"Apa yang awak nampak dan dengar?" tanya salah satu classmateku di kelas Pembedahan Kompleks, Iffa Natasya, selepas aku dan Fadzlih tercungap-cungap kepenatan di hadapan pintu kelas. Rupa-rupanya dia tahu aku bukan hendak ke tandas, tetapi hendak mengintip Pengerusi Lembaga Rahsia, iaitu Datuk Isyraf Caltes.
"Tak nampak, hanya dengar sahaja. Nampaknya 'Datuk Gila' tu nak jumpa dengan Hazwan ni. Tak tahulah kenapa. Padahal dia tak ada apa-apa salah pun. Entahlah. Datuk Isyraf tu memang gila." balas Fadzlih dengan penat yang ketara. Aku mengganguk setuju dengan apa yang dia kata.
"Apa-apapun, baik awak sedia. Lagipun yang nak jumpa awak tu orang terhormat di Asia Tenggara. Baik awak kemaskan baju tu dan ambil sapu tangan ni untuk mengelap peluh di dahi tu nanti." balas Iffa dengan tenang, sambil memberikan sisir dan sapu tangan kepadaku. Iffa seperti 'ibu yang caring' di kelas kami, walaupun dia selalu ditegur oleh Pengetua dan Cikgu Zylia kerana sifatnya tersebut dengan kami. Bagi mereka, Iffa perlu tegas terhadap kami sebagai Ketua Kelas.
"Psst! Ketua Pengawas Kolej dah datang. Cepat, balik ke tempat duduk masing-masing." kataku dengan senyap terhadap semua pelajar dalam kelas. Fadzlih terus berlari balik ke kelasnya semula. Selepas itu, ketua pengawas kolej iaitu Juliano Xie memasuki kelas kami dengan mukanya yang tegas seperti raja dalam hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan kehijauan alam sekitar.
"Siapa Hazwan Fauzan?" tanya Juliano.
Aku terus berdiri, mematikan Meja Komputer dihadapanku lalu bergerak ke hadapan Juliano yang tingi empat sentimeter berbanding aku. "Err... ada apa?" tanyaku dengan tergagap-gagap. Juliano hanya memandangku dengan tegas lalu terus tiba-tiba tersenyum mesra.
"Pengetua Yviesh panggil. Katanya ada orang nak jumpa kamu." balas Juliano dengan lembut secara tiba-tiba. Oh, patutlah. Mungkin dia tahu siapa orang nak jumpa aku. Sebab itu tiba-tiba sikapnya berubah.
"Bertuahnya awak ni. Sudahlah pelajar kegemaran Pengetua, kali ini Datuk Isyraf hendak berjumpa dengan berjumpa dengan kamu pula." kata Juliano selepas dia menutup pintu Kelas Pembedahan Kompleks dan mengiringiku ke bilik Pengetua.
"Err.. ya. Saya pun tak tahu Datuk Isyraf nak jumpa saya." balasku dengan rasa gentar yang tinggi dalam diri. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja Datuk dari Lembaga Rahsia tu hendak berjumpa denganku.
Jarak antara kelas dengan bilik Pengetua seperti jarak Zon Satu dengan Zon Dua yang hanya 20 kilometer sahaja. Selepas beberapa minit, aku dan Juliano tiba di hadapan bilik Pengetua Yviesh. Jika dilihat melalui tingkap, kelihatan Pengetua dengan Datuk Isyraf sedang menghirup teh hijau yang didapati di Kundasang. Lalu, Juliano terus mengetuk pintu dan membukanya, kemudian menjemputku masuk seperti aku seorang ahli korporat yang berurusan di Zon Lapan, iaitu Zon Gabenor ataupun Republik ala-ala filem Star Wars.
"Hazwan Fauzan. Sangka kamu tak datang. Marilah masuk dan duduk di sebelah saya sambil minum teh hijau. Segar dari Kundasang." sapa Pengetua Yviesh.
"Tak payahlah awak layan dia macam tu, Yveish Lavanir." Tiba-tiba Datuk Isyraf cuba menegur perbuatan Pengetua sebentar tadi. Pengetua hanya diam, lalu aku pun duduk di sebelahnya. Tetapi, aku tidak menghirup teh hijau yang ada di hadapanku.
"Ada yang Datuk Isyraf nak dari saya? tanyaku. Nampaknya aku telah memulakan perbualan dengan Datuk Isyraf untuk pertama kalinya. Beliau hanya diam, meletakkan semula cawan teh hijau di atas meja lalu mengambil sesuatu dari poket seluarnya.
Benda tersebut adalah Dokumen Hologram kepunyaan rasmi Lembaga Rahsia. Beliau meletakkannya lalu menekan butang merah di tengah. Beberapa nombor yang begitu kompleks bagi aku dapat dilihat melalui hologram tersebut. Mengapa pula Datuk Isyraf Caltes hendak menunjukkan rahsia terbesar Lembaga Rahsia?
"Sebelum awak tengok dokumen ni, saya cadangkan supaya buka kaca mata kamu." kata Datuk. Lalu, aku membuka kaca mataku kemudian melihat Dokumen tersebut.
"Apa benda ni? Banyaknya nombor." tanyaku lagi. Pengetua Yveish juga hairan apabila melihat "Kod-Kod Dokumen' tersebut.
"Ini adalah data-data mengenai virus Xeroc Amphere. Cara merebaknya, simptom serta cara ubatinya segala telah direkodkan dalam bentuk nombor hasil kajian Lembaga Rahsia. Tapi, data mengenai cara ubatinya telah dirampas oleh sesorang." kata Datuk Isyraf dengan panjang lebar.
"Siapa yang rampas?" tanya Pengetua pula. Datuk Isyraf hanya senyap lalu menunjukkan sebuah gambar melalui hologram tersebut. "Gabenor Azhar dari Zon Sembilan yang rampas data tu. Kami sudah minta darinya, tapi ada satu syarat." kata beliau lagi. Aku hairan? Apa syarat yang Gabenor Zon Sembilan mahukan?
"Apa syarat yang dia nak? Dan apa kaitannya dengan saya?" Aku mula bertanya dengan Datuk dengan rasa tertanya-tanya. Pengetua Yviesh juga tertanya-tanya apabila aku melihat mukanya yang penuh dengan curious seperti seseorang yang tidak mengetahui apa kesalahannya.
"Syarat dia, salah seorang pelajar dari Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat perlulah menjadi Jeneral Perang Honolulu. Itu saja syarat yang beliau beri." balas Datuk Isyraf. Aku terkejut kehairanan. Perang Honolulu? Gabenor Azhar sedang mabuk ke ketika beliau mengatakan syarat tersebut?
"Perang Honolulu? Awak serius ke, Isyraf?" Tiba-tiba Pengetua bercakap dengan kuat. Nasib baik Juliano sudah pergi selepas aku memasuki pejabatnya. Kalau tidak mungkin dia dah nampak semuanya, termasuk dokumen rahsia kepunyaan Lembaga. Perang Honolulu merupakan perang yang berlaku di sebuah pulau buatan manusia, iaitu Hono-Lulu yang terletak berdekatan Zon Sepuluh. Perang ini begitu sistematik, tidak seperti Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kebanyakkannya berlaku dalam Dunia Maya.
"Saya memang serius sekarang. Kalau kita gagal mencari seorang Jeneral untuk Perang Honolulu, Gabenor Azhar akan menjual data-data tersebut kepada Honolulu. Dan awak tahulah apa yang akan berlaku, kan?" Aku memang tahu apa yang berlaku. Jika Honolulu mengetahui cara merawat Virus X.A, pulau tersebut akan cuba mengambil kesempatan mengambil alih pemerintahan seluruh Zon di Bandar Kuala Lumpur.
"Kalau begitu, saya akan menjadi Jeneral Perang Honolulu." kataku lalu terus meninggalkan bilik Pengetua.
"Nama kamu Atika ke?" tanyaku lagi. Perempuan itu hanya mengangguk sambil memandang jalan raya Zon Empat yang sibuk. Mukanya seperti muka perempuan dalam komik Jepun, ataupun Manga.
"Maaflah sebab kasar dengan kamu. Saya Hazwan. Hazwan Fauzan." Apabila aku sebut namaku, Atika terkejut seperti baru ternampak seseorang yang dia minat selama ini. Aku hairan.
"Awak Hazwan Fauzan? Pelajar kegemaran Pengetua Kolej Teknologi Perubatan Zon Empat? Ermm... sss....saya peminat awak!" kata Atika sambil memelukku, menyebabkan kaca mataku terjatuh secara tidak sengaja. Apabila dia melihat mukaku tanpa kaca mata, dia terpegun.
"Err.. Atika, boleh awak ambil kaca mata saya? S..saya tak nampak lah." kataku sambil cuba memegang sesuatu supaya tidak terjatuh. "Muka awak nampak kacak bila buka kaca mata." kata Atika. Itu perkara biasa dalam dunia penulis. Orang yang berkaca mata mesti kacak apabila membuka kaca matanya.
Tanpa aku sedari, tanganku sebenarnya terpegang kedua-dua 'buah dada' kepunyaan Atika. Atika apa lagi, frust lalu menamparku kemudian berjalan entah ke mana. "Eh, maaflah.. S..saya tak sengaja! Betul! Sumpah!" jeritku. Atika hanya terus berjalan, tidak mempedulikan apa yang aku kata. Pipiku tiba-tiba merah seperti warna gincu.
"Ehem, buat apa tu, bro?" Aku terkejut. Tiba-tiba Fadzlih dan Iffa ada di belakangku. Alamak, mungkinkah, mereka ternampak apa yang aku buat tadi? Alamak, hancurlah reputasi aku sebagai pelajar kegemaran Pengetua.
"SAYA TAK BUAT APA-APA! SAYA SUMPAH! TOLONG, JANGAN FIKIR YANG BUKAN-BUKAN!" jeritku di hadapan Fadzlih dan Iffa. Selepas itu, mereka berdua ketawa terbahak-bahak.
"Apa yang awak merepek ni? Dah, mari, kita bergerak ke kedai kopi berdekatan. Awak nampak mengantuk, apa kata kita hirup secawan kopi cappucino sebentar? Jom!" kata Iffa, lalu menarik tanganku. Fadzlih hanya ketawa di sebelahku. Tapi, pada masa yang sama, aku lega kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Aku ternampak seseorang dibelakang. Orang tersebut memakai pakaian, kasut, kaca mata yang berwarna hitam! Pendek kata, semua berwarna hitam! Orang itu menunjukkan isyarat amaran kepadaku. Aku hairan. Amaran apa yang dia hendak beri pada aku? Adakah ini satu Ancaman?
'Ah, mungkin imaginasi aku agaknya!' kataku dalam hati.

*****
Fadzlih dan Iffa memandangku dengan serius selepas aku berjumpa dengan Datuk Isyraf dan kembali ke Kelas Pembedahan Kompleks. Aku sudah ceritakan semuanya mengenai apa yang berlaku dalam bilik Pengetua sebentar tadi. Kemudian, aku terus berjalan kaki ke rumah pakcik di Zon Empat.
"Awak serius? Nak Jadi Jeneral untuk Perang Honolulu? Dah hilang akal ke?" tanya Fadzlih. Iffa pun juga tanya akan soalan yang sama. Pertanyaan mereka berlegar-legar di mindaku yang sedang serabut buat masa ini. Aku hanya termenung. Lagu dari MP3 pun tak dapat tenangkan aku untuk seketika.
Tiba-tiba, aku rasakan angin di belakangku. Angin yang dapat dirasakan apabila pedang ataupun parang sedang digunakan. Aku rasa pelik lalu memandang ke belakang dan aku terkejut apabila seorang remaja perempuan tiba-tiba melibasku dengan pedang. Aku terus mengelak lalu menendang kakinya, menyebabkan perempuan tersebut terjatuh.
"Hei, awak cuba bunuh saya tahu tak?" kataku dengan geram.
"Saya hanya ikut arahan!" balas perempuan tersebut. Arahan siapalah dia ikut ni? Mungkin, Gabenor Azhar? Ataupun Lembaga Rahsia? Mungkin Pengkaji Penyakit Asia? Atau Gabenor Honolulu? Ah, bila difikirkan balik, mustahil pula kesemua benda yang aku fikir ni upah perempuan ni untuk bunuh aku.
"Siapa nama kamu?" tanyaku. Aku ternampak tulisan pada ikatan rambutnya. Ia tertulis:
ATIKA

.png)