"Awak tahu mengenai B.O.M.B tak?" tanya Ainul kepadaku selepas kami memakai sut menyelam khas pengawal pintu masuk Zon Sembilan dan sedang berjaga-jaga di luar kawasan makmal Professor Azad Izz.
Aku menggeleng, menandakan aku memang tidak tahu apa maksud di sebalik 'B.O.M.B' tersebut. Ainul dan Endy saling memandang sesama sendiri lalu ketawa terbahak-bahak. Nasib baik sut tu sudah disimpan oksigen dalamnya, kalau sut tu pakai tangki oksigen dah lama dah aku bocorkan tangki kepunyaan mereka berdua ni!
"B.O.M.B adalah alat letupan yang boleh diselaraskan, hasil ciptaan empat bekas tentera dari empat negara berbeza, iaitu Bob dari Thailand, Otoha dari Singapura, Medley dari Indonesia, dan Banri dari Malaysia. Mereka berempat mencipta alat letupan ini semasa Perang Honolulu yang pertama dan memberikan kemenangan kepada Zon Sepuluh. Sejak itu, alat letupan tersebut dinamakan 'B.O.M.B' sempena huruf pertama empat orang yang menciptanya serta digunakan oleh pihak berkuasa dan tentera sehingga kini." kata Ainul dengan panjang lebar. Aku hanya terpegun apabila mendengarnya.
Rasanya lain kalilah kamu berdua bersembang. Tengok di sana. Tentera Guardiont dah berjaya mara ke sini. Baik kamu bersedia cepat." Endy mencelah lalu terus setkan B.O.M.Bnya kepada jenis normal lalu melontarkannya ke arah salah satu tentera Guardiont yang bergerak ke arah kami dan menyebabkan 6 dari mereka terlempar jauh. Ada juga yang rangka mereka dah patah.
"Fuh, nyaris. Baiklah, Ainul, terus mara dan gunakan pedang laser untuk libas sahaja mereka supaya mereka jauh dari kawasan ni. Endy, teruskan kerja mengebom, nah awak ambillah simpanan B.O.M.B saya." kataku, lalu meletakkan simpanan B.O.M.B kepunyaanku ke pinggang Endy. Lalu, aku pun cuba berenang ke arah Ainul, kemudian mengambil pedang laserku lalu menikam salah satu tentera Guardiont. Selepas itu, aku memasang mod booster pada sut menyelamku lalu terus mengambil beberapa B.O.M.B hasil ciptaanku sendiri yang boleh diselaraskan kepada jenis elektrik.
Kemudian, aku terus berenang ke bawah kawasan tentera Guardiont bergerak. Lalu, aku selaraskan B.O.M.B kepada jenis elekrik lalu melontarkannya kepada sekumpulan robot kepunyaan Lembaga Rahsia ataupun Guardiont. Kemudian, "BZZZZTT!" beberapa tentera Guardiont terus berhenti bergerak lalu tenggelam kerana kejutan elektrik dari B.O.M.B tersebut. Tetapi, banyak lagi yang belum disingkirkan.
"Hazwan, Hazwan, HAZWAN! Ini saya, Fadzlih. Sekarang pusat bandar mengalami masalah kekurangan oksigen. Tolong beritahu tentang perkara ni kepada Presiden Rasmah. Cepat!" Tiba-tiba Fadzlih mengatakan sesuatu yang akan menyebabkan Zon Duabelas hilang untuk kali kedua melalui alat komunikasi dalam sut menyelam. Ainul pula terus bergerak ke arahku.
"Jeneral, s..saya tak boleh. Mereka, maksud saya kesemua Guardiont tu terlalu banyak. Saya dah meletakkan B.O.M.B di tempat mereka, t-tapi simpanan saya dah habis. Apa arahan awak yang seterusnya? tanya Ainul yang dalam keadaan yang kepenatan. Aku hanya senyap lalu terus patah balik ke makmal Professor Azad Izz dan terus berlari ke tempat Atika dan Syazriana serta Presiden sedang menunggu.
"Hazwan, bukannya awak sepatutnya lindungi di luar kawasan makmal ni ke?" tanya Syazriana. Aku hanya diam, lalu menaip 'sekarang Zon Duabelas kekurangan oksigen' di komputer makmal dan tunjukkannya pada semua orang melalui skrin. Semua orang terkejut apabila melhat apa yang aku taip di skrin, kecuali Presiden Rasmah.
"Jadi Zon Duabelas mengalami kekurangan oksigen? Baiklah, saya faham. Pegawai Imad, jalankan Operasi 78." kata Presiden Rasmah dengan tenang. Kami hairan. Apa maksud di sebalik 'Operasi 78' itu?
"Presiden pasti tentang ni? Tapi rakyat belum bersedia akan operasi tersebut dan apa rakyat akan kata apabila operasi ni dijalankan nanti?" kata Pegawai Imad pula.
"Ya, saya tahu. Tapi, kita terpaksa lakukannya juga. Mulakan operasi ti sekarang. Jeneral Hazwan, kalau boleh bantu dia." Lalu, Pegawai Imad terus menaip sesuatu yang terlalu laju dan menekan butang merah besar yang muncul selepas dia menaip dengan lajunya.
Selepas itu, tiba-tiba gegaran dapat dirasai. Bukan sahaja kami, tapi seluruh Zon Duabelas. Aku terus berlari di hadapan pintu dan aku terkejut apabila melihat apa yang sedang berlaku. Zon Duabelas sedang terapung naik ke atas!
"Sekarang saya dah faham. Operasi 78 adalah tindakan mengapungkan semula Zon Duabelas jika kekurangan oksigen di pusat bandar, betul tak?" tanya Atika. Presiden Rasmah tersenyum lalu mengangguk.
Selepas itu, zon tersebut telah terapung semula sepenuhnya dan terapung di sebelah Pulau Honolulu? Jadi lokasi Zon Duabelas adalah di tengah Pulau Honolulu dan Zon Sepuluh? Entahlah.
"Tengok, itu pulau Honolulu." kata Fazirah, selepas kami menanggalkan sut menyelam. Kelihatan Fadzlih dan Iffa sedang memberitahu Presiden Rasmah bahawa semua dalam keadaan yang selamat.
"Baiklah, semua ahli Guide Tour, dengar sini. Sekarang kita bukan lagi berkhidmat untuk Lembaga Rahsia. Mulai sekarang, kita akan cuba halang Datuk Isyraf musnahkan tempat tinggal kita. Kita akan dibantu oleh Zon Sembilan dan Zon Duabelas. Faham?" kataku sebagai jeneral yang berbibawa.
Lalu, kesemua mereka tabik, menandakan bahawa mereka sudah faham. Tiba-tiba, alat komunikasi kepunyaan Pegawai Imad berbunyi dengan kuatnya lalu mengeluarkan suara yang dalam keadaan yang cemas.
"Kami dari Pasukan Hijau Zon Duabelas. Sekarang ni kami sedang terperangkap dalam Pulau Honolulu bersama dengan rakan-rakan yang lain, termasuk Professor Azad Izz." Kemudian, komunikasi pun terputus.
"Baiklah, sekarang masa untuk Perang Honolulu dimulakan dengan rasminya-!" kata Syazriana. Lalu, kami terus menaiki bot khas ke Pulau Honolulu.
"Nanti, Hazwan. Sebelum awak pergi.." kata Atika dengan tergagap-gagap.
"Ada apa?" tanyaku. Selepas itu, tiba-tiba Atika mencium pipi kiriku. Mukaku tiba-tiba merah pada masa yang sama. Fadzlih dan Iffa ketawa terkekek-kekek, diikuti oleh Ainul, Endy, Fazirah, dan yang lain. Kemudian, dia memberikan lencana Puteri kepunyaannya kepadaku, lalu terus berundur ke belakang.
"Tolong hati-hati. Sebenarnya, ss..saya suka akan awak sejak kali kita berjumpa." kata Atika lagi. Tidak lama kemudian, bot kami terus bergerak. Aku ternampak Presiden Rasmah dan Atika melambai kami.
"Hazwan, sejak bila awak berjumpa dengan Puteri Zon Sembilan tu?" tanya Iffa selepas itu.
"Panjang ceritanya, kalau aku cerita korang ketawa nanti." balasku.
"Ala, cerita sajalah. Kami janji kami tidak ketawa." kata Fadzlih pula.
Lalu, aku pun ceritakan segalanya, bagaimana aku bertentang mata dengan Puteri Atika dengan begitu panjang, termasuk babak aku terpegang payudara dia pun aku ceritakan sekali! Apabila aku ceritakan part tu, mereka berdua ketawa besar.
"Tak sangka awak dah gatal, ya Hazwan." kata Iffa lagi.
"Hei, mana ada! Saya tak sengajalah!" balasku dengan muka kemerahan.
"Sekarang saya tahu bagaimana Hazwan dan Atika suka satu sama lain. Hahaha." kata Fadzlih lalu ketawa besar.
"Jadi, awak rancang apa dengan dia selepas semua ni berakhir?" tanya Ainul.
"Entahlah. Mungkin tengok wayang. Ataupun, saya tak ada idealah. Baik saya habiskan pelajaran di Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat dahulu. Baru bercinta." kataku dengan tenang. Tanpa kami sedari, kami makin jauh dari Zon Duabelas. Kami ternampak dua helikopter kepunyaan Lembaga Rahsia sedang mendarat di Pulau Honolulu.
Semasa perjalanan, aku hanya diam. Air mataku menitis sendiri dan tanpa aku sedari, aku kata sesuatu yang tidak dijangka, iaitu, "Saya pun suka akan awak, Puteri Atika." Kemudian, aku melihat lencana Puteri yang Atika kepada aku.
"Hazwan, sejak bila awak berjumpa dengan Puteri Zon Sembilan tu?" tanya Iffa selepas itu.
"Panjang ceritanya, kalau aku cerita korang ketawa nanti." balasku.
"Ala, cerita sajalah. Kami janji kami tidak ketawa." kata Fadzlih pula.
Lalu, aku pun ceritakan segalanya, bagaimana aku bertentang mata dengan Puteri Atika dengan begitu panjang, termasuk babak aku terpegang payudara dia pun aku ceritakan sekali! Apabila aku ceritakan part tu, mereka berdua ketawa besar.
"Tak sangka awak dah gatal, ya Hazwan." kata Iffa lagi.
"Hei, mana ada! Saya tak sengajalah!" balasku dengan muka kemerahan.
"Sekarang saya tahu bagaimana Hazwan dan Atika suka satu sama lain. Hahaha." kata Fadzlih lalu ketawa besar.
"Jadi, awak rancang apa dengan dia selepas semua ni berakhir?" tanya Ainul.
"Entahlah. Mungkin tengok wayang. Ataupun, saya tak ada idealah. Baik saya habiskan pelajaran di Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat dahulu. Baru bercinta." kataku dengan tenang. Tanpa kami sedari, kami makin jauh dari Zon Duabelas. Kami ternampak dua helikopter kepunyaan Lembaga Rahsia sedang mendarat di Pulau Honolulu.
Semasa perjalanan, aku hanya diam. Air mataku menitis sendiri dan tanpa aku sedari, aku kata sesuatu yang tidak dijangka, iaitu, "Saya pun suka akan awak, Puteri Atika." Kemudian, aku melihat lencana Puteri yang Atika kepada aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan