#1 : Xeroc Amphere





Tahun 2039


Namaku Hazwan. Hazwan Fauzan bin Mohd. Abdul Sidek. Seorang remaja 19 tahun yang baru kehilangan seorang ibu yang sangatku cintai pada hari ini. Menurut doktor, ibu aku terkena jangkitan virus yang dikenali sebagai "Xeroc Amphere" atau singkatannya 'X.A'. Doktor mahupun ahli Pengkaji Penyakit pun tidak tahu bagaimana Virus X.A ini merebak, sama ada dari manusia atau dari persekitaran. Sebenarnya, banyak saintis cuba mengkaji virus ini, tetapi kerajaan telah mengenakan hukuman kejam dihadapan seluruh penduduk bandar Kuala Lumpur kepada sesiapa yang didakwa cuba mengkaji virus X.A . Entah mengapa kerajaan buat begitu. Tetapi kerajaan menyimpan satu rahsia, iaitu Lembaga Rahsia, iaitu lembaga tidak rasmi kerajaan, mengetahui cara merawatnya.

                          Selepas aku mengelamun buat seketika, aku memakai baju casual ala-ala Jepun, lalu terus bergerak ke Kolej Teknologi Perubatan yang terletak di Zon Empat di Bandar Kuala Lumpur. Zon Empat adalah kawasan Muzium Teknologi Negara sehinggalah ke pusat beli belah Shoppo. Memang jauh tetapi dengan menggunakan "I-Board", aku boleh ke Zon Empat dengan pantas, hanya dalam 20 minit sahaja. Eh, macam nak jadi tukang iklan pula.

                           Dan seperti biasa, di Kelas bahagian Pembedahan Kompleks di Kolej, hanya pelajar lelaki sahaja yang hadir. Perempuan pula, oh, lupa nak beritahu. Kebanyakan golongan yang dijangkiti virus X.A ni adalah dari golongan wanita kecuali kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Banyak pelajar kolej yang berjantina perempuan kini berada di Zon Satu, iaitu tempat Pengkaji Penyakit berusaha merawat virus ini. Tetapi, baru-baru ini Pengetua Kolej, Yveish Lavanir, mendapat berita bahawa 14 pelajarnya meninggal dunia akibat virus X.A yang dikenali sebagai pembunuh senyap wanita ini.

                           Aku hanya termenung, memandang meja komputer, sambil bermain badminton versi alam maya. Cikgu kami, Zylia Windyosai tidak hadir juga kerana dijangkiti oleh virus yang sama. Pendek kata, kesemua wanita di seluruh dunia kecuali Asia Tenggara sahaja yang tidak terkena akan virus ini. Mungkin kerana pemakanan kami yang tidak seimbang pada masa ini. Zon Sembilan dan Zon Tujuh adalah zon yang mengalami wabak ini dengan lebih teruk berbanding zon-zon yang lain.

                           "Yo! Kenapa termenung ni?" Fadzlih Baharuddin, pelajar di Kelas Bahagian Rawatan Ringan ataupun seorang sahabat karib secara tiba-tiba menepuk bahu kananku. Aku terkejut. Mana tidaknya, aku sibuk lawan pemain badminton alam maya yang bertahap tinggi, tiba-tiba budak ni datang.

                       "Tak ada apa-apa. Lagi satu, boleh tak lain kali ucapkan salam dulu? Tengok, sekarang rekod aku dah turun. Oh, by the way, saya tak apa-apa. Saya hanya, 'Sailp'. Macam biasa." balasku dengan selamba. Fadzlih memandangku dengan kening mata kanan yang ternaik sedikit.

                         "Biasalah. Awak kan budak bijak. Pelajar kegemaran Pengetua Yviesh Lavanir pula. Memanglah awak selalu 'Sailp'. " kata Fadzlih lagi. Sebenarnya, 'Sailp' bermaksud mengingat semula apa yang cikgu ajar dalam bahasa Iceireon, ataupun bahasa khas untuk kolej kami yang dicipta oleh Pengetua sendiri. Mungkin supaya kolej perubatan lain tidak mengetahui apakah rahsia kami apabila berjaya.

            Tiba-tiba, satu kelas Pembedahan Kompleks kecoh apabila mereka melihat tingkap kelas. Aku hairan apa yang berlaku di luar, begitu juga dengan Fadzlih. Lalu, kami berdua pun terus melihat apa yang berlaku di tingkap.

             Kami ternampak tiga kereta Pajero berwarna hitam kelabu dan beberapa askar dari Zon Lima dan Zon Dua sedang mengawal ketiga-tiga kereta tersebut. Aku ternampak sebuah logo di atas salah satu bumbung kereta itu.

                      "Rasanya kita tahu siapa yang hantar tetamu-tetamu ni." kata Fadzlih. Aku mengganguk. Aku pun tahu siapa yang menggunakan logo tersebut.

                            "Betul tu, Fadz. Saya pun tahu. Itu adalah logo Lembaga Rahsia (LR). Tapi, apa mereka buat di sini? Apa mereka buat di Pulau Bandar Kuala Lumpur?" Aku mula curiga. Mengapa LR tiba-tiba datang ke Kolej Teknologi Perubatan? Adakah ini ada kaitan dengan virus Xeroc Amphere?

                          Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.

******************************************

Disebabkan rasa ingin tahu, aku berpura-pura hendak ke tandas, diikuti oleh Fadzlih. Kemudian, aku terdengar Pengetua sedang menyapa salah satu wakil LR dengan gembira.

                    Aku dan Fadzlih apa lagi, terus curi-curi dengar perbualan tersebut. 

                           "Tuan Pengerusi LB, Datuk Isyraf Caltes. Ini satu penghormatan apabila tuan hendak datang ke sini." kata Pengetua dengan sopannya. Selama ini, kalau dengan pelajar kolej, taklah sopan sampai tahap ni. Biasalah, bila ada datuk datang, inilah jadinya.

                      "Saya datang ke sini bukan untuk suka-suka, Yviesh. Saya nak jumpa dengan pelajar kegemaran awak tu." balas Datuk Isyraf.

                        "Maksud awak, Hazwan? Mengapa pula?" tanya Pengetua pula. Datuk Isyraf hanya senyap. Aku tidak dapat dengar apa yang mereka katakan. Mungkin mereka sedang berbisik. Entahlah.

                       Tiba-tiba, salah satu pengawas Kolej ternampak kami. Lalu, kami terus berlari ke kelas masing-masing. Dari situ, aku mula hairan. Mengapa Pengerusi Lembaga Rahsia hendak jumpa saya pula? Saya tak buat apa-apa salah pun.

************ To be continued.. ************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan