Bab yang lalu, Lili telah dibawa ke Hospital Lahad Datu akibat ditikam oleh Fauzan secara senyap oleh seorang remaja perempuan yang misteri bernama Aqilah Syamimi. Menurutnya, Lili sudah beberapa jam koma di atas katil pesakit serta telah menceritakan apa yang telah berlaku pada 10 tahun lalu. Pada masa yang sama, Lili sedar bahawa kedua-dua ibubapanya dalam bahaya.
****
RALAT: Bab ini menceritakan peristiwa 10 tahun lalu dengan full version.
RALAT: Bab ini menceritakan peristiwa 10 tahun lalu dengan full version.
-10 tahun lalu-
Kelihatan Zahira ( ibu kepada Lili Fazriana Wong ) sedang berada di hospital, entah siapa yang dia tunggu. Dia termenung sendiri sambil melihat sekeliling untuk kali terakhir, takut kerana hari tersebut dia akan mula bersalin. Tetapi, bukan itu yang dia risaukan. Dia risau tentang anak yang dia akan dilahirkan nanti.
Beberapa bulan yang lalu, dia pernah berkahwin dengan Nursyam, tetapi bercerai disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Dia risau terhadap apa yang masyarakat akan fikir nanti. Sebenarnya, salah satu perkara yang membuatkan Zahira dengan Nursyam terpaksa bercerai kerana Zahira sedang membawa 'anak luar nikah' bersamanya.
Tiba-tiba, dia ternampak seseorang. Seseorang yang menyebabkan berlakunya perceraian antara dia dan Nursyam. Seseorang yang menyebabkan dia akan melahirkan anak luar nikah. Seseorang yang menyebabkan dia terpaksa menderita selama beberapa tahun lamanya sejak dia sekolah menengah. Orang tersebut adalah Aelita, ataupun nama melayunya Myra Rahman. Dia melihat Myra diiringi oleh dua pengawal peribadi yang berpakaian biasa. Dan lebih mengejutkan, Myra juga sedang mengandung ketika itu dan akan bersalin pada hari yang sama dengannya.
"Eh, nampaknya perempuan haram pun ni nak bersalin di hospital juga ke? Mengapa tak jumpa bidan saja? Hahahaha." kata Myra selepas dia ternampak Zahira duduk di sebelah pintu wad bersalin. "Lagipun awak ada duit ke yang bersalin di hospital ni? Hah, apa dia? Oh, awak bekerja di kelab malam kan? Hahahahaha!" usiknya lagi. Zahira hanya diam. Hatinya sudah geram mendengar kata-kata Myra yang menyakitkan hati. Lalu, dia cuba mencekik Myra, tetapi dihalang oleh kedua-dua pengawal peribadinya.
"Oh, nak bunuh saya ya? Kenapa? Apa yang saya cakap tu memang betul, kan? Kenapa awak nak marah pula. Dengar semua orang di wad ini! PEREMPUAN YANG BERNAMA ZAHIRA NI MELAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH!" Semua orang termasuk pelawat masing-masing berbisik antara mereka apabila mendengar kata-kata Myra tersebut.
Pada masa itulah, Lili terasa sakit yang teramat sangat. Dia menjerit memanggil sesiapa sahaja untuk menolongnya. Tetapi tiada sesiapa pun yang sudi membantunya. Myra hanya ketawa sahaja kemudian meninggalkan wad tersebut. Mujurlah dua orang jururawat segera memapahnya ke tempat yang sepatutnya.
****
Beberapa jam kemudian, akhirnya Zahira selamat melahirkan anak yang berjantina lelaki. Dia juga dibenarkan untuk melihat anaknya di bahagian post natal. Dia terus berjalan ke post natal dan terlihat katil bayi yang telah tertulis namanya di situ. Tiada pengawal keselamatan di post natal ketika itu. Kelihatan bayinya sedang tidur dengan nyenyaknya.
Dia mendodoikan anaknya sambil menamakan anaknya, "Fauzan Jefri" sempena nama rakan lelakinya yang telah menyokongnya selama ini. Kemudian, Zahira melihat katil sebelah Fauzan. Dia terkejut apabila dia melihat papan yang digantung di katil tersebut yang menyatakan bahawa bayi yang tidur di sebelah Fauzan adalah kepunyaan Myra.
Pada masa itu juga, mindanya sudah memikirkan sesuatu. Sesuatu yang begitu jahat seperti syaitan. Dia terus meletakkan Fauzan di katil tempat anak perempuan Myra diletakkan. Anak perempuan Myra pula diambilnya lalu keluar dari kawasan post natal tersebut. Lalu, dia segera menelefon seseorang di pondok telefon.
"Hello. Aidil Syarifuddin, boleh awak tolong saya?" Zahira menelefon Aidil, ataupun bapa kepada Lili Fazriana. Zahira mengatakan bahawa dia ada rancangan yang jahat terhadap anak perempuan Myra dan menyuruh Aidil supaya mengambilnya di hadapan pintu masuk hospital. Beberapa jam kemudian, Aidil tiba dengan keretanya. Lalu, Zahira segera menaiki keretanya lalu meninggalkan Hospital Besar Tawau.
"Apa yang awak rancang, Zahira? Saya rasa tak sedap hati." tanya Aidil dengan perasaan yang bimbang.
"Saya akan jual bayi ni. Saya akan namakan dia 'Aqilah Syamimi' supaya orang tidak perlu bersusah payah fikirkan nama bayi ni apabila dibelinya nanti. Saya akan siapkan dokumen yang patut seperti surat lahir. Biar Myra tahu rasanya apabila dia sebenarnya sedang menjaga bayi musuhnya sendiri." kata Zahira.
Zahira memang menjual bayi Myra kepada dua pasangan suami isteri ( ibu dan bapa Faisal Jason ) dengan harga yang tinggi, iaitu dua puluh ribu ringgit. Selepas urusan jual beli tersebut, tiga bulan kemudian Aidil dengan Zahira berkahwin lalu mendapat anak perempuan yang diberi nama Lili Fazriana Wong. Mereka juga sentiasa bersembunyi kerana takut Myra akan memburu mereka, sehinggalah mereka berpindah ke Felda Sahabat tempat Myra dengan suaminya, Syafiz Qayyum tinggal. Fauzan juga terpaksa cuba membunuh Lili kerana mengikut arahan dari Myra. Sebab itu dia cuba mendekati Lili supaya peluang untuk cuba membunuhnya tinggi dengan berlakon menjadi seorang yang bisu. Encik Qayyum juga terlibat dalam rancangan jahat Puan Myra. Tanpa mereka sedari, sebenarnya mereka sekeluarga jatuh ke dalam perangkap yang dirancang oleh Aidil dan Zahira. Bukan itu sahaja, malah sebenarnya Faisal dan Nazri cuba lindunginya daripada Fauzan.dengan menyebarkan akviti yang dilakukan oleh mereka pada pukul satu pagi kerana pada masa tersebut Fauzan sudah bersedia untuk menikam Lili, kemudian membunuh Syamimi, Faisal, dan Nazri.
Apa yang telah berlaku di sebalik bayang telahpun terbongkar setelah Syamimi menceritakan segalanya kepada Lili semasa di hospital Lahad Datu. Lili sebenarnya mula memasuki perangkap akhir kedua-dua ibu bapanya.
****
To be continued..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan