#2 : Scorpio


Bab yang lalu, Lili Fazriana Wong telah berpindah ke Felda Sahabat di Lahad Datu bersama keluarganya. Pada mulanya, Lili tidak menyukai perpindahan itu malah cuba merayu supaya berpatah balik ke Tawau, walaupun perkara tersebut mustahil akan berlaku, sehinggalah dia bertemu dengan anak jiran baharunya yang berketurunan Irish, iaitu Fauzan Jefri. Dari sinilah, perjalanan Lili dan Fauzan sebagai sahabat yang sejati akan bermula.

****

- 10 tahun yang lalu -

"Saya tak tahu apa yang awak fikir, Qayyum. Tapi, betul ke awak nak jadikan Myra sebagai isteri awak? Lagipun, dia berketurunan Irish. Orang yang bunuh ayah awak adalah orang Irish juga, ingat tak." Aidil Syarifuddin sedang berbual dengan Encik Qayyum dengan nada yang tinggi.

            "Tak perlulah awak ingatkan saya akan benda itu lagi, Aidil. Lagipun, bukan awak sahaja yang tidak bersetuju akan tindakan saya, tetapi kesemua ahli keluarga saya juga. Lebih baik saya kahwin lari saja, lebih bagus." balas Encik Qayyum dengan suara yang perlahan, kerana takut salah satu ahli keluarganya mendengar apa yang dia katakan tadi. 

             "Kahwin lari? Hei, apa awak merepek ni? Helo! Helo! Qayyum, jawab! Alahai, dia dah tutup pula telefonnya."


****

Aku melihat Encik Qayyum mengelamun dari tadi, selepas dia memberitahu bahawa Fauzan bisu sejak azali. Aku terus memegang bahunya, sambil tersenyum sebelum Encik Qayyum terus mengalihkan pandangannya ke lantai.

              "Apa yang pakcik fikirkan tu. Apa kata pakcik dan Fauzan pulang? Lagipun, dah pukul 6:00 petang sekarang ni." kataku, lalu terus bergerak ke rumah. 

               "Lili, nanti dulu." Aku terus menghentikan langkahku ke rumah.

               "Kenapa, pakcik?" 

            "Ermm.. katakanlah Fauzan nak mengahwini kamu, kamu nak terima ke?" tanya Encik Qayyum pula. Pipiku terus merah apabila mendengar pertanyaan itu. Hei, soalan apa yang pakcik tanya ni, kataku dalam hati.

         "A.. apa yang pakcik merepek ni? Tapi, saya pun tak tahu. Lagipun, kami baru sahaja berkenalan. Takkan terus nak bercinta-cinta pula. SPM pun belum habis. Hehehe." balasku dengan lawak yang hambar. Encik Qayyum hanya senyap, lalu terus berdiri dan berjalan ke rumahnya. 

         "Saya yakin awak akan kahwin dengan dia satu hari nanti. Apa-apapun,  Fauzan mula memberikan kepercayaannya kepada kamu. Jadi, tolong lindungi Fauzan dengan sebaiknya." kata Encik Qayyum sebelum dia pulang.

            Aku terdiam. Mengapa pula pakcik Qayyum cakap macam tu? 

****

Masa sudah pukul 1:00 pagi. Aku masih belum boleh tidur kerana masih terfikir akan pertanyaan Encik Qayyum sebentar tadi. Aku yakin, mesti ada sesuatu yang berlaku, tetapi aku tidak boleh jaga tepi kain orang. Tetapi aku pasti suatu hari nanti pasti Encik Qayyum akan memberitahu apa sebenarnya yang berlaku semasa Fauzan masih lagi bayi.

           Aku terdengar ketukan dari tingkap bilik tidurku. Siapa pula yang mengetuk tingkap pada pukul 1:00 pagi? Aku pun terus membuka langsir sedikit dan aku ternampak Fauzan sedang berbaring di hadapan rumahku. 

           Aku terus secara senyap keluar dari rumah lalu terus mengetuk kepala Fauzan. "Apa yang awak buat pada pukul 1:00 pagi begini? Bagaimana kalau Encik Qayyum perasan yang awak tiada dalam bilik tidur?" aku terus menghentam Fauzan dengan bebelan ala-ala bibik yang sibuk membuat bakso tiba-tiba sahaja naik angin.

        Fauzan terus menunjuk ke langit. Oh, rupa-rupanya dia suka melihat pemandangan bintang di langit malam. Lalu, aku pun menggeleng kemudian turut berbaring sama di sebelahnya. "Hei Fauzan, cantik betul langit sekarang ni kan? Tengok, buruj Scorpiolah!" kataku sambil menunjuk ke arah buruj yang dilihat. Fauzan hanya tersenyum, sambil memandangku. Tak tahu apa yang dia cuba nak cakap, tetapi entah bagaimana aku rasa selesa dengan dia. Ini perasaan sebagai sahabat ke atau lebih dari itu? Tuhan sahaja yang tahu.

            Aku pun terus bangun lalu berjalan ke rumah. Begitu juga dengan Fauzan. Kami berjalan dengan perlahan kerana takut akan menarik perhatian jiran yang lain. Tanpa kami sedari, seseorang sedang memerhatikan kami dari tadi.

To be continued.

Akan datang! Chapter #3: Irish
Sinopsis:
Apa yang dilakukan oleh Lili dan Fauzan semasa pukul satu pagi telah diketahui oleh ibubapa mereka dengan jiran yang lain. Siapa yang mengintip mereka dan mula memberitahu kepada semua orang? Sementara itu, ibu Fauzan telah pulang dari Kanada dengan membawa peristiwa 10 tahun lalu yang mengubah segalanya.

           

        

                    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan