#5 : Aqilah Syamimi




Bab yang lalu, Lili dan Fauzan mengetahui mengenai profil diri Faisal Jason melalui kedua-dua ibu bapa Fauzan. Cerita mula menjadi lebih saspens apabila secara tiba-tiba ibu Lili, iaitu Puan Zahira melarang Lili untuk berkawan dengan Fauzan lagi selepas melihat muka Puan Myra dengan kejutan yang melampau dan pada hari pertama Lili bersekolah, secara tiba-tiba Fauzan iaitu rakannya sendiri menikamnya di bahagian perut, lalu meninggalkan Lili dalam keadaan yang cedera.


****


"Hei, bangun." Seseorang sedang cuba membuatkan aku sedar. Aku langsung tidak dapat mengecam suara tersebut, seperti orang tersebut kenal aku, tetapi aku tidak kenal dia. Lalu, mataku pun terus terbuka dan aku sedar bahawa aku berada di hospital. Kemudian, aku terus melihat jam di dinding. Waktu sudah menunjukkan pukul 8:00 malam. 

         "Awak dah sedar pun rupanya." Seorang remaja perempuan yang sebaya dengan aku terus menyapaku di hadapan pintu bilik pesakit. Perempuan tersebut begitu misteri kerana memakai baju berwarna hitam. Pendek kata, seluar serta kasutnya juga berwarna hitam.

                 "Siapa awak ni? Dan macam saya ada di sini?" tanyaku pula.

            "Nama saya Aqilah Syamimi. Saya sendiri yang bawa awak ke hospital Lahad Datu ni. Sudah beberapa jam dah awak koma di katil tu. Saya nampak awak terbaring di hadapan pondok dalam keadaan yang parah. Apa lagi, saya pun terus bawa awak ke sini. Memang ambil masa yang lama tau." kata perempuan tersebut, atau namanya Aqilah Syamimi. 

            "Mana Fauzan? Mana Nazri? Mana semua orang?" tanyaku lagi. Syamimi hanya senyap, tidak cakap apa-apa. Mungkinkah dia sedang menculik aku?

              "Mereka tidak tahu awak ditahan di sini. Saya bawa kamu ke sini pun sebab saya nak beritahu kamu sesuatu perkara yang melibatkan keluarga awak dan sahabat karib awak." balas Syamimi.

             "Macam mana awak tahu tentang saya dan Fauzan?" Aku mula hairan terhadap apa yang Syamimi katakan. Adakah ini berkaitan dengan perubahan sikap ibu yang berubah secara tiba-tiba semalam?

        Aqilah Syamimi memang seorang yang pelik. Macam mana dia tahu terhadap konflik yang mula berlaku? Sejak aku pindah, duri-duri kebencian mula timbul dalam hati Encik Qayyum apabila kami pindah. Aku dapat lihat melalui reaksi mukanya padaku semasa kami dihidangkan dengan air.

       "Tak perlulah awak tahu  bagaimana saya dapat mengetahui semuanya. Sekarang hidup awak seperti sampan yang terapung di tengah lautan tanpa pendayung. Bukan itu sahaja, awak juga seperti tikus yang sedang dalam kesusahan." kata Syamimi dengan kata-kata yang berkerisma. Ceh! Dia ni mungkin pernah ambil kelas sastera agaknya.

        "Baiklah. Balik kepada topik, sekarang saya akan ceritakan segalanya. Cerita ini berlaku pada 10 tahun lalu......."

****

Aku mendengar cerita Syamimi dengan teliti. Akhirnya semua misteri telah terungkai! Patutlah ibu tidak benarkan aku berkawan dengan Fauzan lagi! Patutlah Fauzan cuba bunuh aku secara senyap! Patutlah Encik Qayyum tanya kepadaku soalan yang pelik! Akhirnya aku telah faham. Selama ini, begitu banyak ibubapaku sembunyikan benda yang sepatutnya aku tahu.

    Aku juga ketahui bahawa, IBUBAPAKU DALAM BAHAYA! Aku terus memujuk Syamimi supaya keluarkan aku dari hospital dan segera bergegas ke Felda Sahabat. Syamimi patuh dengan arahanku lalu segera keluar dari wad.

     Ayah, ibu, tunggu Lili! Lili Fazriana Wong akan selamatkan ayah dan ibu dengan bantuan Aqilah Syamimi!

****

To be continued...
Chapter seterusnya akan diceritakan dengan penuh apa sebenarnya yang berlaku pada 10 tahun lalu. Tunggu tau!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan