"Zon Dua Belas? Saya ingatkan zon tu dah tenggelam." kata Fadzlih. Aku dan Iffa mengangguk, setuju terhadap apa yang Fadzlih katakan, tetapi Atika hanya diam, sambil memandang di luar lalu membuka pintu kapal terbang yang kami serta mereka naiki. Buka sahaja, kelihatan seorang wanita 30-an, memakai pakaian seperti seorang Padawan dalam filem kegemaranku, iaitu Star Wars, sedang tunduk di hadapan kami, diikuti oleh dua perempuan di kiri dan kanannya.
"Selamat datang ke Zon Dua Belas. Saya Rasmah, Presiden untuk bandar di bawah perairan Pulau Bandar Kuala Lumpur ni. Ada apa yang boleh saya bantu?" kata Rasmah, ataupun seorang Presiden untuk 'daerah Zon Dua Belas yang hilang dari radar.'
"Kami hendak jumpa dengan Professor Azad Izz. Dia ada tak?" tanya Syazriana. Presiden Rasmah mengangguk lalu menyuruh kedua-dua pengawalnya membawa kami ke tempat Professor Azad Izz, seorang genius yang langsung aku tidak kenal. Semasa mereka membawa kami, aku dan Fadzlih terpegun melihat pemandangan Zon Duabelas yang kini berada di dasar laut. Zon Duabelas seperti Zon Lapan, iaitu bandar metropolis serta penuh dengan bangunan-bangunan yang mencakar langit. Maaf, maksud aku, mencakar lautan. Hehehe. Nampak salah bahasa aku di situ.
Selepas beberapa minit, kami tiba di hadapan sebuah bangunan seperti sebuah kedai antik yang terdapat di Zon Lapan. Tetapi, ia lebih daripada itu. Apabila Presiden Rasmah menepuk tangan di hadapan bangungan tersebut sebanyak empat kali, tiba-tiba laluan tiub yang kami gunakan terus naik ke atas lalu bertukar menjadi sebuah tiub yang bergerak. Laluan tiub tersebut tersebut terus bergerak sehingga benda tersebut berhenti di sebuah satu lagi bangunan tetapi bangunan tersebut terapung. Lalu, tiub yang kami gunakan tersebut terus bersambung dengan pintu bangunan tersebut.
"Kita dah sampai di makmal Professor Azad Izz. Silakan masuk dan jangan sentuh apa-apa." kata salah satu pengawal Presiden Rasmah. Lalu , aku, Atika, Fadzlih, Iffa serta yang lain memasuki makmal professor tersebut dengan perlahan-lahan. Keseluruhan makmalnya penuh dengan rangka haiwan zaman prasejarah, terutamanya rangka kepala Tyranosaurus.
Selepas itu, kami telah tiba di kawasan paling dalam makmal tersebut. Aku terkejut apabila melihat banyak komputer disekitar kawasan paling dalam makmal. Rasanya bukan sahaja Professor Azad Izz sahaja yang menggunakan makmal ini.
"Seperti yang kamu semua tengok, makmal ni adalah kepunyaan Lembaga Rahsia dua tahun sebelum virus Xeroc Amphere ini merebak. Professor Azad Izz serta pasukannya telah berjaya menemui vaksin untuk virus ini, tetapi kajian mereka dihentikan serta merta oleh kerajaan kerana kajian mereka telah menyebabkan bentuk muka bumi di Zon Duabelas sekarang ni menjadi tidak teratur, menyebabkan zon tersebut tenggelam. Hasil kajian mereka pula telah diambil oleh Lembaga Rahsia." kata Atika. Nampaknya dia memang tahu mengenai Lembaga berbanding aku.
"Selepas zon kami tenggelam, mulanya kami tinggal di Veilmar Road yang terletak di perairan pangkalan tentera Zon Sepuluh. Tetapi, hasil kebijaksanaan rakyat kami, kami berjaya membina semula Zon Duabelas di bawah Laut China Selatan." kata Presiden Rasmah pula.
"Jadi, mana Professor Azad Izz sekarang?" tanyaku. Atika, Syazriana, dan Presiden Rasmah hanya senyap. Aku hairan? Apa sebenarnya yang dah berlaku terhadap professor genius tersebut?
"D...di..dia dah hilang sebentar tadi, sebelum kamu semua hendak berjumpa dengan dia." kata Presiden Rasmah dengan perlahan.
"Apa? Di mana pula dia hilang" tanya Endy.
"Kami tidak pasti. Buat masa ini pasukan hijau Zon Duabelas sedang mencari professor tersebut. Tapi kami langsung tidak tahu dia ada di mana sekarang." kata Presiden Rasmah lagi.
"Jangan cakap professor tu hendak ke Pulau Honolulu." kata Iffa pula. Pada masa yang sama juga, tiba-tiba skrin besar di makmal tersebut mengaktifkan panggilan video dan panggilan tersebut dilakukan oleh orang yang sedang diumpat sekarang ini.
"D..datuk Isyraf?" kataku. Aku ternampak Datuk Isyraf berada di pejabatnya semasa dia mengaktifkan panggilan video tersebut. Aku ingatkan beliau dah mungkin mati semasa Zon Sembilan menyerang Pulau Galliont!
"Apa khabar? Presiden Rasmah dan pasukan Perang Honolulu dari Zon Sembilan dan Lembaga Rahsia? Saya mengaktifkan panggilan video ini bukan untuk kamu semua, tetapi khas untuk Jeneral Hazwan. Oh, ya, Jeneral, sila tengok apa yang dah berlaku terhadap dua orang yang awak sayang selama ni."
Kemudian, isyarat panggilan video diubah dan kami ternampak Pengetua Yveish dan bapaku, Nazri Belpois, sedang diikat dengan tali yang penuh dengan caj elektrik. Jika cuba menggigitnya, seseorang yang diikat dengan tali elektrik tersebut akan terkena kejutan ataupun renjatan, kalau bertuah. Tidak lama kemudian, muka Datuk Isyraf dapat dilihat semula selepas tiba-tiba talian terputus.
"Sekarang kamu dah nampak bagaimana keadaan kedua-dua orang yang kamu sayang selama ni, kan? Dengar sini. Kalau nak mereka selamat, pastikan kamu berlawan pedang laser dengan saya di Pulau Honolulu semasa perang tu bermula nanti. Oh, satu lagi, kali ni kamu dan rakan-rakan yang lain bukan Jeneral untuk Lembaga Rahsia nanti. Lagipun kami dah hantar satu angkatan Guardiont untuk 'jemput' kamu semua. Hahahahaha." Selepas itu, kami terkejut mendengar satu letupan dari luar.
Pada masa yang sama, salah satu pengawal pintu masuk Zon Duabelas tiba di bahagian paling dalam makmal tersebut, tempat kami berada sekarang ini. Presiden Rasmah terus bercakap dengan pengawal pintu masuk tersebut, tetapi yang peliknya, mereka bercakap dalam keadaan yang berbisik.
"Ada berita buruk. Tentera Guardiont kepunyaan Lembaga Rahsia telah menceroboh kawasan bandar utama Zon Duabelas beberapa minit yang lalu dan mereka sedang menuju ke sini." kata Presiden Rasmah selepas itu.
Aku hanya senyap. Datuk Isyraf cuba menghancurkan Zon Duabelas, makmal Professor Azad Izz, dan kami. Aku takkan biarkan benda gila ni berlaku.
"Fadzlih, Iffa, pergi ke pusat bandar dan pastikan semua penduduk Zon Duabelas dah masuk ke rumah mereka masing-masing. Ainul dan Endy, tolong backup saya semasa halang tentera Guardiont dari memasuki makmal ni. Fazirah dan yang lain termasuk Atika, tinggal di sini untuk masukkan semua data yang ada dalam makmal ni sebagai maklumat mengenai virus ni. Cepat! Kita takkan biarkan Zon Duabelas hilang untuk kali kedua." kataku dengan tegas. Lalu, Fadzlih dan Iffa segera keluar dari makmal tersebut melalui pintu kecemasan.
"Di pintu kecemasan ada beberapa sut menyelam khas untuk pihak berkuasa di sini. Awak boleh gunakannya semasa berperang di luar nanti." kata Presiden Rasmah.
"Satu lagi, B.O.M.B jenis flammable dan dimensional tidak boleh digunakan dalam laut. Jadi awak boleh gunakan jenis biasa sahaja." kata Syazriana pula.
Aku mengangguk. Lalu, aku, Ainul, dan Endy segera berlari ke pintu kecemasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan