#4 : Honolulu






Semasa dalam kapal terbang tersebut, aku dan Fadzlih sibuk bercakap mengenai bagaimana rupa Pulau Honolulu tersebut, kerana kerajaan tidak membenarkan mana-mana orang awam untuk ke pulau tersebut. Selain itu juga, Pulau Honolulu dikategorikan sebagai  pulau bermisteri di Pulau Bandar Kuala Lumpur.

            Iffa, Juliano, dan ahli-ahli Guide Tour yang lain pula sedang dibuai mimpi. Maklumlah, perjalanan dari Pulau Galliont ke Pulau Honolulu mengambil masa tiga jam. Datuk Isyraf, Pengetua Yveish, serta bapaku, Nazri Belpois, masih berada di Pulau Galliont. Ada urusan katanya. Beberapa Guardiont pula dalam keadaan 'deactive' dan hanya hidup apabila tiba di Pulau Honolulu nanti.

                "Hei, tidurlah bro. Sampai ke pulau tu nanti, benda tu akan jadi peristiwa yang tidak awak lupakan." kata Fadzlih lalu bergerak ke Bilik Hibernasi. Aku hanya tersenyum lalu mengikut Fadzlih. 

****

"Huargghhh..." Aku bangun dahulu sebelum Fadzlih dan yang lain. Aku tertanya-tanya jika kami telah tiba di Pulau Honolulu. Lalu, aku menekan butang Peta Hologram dan aku mendapati bahawa kapal terbang yang kami naiki belum tiba lagi. Baru melalui Perairan Zon Empat. "Bilalah nak sampai? Rasanya dah macam satu hari aku dah hibernasi." kataku sendiri.

                  Tiba-tiba, alat komunikasi berhampiran katil hibernasiku berbunyi dengan kuat sekali, membuatkan katil hibernasi Fadzlih dan yang lain terbuka sendiri, diikuti oleh asap putih ataupun oksigen, kemudian menyebabkan yang lain bangun. "Bunyi apa yang bising sangat tu?" tanya Ainul. Aku menunding jari ke arah alat komunikasi tersebut.

                      Kemudian, Ainul segera menekan butang biru muda pada alat komunikasi tersebut. Bunyi seperti terputus talian dari walkie-talkie mula keluar. Dan, kami dapat mendengar suara dari Pengetua Yveish.

                     "Ini Yveish Lavanir, pengetua di Kolej Teknologi Perubatan di Zon Empat. Kepada kesemua ahli Perang Honolulu, kami di Pulau Galliont, atau Sektor B sedang diserang oleh Zon Sembilan, iaitu musuh kamu semasa Perang di Pulau Honolulu nanti. Tolong patah balik atau--"  Tiba-tiba, kami terputus hubungan dengan Pengetua Yviesh. Kami saling memandang sesama lain. 

                           "Kita kena patah balik!" kataku dengan cemas.

                          "Tapi kapal terbang ni dah disetkan supaya ke Pulau Honolulu. Kita tak boleh patah balik." balas Endy dengan tenang. Aku terus geram terhadap apa yang Endy katakan lalu menolaknya ke dinding kapal tersebut.

                        "Masalahnya sekarang ayah saya ada di sana! TAK FAHAM LAGI KE?" Aku berkata dengan geram, lalu bergerak ke pintu kapal terbang dan membukanya. Iffa dan Fadzlih cuba menahanku, tetapi gagal apabila angin dari luar menolak mereka jauh dari aku.

                        "Tolong bertenang, Hazwan. Kalau mereka serang Pulau Galliont, mereka mesti akan menahan orang di dalamnya kemudian bawa mereka ke Pulau Honolulu. Kita akan selamatkan mereka di sana nanti, ok?" kata Fadzlih, sambil menarik tanganku dengan perlahan-lahan. Aku hanya terdiam. Aku berjaya ditarik lalu aku disuruh duduk oleh Fadzlih. Iffa pula menekan suis tutup pintu kapal terbang tersebut.

                "BZZZTT! KAPAL TERBANG FALCON E-3 AKAN MENDARAT DI PULAU HONOLULU SEBENTAR SAHAJA LAGI. SILA BERSEDIA UNTUK TEMPOH PENDARATAN MENGEJUT." Aku kehairanan apabila mendengar pengunguman dari kokpit kapal terbang tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan pendaratan mengejut? Kelihatan kesemua Guide Tour memasang beg payung terjun dibelakang mereka. 

                 "Ermm.. aa...apa yang dimaksudkan dengan 'pendaratan mengejut'? Kita baru sahaja berada di tengah laut." tanya Iffa. Ainul dan Endy ketawa terbahak-bahak apabila Iffa tanya akan soalan begitu.

                     "Dah, dahlah tu, jangan ketawakan mereka. Pendaratan mengejut adalah kesemua tentera, ehem, dan juga kita akan ke Pulau Honolulu melalui pendaratan kecemasan. Cuma, mungkin adalah orang tu yang cadangkan pendaratan ni dikenali sebagai 'pendaratan mengejut'." kata Fazirah dengan tenang. Kami hanya ternganga apabila kami mendengar penjelasan dari Fazirah/

                        "Cepat pasang itu payung terjun." kata Chieng pula dalam bahasa Melayunya yang agak berterabur sedikit. Tidak lama kemudian, pintu bahagian belakang kapal terbang tersebut terbuka. Kemudian, apa lagi, kami pun terus terjun!

                  "Warghh! Mana butang payung terjun pula ni!" tanya Iffa dalam keadaan yang ketakutan. Aku dan Fadzlih hanya tersenyum sambil ketawa dengan perlahan. Lalu, kami menarik tali berwarna merah di bahagian bahu kanan dan bukan payung terjun yang keluar, tetapi beg payung terjun kami bertukar menjadi jetpack.

                              "Fazirah! Awak tak kata pun yang beg ni sebenarnya sebuah jetpack!" jeritku.

                              "Kalau saya beritahu, nanti awak tak nak turun dari kapal terbang tu!" balas Fazirah dengan geram. Tiba-tiba, kami ternampak beberapa lembaga di hadapan kami. Berdasarkan penglihatan, kami ternampak beberapa orang membawa CP-10, iaitu sarung tangan yang telah dicipta menjadi senjata seperti pistol dan lencana yang memang kami kenal. Itu adalah tentera dari Zon Sembilan!

                            "SEMUA BERLINDUNG! MUSUH ADA DI HADAPAN. Ainul, terbang ke sebelah saya dengan dua Guardiont. Yang lain, lindungi kami dari belakang! Cepat, ini adalah arahan pertama Jeneral!" jeritku dengan tegas. Lalu, Ainul terus bergerak ke sebelahnya dengan dua tentera Guardiont. Kemudian, dia mengarahkan kedua-dua tentera tersebut menembak sasaran yang melindungi Jeneral Zon Sembilan, ataupun Puteri.

                               Semasa aku mensasarkan ke arah Kapal Terbang kepunyaan Zon Sembilan, tiba-tiba aku dilanggar oleh salah satu tentera dari zon tersebut, menyebabkan jetpack kepunyaanku mengalami kerosakan lalu terjatuh di laut.

                                "Tuan Puteri, sasaran dah disingkirkan. Mahukah Puteri tengok siapa yang puteri terlanggar ni?" Aku ternampak seorang perempuan yang memakai kaca mata biru tua sedang menegur seorang lagi perempuan ataupun Jeneral berdasarkan pakaian Jeneral yang dipakainya. Tetapi perempuan tersebut memakai topeng muka.

                                       "Syazriana, tolong buka topeng muka saya ni. Panas sangat. Rimas." kata perempuan itu. Lalu, pembantu perempuannya, atau Syazriana, membuka topeng muka perempuan tersebut. Melihat sahaja mukanya, aku terkejut kerana muka tersebut memang aku kenal. Dia adalah..

                                      "A..Atika? Tapi, m..macam mana?" tanyaku dengan perasaan yang hairan. 

                                       "Banyak yang awak tak tahu tentang saya. Saya adalah Puteri ataupun Jeneral untuk pasukan tentera di Zon Sembilan. Saya dengar, awak jeneral untuk tentera kepunyaan Lembaga Rahsia, betul tak?" tanya Atika pula. Aku hanya mengangguk. Lalu, dia terus melihat mukaku dengan teliti.

                                   "Baiklah, awak dengar sini. Kita tak akan berperang di Pulau Honolulu. Saya mengarahkan awak supaya ikut kami ke tempat yang memang tahu selama ini. Kita takkan ke pulau tak guna tu." kata Atika lagi. Syazriana kehairan mendengar kata-kata dari Atika.

                                    "T..tapi Tuan Puteri. Bukannya mereka musuh kita?" kata Syazriana pula. Atika hanya diam, tidak membalas kata Syazriana. "Diam. Awak hanya pengawal saya. Arahkan Fareez dan Adib supaya kawal pasukan dari Lembaga Rahsia, jangan biarkan mereka terlepas, kecuali kesemua Guardiont kepunyaan mereka." balas Atika lalu memberikan isyarat supaya berundur.

                                      "Oh, satu lagi. Syazriana, bawa dia. Dia adalah tetamu penting kita." kata Atika. Syazriana hanya akur lalu mengangkatku ke atas kapal terbang kepunyaan zon mereka. Aku ternampak Iffa, Fadzlih, dan yang lain kehairanan apabila mereka disuruh oleh Fareez dan Adib supaya mengikuti mereka.

                                        Tapi, ada satu soalan yang bermain-main di fikiranku selama ini. Apakah tempat yang dimaksudkan oleh Atika? Sedangkan di Pulau Bandar Kuala Lumpur, hanya ada sebelas Zon sahaja yang ada. Zon Duabelas pula, telah tenggelam akibat keadaan muka bumi yang tidak stabil di zon tersebut. Sebab itu Zon Duabelas telah hilang dari peta, mahupun Peta Dunia. Padahal tempat kami terletak di luar Lingkaran Api Pasifik.

                                         Entahlah. Lalu, kami semua dibawa ke kapal terbang kepunyaan Zon Sembilan. Adakah Perang Honolulu ini berakhir dengan sekejap sahaja dengan Zon Sembilan sebagai pemenang yang rasmi, padahal perang pun belum bermula lagi. Lalu, kapal terbang tersebut pun terus terbang tetapi yang peliknya, kapal terbang tersebut terus menyelam masuk ke dalam Laut China Selatan.

                                          Pada masa yang sama juga, aku ternampak beberapa cahaya yang berkilauan di dasar lautan tersebut. Kemudian, kapal terbang tersebut terus memasuki sebuah bangunan di dasar lautan. Bangunan tersebut merupakan tempat di mana kesemua kapal terbang perang disembunyikan.

                                         Lalu, Atika serta Syazriana dan yang lain menyapa kami dengan mesra lalu berkata,

                                        "Selamat datang ke Zon Dua Belas."

- TO BE CONTINUED-

Maaflah kalau tiada babak Hunger Games di sini sebab aku dah tak ada idea dah nak menulis ni. Ye lah, keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga hendak diambil tidak lama lagi, jadi babak seterusnya mungkin aku lambat publish.

Sekali lagi, minta maaf atas kesulitan. Ceh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan