- maaflah kalau ending dia ni agak buruk sikit -
"Iffa, tolong dengar cakap saya. Saya tahu kamu masih ingat saya, kan?" tanyaku kepada Iffa yang hanya berdiri dari tadi. Tetapi, Iffa hanya senyap, sambil memandangku dengan tajam, entah apa yang dia akan lakukan. Aku tidak boleh meramal pergerakannya kerana, dia hanya berdiri di situ. Pada masa itu juga, aku menyorokkan B.O.M.B kepunyaanku yang telah diselaraskan kepada jenis elektrik.
Tiba-tiba, Iffa terus berlari ke arah aku lalu melibas pedang samurai elektriknya, ataupun EKT (Electric Katana Technology) kearahku. Mujur aku sempat mengelak, tetapi aku tidak boleh melontar B.O.M.B kerana kelajuan Iffa sekarang ini lebih laju berbanding semasa dia masih manusia biasa.
"Iffa, tolong hentikan ni. Saya tahu awak boleh." kataku lagi, walaupun mustahil untuk Iffa sedar semula, kerana sekarang dia hanya mengikut arahan Datuk Isyraf sahaja. Tapi, aku yakin aku boleh sedarkan dia. Tapi, macam mana? Aku berkata dalam hati sambil terfikir bagaimana hendak hentikan dia untuk sementara waktu.
Aku pun terus mengambil pedang laser lalu terus menyerang Iffa. Tetapi, dia mengelak dengan katananya, lalu terus cuba menyerang di bahagian bahu kananku lalu aku blocknya dengan B.O.M.B yang belum diselaraskan. Kemudian, aku terus berlari membuat bulatan, setkan B.O.M.B kepada jenis waterjet, kemudian lontarkannya ke arah Iffa yang hanya kaku melihatku berlari.
B.O.M.B jenis waterjet mungkin tidak sesuai untuk perlawanan satu lawan satu. Sebenarnya, waterjet tidak mendatangkan apa-apa kecedraan kepada sesiapa yang terkenanya, kerana B.O.M.B jenis waterjet hanya digunakan oleh tentera untuk mandi jika tiada air di hutan. Tetapi, pada masa ini aku sudah fikir strategi untuk hentikan Iffa.
Disebabkan terkena B.O.M.B waterjet, Iffa dah basah dengan air. Lalu, apa lagi. Aku lontarkan satu lagi B.O.M.B, tetapi jenis elektrik. "Air merupakan konduktor paling baik untuk elektrik, bukan?" kataku dalam hati. Akibatnya, Iffa tiba-tiba berhenti bergerak akibat renjatan elektrik. Mungkin otak dia dah berhenti berfungsi. Katana elektriknya terjatuh dari genggamannya.
Lalu, aku terus mengangkat Iffa yang dalam keadaan 'pengsan' bagi aku. Pada masa itu juga, aku terdengar satu pengunguman dari Datuk Isyraf melalui alat pembesar suara yang terletak di atas kepalaku.
"Semua tentera Guardiont yang berada di mana-mana kawasan pemerhatian di Pulau Honolulu, sila menaiki beberapa helikopter Lembaga Rahsia yang telah disediakan, kerana dalam sejam lagi pulau ini akan meletup." Itulah pengunguman yang aku dengar. Gila? Mungkin, kataku sendiri. Nampaknya Datuk Isyraf hendak bunuh kami semua di pulau ni.
"Aku harus cari Fadzlih dan yang lain." kataku sendiri lalu terus berlari ke luar.
"Semua tentera Guardiont yang berada di mana-mana kawasan pemerhatian di Pulau Honolulu, sila menaiki beberapa helikopter Lembaga Rahsia yang telah disediakan, kerana dalam sejam lagi pulau ini akan meletup." Itulah pengunguman yang aku dengar. Gila? Mungkin, kataku sendiri. Nampaknya Datuk Isyraf hendak bunuh kami semua di pulau ni.
"Aku harus cari Fadzlih dan yang lain." kataku sendiri lalu terus berlari ke luar.
****
Akhirnya, aku sudah tiba di luar gua 'rahsia' kepunyaan Lembaga Rahsia. Tetapi, tiada tanda-tanda bahawa Fadzlih, Ainul, Endy, dan yang lain telah ada di situ sebelum aku keluar. Mungkinkah mereka dah keluar dahulu sebelum dulu? Entahlah.
Aku ternampak Datuk Isyraf, dua tentera Guardiont, dan satu lelaki yang bertopeng lalu terus menyorok di belakang sebuah batu yang besar. Pada masa yang sama, aku terdengar bunyi kapal terbang betul-betul di atas Pulau Honolulu. Kemudian, aku terus berpindah dari batu besar ke bahagian atas gua dan meniarap. Iffa pula, aku tinggalkan sebentar di tempat pertama aku menyorok tadi.
"Awak pasti ke nak letupkan Pulau Honolulu ni, Isyraf? Kalau pulau ni meletup, teras Veriatia juga akan musnah." Aku ternampak lelaki bertopeng itu mula memulakan perbualannya dengan Datuk Isyraf, apabila kapal terbang yang aku ternampak di atas langit tadi mendarat di hadapan mereka.
"Lagipun, ini kan sebahagian dari rancangan kita? Betul tak?" kata Datuk Isyraf, lalu memasuki bahagian belakang kapal terbang yang telahpun terbuka, kemudian diikuti oleh lelaki bertopeng tersebut. Lalu, kapal terbang tersebut terus naik sedikit lalu terus terbang dengan kelajuan yang tinggi.
Selepas itu, banyak kapal terbang kepunyaan Lembaga Rahsia pula mula menjauhkan diri dari Pulau Honolulu, kerana pulau tersebut hendak meletup.
"Nampaknya saya kena cari butang nyahaktif letupan ni." kataku sendiri kemudian terus mengangkat Iffa dan masuk semula ke dalam gua.
Baru sahaja aku masuk, tiba-tiba pintu gua tersebut tertutup dengan sendiri. Nampaknya Fadzlih dan yang lain terperangkap di dalam!
"30 minit sebelum letupan. Sila tinggalkan Pulau ini dengan segera." Aku hanya senyap. Aku tiada masa yang cukup. Aku kena cari Fadzlih dan yang lain secepat yang mungkin. Lalu, aku terus berlari ke hujung pantai. Setelah aku, aku ternampak Fadzlih dan yang lain dibiarkan di situ.
Kemudian, selepas aku lepaskan ikatan mereka, akhirnya mereka semua pun sedar. "Hazwan, apa yang berlaku? Kami nampak Iffa, Iffa dah..." kata Fazirah dalam keadaan yang kepenatan. Aku hanya tersenyum sambil berkata, "Saya memang dah tahu pun, Fazirah. Sekarang mari kita cuba keluar dari sini. Kita ada 30 minit sebelum pulau ni meletup."
"Apa? Meletup? Tapi, macam mana kita nak keluar dari sini?" tanya Ainul. Aku hanya senyap sambil menggeleng, menandakan bahawa aku memang tidak tahu. Pada masa itu juga, kami ternampak sebuah kapal terbang kepunyaan Zon Duabelas mendarat di hadapan kami. Kemudian, selepas pintu dibuka, kami ternampak Atika sedang berlari ke arah kami lalu memelukku.
"Apalah. Awak buat kami risau tahu tak?" kata Atika. Aku ketawa tekekek-kekek. "Mengapa kamu hendak risaukan saya pula?" tanyaku pula. Kelihatan Presiden Rasmah juga keluar dari kapal terbang tersebut.
"Sebab kami dapat berita bahawa Pulau Honolulu sekarang dalam fasa untuk meletup." kata Presiden Rasmah. Lalu, kami terus masuk ke dalam kapal terbang tersebut.
"10 saat sebelum letupan." Tiba-tiba masa letupan berubah. Kami cemas lalu terus menaiki kapal terbang, tetapi angin yang kuat dari kapal tersebut membuatkan Iffa terlepas dari genggamanku.
"Iffa! Jangan risau, saya akan ambil awak balik!" kataku tetapi tiba-tiba Fadzlih menarik tanganku. "Kita tak ada masa, Hazwan. Tinggalkan sahaja Iffa dipulau ni. Lagipun, dia dah mati." kata Fadzlih.
"Tak! Saya yakin dia boleh diselamatkan!" balasku lalu terus mengangkat Iffa yang terjatuh. Tetapi Fadzlih cuba menolakku semasa kapal terbang hendak berlepas.
"Awak dah gila? Otak dia dah dicuci. Awak ingat apa yang kita belajar di Kolej Teknologi Perubatan? Seseorang yang otaknya telah dicuci tidak boleh pulih dan tidak boleh dirawat." kata Fadzlih lagi. Akibatnya, aku mengambil keputusan untuk tumbuk mukanya.
"Iffa satu-satunya rakan terbaik yang kita berdua pernah ada! Saya takkan biarkan dia mati dalam keadaan yang sia-sia seperti ibu saya." balasku.
"Hazwan, Fadzlih, sudahlah tu!" kata Atika. Yang lain hanya senyap sambil memandang kami dengan sedih. Aku secara tertumbuk Atika yang sedang berlari ke arah kami.
Kapal terbang tersebut sudah berada di atas Pulau Honolulu. Lalu, Fadzlih terus menendangku, menyebabkan aku terlempar ke pintu dan secara tidak sengaja membukanya. Aku hampir terjatuh tetapi berjaya memegang hujung pintu. Sebelah tanganku lagi memegang Iffa.
Lalu, Fazirah terus menghulurkan tangannya untuk selamatkan aku dan Iffa. Tetapi, tiba-tiba genggamanku yang memegang tangan Iffa terlepas. Akibatnya, Iffa terjatuh ke pulau tersebut.
"Iffa!" jeritku.
"Masuklah, Hazwan." kata Fazirah.
Pada masa itu juga, pulau tersebut meletup selepas aku masuk semula ke dalam. Aku tertunduk sambil terdiam seketika.
"Ini semua salah saya. Kalau Iffa tak nak ikut saya ke sini, mesti semua ni takkan berlaku." kataku. Lalu, Atika terus memegang bahuku.
"Bertenanglah, Hazwan. Terima hakikat. Harap-harap supaya Iffa tenang nanti, ya." kata Atika. Kemudian, penerbangan kami ke Zon Duabelas semula diiringi dengan titisan air mata dari aku dan yang lain.
****
Di Zon Duabelas, Iffa diberikan penghormatan yang penuh dari semua Presiden di Pulau Bandar Kuala Lumpur, terutamanya Gabenor Azhar yang kami fikir dia jahat tapi sebenarnya tidak. Hampir setiap hari, kami melawat tugu peringatan kepada Iffa kerana berjaya berkorban untuk Zon Duabelas.
Aku dan Atika pula, masih dalam keadaan 'masih berusaha dalam perhubungan'. Fadzlih mengambil keputusan untuk ke tempat kelahirannya, iaitu di Zon Tujuh. Yang lain, masing-masing mengikut haluan mereka.
Virus Xeroc Amphere berjaya dicegah hasil kajian Professor Azad Izz, Pengetua Yviesh, bapaku, dan Cikgu Zylia. Datuk Isyraf pula tidak diketahui apa yang berlaku dengan dia.
Aku mula fikir semuanya dah berakhir, sehinggalah...
"Hazwan, awak mesti tengok video siaran langsung dari Zon Lapan ni." kata Atika. Apabila aku melihat video tersebut dengan teliti, aku terkejut.
- Bersambung -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan