#4 : Petak




Bab yang lalu, kesemua penduduk kawasan perumahan pekerja FELDA bahagian Cenderawasih dikejutkan dengan aktiviti yang dilakukan oleh Lili dan Fauzan pada pukul satu pagi. Dalam keadaan yang frust gila, Lili serta Fauzan mengadakan 'persidangan diraja' dengan rakan baharu mereka, Nazri Belpois untuk mencari orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku terhadap mereka, tetapi terbatal apabila Fauzan terpaksa menjemput emaknya, Myra Rahman di lapangan terbang. Pada masa yang sama, Lili mendapat maklumat daripada Nazri bahawa Faisal Jasonlah yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku. 


****

"Siapa Faisal Jason?" tanyaku dengan perasaan yang tertanya-tanya. Tetapi mungkin disebabkan talian yang tidak stabil di Cenderawasih, tiba-tiba panggilan dari Nazri dimatikan begitu sahaja dengan tiba-tiba. Aku pun apa lagi, terus memberitahu Encik Qayyum serta Fauzan. Puan Myra turut serta mendengarnya walaupun dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.

           "Pakcik tahu siapa Faisal tu. Umur dia sebaya dengan kamu berdua. Cuma, dia tu agak pelik sedikit. Dia selalu memakai headphone Beats setiap masa biarpun pada masa dia tidur. Pakcik juga dengar dia bekerja sambilan sebagai deejay di sebuah studio rakaman di Kota Kinabalu." kata Encik Qayyum dengan kata-kata yang begitu panjang bagi aku. 

            "Makcik pun tahu tentang si Faisal tu. Dia selalu bantu makcik sediakan masakan untuk kantin kilang kelapa sawit bahagian Embara Budi. Kalau tak silap, semua orang gelarkan dia 'petak'. Biarpun lawak, tapi makcik rasa gelaran tu memang sesuai untuk dia." kata Puan Myra pula. 

           Biarpun Encik Qayyum dengan Puan Myra menganggap Faisal baik, tetapi bagi aku dan Fauzan, hati dia tu memang seperti sampah yang belum dilontar ke dalam pusat kitar semula selama 30 tahun lamanya! Tiba-tiba sahaja dia menyebarkan apa yang kami buat seperti mami jarum, walaupun memang patut pun dia sebarkannya kepada semua orang. 

              "Baiklah Fauzan, esok kita akan jumpa dia." kataku dengan penuh bersemangat.

             "Memang patut kamu boleh jumpa dengan dia, sebab esok dah mula sekolah." kata Encik Qayyum. Lupa pula aku baru berpindah ke Felda Sahabat. Maksudnya esok merupakan hari pertama saya ke sekolah baharu. Yahoo! 

              "Dah, mari kita balik. Ibubapa Lili mesti dah lama tunggu." kata Puan Myra.

****

Akhirnya, aku serta Fauzan sekeluarga tiba di kawasan perumahan pekerja. Kelihatan kedua-dua ibubapaku menunggu di luar rumah, mungkin risau kerana masa kami tiba berbeza berbanding dengan masa yang Encik Qayyum beritahu kepada kedua-dua ibu bapaku.

            Kelihatan Encik Qayyum mengangkat beg Puan Myra masuk ke dalam rumah. Lalu, aku pun terus berlari ke rumah. Apabila aku memperkenalkan Puan Myra kepada mereka, tiba-tiba muka ibu serta bapa kerut. 

              "Aelita?" kata ibuku.
              
              "Zahira?" 

           "Ermm.. tak ada apa-apa. Saya ingat awak ni rakan baik saya, Aelita. Sebab rupa awak sama dengan dia. Baiklah, kami bertiga masuk ke dalam rumah dahulu. Bye!" kata ibuku lalu terus membawaku masuk ke dalam rumah. Aku masih sempat melambai Puan Myra.
                 
              Tiba-tiba sahaja ibu terus meletakkanku di kerusi selepas mengangkatku tadi. "Lili, kamu dengar sini. Mak tak nak kamu ada apa-apa hubungan dengan Fauzan lagi." kata ibuku. Aku hairan. Mengapa pula ibu cakap begitu? Sebelum ni ibu nampak senang sahaja aku berkawan dengan Fauzan.

               "Kenapa pula?" tanyaku.

              "Mak cakap tak boleh, tak boleh! Kamu nak derhaka dengan mak sendiri ke?" tanya ibuku dengan tegas. Aku terus menggeleng kepala. Aku memang tak nak putuskan persahabatan dengan Fauzan yang baru terjalin, tetapi aku terpaksa ikut sahaja apa yang ibuku cakap.

               Aku pun terus memasuki bilik tidur dengan perasaan yang sedih.

****

Hari pertama aku bersekolah di Felda Sahabat telahpun tiba. Walaupun aku sepatutnya gembira, tetapi aku berasa sedih pula. Semuanya kerana apa yang berlaku semalam. Ibu secara tiba-tiba menyuruhku supaya tidak berkawan dengan Fauzan, entah apa sebabnya. Mungkin sebab apa yang kami buat pada pukul satu pagi. Padahal aku dah jelaskan apa yang dah berlaku masa itu.

               Kelihatan Fauzan sedang menungguku di pondok menunggu bas yang diperbuat daripada kayu, pendek kata macam pondok tempat penoreh getah berehat. Dia seperti hendak memberitahu aku sesuatu. Aku pun terus berlari ke arahnya sambil memandang belakang, takut kalau ibuku nampak aku hendak berjumpa dengan Fauzan.

                   "Ada apa, Fauzan? Awak macam nak cakap sesuatu sahaja." kataku dengan perlahan. Tiba-tiba sahaja, mataku terbeliak seperti biji mata hendak keluar. Aku segera melihat ke bawah. Aku ternampak tangan Fauzan yang memegang sebilah pisau sedang menikamku. Darah terus keluar dengan banyaknya. Aku pun terus rebah di situ.

                    Semasa aku rebah, aku nampak mulutnya bergerak, seperti hendak bercakap sesuatu. Rupa-rupanya, selama ini dia tidak bisu! Tapi, mengapa dia tikam aku pula? Memang patut pun ibu mula melarang aku berkawan dengannya. Mataku terus tertutup seperti pintu yang banyak didapati di kedai serbaneka.

To be continued..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan