Bab yang lalu, Lili menyedari ada sesuatu yang Encik Qayyum cuba sorokkan daripadanya apabila Encik Qayyum bertanya jika Lili sudi menerima tawaran anaknya, Fauzan Jefri untuk berkahwin dengannya suatu hari nanti. Sementara itu, Lili ternampak Fauzan berbaring memandang ke arah langit pada pukul satu pagi kemudian turut Lili turut join bersamanya untuk melihat bintang di langit malam yang diterangi dengan cahaya bulan, tanpa menyedari seseorang sedang memerhatikan mereka.
****
Keesokan harinya, kami dikejutkan dengan berita bahawa aku dan Fauzan berada di luar rumah pada pukul satu pagi. Aku terkejut. Siapa pula yang ketahui benda ini? Setahu aku, hanya aku dan Fauzan sahaja yang tahu. Pada masa itu, semua sedang dibuai mimpi.
Kedua-dua ibu bapaku turut terdengar akan berita tersebut, ada juga mereka marah tetapi mereka faham apabila aku jelaskan bahawa Encik Qayyum menyuruh aku supaya menjaga Fauzan setiap masa biarpun pada pukul satu pagi. Bagaimana dengan Encik Qayyum pula? Dia tidak marah pun kerana itu adalah tabiat Fauzan sejak dia berumur 12 tahun lagi.
Tetapi, aku masih geram dengan orang misteri yang aku ternampak semalam. Mungkin dia yang memberitahu semua orang yang tinggal di perumahan pekerja di Bandar Cenderawasih, tempat aku dan Fauzan tinggal sekarang. Aku pun apa lagi, terus mengadakan 'persidangan diraja' dengan Fauzan dengan rakan baharu kami, Nazri Belpois.
"Baiklah. Tujuan kita adakan persidangan ini adalah untuk menyiasat siapa yang menyebarkan berita ini, kerana ini akan menyebabkan orang akan berfikiran kuning akan hal ni. Kita tak nak ini akan berlaku nanti, faham?" kataku seperti Perdana Menteri. Fauzan dan Nazri hanya terlopong melihat gelagatku. Baru sahaja kami memulakan operasi, tiba-tiba Encik Qayyum muncul.
"Fauzan. Cepat bersiap. Mak kamu.. dia dah tiba di Tawau. Dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Lahad Datu sekarang ni." Encik Qayyum berkata dengan perlahan, seakan-akan tidak gembira akan kepulangan isterinya sendiri. "Lili, kalau nak ikut pun boleh. Lagipun pakcik dah minta izin dengan kedua-dua ibu bapa kamu." kata Encik Qayyum lagi.
"Ba..baik. Saya akan ikut." kataku. Lalu, aku terus menaiki kereta Encik Qayyum.

Beberapa jam kemudian, Encik Qayyum, aku, dan Fauzan pun tiba di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Lahad Datu. Lapangan terbang tersebut dipenuhi dengan orang yang sedang menunggu ahli keluarga ataupun rakan-rakan mereka. Lagipun, sekarang merupakan musim umrah. Memanglah banyak orang menunggu kepulangan jemaah umrah yang akan tiba nanti.
Tiba-tiba, aku terlanggar seorang wanita. Wanita tersebut mempunyai rambut yang berwarna coklat susu, mata berwarna biru laut, dan memakai jaket bernombor. Dia meminta maaf kepadaku kerana terlanggarnya dalam bahasa pelik, mungkin bahasa Perancis, rasanyalah. Pada masa itu juga, tiba-tiba Encik Qayyum dan Fauzan terus memeluk wanita tersebut.
"Err.. siapa tu?" tanyaku dengan hairan.
"Itulah isteri pakcik." balas Encik Qayyum. APA? WANITA ALA-ALA PELAKON MAT SALLEH TU ADALAH IBU FAUZAN? Tak mungkin! Apa yang dah berlaku terhadap dunia aku?! Wanita tersebut terus menepuk bahuku.
"Nama makcik Myra. Myra Rahman. Jadi, kamu Lili Fazriana Wong yang Fauzan selalu ceritakan pada makcik." kata Puan Myra. ( Pfft! Lawak pula ada perkataan 'puan' pada namanya. )
"Errr.. ya. Selamat berkenalan." balasku. Kemudian, aku mendapat panggilan dari Nazri Belpois. "Helo. Ada apa?"
"Lili! Saya tahu siapa yang sebarkan berita tentang kamu dan Fauzan tu." kata Nazri.
"Oh, ya? Siapa dia?" tanyaku.
"Faisal Jason." balas Nazri.
****
To be continued..
Akan datang!
Sinopsis:
Siapakah Faisal Jason yang disebut oleh Nazri Belpois? Apakah yang dimaksudkan dengan 'membawa peristiwa 10 tahun lalu yang mengubah segalanya'? Apakah rahsia yang cuba disorokkan oleh Encik Qayyum dengan Fauzan Jefri? Tunggu tau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan