Aku melihat di sekitar tempat di mana kami semua diikat. Tiada ada apa-apa benda yang boleh memutuskan ikatan yang mengikat kedua-dua tangan dan kakiku. Nampaknya masa semakin suntuk.
Kemudian, aku ternampak serpihan cermin yang tajam di belakangku. Aku terus menggeserkan tali yang mengikat tanganku di serpihan tersebut. Tidak lama kemudian, tali pun terputus dan aku membuka ikatan tali di kaki pula.
Lalu, aku terus membuka ikatan Syamimi, Nazri, Fauzan, Encik Qayyum, dan Puan Myra. Walaupun tinggi risikonya tetapi aku berjaya juga. Aku terus berlari ke luar untuk menghalang kedua-dua ibubapaku dari melarikan diri. Tanpa aku sedari, aku terlanggar lampu minyak yang diletakkan di sudut tempat tersebut, menyebabkan minyak di dalamnya tumpah.
"L.. Lili. Awak nak ke mana?" Nazri yang baru sedar dari pengsan tanya aku hendak ke mana. Kemudian, dia cuba mengikuti aku, tetapi aku cuba halang. Tiba-tiba, salah satu rakan upahan menangkapku. Aku cuba menggigit tangannya, tetapi gagal. Lalu, aku terus memberi isyarat kepada Nazri bahawa aku perlukan pertolongan pada masa ini.
Dia terus menendang lelaki tersebut, membuatkan lelaki yang memegangku terus rebah. Aku pun apa lagi, terus memijak perutnya sekuat hati yang aku boleh. Itulah, siapa suruh mengetuk kepala kami hingga pengsan. Sekarang, inilah hasil yang awak boleh dapat! Hanya baring seperti anjing laut di Antartika yang sedang dipijak perutnya oleh penguin.
Dan pada masa itu juga, aku pengsan kerana sebab yang sama, iaitu dipukul oleh seseorang di kepala.
Lalu, aku pun balas "Ya." lalu menaiki kereta Nazri untuk ke kilang kelapa sawit.
Dia terus menendang lelaki tersebut, membuatkan lelaki yang memegangku terus rebah. Aku pun apa lagi, terus memijak perutnya sekuat hati yang aku boleh. Itulah, siapa suruh mengetuk kepala kami hingga pengsan. Sekarang, inilah hasil yang awak boleh dapat! Hanya baring seperti anjing laut di Antartika yang sedang dipijak perutnya oleh penguin.
Dan pada masa itu juga, aku pengsan kerana sebab yang sama, iaitu dipukul oleh seseorang di kepala.
*****
"Lili, Lili, bangun! Bangun cepat! Kita dalam masalah sekarang ni!" Kedengaran seseorang cuba menyedarkan aku. Lalu, aku terus membuka mata dan bertanya apa yang sedang berlaku. "Ayah dan mak awak, mereka kurung Encik Qayyum, Puan Myra, Fauzan, dan Syamimi di dalam." balas Nazri Belpois. Aku melihat Faisal Jason, Encik Endy, dan Puan Elyana juga ada bersama kami.
"Err.. Nazri? Macam mana mereka semua boleh ada di sini?" tanyaku.
"Saya yang telefon mereka supaya ke sini. Saya memang tahu kita sekarang berada di kawasan Tanjung Labian sekarang ni. Sebab tu saya terus telefon mereka semua. Dah, kita tak ada masa untuk chit chat, kita kena selamatkan mereka semua di dalam dahulu." balas Nazri. Lalu, aku serta yang lain memecahkan pintu tempat kami diculik, iaitu sebuah pondok terbiar besar yang diperbuat daripada papan lapis.
Selepas itu, akhirnya kami dapat memecahkan pintu pondok tersebut. Kelihatan ibu sedang memegang sekotak mancis, sebagai tanda amaran kepada kami semua bahawa, "Jangan bergerak! Atau saya letakkan mancis yang menyala ini di lantai yang dipenuhi dengan petrol!" Ibu sedang mengancam kami semua. Aku ternampak Syamimi memberikan isyarat yang bermaksud 'senyap'. Aku hanya mengganguk. Tiba-tiba, Syamimi menendang kaki ibu, membuatkan ibu jatuh terbaring, dan secara tidak sengaja menjatuhkan mancis yang menyala serta menyebabkan pondok tersebut mula terbakar.
"Syamimi, cepat bawa Encik Qayyum, Puan Myra, serta Fauzan!" kata Faisal dengan nada yang cemas, lalu berlari ke luar, diikuti oleh kami semua termasuk Syamimi. Tetapi, dia hanya membawa Fauzan sahaja kerana dia tidak ada masa untuk bawa semua keluar dari situ, dan tiba-tiba dia tersadung sesuatu lalu terjatuh tetapi dia sempat mencampakkan Fauzan keluar.
"Syamimi!" jeritku.
"Lili, pergi cepat! Panggil bomba, ambulans, atau apa yang patut! Pergi! Cepat!" jerit Syamimi, sebelum kayu yang besar menghempap kepalanya. Aku kaku. Tidak tahu hendak buat apa. Peluang untuk selamatkan dia dan yang lain di dalam sana hanya 1 peratus. Maknanaya 99 peratus akan menyebabkan sesiapa saja yang cuba selamatkan mereka akan turut mati juga.
Air mataku mengalir tanpa aku sedari. Nampaknya, mulai sekarang aku dan Fauzan akan menjadi anak yatim piatu. Kalaulah ayah dan ibu tidak buat rancangan gila ini hanya kerana peristiwa 10 tahun lalu, mungkin mereka masih hidup,
"Lili, kita kena panggil bantuan secepat yang mungkin. Ayuh!" kata Encik Endy.
*****
-Tiga bulan selepas kejadian tersebut-
Akhirnya bomba berjaya juga padamkan api di pondok tersebut, tetapi mereka tidak dapat selamatkan ayah, ibu, Encik Qayyum, Puan Myra, serta Syamimi kerana menurut mereka, kesemua orang yang aku sayang selama ini telahpun rentung. Fauzan pula, dia masih dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dan memerlukan rawatan di Hospital Lahad Datu.
Aku, Nazri, dan Faisal hanya tunggu apa yang akan berlaku seterusnya. Akhirnya selepas tiga bulan koma, Fauzan akhirnya sedar. Aku terus memeluknya dengan erat, sehingga jururawat terpaksa menarik aku kerana takut Fauzan sesak nafas.
Fauzan memandangku dengan tenang lalu terus mengusap kepalaku. "Awak tahu, Lili, semasa saya kecil dahulu saya memang inginkan seorang adik untuk bermain dan ketawa bersama. Sekarang, impian saya tu dah termakbul apabila saya dapat tahu bahawa awak ni adik tiri saya." kata Fauzan kepadaku, sebelum tiba-tiba matanya tertutup sekali lagi. Aku ingatkan dia hanya penat, sehinggalah kami mendapati bahawa degupan jantung Fauzan semakin lemah.
Fauzan terus memelukku dengan erat seperti apa yang aku lakukan tadi. "Lili, maafkan semua kesalahan saya, ya?" katanya lalu bunyi 'titttttttttt' mula kedengaran di alat pemeriksa degupan jantung. Aku, Nazri, dan Faisal tahu bahawa Fauzan telahpun hembuskan nafasnya yang terakhir. Entah mengapa, mungkin sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan dunia ini.
Doktor terus berusaha untuk selamatkan Fauzan, tetapi gagal. Aku hanya terduduk, sekarang aku tidak ada siapa-siapa lagi. Tiada tempat untuk aku luahkan perasaan. Aku hanya kaku tanpa kata-kata. Nazri dan Faisal hanya membiarkanku terduduk di hadapan wad Fauzan.
"Selamat tinggal, Fauzan Jefri." kataku dengan nada yang sedih.
*****
Masa terus berlalu dengan pantasnya. Kini, aku telah menjadi seorang peneroka di FELDA. Kesemua harta pusaka kepunyaan ibu bapaku telah aku gunakan untuk membeli beberapa geran tanah untuk penanaman kelapa sawit yang baharu.
Aku sedang meninggalkan rumah, dan aku ternampak dua jambang bunga ros, iaitu bunga kegemaranku. Lalu, aku mengambil kertas yang berada di atas jambangan bunga ros tersebut. Kertas itu tertulis,
Lili, will you marry me? By: Nazri Belpois
Lalu, aku pun balas "Ya." lalu menaiki kereta Nazri untuk ke kilang kelapa sawit.
THE END.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan