#1 : Fauzan Jefri








"Lili, bangunlah sayang. Kita dah sampai."Ibu sibuk menggoncangkan badanku yang sedang tertidur di tempat duduk kereta di bahagian belakang. Tetapi, aku masih belum bangkit malah kelopak mataku masih meronta-ronta hendak sentiasa menutup kedua-dua mataku. Ayah pula sedang mengambil dua beg pakaian dari bonet keretanya, kerana hari yang aku tidak tunggu selama ini telahpun tiba, iaitu berpindah dari bandar Tawau ke tanah rancangan yang terletak di Lahad Datu.

Namaku Lili Fazriana Wong. Berusia 16 tahun. Mukaku kerut apabila melihat rumah baharu yang sempit. Rumah baharu kami hanya mempunyai tiga bilik dan ruang dapur yang terhad. Ayah dipindahkan ke Felda Sahabat bahagian Baiduri Ayu untuk bekerja sebagai peneroka.

"Lili, mengapa kerut sahaja muka tu? Sepatutnya Lili gembira kerana kita berpindah dari bandar Tawau yang bising tu. Dapat juga kita dapat tenangkan fikiran dengan udara yang segar di sini." Ayah telah memujuk aku mengenai perkara tersebut sejak dalam kereta lagi. Walaupun mereka gembira, tetapi bagi aku perpindahan ini begitu janggal bagi aku kerana banyak perkara negatif yang difikirkan oleh aku.

Antaranya, bagaimana aku hendak menghubungi Myra, Faisal, Anis, atau Syamimi, sedangkan tiada talian di sini? Bagaimana aku hendak membuka laman sosial dan bermain Clash Of Clans sedangkan talian internet pun tidak sampai di kawasan perumahan Baiduri Ayu ini? Sebenarnya, aku sudah berbincang dengan ayah dan ibu untuk patah balik semula ke Tawau. Tetapi, keputusan yang aku harapkan tidak dipersetujui oleh kedua-dua ibubapaku. Mana tidaknya, kami sudah berada di hadapan pintu masuk ke Felda Sahabat, memanglah mereka tidak mahu patah balik. Apa nak buat, terpaksalah terima hakikat.

Kedatangan kami disambut dengan suasana yang sederhana oleh jiran baharu kami, Encik Qayyum bersama anak lelakinya. Mereka telah meletakkan meja yang diletakkan beberapa gelas air mineral. Tanpa membuang masa, aku terus mengambil satu gelas lalu meneguk air mineral tersebut hingga habis. Ayah dan ibu hanya ketawa melihat gelagatnya.

Kemudian, aku terus melihat anak lelaki Encik Qayyum. Rupa paras anak lelakinya memang unik, seperti orang Amerika. Rambutnya berwarna coklat muda, dan berkulit putih, seperti berketurunan Irish-American. Menurut Encik Qayyum, muka anak lelakinya mengikut isterinya yang berketurunan Irish-American dan dia mula berjumpa dengan isterinya semasa menghadiri majlis perjumpaan semula bekas pelajar sekolah. Memang patut pun rupa paras dia macam tu.


Aku pun apa nak tunggu lagi, aku pun terus menyapa dia. "Siapa nama kamu?" tanyaku. Anak lelaki Encik Qayyum hanya senyap seperti orang yang bisu. Lalu, aku terus bertanya dengan Encik Qayyum yang sibuk melayan kedua-dua ibu bapaku. "Pakcik, kenapa dengan anak lelaki pakcik tu? Baru tanya nama, dah malu. Belum lagi saya minta NOMBOR TELEFON dia lagi." kataku dengan nada yang pelik seperti baru ternampak artis kegemaran di hadapan mata.


"Dia bisu sejak azali. Nama dia, emm.. Fauzan Jefri. Ibu dia yang beri nama tu sebab menurutnya, itu adalah nama melayu bapanya." balas Encik Qayyum.


To be continued...

   

   
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan