#7 : Lili dan Fauzan




-Selepas Lili keluar dari hospital-

Beberapa jam kemudian, aku dan Aqilah Syamimi telah tiba di kawasan perumahan pekerja FELDA bahagian Cenderawasih. Aku hairan apabila tiada kereta kepunyaan bapaku di halaman rumah. Kemudian, aku memandang Aqilah Syamimi dengan muka yang risau. Memang betul apa yang aku fikir. Mungkin mereka telah diculik oleh Puan Myra, ataupun orang lain yang dengki dengan mereka. 

              Aku mengalihkan pandangan ke rumah Fauzan pula. Aku pun hairan apabila melihat kereta Myvi kepunyaan Encik Qayyum ada di halaman rumahnya. Lalu, aku menyuruh Syamimi untuk tunggu di rumahku lalu segera berlari ke rumah Nazri Belpois. Kelihatan Nazri sedang membaiki basikal roda tiga adiknya yang berwarna merah jambu.

                  "Eh, Lili rupanya. Kenapa awak tidak ke sekolah tadi?" Dalam situasi yang cemas begini, boleh pula dia tanya mengapa aku tidak datang ke sekolah. Dengan perasaan yang geram, aku terus menarik telinga Nazri lalu mengheretnya ke halaman rumahku. "Hei, Lili, kenapa dengan kamu ni? Jangan heret sayalah!" Aku pun lepaskan tangannya dari genggamanku, kesian pula tengok dia diheret. Macam dalam cerita Cinderella pula.

                    "Saya tak ke sekolah sebab saya berada di hospital Lahad Datu, dirawat. Baiklah, sekarang awak nampak ibubapa saya dengan Fauzan?" balasku dengan tenang. Nazri hanya senyap, langsung tidak menjawab soalanku tadi. "Hei, saya tanya MANA IBU BAPA SAYA?" Kali ini, aku menarik baju Nazri pula.

                  "Janganlah marah. Saya tak tahu langsung ibu bapa awak dan Fauzan ke mana. Masa tu saya tidur." balas Nazri dengan nada yang ketakutan. Nasib baik tidak sampai tahap terkencing dalam seluar. Aku dengan tenang terus memandang muka Syamimi. "Rasanya, mereka tiada di sini. Mari, kita pergi ke tempat yang lain." kataku.

                      "Nanti! Saya pun nak ikut kamu berdua. Saya bosan di rumah. Lagipun, basikal adik saya dah siap dibaiki." kata Nazri lagi. Baru sahaja Syamimi hendak cakap 'betul awak nak ikut? kami nak pergi dengan menjadi taruhan orang', aku terus menutup mulutnya dengan tangan kiriku yang berbau stokin yang busuk. Syamimi terus hendak muntah dari situ selepas mulutnya ditutup dengan tanganku. 

                      "Nazri, sudah tentu. Awak boleh ikut kami. Tapi, pastikan awak dapat kebenaran dulu. Hehehe." balasku. Lalu, Nazri segera mendapatkan kebenaran daripada ibu bapaku, tetapi bagi aku, itu adalah kali terakhir Nazri meminta kebenaran untuk keluar dari ibu bapanya. Selepas itu, aku, Nazri, dan Syamimi segera pergi dengan menaiki kereta Kancil kepunyaan Syamimi.

                        "Lili, ini berkaitan dengan 10 tahun lalu ke?" Aku terkejut. Rupa-rupanya, Nazri juga tahu akan peristiwa 10 tahun lalu yang telah dilalui oleh ibubapaku. "Macam mana kamu tahu? Awak tak ada kaitan dalam peristiwa tersebut." Kali ini, giliran Syamimi pula yang bertanya kepada Nazri Belpois. Nadanya seperti serius apabila dia tanya soalan kepada seorang budak lelaki yang sedang dalam keadaan tertanya-tanya. 

                           "Sebenarnya, semasa majlis perkahwinan Encik Endy dengan Puan Elyana, Fauzan ada ceritakan tentang peristiwa 10 tahun lalu tu kepada aku dengan Faisal. Pada masa itu juga tiba-tiba Puan Myra terus menutup mulut Fauzan lalu menyuruh Fauzan supaya balik ke rumah. Lepas tu, empat hari selepas itu Fauzan tidak hadir ke sekolah selama empat minggu. Masa tu juga aku dan Faisal rasa mungkin sebab dia tak hadir ada kaitan dengan apa yang dia cerita kepada kami." kata Nazri dengan panjang lebar.

                               "Jadi, dia tidak hadir selama empat minggu ya? Agak pelik di situ." kata Syamimi lagi. Aku pun pelik juga. Mengapa Fauzan tidak hadir selama empat minggu? Dia bercuti ke atau sibuk berdansa di Buenos Aires, Argentina? Hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam perjalanan, aku terfikir. Aku tidak sangka selama ini Fauzan yang dianggap kacak bagi aku adalah abang tiri aku sendiri. Padahal, aku mula menyukai Fauzan. Aku ingat aku boleh tengok wayang dengannya di couple seat sebagai 'couple yang sweet'. Aku ingat Fauzan akan melamarku nanti. Aku ingat.. aku boleh... TAP! Tiba-tiba sahaja kepalaku diketuk dengan kuat oleh seseorang. 

                               Aku sempat melihat Nazri. Dia juga pengsan. Begitu juga dengan Syamimi. Kereta yang dipandu berhenti semasa kami bertiga dipukul di kepala. Aku tidak tahu apa yang berlaku. Mungkin ajal kami di sini. Di jalan FELDA yang sunyi pada malam hari. 

****

Aku membuka mata. Aku sedar aku berada di sesuatu tempat yang janggal bagi aku. Kesemuanya diperbuat daripada kayu. Aku pun mula terfikir. Mungkinkah ini kawasan perkampungan FELDA? Mungkinkah kami berada di tempat lain? 

                            "Dah sedar pun anak ayah ni." Aku sedar bapa, ataupun Encik Aidil ada dihadapanku, memegang daguku sambil menendang perutku dengan tiba-tiba. "Bukannya ayah dan ibu diculik? Saya ingat yang... Encik Qayyum! Puan Myra! Fauzan! Tapi, macam mana? Apa yang ayah dan ibu dah buat?" Tanyaku. Tiba-tiba sahaja, salah seorang lelaki menutup mulutku dengan pita pelekat. Tapi aku berjaya menghalangnya dengan menggigit tangannya.

                                "Mereka bertiga dah mati pun. Begitu juga dengan dua rakan kamu, Nazri Belpois dan perempuan berpakaian hitam ni." kata ibu, ataupun namanya Puan Zahira. Aku terkedu. Mengapa ibu bapaku buat semua ni. Aku ingat yang mereka yang dalam bahaya. Tetapi, lain punya jadinya. Bukan itu sahaja, malah mereka menculik anak sendiri.

              "Mengapa ayah dan ibu buat macam ni. Saya ingat, saya ingat yang.... Kita sekeluarga dapat hidup dengan bahagia. Mak, tolong cakap ini hanya satu prank untuk Lili. Tolonglah mak." kataku dengan air mata yang turun dengan banyaknya.

                    "Maaflah Lili, tapi ini bukan prank. Memang betul-betul. Maafkan kami, tapi kami terpaksa bunuh kamu serta kesemua orang yang ada di sini, supaya kami tidak ditangkap oleh pihak polis." balas bapaku. Tak mungkin! Dia nak bunuh anak sendiri! Aku tak biarkan itu berlaku! Aku takkan biarkan mereka bunuh Fauzan, Syamimi, Nazri, dan yang lain! 

                              *****

                      To be continued..
          

                


                          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan