hijau Zon Duabelas sedang mencari professor tersebut. Tapi kami langsung tidak tahu dia ada di mana sekarang." kata Presiden Rasmah lagi.
        "Jangan cakap professor tu hendak ke Pulau Honolulu." kata Iffa pula. Pada masa yang sama juga, tiba-tiba skrin besar di makmal tersebut mengaktifkan panggilan video dan panggilan tersebut dilakukan oleh orang yang sedang diumpat sekarang ini.
       "D..datuk Isyraf?" kataku. Aku ternampak Datuk Isyraf berada di pejabatnya semasa dia mengaktifkan panggilan video tersebut. Aku ingatkan beliau dah mungkin mati semasa Zon Sembilan menyerang Pulau Galliont!
          "Apa khabar? Presiden Rasmah dan pasukan Perang Honolulu dari Zon Sembilan dan Lembaga Rahsia? Saya mengaktifkan panggilan video ini bukan untuk kamu semua, tetapi khas untuk Jeneral Hazwan. Oh, ya, Jeneral, sila tengok apa yang dah berlaku terhadap dua orang yang awak sayang selama ni."
         Kemudian, isyarat panggilan video diubah dan kami ternampak Pengetua Yveish dan bapaku, Nazri Belpois, sedang diikat dengan tali yang penuh dengan caj elektrik. Jika cuba menggigitnya, seseorang yang diikat dengan tali elektrik tersebut akan terkena kejutan ataupun renjatan, kalau bertuah. Tidak lama kemudian, muka Datuk Isyraf dapat dilihat semula selepas tiba-tiba talian terputus.
         "Sekarang kamu dah nampak bagaimana keadaan kedua-dua orang yang kamu sayang selama ni, kan? Dengar sini. Kalau nak mereka selamat, pastikan kamu berlawan pedang laser dengan saya di Pulau Honolulu semasa perang tu bermula nanti. Oh, satu lagi, kali ni kamu dan rakan-rakan yang lain bukan Jeneral untuk Lembaga Rahsia nanti. Lagipun kami dah hantar satu angkatan Guardiont untuk 'jemput' kamu semua. Hahahahaha." Selepas itu, kami terkejut mendengar satu letupan dari luar.
          Pada masa yang sama, salah satu pengawal pintu masuk Zon Duabelas tiba di bahagian paling dalam makmal tersebut, tempat kami berada sekarang ini. Presiden Rasmah terus bercakap dengan pengawal pintu masuk tersebut, tetapi yang peliknya, mereka bercakap dalam keadaan yang berbisik.
        "Ada berita buruk. Tentera Guardiont kepunyaan Lembaga Rahsia telah menceroboh kawasan bandar utama Zon Duabelas beberapa minit yang lalu dan mereka sedang menuju ke sini." kata Presiden Rasmah selepas itu.
       Aku hanya senyap. Datuk Isyraf cuba menghancurkan Zon Duabelas, makmal Professor Azad Izz,   dan kami. Aku takkan biarkan benda gila ni berlaku.
        "Fadzlih, Iffa, pergi ke pusat bandar dan pastikan semua penduduk Zon Duabelas dah masuk ke rumah mereka masing-masing. Ainul dan Endy, tolong backup saya semasa halang tentera Guardiont dari memasuki makmal ni. Fazirah dan yang lain termasuk Atika, tinggal di sini untuk masukkan semua data yang ada dalam makmal ni sebagai maklumat mengenai virus ni. Cepat! Kita takkan biarkan Zon Duabelas hilang untuk kali kedua." kataku dengan tegas. Lalu, Fadzlih dan Iffa segera keluar dari makmal tersebut melalui pintu kecemasan.
        "Di pintu kecemasan ada beberapa sut menyelam khas untuk pihak berkuasa di sini. Awak boleh gunakannya semasa berperang di luar nanti." kata Presiden Rasmah.
      "Satu lagi, B.O.M.B jenis flammable dan dimensional tidak boleh digunakan dalam laut. Jadi awak boleh gunakan jenis biasa sahaja." kata Syazriana pula.
         Aku mengangguk. Lalu, aku, Ainul, dan Endy segera berlari ke pintu kecemasan.

#4 : Honolulu






Semasa dalam kapal terbang tersebut, aku dan Fadzlih sibuk bercakap mengenai bagaimana rupa Pulau Honolulu tersebut, kerana kerajaan tidak membenarkan mana-mana orang awam untuk ke pulau tersebut. Selain itu juga, Pulau Honolulu dikategorikan sebagai  pulau bermisteri di Pulau Bandar Kuala Lumpur.

            Iffa, Juliano, dan ahli-ahli Guide Tour yang lain pula sedang dibuai mimpi. Maklumlah, perjalanan dari Pulau Galliont ke Pulau Honolulu mengambil masa tiga jam. Datuk Isyraf, Pengetua Yveish, serta bapaku, Nazri Belpois, masih berada di Pulau Galliont. Ada urusan katanya. Beberapa Guardiont pula dalam keadaan 'deactive' dan hanya hidup apabila tiba di Pulau Honolulu nanti.

                "Hei, tidurlah bro. Sampai ke pulau tu nanti, benda tu akan jadi peristiwa yang tidak awak lupakan." kata Fadzlih lalu bergerak ke Bilik Hibernasi. Aku hanya tersenyum lalu mengikut Fadzlih. 

****

"Huargghhh..." Aku bangun dahulu sebelum Fadzlih dan yang lain. Aku tertanya-tanya jika kami telah tiba di Pulau Honolulu. Lalu, aku menekan butang Peta Hologram dan aku mendapati bahawa kapal terbang yang kami naiki belum tiba lagi. Baru melalui Perairan Zon Empat. "Bilalah nak sampai? Rasanya dah macam satu hari aku dah hibernasi." kataku sendiri.

                  Tiba-tiba, alat komunikasi berhampiran katil hibernasiku berbunyi dengan kuat sekali, membuatkan katil hibernasi Fadzlih dan yang lain terbuka sendiri, diikuti oleh asap putih ataupun oksigen, kemudian menyebabkan yang lain bangun. "Bunyi apa yang bising sangat tu?" tanya Ainul. Aku menunding jari ke arah alat komunikasi tersebut.

                      Kemudian, Ainul segera menekan butang biru muda pada alat komunikasi tersebut. Bunyi seperti terputus talian dari walkie-talkie mula keluar. Dan, kami dapat mendengar suara dari Pengetua Yveish.

                     "Ini Yveish Lavanir, pengetua di Kolej Teknologi Perubatan di Zon Empat. Kepada kesemua ahli Perang Honolulu, kami di Pulau Galliont, atau Sektor B sedang diserang oleh Zon Sembilan, iaitu musuh kamu semasa Perang di Pulau Honolulu nanti. Tolong patah balik atau--"  Tiba-tiba, kami terputus hubungan dengan Pengetua Yviesh. Kami saling memandang sesama lain. 

                           "Kita kena patah balik!" kataku dengan cemas.

                          "Tapi kapal terbang ni dah disetkan supaya ke Pulau Honolulu. Kita tak boleh patah balik." balas Endy dengan tenang. Aku terus geram terhadap apa yang Endy katakan lalu menolaknya ke dinding kapal tersebut.

                        "Masalahnya sekarang ayah saya ada di sana! TAK FAHAM LAGI KE?" Aku berkata dengan geram, lalu bergerak ke pintu kapal terbang dan membukanya. Iffa dan Fadzlih cuba menahanku, tetapi gagal apabila angin dari luar menolak mereka jauh dari aku.

                        "Tolong bertenang, Hazwan. Kalau mereka serang Pulau Galliont, mereka mesti akan menahan orang di dalamnya kemudian bawa mereka ke Pulau Honolulu. Kita akan selamatkan mereka di sana nanti, ok?" kata Fadzlih, sambil menarik tanganku dengan perlahan-lahan. Aku hanya terdiam. Aku berjaya ditarik lalu aku disuruh duduk oleh Fadzlih. Iffa pula menekan suis tutup pintu kapal terbang tersebut.

                "BZZZTT! KAPAL TERBANG FALCON E-3 AKAN MENDARAT DI PULAU HONOLULU SEBENTAR SAHAJA LAGI. SILA BERSEDIA UNTUK TEMPOH PENDARATAN MENGEJUT." Aku kehairanan apabila mendengar pengunguman dari kokpit kapal terbang tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan pendaratan mengejut? Kelihatan kesemua Guide Tour memasang beg payung terjun dibelakang mereka. 

                 "Ermm.. aa...apa yang dimaksudkan dengan 'pendaratan mengejut'? Kita baru sahaja berada di tengah laut." tanya Iffa. Ainul dan Endy ketawa terbahak-bahak apabila Iffa tanya akan soalan begitu.

                     "Dah, dahlah tu, jangan ketawakan mereka. Pendaratan mengejut adalah kesemua tentera, ehem, dan juga kita akan ke Pulau Honolulu melalui pendaratan kecemasan. Cuma, mungkin adalah orang tu yang cadangkan pendaratan ni dikenali sebagai 'pendaratan mengejut'." kata Fazirah dengan tenang. Kami hanya ternganga apabila kami mendengar penjelasan dari Fazirah/

                        "Cepat pasang itu payung terjun." kata Chieng pula dalam bahasa Melayunya yang agak berterabur sedikit. Tidak lama kemudian, pintu bahagian belakang kapal terbang tersebut terbuka. Kemudian, apa lagi, kami pun terus terjun!

                  "Warghh! Mana butang payung terjun pula ni!" tanya Iffa dalam keadaan yang ketakutan. Aku dan Fadzlih hanya tersenyum sambil ketawa dengan perlahan. Lalu, kami menarik tali berwarna merah di bahagian bahu kanan dan bukan payung terjun yang keluar, tetapi beg payung terjun kami bertukar menjadi jetpack.

                              "Fazirah! Awak tak kata pun yang beg ni sebenarnya sebuah jetpack!" jeritku.

                              "Kalau saya beritahu, nanti awak tak nak turun dari kapal terbang tu!" balas Fazirah dengan geram. Tiba-tiba, kami ternampak beberapa lembaga di hadapan kami. Berdasarkan penglihatan, kami ternampak beberapa orang membawa CP-10, iaitu sarung tangan yang telah dicipta menjadi senjata seperti pistol dan lencana yang memang kami kenal. Itu adalah tentera dari Zon Sembilan!

                            "SEMUA BERLINDUNG! MUSUH ADA DI HADAPAN. Ainul, terbang ke sebelah saya dengan dua Guardiont. Yang lain, lindungi kami dari belakang! Cepat, ini adalah arahan pertama Jeneral!" jeritku dengan tegas. Lalu, Ainul terus bergerak ke sebelahnya dengan dua tentera Guardiont. Kemudian, dia mengarahkan kedua-dua tentera tersebut menembak sasaran yang melindungi Jeneral Zon Sembilan, ataupun Puteri.

                               Semasa aku mensasarkan ke arah Kapal Terbang kepunyaan Zon Sembilan, tiba-tiba aku dilanggar oleh salah satu tentera dari zon tersebut, menyebabkan jetpack kepunyaanku mengalami kerosakan lalu terjatuh di laut.

                                "Tuan Puteri, sasaran dah disingkirkan. Mahukah Puteri tengok siapa yang puteri terlanggar ni?" Aku ternampak seorang perempuan yang memakai kaca mata biru tua sedang menegur seorang lagi perempuan ataupun Jeneral berdasarkan pakaian Jeneral yang dipakainya. Tetapi perempuan tersebut memakai topeng muka.

                                       "Syazriana, tolong buka topeng muka saya ni. Panas sangat. Rimas." kata perempuan itu. Lalu, pembantu perempuannya, atau Syazriana, membuka topeng muka perempuan tersebut. Melihat sahaja mukanya, aku terkejut kerana muka tersebut memang aku kenal. Dia adalah..

                                      "A..Atika? Tapi, m..macam mana?" tanyaku dengan perasaan yang hairan. 

                                       "Banyak yang awak tak tahu tentang saya. Saya adalah Puteri ataupun Jeneral untuk pasukan tentera di Zon Sembilan. Saya dengar, awak jeneral untuk tentera kepunyaan Lembaga Rahsia, betul tak?" tanya Atika pula. Aku hanya mengangguk. Lalu, dia terus melihat mukaku dengan teliti.

                                   "Baiklah, awak dengar sini. Kita tak akan berperang di Pulau Honolulu. Saya mengarahkan awak supaya ikut kami ke tempat yang memang tahu selama ini. Kita takkan ke pulau tak guna tu." kata Atika lagi. Syazriana kehairan mendengar kata-kata dari Atika.

                                    "T..tapi Tuan Puteri. Bukannya mereka musuh kita?" kata Syazriana pula. Atika hanya diam, tidak membalas kata Syazriana. "Diam. Awak hanya pengawal saya. Arahkan Fareez dan Adib supaya kawal pasukan dari Lembaga Rahsia, jangan biarkan mereka terlepas, kecuali kesemua Guardiont kepunyaan mereka." balas Atika lalu memberikan isyarat supaya berundur.

                                      "Oh, satu lagi. Syazriana, bawa dia. Dia adalah tetamu penting kita." kata Atika. Syazriana hanya akur lalu mengangkatku ke atas kapal terbang kepunyaan zon mereka. Aku ternampak Iffa, Fadzlih, dan yang lain kehairanan apabila mereka disuruh oleh Fareez dan Adib supaya mengikuti mereka.

                                        Tapi, ada satu soalan yang bermain-main di fikiranku selama ini. Apakah tempat yang dimaksudkan oleh Atika? Sedangkan di Pulau Bandar Kuala Lumpur, hanya ada sebelas Zon sahaja yang ada. Zon Duabelas pula, telah tenggelam akibat keadaan muka bumi yang tidak stabil di zon tersebut. Sebab itu Zon Duabelas telah hilang dari peta, mahupun Peta Dunia. Padahal tempat kami terletak di luar Lingkaran Api Pasifik.

                                         Entahlah. Lalu, kami semua dibawa ke kapal terbang kepunyaan Zon Sembilan. Adakah Perang Honolulu ini berakhir dengan sekejap sahaja dengan Zon Sembilan sebagai pemenang yang rasmi, padahal perang pun belum bermula lagi. Lalu, kapal terbang tersebut pun terus terbang tetapi yang peliknya, kapal terbang tersebut terus menyelam masuk ke dalam Laut China Selatan.

                                          Pada masa yang sama juga, aku ternampak beberapa cahaya yang berkilauan di dasar lautan tersebut. Kemudian, kapal terbang tersebut terus memasuki sebuah bangunan di dasar lautan. Bangunan tersebut merupakan tempat di mana kesemua kapal terbang perang disembunyikan.

                                         Lalu, Atika serta Syazriana dan yang lain menyapa kami dengan mesra lalu berkata,

                                        "Selamat datang ke Zon Dua Belas."

- TO BE CONTINUED-

Maaflah kalau tiada babak Hunger Games di sini sebab aku dah tak ada idea dah nak menulis ni. Ye lah, keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga hendak diambil tidak lama lagi, jadi babak seterusnya mungkin aku lambat publish.

Sekali lagi, minta maaf atas kesulitan. Ceh!