#3 : CDCA







Iffa dan Fadzlih dari tadi memujukku supaya tidak menjadi Jeneral untuk Perang Honolulu. Tetapi nak buat macam mana, aku dah pun terima tawaran Gabenor dari Zon Sembilan tu. Aku buat semua ni pun tak tahulah kenapa, mungkin sebab aku kelam-kabut masa itu. Entahlah, aku sendiri keliru seperti semut yang terperangkap dalam penutup botol.

                         "Gabenor Azhar dari Zon Sembilan? Setahu saya, Zon Sembilan tidak diperintah oleh seorang Gabenor. Berdasarkan buku yang saya di perpuskataan, Zon Sembilan diperintah oleh seorang Puteri. Bukan Gabenor." kata Fadzlih, sambil mengambil waffle di atas piring vantage yang berkilau di atas meja.

                        "Sebab tu awak gagal dalam matapelajaran sejarah. Awak tak baca mengenai sejarah Zon Sembilan tu sepenuhnya. Dengar ni, Semasa Perang Honolulu yang kedua, pemerintahan Zon Sembilan diambil alih oleh Gabenor Azhar pada masa tu. Puteri hanya menjadi Jeneral Perang sehinggalah sekarang. Oh, Perang Honolulu berlaku pada 4 tahun sekali." Iffa memerli Fadzlih mengenai keputusan Sejarah kepunyaan Fadzlih hanya mendapat Gred D semasa Ujian Kelayakan Kolej dahulu.  Fadzlih terus menolak segelas air sejuk, sehingga terkena lengan baju Iffa, menandakan yang dia geram. Iffa pula apa lagi, dia mengambil gula yang telah disediakan oleh kafe lalu ditumpahkannya di atas kepala Fadzlih, menyebabkan rambutnya bertukar menjadi 'batu hitam kristal'.

                        "Jadi, saya terpaksalah menjadi Jeneral untuk Perang Honolulu yang ketiga ni, apa nak buat. Inilah nasib saya." Aku berkata dengan mereka berdua dengan tenang, sambil memandang ke luar melalui tingkap kaca kafe tersebut.

                    "Dah, macam nilah. Apa kata esok kita berjumpa dengan Datuk Isyraf  untuk bawa kita bertiga ke Pangkalan Perang di Pulau Galliont di perairan Zon Satu? Mungkin kita dapat lihat tentera apa yang mereka gunakan. Manalah tahu, awak biasa nanti." Fadzlih berkata sambil membersihkan rambutnya daripada gula yang diletakkan oleh Iffa di rambutnya. 

                    "Betul tu. Lagipun, kami pun nak tahu bagaimana sistem tentera yang Lembaga Rahsia gunakan." Iffa juga bersetuju akan pendapat Fadzlih. Nak tak nak, aku hanya mengganguk setuju. Selepas itu, Iffa dan Fadzlih apa lagi, dah mulalah jerit seperti berjumpa dengan artis K-Pop. 

                      "Kita akan jumpa 'Datuk Gila' tu esok. Buat masa ni, apa kata kita pulang ke rumah masing-masing." Aku dan Fadzlih bersetuju. Selepas membayar harga cappucino kami, kami bergerak ke rumah masing-masing. Tetapi, semasa perjalanan aku dalam keadaan yang tertanya-tanya. Siapa lelaki yang memberikan isyarat ancaman kepadaku sebentar tadi? Adakah dia salah satu makhluk asing? Ah, aku keliru! Lalu, aku merehatkan mindaku sebentar dengan mendengar lagu dalam MP3.

****

Balik sahaja ke rumahku, aku terkejut. Kesemua barang dalam rumahku berselerak bukan main. Pemandangannya seperti baru sahaja terkena gempa bumi skala 6.5 Richter. Bukan itu sahaja, aku ternampak sebuah kertas yang ditikam dengan pisau laser di dinding. Aku pun segera mengambil kertas tersebut lalu membacanya. Kertas itu tertulis:

Dear Jeneral Hazwan, Saya merupakan salah satu askar yang bekerja untuk Lembaga Rahsia, Ainul Yaqin. Buat pengetahuan Jeneral, Lembaga sudah selerakkan rumah kamu sebagai tanda 'penghormatan' versi kami. Oh, satu lagi! Lawan semasa Perang Honolulu nanti adalah dari Zon Sembilan. 
From: Ainul Yaqin 

               "Tanda PENGHORMATAN awak kata? Ni dah macam satu rompakan mencari harta karun zaman dahulu!" jeritku sendiri di hadapan kertas yang aku pegang tersebut. Lalu, aku mengeluh sendiri kemudian mengemas rumah hampir beberapa jam. Aktiviti ini langsung tiada dalam jadual waktuku semasa di rumah. Huh! Datuk Isyraf Caltes memang penuh dengan kejutan.

             Selepas hampir pukul 5:00 petang, akhirnya keseluruhan isi dalam rumahku kemas akhirnya. Tidak lama kemudian, aku terdengar bunyi ketukan pintu. Aku terus berdiri dalam keadaan yang penat lalu membuka pintu. Kelihatan Fadzlih, Iffa, dan Juliano berada di hadapan rumahku, sambil menyapaku dengan mesra. Tetapi aku pengsan di hadapan mereka kerana kepenatan.

*****

Aku membuka mata. Kelihatan Iffa, Fadzlih, dan Juliano serta aku berada di tempat yang begitu misteri. Tempat tersebut penuh dengan kapal terbang perang, kereta perang, dan banyak lagi! Pendek kata, aku seperti berada di tempat pembuatan kenderaan bersenjata. 

                 "Err.. saya di mana?" tanyaku. Fadzlih, Iffa, dan Juliano hanya senyap. Mereka langsung tidak membalas pertanyaanku tadi. Kemudian, kelihatan Datuk Isyraf dan Pengetua Yveish muncul di hadapanku.

           "Selamat datang ke Pulau Galliont, Hazwan." Pengetua Yveish menyapaku seperti aku merupakan tetamu istimewa. Kejap, Pulau Galliont? Itu pusat latihan untuk tentera Lembaga Rahsia! Tapi, macam mana aku boleh sampai ke sini?

           "Sebenarnya, kami bawa awak ke sini semasa awak pengsan dengan helikopter kepunyaan Lembaga." kata Fadzlih sambil menghulurkan tangan kanannya supaya aku boleh berdiri dengan menggengamnya.

              "Boleh saya tengok peta dunia Pulau Bandar Kuala Lumpur tak? Saya keliru akan lokasi pulau ni." kataku dengan tenang. Lalu , Iffa memberikan sebuah gambar peta dunia yang dilukisnya.


                 "Ok, jadi kita berada di perarian Zon Satu  sekarang, betul tak?" tanyaku. Semua orang mengganguk. Lalu, aku pun memberikan lukisan peta kepunyaan Iffa kepada pemilik asalnya. Kemudian, aku meminta izin kepada Datuk Isyraf untuk melihat sekeliling Pangkalan di Pulau Galliont ini.

               Mujurlah Datuk Isyraf membenarkannya. Lalu, dia memanggil seseorang yang memang aku kenal selama ini. "A...ayah?  Apa ayah buat di sini?" Aku terkejut. Ayahku, Encik Nazri Belpois berada di pangkalan tentera kepunyaan Lembaga Rahsia? Padahal aku belum beritahu ayah bahawa aku di Pulau Galliont.

                 "Hazwan? Apa yang awak buat di sini juga? Ayah kerja di sini sebagai Penguji Peralatan. Lupa ke?" Ayah berkata dengan begitu tegas. Mana tidaknya, anak sendiri dah lupa akan kerja anaknya. Lili, Fadzlih, dan Juliano hanya ketawa melihat gelagatku apabila aku terkejut melihat muka bapa yang tercinta. 

              "Apalah, awak dah lupa ke? Kan ayah awak bekerja sebagai Penguji Peralatan di Pulau Galliont. Awak sendiri yang beritahu kami semasa kita berada di Gred Satu? Ingat tak?" Mujurlah Iffa ingatkan aku, kalau tidak mungkin aku terkejut seperti beruk tadi.

           "Ehem! Balik kepada topik. Encik Nazri, saya nak awak bawa bakal Jeneral kita nanti melihat sekitar pangkalan tentera ni. Faham?" kata Datuk Isyraf kepada ayahku. Ayahku terkejut apabila mendengar perkataan 'bakal Jeneral' yang dikeluarkan dari mulut Datuk Isyraf yang seperti itik di kampung.

                 "B..bakal Jeneral untuk tentera kita? Datuk, awak pasti ke?" Muka bapaku tiba-tiba menjadi risau apabila mendengar bahawa aku akan menjadi Jeneral untuk tentera kepunyaan Lembaga Rahsia. Datuk Isyraf hanya mengganguk lalu bergerak dahulu sebelum kami. 

                      "Baiklah, saya akan bawa kamu sekitar pangkalan tentera Lembaga ini, ya?" kata ayahku lagi. Kami semua mengganguk lalu mengikut bapaku hingga ke satu tempat yang mempunyai pintu besi berwarna kelabu yang kukuh.

                      "Kata Kunci adalah CAESAR." kata bapaku, kemudian pintu di hadapan kami terbuka, dan kami dapat melihat beberapa tentera sedang berbaring di hadapan kami. Yang peliknya, mereka hanya berdiri sahaja. Mungkin kesemua tentera di sini dah sampai tahap 'veteran' bagi aku.

                           "Untuk pengetahuan kamu semua, kesemua tentera ni bukan manusia. Mereka adalah robot G4-104 ataupun gelarannya Guardian. Mereka hanya aktif semasa perang bermula dan hanya mengikut arahan Jeneral sahaja." kata Pengetua Yveish. Kemudian, kelihatan sembilan orang muncul di belakang kami.

                                 "Siapa mereka semua? Muka macam garang saja." kataku sambil ketawa kecil, sehinggalah aku berhenti apabila bapaku memukul aku di belakang.

                                "Kesemua mereka adalah Guide Tour versi Perang Honolulu. Jeneral akan mengarahkan kesemua Guide Tour untuk membawa tentera-tentera robotik Guardian ke tempat yang sepatutnya. Dari kiri adalah Endy, kemudian Isyraf Ismail, Fauzan, Azeem, Chieng, Qayyum, Vincent, Fazirah, dan akhir sekali, Ainul Yaqin." Aku terkejut apabila ayahku sebut nama "Ainul Yaqin" Dialah yang hantar surat 'penghormatan' di rumahku!

                            "Hei bro, dapat tak surat yang saya bagi?" kata Ainul, sambil melambai kepadaku. Aku hanya membalasnya dengan geram, mana tidaknya, sudahlah dah selerakkan rumah orang, terus buat macam tak ada apa-apa yang berlaku! Huh! Nasib baik mood aku baik.

                            "Baiklah, sebenarnya banyak lagi kamu kena tengok, tapi nampaknya masa dah mencemburui kita sekarang ni. Kamu semua berehatlah terutamanya Hazwan sebab perang Honolulu bermula esok." kata Datuk Isyraf. Apa? Esok adalah hari di mana Perang Honolulu itu bermula? Tak MUNGKIN! Iffa, Fadzlih, Juliano, dan yang lain juga terkejut akan kata-kata dari Datuk Isyraf.

                         "Nampaknya, esok adalah hari yang besar untuk kita semua." kata Fadzlih. Lalu, kami semua bergerak ke Zon Rehat.

****

Keesokan harinya, kelihatan sebuah kapal terbang yang besar mendarat di zon pendaratan pulau Galliont. Aku sedang memakai pakaian rasmi Jeneral dengan lambang Lembaga Rahsia di atas pakaian tersebut. Baiklah. Masa untuk persiapan terakhir. Pedang laser, ada. B.O.M.B, iaitu bom yang boleh diselaraskan secara senyap, ada, dan beberapa bekalan yang patut dibawa, ada. Baiklah, semua dah siap dan masa untuk bersedia!

                             Kelihatan beberapa tentera Guardian masuk ke dalam kapal terbang tersebut dan Iffa, Fadzlih, Juliano, serta beberapa Guide Tour sedang menunggu aku di luar pintu kapal terbang itu.

                            "Dah sedia ke, Jeneral?" tanya Iffa kepadaku.

                             "Dah. TO THE HONOLULU WE GO!" jeritku lalu terus berlari ke dalam kapal terbang tersebut.

-to be continued-

****

Mungkin bab 4 : Honolulu, lambat sikit siap sebab bab ni penuh dengan babak-babak seperti dalam Hunger Games. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan